Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Saturday, January 1, 2005

ANWAR AL JUBURI, KAUM NABI LUTH DAN TRAGEDI TSUNAMI

sumber - KMU.net Saturday, January 01 @ 09:30:00 MYT

Tragedi Tsunami yang melanda negara Asia mengorbankan beratus ribu nyawa. Bencana ini turut membunuh rakyat Malaysia.

Sejak beberapa hari yang lalu pelbagai pihak membantu mangsa Tsunami dengan pelbagai cara. PAS parti pembangkang tidak kurang juga mengambil kesempatan meraih sokongan isu bencana Tsunami.

Ada yang menyalahkan kerajaan, dan bermacam-macam lagi cara isu ini diterangkan kepada rakyat sehingga kepada kononnya semua ini adalah sikap kerajaan selama ini yang menggalakkan aktiviti maksiat.

PAS benar-benar mengeksploitasi isu ini. Namun satu perkara yang tidak dibincangkan oleh PAS ialah bagaimana kisah peliwat atau homoseksual telah menyebabkan kemusnahan Kaum Nabi Luth.

Penulis sangat tertarik dengan tulisan kardiology iaitu "Kisah Kaum Nabi Luth yang Punah: Kota Sodom dilanda Mega Tsunami akibat Homoseks" Antara yang ditulis

"Kota Sodom yang berada di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Yordania. Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava) kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut tsunami yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka habis kaum Nabi Luth punah akibat kebejatan otak mereka."

Secara kebetulan Anwar Al Juburi berasal dari Pulau Pinang, kebetulan juga Al Juburi baru dibebaskan dari penjara. Maka merondalah sang Al Juburi ke Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis. Kebetulan pula Al Juburi baru lepas melawat Indonesia. Apakah ini satu kemurkaan Allah pula kepada terbebasnya seorang peliwat dan homoseksual dari penjara? Penulis fikir tak salah berfikiran seperti ini kerana PAS menggunakan pelbagai model menceritakan tragedi ini. Pendapat penulis ini juga ada kebenarannya. Marilah kita berdoa pada yang Maha Esa agar kita terselamat dari bencana ini.

Lampiran artikel kadiology

Kisah Kaum Nabi Luth yang Punah: Kota Sodom dilanda Mega Tsunami akibat Homoseks Thursday, December 30 @ 18:55:00 MYTOleh: kadiology

Kita telah menyaksikan kehancuran akibat tsunami yang 'kecil' pada minggu lalu. Terdapat banyak kejadian tsunami berlaku terutama di Jepun, Filipina, Indonesia, Hawaii dan Afrika.
Walau pun kecil, ianya membunuh berpuluh ribu nyawa pada setiap kejadian.Di dalam Al Quran di catitkan kejadian 'Mega' Tsunami yang dahsyat lalu menenggelamkan kaum Nabi Luth di kota Sodom dan Gomorah. .

Kaum Nabi Luth adalah kaum Homoseks dan lesbian yang minat seks sesama jenis. para lelakinya hanya berminat dengan upacara meliwat antara lelaki dan lelaki.
Sebelum mencermati sisa-sisa dari bencana ini, marilah kita lihat mengapa kaum Luth dihukum dengan cara seperti ini. Al Qur'an menceritakan bagaimana Luth memperingatkan kaumnya dan apa jawab mereka :
"Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka "Mengapa kamu tidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab "Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir". Luth berkata "Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu". (QS Asy-Syura 160-168).

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu ?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukanka kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri." (QS Al A'raaf 80-82).

Kemudian Allah telah mengutuskan dua malaikat untuk menyamar menjadi lelaki tampan dan menjadi tetamu Nabi Luth. Penduduk setempat di Kota Sodom yang gemar dengan lelaki jambu dan bontot telah mendesak agar Nabi Luth menyerahkan lelaki itu kepada mereka walau pun Nabi Luth menawarkan dua orang putrinya yang cantik untuk dikahwini.

Nabi Luth amat malu dengan tetamunya tetapi baginda tidak tahu bahawa tetamu baginda sebenarnya adalah malaikat. Nabi Luth diperintahkan oleh Allah untuk membawa kaumnya supaya bertaqwa tetapi mereka berdegil dan terus-menerus melakukan aktiviti Homoseks.
Aktiviti Homoseks di situ adalah norma-norma kehidupan seolah-olah seperti makanan ruji mereka. Maka Allah pun memerintahkan supaya Nabi Luth meninggalkan Kota Sodom dan membawa dengannya sekali mereka yang patuh. Isteri Nabi Luth bagaimana pun terpengaruh dengan Penduduk Kota Sodom.

Allah kemudian menurunkan balanya. Kota Sodom yang berada di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Yordania. Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava) kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut tsunami yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka habis kaum Nabi Luth punah akibat kebejatan otak mereka.

Mengikut pakar arkeologi, bencana itu terjadi di daerah Lembah Siddim, yang di dalamnya terdapat Kota Sodom dan Gomorah, merupakan titik bertemunya dua lempengan kerak bumi yang bergerak berlawanan arah. Patahan itu bermula dari tepi Gunung Taurus, memanjang ke pantai selatan Laut Mati dan melewati Gurun Arabia ke Teluk Aqaba dan terus melintasi Laut Merah, hingga berakhir di Afrika. Dua lempengan kerak bumi ini bergeser di daerah patahan maka akan menimbulkan gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan letusan lava dan diakhiri dengan tsunami (gelombang laut yang sangat besar) yang menyapu kawasan pesisir pantai.
Begitulah azab yang di turunkan oleh Allah kepada kaum Nabi Luth akibat aktiviti main bontot mereka yang sangat berleluasa. Hari ini, Allah telah menurunkan Bala Tsunami walau pun dalam bentuk yang kecil tapi ianya adalah ingatan kepada bala yang lebih besar jika kita terus menerus mengiyakan aktiviti Homoseks. hari ini, aktiviti homoseks dan gay di seluruh dunia adalah aktiviti hak asasi dan demokrasi. Ianya juga amat amat berleluasa. Ianya sudah sampai kepada satu tahap di mana menjadi gay adalah 'OK'.

Ada negara yang ingin dibenarkan untuk mengahwini lelaki sesama jenis. Terdapat kumpulan NGO yang memanggil diri mereka Gay Rights Organization. Di negara kita, terdapat biseksual yang disembah seperti tuhan dan ingin pula dijadikan pemimpin negara. Allah sudah memberi peringatan awal. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum ianya betul betul sudah terliwat.

No comments:

Followers