Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Sunday, December 28, 2008

ANWAR YANG DIMINATI

oleh SH Alattas

7hb. Ogos, di Indonesia disebut Augustus 2008, sebaik saja saya bersama kawan saya Mazlan duduk di meja sebuah restoran, pelayan yang genit bersopan santun bertanya, “Mahu makan apa Pak?” Mazlan yang tidak biasa dengan makanan Indonesia meminta supaya saya yang membuat pesanan. “Satu sup Bontut, dua nasi rawan”.

Perkataan ‘bontut’ ini kalau di Indonesia ia bukanlah satu perkataan yang kotor, bukan mencarut, bontut tidak boleh melambangkan perkara jijik. Bontut bukan jubur atau dubur. Di Indonesia anda boleh order ‘sup bontut’ tetapi kalau order ‘sup bontut’ di negara kita walaupun di Wong Solo Restoran Indonesia dianggap pelik mungkin anda akan dikatakan biadap, kurang ajar sedangkan sup bontut ialah sup ekor lembu.

Begitu juga perkataan ‘Butuh’, kalau di sini sudah dianggap mencarut tetapi kalau di Indonesia ianya membawa maksud ‘perlu’. Pernah dengar dialog drama Indonesia, “aku butuh pertolongan kamu?”. Begitu juga perkataan ‘gampang’, gampang boleh memberi erti ‘bastard’ anak luar nikah, kasar tetapi tidak di Indonesia. Begitu juga liwat, “saya liwat dulu ya Pak?”

Tapi kalau di Malaysia, hendak mampus, hendak main liwat-liwat, nanti jadi macam saudara Anwar Ibrahim, kes ‘liwat’ punya pasal huru-hara satu negara. Ramai yang percaya Anwar meliwati Saiful, ramai juga yang tak percaya.

Di meja sebelah kami ada beberapa orang ‘guy’ sedang ‘ngobrol’ bincang-bincang sambil memerhatikan ‘laptop’. Mereka tak pedulikan kami.

Sambil makan saya teringat 7hb. Ogos 1965, hari Singapura keluar dari Malaysia. Singapura diberi hak membentuk kesatuan dengan Malaysia selepas diberi hak memerintah sendiri.

Saya ke Jakarta dengan Air Asia. Ini kali pertama saya menggunakan Air Asia. Mengikut pendapat Dalai Lama, selama setahun sekali kita perlu jumpa kawan baru, melakukan sesuatu yang baru atau pergi ke tempat yang baru. Mahu menulis mengenai Anwar Ibrahim kita perlu ke luar negara terutama Indonesia di mana Anwar mempunyai ramai peminat terutama ketika pergeseran dengan Tun Mahathir. Dan Amin Rais, Gus Dur dan beberapa orang lagi pemimpin Indonesia adalah kawan baik Anwar. Berita mengenai Anwar mendapat perhatian di Indonesia.

Saya bertanya Budi yang menjemput kami dari lapangan terbang yang disebut ‘bandar udara’ Bandar Sukarno Hatta. Kalau di Malaysia dihebuhkan dengan cerita Saiful mendakwa dibontuti, disodomi Anwar Ibrahim, di Indonesia perkataan ‘meliwat’ dan ‘melewati’ tak bererti disodomi. Jadi tak keberatan perkataan liwat digantikan dengan ‘bontut’.

Perkataan ‘bontuti’ lebih halus jika dibandingkan dengan perkataan duburi atau al-juburi, apa lagi ‘main belakang’ begitu menakutkan seperti filem ‘Jangan Pandang Belakang’. Di belakang ada hantu, belakang al-bontuti adalah hantu balakangi.

Baru-baru ini ketika di Malaysia kecuh dengan cerita Saiful dengan Anwar mengadakan seks luar tabie, di Indonesia tersebar luas kisah seorang homoseks “sodomy” melakukan pembunuhan bersiri. Mangsa sodominya dikerat 12, Ferry Idam Henyansyah alias Ryan melakukan pembunuhan di Apartment Margonda, Depok dan jenazah yang dipotong 12 dibuang di Jalan Kebagusan, Ragunan, Jaksel.

Polda Jatim memeriksa dua orang tuanya di Laboratorium Forensik (Labfor) Mabes Polri Cabang Surabaya. Achmad Sadikun dan Siatun menjalani uji kebohongan melalui lie detector. Penyilidik ingin mengetahui apakah ada kesamaan antara keterangan Ryan dan orang tuanya. “Pemeriksaan kedua orang tua Ryan guna mengetahui keterkaitan keterangan Ryan dengan keduanya, apakah berbohong atau tidak,” kata Direskrim Polda Jatim Kombes Rusli Nasution.

Selama dalam proses penyidikan, keduanya mengaku tidak tahumenahu seluruh tindakan Ryan. Padahal, pembunuhan itu dilakukan di rumah yang selama ini menjadi tempat tinggalnya. “Jadi, akan ketahuan apakah keduanya memang bohong atau tidak tahu sama sekali. Uji kebohongan ini sebagai salah satu bahan untuk penyidikan lebih lanjut,” katanya. Kadiv Humas Polri Irjen Abu Bakar Nataprawira mengatakan tes kebohongan bukan sebagai alat bukti dalam berita acara pemeriksaan (BAP). “Hasil uji kebohongan hanya digunakan sebagai petunjuk untuk penyidikan polisi dalam mencari alat bukti dan pengungkapan suatu kasus,” ujarnya. Media Indonesia 7 Agustus 2008

Berdasarkan pengalaman di Indonesia, pengalaman berinteraksi dengan beberapa rakan dari Indonesia membuatkan saya terfikir mengenai kesan menuntut ‘kebebasan bersuara’ dan ‘hak asasi’ di negara kita akibat terpengaruh dengan ‘reformasi’. Di Indonesia jika disalah gunakan boleh sahaja meruntuhkan negara dan bangsa kerana Indonesia dan Malaysia tak sama biarpun nasib peribumi Indonesia dan Malaysia tak banyak beza antara yang kaya tambah kaya, yang miskin tambah miskin, menderita dalam kemiskinan.

‘Demokrasi’ dan ‘kebebasan bersuara’ yang tidak disertai dengan pemikiran ‘rasional’ dan ‘jati diri’ rakyat yang kuat hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara. Rakyat perlu ada kekuatan ‘jati diri’. Kekuatan ‘jati diri’ bermula dengan ‘mind power’ kekuatan pemikiran manusia selaku ‘model insan’ yang diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah Badawi.

Apakah elok rakyat sesebuah negara yang masih lagi belum begitu matang dari segi pemikiran dan emosinya membiarkan menggunakan sentimen apabila membicarakan mengenai demokrasi? ‘Kebebasan bersuara’ dan menuntut ‘hak asasi’ yang merupakan antara cara Barat untuk menundukkan negara Islam menguntungkan mereka yang ada ‘jati diri’, yang ekonominya kuat dan mereka ada agenda yang tersendiri.

Kita hidup di zaman ‘langit terbuka’, ‘dunia tanpa sempadan’, zaman di mana apa yang berlaku di Kuala Lumpur boleh diketahui dan dilihat dengan mata kepala menerusi internet, website dan telefon bimbit di seluruh dunia. Selaku makhluk yang mempunyai brain power kita sepatutnya mengajar cara mempertingkatkan 90% kekuatan daya pemikiran manusia yang tertidur. Siapakah orang yang tertidur itu? Siapa lagi kalau bukan Melayu yang mudah lupa?

Kita kini berada di era ‘reformasi’ yang diperkenalkan ketika Anwar pertama kali ditangkap kerana tuduhan ‘sodomy’. Ketika itulah kebebasan bersuara dijunjung tinggi, di mana rakyat begitu bersimpati dan muncul perasaan benci pada kerajaan dibawah pimpinan Tun Mahathir.

Bolehkah kita salahkan Anwar meraih simpati masyarakat bila ‘orang kita’ yang semakin parah dari segi sosial, ekonomi, pendidikan, semakin hari semakin terus menderita? “Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu bangsa melainkan bangsa itu sendiri.” - Al-Quran.

Sambil makan saya berfikir, dari kita menumpukan sepenuh perhatian kisah ‘bontut’ Saiful kena main dengan Anwar yang beritanya tersiar di seluruh dunia di mana Anwar sudah pun diberikan kesempatan mengikat jamin lebih baik kita berbicara mengenai brainpower (kekuatan daya pemikiran) kerana pengetahuan ini boleh menguntungkan ribuan orang Melayu dari pelajar, mahasiswa, anggota polis, mereka yang berniaga, para profesional dan termasuk juga para pemimpin Melayu.

Cara berfikir mereka yang tidak ‘positif’, penuh emosi dan sensitif sukar sekali untuk membangunkan bangsa kita yang sudah ketinggalan jauh ke bontut, ke belakang, sebab itu kita perlu alihkan pandangan bagaimana mahu memulakan pembangunan pola pikir? Jangan sampai ‘virus negatif’ bontuti yang termasuk dalam pikiran ‘orang kita’ boleh mengalahkan virus positif yang semakin parah dalam pikiran bangsa Malaysia yang sakit akibat gila politik.

Apakah kita selaku orang Melayu lupa bila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia, tak sampai berapa tahun orang Melayu kehilangan Singapura sejak 7 Ogos 1965. Apakah 7 Ogos hari Anwar dibicarakan bukan hari yang malang bagi bangsa Melayu?

Sesudah 50 tahun merdeka tertubuhnya Pakatan Rakyat bermula dengan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat untuk membela Anwar Ibrahim, Pulau Pinang jatuh ke tangan Lim Guang Eng anak Lim Kit Siang yang dulunya PAP tetapi bertukar jadi DAP bila Malaysia kehilangan Singapura. Kita kehilangan Batu Putih dan hampir kehilangan kuasa politik satu-satunya milik Melayu?

Berperilaku baik atau buruk bukan cuma soal akhirat dan Tuhan, tapi siapakah yang akan menentukan nasib ‘orang kita’, orang Melayu selepas pilihanraya ke-12? Tidak tahu ke mana arah tuju? Bagaimana dengan masa depan anak cucu kita? Ini yang perlu kita bincangkan. Ini yang perlu kita fikir secara ‘serius’. Rakyat tak peduli Anwar dilabel al-bontuti atau al-sodomi? Peduli apa kisah Saiful dibontuti oleh Anwar Penasihat PKR? Itu hal peribadi mereka. Anwar patut selesaikan dengan Saiful saja. Kenapa heret sama masyarakat? Macam mana nak memimpin negara, kes lubang tahi yang kecil itupun tak boleh selesai?

Kubur dia, dia jawab. Orang nak kata apa pun Anwar sanggup turunkan harga minyak. Anwar dilihat sebagai pembela nasib rakyat yang miskin sedangkan kes dia dengan Saiful menyusahkan berjuta manusia. Kalau tak salah, takut apa bersumpah terbuka, tak payah junjung Quran, kumpul beribu manusia, lafazkan ” Wallahi, Wabillahi, Watallahi saya tak main bontut Saiful. Saiful pembohong.” Rakyat pasti percaya cakap Anwar.

Selaku seorang penulis sama ada menggunakan blog, media massa atau media eletronik sepatutnya lebih mengutamakan mindset yang mampu mengubah nasib rakyat yang miskin menjadi sejahtera, yang sakit menjadi sehat, yang gagal menjadi sukses, yang jahat menjadi baik. Siapa yang hendak tukar ‘mindset’ orang kita supaya yang bodoh menjadi cerdas, yang jahat menjadi baik? Amar makruf nahi mungkar yang dituntut oleh Tuhan kepada hamba-Nya yang bernama manusia. Biar alim ulama dan ketua-ketua agama melakukan tugas dan tanggungjawab tersebut.

Apakah kita perlu membuktikan kekuatan daya pemikiran, ‘mind power’ mempunyai keajaiban yang luar biasa?

Tanggungjawab siapa pula untuk memberitahu rakyat yang sudah taksub pada Anwar dan parti Pakatan Rakyat mengenai pemikiran bawah sedar masyarakat yang telah diracuni virus akibat diserang informasi negatif dari empat penjuru angin - menerusi segala bentuk alat informasi bermula dengan telefon bimbin, radio, talevision, akhbar, blog dan filem? Sana sini, pagi petang, siang malam, lain tak ada, cerita liwat, sodomi, percaya, tak percaya dan pilihanraya.

Bagaimana cerita main bontut boleh menimbulkan jutaan simpati rakyat Malaysia terhadap Anwar dan kepercayaan terhadap pemerintah semakin hari semakin berkurangan? Bukankah ini tanda-tanda bahawa mindset bangsa Malaysia kini berada dalam keadaan yang parah? Apakah tidak mungkin ini permainan CIA supaya negara kita menjadi seperti Pakistan atau Afghanistan atau Palestin? Dengan mengadu dombakan dua puak yang percaya Anwar main bontut dan Anwar ibarat Dajjal suci.

Saya kasihan ‘orang kita’ yang berada dalam keadaan ‘sakit’ akibat pemikiran negatif dan terkena virus. Bila lagi kita mahu menyedari pentingnya buku-buku dan latihan motivasi perlu diberikan kepada ahli politik, pemimpin, wartawan media dan para bloggers? Jika masyarakat kita tidak pernah tersentuh pendidikan motivasi, mereka akan menjadi korban informasi negatif yang datang dari delapan penjuru angin. Penelitian menunjukkan 80% informasi di sekitar kita adalah negatif. Tanpa kita sedari media massa, internet, opinion leader, masyarakat di sekitar kita, orang tua, para pendidik, dan semua orang di lingkungan kita adalah negatif. Kita sudah jadi macam permainan budak-budak, Pak Pak Alang berbontot-bontot. Main ikut suka saja ‘blind follower’, kaki cium bontut pemimpin, penyembah idola.

Menjadi harapan saya agar ‘orang kita’ tidak lagi terperangkap dalam pemikiran dalam kota k. Mahu memperbaiki nasib bangsa ia bermula dengan memiliki ‘mindset positif’ barulah bangsa kita segera bangkit dari leka dengan cerita Anwar dan bontut Saiful. Sebab itu saya cuba menulis kisah dua homoseks biarpun mereka melakukan atas kehendak suka sama suka, misalnya jika cerita ini benar biar mahkamah yang menghukum mereka.

Penulisan karya investigative journalism memang bukan perkara mudah. Namun jika kita mahu membuka minda agar rakyat dapat melihat dosa tetap dosa, tak kira siapa saja yang melakukannya, maka kita boleh terima hakikat yang mudah dengan mudah.

Dalam sesebuah investigative journalism, fakta menjadi alat yang sangat penting. Itulah yang menyebabkan saya datang ke Jakarta sambil menikmati ‘sup bontut’. Saya boleh cerita pasal ‘orang kita’ yang terlupa Hari Raya sudah dekat, kemudian tahun baru, buku sekolah anak-anak, dengan harga barang makin meningkat. Kita tak memikirkan itu semua, kita leka dengan cerita al-bontuti.

Saya bukan penulis straight news yang memberikan hidangan cepat saji, ‘fast food’ yang dagingnya ayam pelatok atau lembu yang dagingnya belum tentu halal. Bimbang lembu ‘gila’ atau ayam yang kena selsema burung akibat cerita ‘half truth’, ‘zero truth’ maka bangsa kita telah diserangi ‘virus negatif’ seperti yang diceritakan oleh Raja Petra.

Ada yang mengucap dan melabelkan tulisan saya sebagai talking journalism atau jurnalisme bercakap-cakap semata-mata, tidak ilmiah, tulisan bercampur aduk dan lintang pukang, tak mengapa. Ada juga yang mengatakan yang buku saya tidak baik. Memang betul saya menulis seperti cara saya bercakap. Apakah tulisan saya boleh dilabel sebagai ‘talking journalism’ semata-mata? Apakah saya tidak buat ‘homework’ sebelum dicurahkan didalam tulisan saya? Kajian, analisa, saya rasa ia perlu hati-hati dan teliti? Tahun ini saja lebih dua juta manusia melayari shalattas.com selain tulisan disiarkan di Buletin Utama, di Agenda Daily kemudian dibukukan. Maafkan saya jika terdapat kesilapan yang tidak disengajakan.

Saya terpaksa menghidangkan straight news, telus, tak berselindung di sebalik kata-kata sastera, ayat bombastik supaya ia mudah difahami dalam bentuk talking news. Saya lakukan ini semua mungkin terdapat kesilapan dalam ejaan bahasa, apakah itu bererti saya tidak punya tempat dalam jurnalisme dewasa ini? Di mana kita boleh membawa manusia satu ribu tahun ke belakang dan seribu tahun mendatang kerana kita berbicara dengan pembaca dari hati ke hati, ia tersemat didalam hati.

Bukan mudah bagi seorang wartawan yang berkerja dengan akhbar mahu melakukan investigasi kerana rutin dan dikejar deadline. Begitu juga bagi para akademik yang mahu menulis tulisan yang berbentuk ilmiah pula mereka perlu ‘footnote’ dan saya tidak perlu ‘footnote’, saya sepak terajang terhadap mereka yang lidahnya tak bertulang.

Rakyat Malaysia perlu melihat keberadaan Anwar yang mahu bertanding pilihanraya di Permatang Pauh yang kerusinya telah dikosongkan oleh isterinya Presiden PKR, Dr. Wan Azizah. Rakyat mahu tahu siapa Anwar Ibrahim yang mahu jadi pemimpin nombor satu negara? Betul ke Anwar bersih? Kalau kotor diselaputi najis, Anwar kena bersih dari tuduhan liwat. Mungkin ada yang boleh terima yang Anwar seorang ‘homoseks’ kerana ada yang mengatakan Presiden Turki pun ‘homoseks’ juga dan di Turki jantan sama jantan boleh kahwin, begitu juga lesbian. Apa lagi menjadi Raja Liwat Al-bontuti. Liwat ini kerja kotor, ia melibatkan ‘lubang tahi’. Kita tak mahu Anwar jadi ‘shit’, kepala tahi seperti Tun Mahathir yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam bukunya ‘SHIT’ kerana semua orang tahu dulu Anwar adalah anak emas Mahathir, ‘Mahathir’s blue eye boy’.

Rakyat yang mahukan pandangan yang strategik mahu tahu apakah yang sedang berlaku terhadap Anwar ini satu ‘plot’ yang sedang berjalan selain satu ‘plot besar’ jangka masa panjang penjajah yang cuba menjajah minda ‘orang kita’? Mungkinkah Anwar adalah satu langkah yang paling baik untuk AS untuk masuk ke dalam politik Malaysia? Anwar nampaknya seorang yang sangat memerlukan AS untuk menyelesaikan kes-kes yang dihadapinya di Malaysia dengan segala obsesi yang dimilikinya dan kenapa beria-ia benar Amerika mahu campur tangan dalam kes liwat Anwar?

Sebab itu saya perlu menulis dari segi investigatif. Bolehkah kita mengadakan satu perbincangan dengan Anwar dan bertanya betulkah ada “conspiracy plot” di mana Anwar menjadi pelakon utama? Kita sepatutnya minta Tuhan jauhkan diri kita dari bersubahat. Kalau betul Anwar terlibat semata-mata kerana kita ada agenda politik memang tak patut kita bersetuju mengatakan Anwar tak ‘bersalah’ biarpun apa yang telah berlaku pada mereka berdua suka sama suka atau izin dalam paksa.

Kita perlu tahu bahawa kebebasan bersuara juga boleh diguna dan dimanipulasikan oleh individu dan pihak-pihak yang berkepentingan dan pandai memainkan emosi rakyat untuk mendapatkan apa yang diingini termasuklah untuk kepentingan politiknya. Ini yang berlaku di Malaysia dan Indonesia yang mengakibatkan penyakit negatif, virus dalam ‘mindset’ orang kita.

Pendek kata ‘kebebasan bersuara’ tidak boleh digunakan sehingga mengizinkan golongan yang bersifat cauvinis dan pelampau mengambil kesempatan meniupkan api perkauman, fitnah dan hasutan demi untuk kepentingan politik mereka kerana mereka menggunakan Anwar dan Anwar juga menggunakan mereka untuk tujuannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Siapa kalau bukan penulis yang menjadi tempat rujukan? Orang mahu tahu cerita sebenar, tak menulis kita dianggap ‘pengecut’, ‘dayus’ atau ‘bersubahat’. Tapi menulis untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita mesti sanggup berkorban dan jadi korban. Penulis tidak sekadar melapur, yang kita nampak siapa yang terlibat? Di mana? Bila? Dan kenapa?

Biarpun blog boleh digunakan secara bebas, ia tetap satu dosa besar jika kita ‘menfitnah’ Anwar kononnya dia memang seorang ‘homoseks’. Sodomi satu tuduhan yang berat. Ia memerlukan empat saksi menyaksikan perbuatan liwat biarpun Saiful sudah diperiksa oleh doktor dan membuat laporan polis. Anwar sudah dibebaskan dengan ikat jamin.

Pelik bila cerita ‘homosexual’ yang Nabi Muhamad SAW tak mengaku umat diberi publisiti besar-besaran dan saya sendiri pun terpaksa terlibat sama dalam menjalankan tugas selaku ‘investigative reporter’. Saya terpaksa menimbulkan cerita ‘positif thinking’, ‘critikal thinking’, ‘lateral thinking’ kerana adanya pemimpin dan mereka yang mengaku ahli agama yang tak mahu menggunakan ‘common sense’, guna akal fikiran tapi menggunakan emosi semata-mata kerana mereka mempunyai pengaruh, ada kuasa politik, mahu menegakkan benang basah.

Hanya melalui investigasi, penyiasatan seperti seorang ‘spy in special branch’, berpandukan bahan rahsia dari ‘intelegencies’, penulis penyiasat mampu melaporkan hal-hal yang sengaja disembunyikan dari masyarakat supaya masyarakat berfikir di luar kotak, tidak dengan mudah melontarkan semua kesalahan di atas bahu Perdana Menteri dan Kerajaan semata-mata.

Bukan mudah melakukan penyelidikan sebab dalam pelaporan investigatif, berbagai pihak dapat menuntut ganti rugi yang bernilai jutaan ringgit kerana pencemaran nama baik (libel). Selain dari terperangkap dengan undang-undang ISA, OSA dan macam-macam yang berkaitan dengan media.

Akibat kebanyakan pemimpin UMNO ambil sikap ‘look and see’ sikap ada mata pandang, ada mulut tutup melainkan isu yang ‘selamat’ baru bersuara. Itu pun sekadar melepas batuk di tangga. Siapa kalau bukan seorang ‘investigative writer’ yang mesti bersuara? Terserah pada siapa yang hendak percaya! Silakan berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah, yang tak mahu percaya, suka hati dia.

Investigasi memerlukan pengalaman, kontek, dengan kemampuan yang khusus, selain kerja yang lebih gigih, tak mudah menyerah, selain kewangan dan keberanian yang luar biasa. Syukur pada Allah kerana mengurniakan ilmu firasat sehingga ada kalanya kita perlu daya tembus yang lebih tinggi melihat dengan mata kepala dan ‘mata hati’.

Kerana memerlukan waktu yang lama untuk menemukan hasil yang baik selain nasib baik, ‘good luck’ sebab itu dalam blog tak termuat cerita-cerita yang baru. Saya harap pembaca blog saya dapat memahami dan memaafkan saya.

Rakyat sudah ‘letih’ dengan cerita yang sama, Al-Bontuti, Al-Tantuya dan Al-Hantuya. Orang nak tahu siapa sebenarnya yang melakukan ‘konspirasi’? Anwar atau Najib Tun Razak? Siapa yang boleh mengkuburkan cerita konspirasi yang menyusahkan rakyat seluruh negara? Siapa yang boleh membongkar ‘rahsia’ di sebalik liwat Al-bontuti dan Altantuya Alhantuya? Rakyat mengharapkan ketelusan cerita benar ‘the truth’ dan ‘the truth nothing but the truth’ dari pencerita yang ikhlas. Cerita yang benar memang pahit. Siapa makan cili dia rasa pedas. Penghunjung cerita siapa mati dulu? Siapa sebenarnya lawan siapa? Siapa yang berkonspirasi?

Friday, October 10, 2008

KATA KATA MAT SABU

Friday, October 10, 2008

DI SEBALIK HIJAB ANWAR AL JUBURI MELALUI KATA-KATA MAT SABU


Naib Presiden Pas Hj Mohd Sabu pada tahun 1998 di Kubang Kerian Kelantan pernah menggelar Anwar Ibrahim Al Juburi. Kenyataan ini sememangnya berlandaskan kepada pengetahuan sedia ada Mat Sabu berkenaan Anwar. Mengapa sekarang Mat Sabu menyepi dengan istilah Al Juburi.Apakah dulu memang betul Anwar Al Juburi.

Anwar adalah musuh tradisi Mat Sabu dan tidak akan lupa perangai Anwar yang pernah menghentam Mat Sabu dengan pegangan syiahnya.Apapun yang berlaku, Mat Sabu sedia maklum tentang perangai Anwar dan Mat Sabu adalah pejuang tulen yang masih di dalam PAS untuk menidakkan Anwar. Ini bererti Mat Sabu adalah musuh tradisi kepada jak-juak Anwar di Dalam PAS seperti Husam Musa, Dr Hatta dan Dr Lo Lo.

1. Daripada 4 jenis judi dikeluarkan di Malaysia berubah apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan.Judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi 9 jenis termasuk judi lumba kuda.

2.Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan . ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbulkan bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

3.Tempat yang Anwar berkuasa penuh, iaitu Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ). Di situlah Anwar menjadi Presiden, tempat berkumpulnya orang-orang Anwar sehingga menjadi universiti paling tercorot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada Ijazah. Di situ juga berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain.

Ini bermakna memang jelas dari dalam UMNO lagi Anwar berperangai teruk. UMNO cuba mendidiknya, namun gagal kerana Anwar lebih cekap dalam hal ehwal bersekongkol dengan Amerika di dalam menjahanamkan bangsa , agama dan negara.

Tuesday, September 16, 2008

MUNAFIK

Munafiqin

Prelude
Pada hari ini, 16 September 2008, termeterai satu sejarah paling sensasi. Yang menggegarkan seantero Malaya, dan global.

Masyarakat dunia menyambut berita ini dengan reaksi yang pelbagai. Ada yang frust sampai tertonggeng-tonggeng. Ada yang happy sakan sampai terguling-guling. Ada juga yang terkejut cipan, sampai tak terkata apa-apa. Ya, macam-macam ragam penerimaan.

Tapi yang nyata, berita ini sudah hangat merata-rata. Membakar minat setiap orang. Warga Malaysia, khususnya.


Episod I

Ceritanya bermula begini. Sejak beberapa bulan dulu, Sheikh Al-Jubri, tauke sodo mee mee sodo tersohor Asia Tenggara, telah mewar-warkan pada dunia bahawa dia akan berkahwin pada 16 September 2008.

Tauke super jutawan berusia 60 tahun ini telah menduda selama 10 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, komuniti dunia kepoh membuat pelbagai spekulasi. Bila dia akan berkahwin lagi? Siapa gadis/wanita/janda yang bakal jadi pilihan? Macam-macam.

Kerana gossip sudah membiak dari mulut ke mulut; minat orang ramai untuk menjaga tepi kain tauke mee sodo ini semakin subur. Sebab itu, bila saja dia isytiharkan tarikh perkahwinan itu beberapa bulan dulu, seluruh dunia terpegun. Dan, teruja!

Skrip tauke mee sodo ini saling tak tumpah macam kisah cinta Siti dan Datuk K dahulu. Mula-mula dia biarkan spekulasi dan gossip bercambah merata-rata. Kemudian bila semua orang tengah teruja, tup-tup dia buat kejutan. Dia umumkan tarikh keramat itu.

Fuh, Sheikh Al-Jubri memang pandai mengumpan. Hingga semua orang terpesona dengan cerita kahwin dia.



Episod II

Jurucakap Sheikh Al-Jubri memberitahu yang tauke mee sodo ini memang kepingin sangat populariti perkahwinan ini dapat mengalahkan majlis kahwin Siti-Datuk K. Yang pernah dinobat sebagai 'Wedding of the Year'. Mungkin Sheikh Al-Jubri mahu digelar 'Wedding of the Century'? Barangkali. Sebab sheikh ini memang sangat gila kemaruk pada glamour. Sejak azali lagi.

Untuk majlis kahwin ini, Sheikh Al-Jubri telah menempah sebuah lokasi eksklusif di Putrajaya. Tempat spesifik sengaja dirahsiakan. Untuk menjaga eksklusiviti. Kononnya.

Al-Jubri juga telah mengundang khas beberapa tokoh dunia sebagai tamu istimewa. Ya, untuk memberi restu semasa majlis tepung tawar nanti. Antara tokoh-tokoh pilihan Sheikh Al-Jubri termasuklah Joseph Estrada (mantan presiden korup dari Filipina, merangkap playboy terkemuka Asia), Paul Wolfowitz (seorang penganut Zionis yang taat), dan beberapa orang lagi.

Robert Mugabe, yang merupakan rakan dagang mee sodo cawangan benua Afrika, khabarnya turut mendapat undangan. Tapi Mr. Mugabe mohon uzur kerana dia sedang sibuk dengan tugas-tugas asasinya, iaitu meliwat demokrasi di Zimbabwe.



Episod III

Kenapa majlis kahwin Sheikh Al-Jubri ini gamat satu dunia? Ada banyak sebab. Selain daripada perisa-perisa sensasi yang disebut sebelum ini, ada lagi perencah lain yang turut menguja selera.

Dikhabarkan kononnya, perempuan yang mahu dikahwini oleh tauke mee sodo ini bukan sebarangan. Ketika pengumuman kahwin itu dibuat berbulan-bulan dulu, perempuan itu masih lagi isteri orang. Tapi kata Al-Jubri, perempuan itu sudah berjanji akan bercerai dengan lakinya. Kemudian, menyerah diri pada tarikh keramat itu nanti.

Inilah yang membikin semua orang tambah kaget dan teruja. Hebat sungguh sheikh yang seorang ini. Ibaratnya, burung terbang dipipiskan lada. Lepas tu, berani pula dia berkompang kuat-kuat, minta seluruh kampung datang sama-sama menjamu selera.

Tapi apa sudahnya? Burung entah ke mana, lada pula tercampak ke mana. Orang-orang kampung yang datang berduyun-duyun dengan air liur merembes-rembes (mengidam lauk burung berpipis lada!) akhirnya pulang kempunan.

Hah, begitulah tamsil permainan angan-angan si Al-Jubri ini.


Episod IV

Memang tak siapa sangka. Rancangan kahwin Sheikh Al-Jubri rupanya hanya fantasi belaka. Si wanita isteri orang, yang diidam-idam oleh Al-Jubri, entah betul-betul setuju mau bercerai atau tidak. Mungkin sekadar acah-acah. Test market, kata orang. Barangkali Al-Jubri yang gila meroyan ini terperasan lebih-lebih.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Atau, kata peribahasa versi baru: anu tak cukup panjang, punggung pula tersondol-sondol. Belum apa-apa, dia sudah pukul gendang satu dunia. Mabuk kepayang gamaknya.

Lebih lucu lagi, Al-Jubri juga telah berkunjung ke Taiwan bagi sesi pemulihan tenaga batin. Konon untuk persediaan malam pertama. Al-maklum saja, usia Al-Jubri kini mencecah 60 tahun. Sana-sini sudah longgar dan kendur.

Semasa di Taiwan, tauke mee sodo yang sangat kaya ini telah menghabiskan jutaan ringgit untuk regim rawatan tenaga lelaki. Macam-macam metod, termasuk sajian-sajian menu eksotik. Dikhabarkan orang semasa di Taiwan, Al-Jubri telah melahap sekurang-kurangnya tujuh puluh mangkuk sup konek buaya. Yang dicampur dengan ginseng dan bisa ular tedung.

Hingga sendawa Sheikh Al-Jubri pun sudah hamis dengan bau buaya. Manakala, organ cilik di bahagian bawah sentiasa tegak vertikal. Seperti kepala ular tedung yang siap siaga mahu mematuk. Fuh, sampai begitu sekali.

Inilah contoh kegigihan seorang lelaki kertu melendut, yang berkobar-kobar semangat mahu mengembalikan nafsu muda. Sanggup buat apa saja. Sayang sekali, kegigihan itu hanya sia-sia. Acara malam pertama yang dinanti-nanti, kini bertukar jadi drama air mata tak henti-henti.

Aduhai, si tauke mee sodo ini akhirnya menangis tak berlagu. Nafsu sudah mencanak-canak hasil penangan sup konek buaya. Tapi mahu dilampiaskan ke mana? Kepada tunggul pokok mangga di belakang rumah? Atau si kucing jantan di dalam rumah?

Pilihlah mana-mana suka. Aiman tak kesah.


Episod V

Ya, itulah bahananya. Kalau miang sangat mau kahwin. Kerana tuntutan nafsu serakah semata-mata. Bukan kerana cinta sejati. Muka macam tembikai terhempas ke lantai simen, tapi ada hati mau rampas bini orang. Lepas tu, belum apa-apa dia sudah bergendang satu dunia.

Nah, bila bulan yang diidam tak jatuh ke riba, tangan pula tak cukup panjang mau menggapai bintang di langit: di mana lagi sumber cahaya untuk menyuluh muka yang penuh tercoreng arang?

Atau, terpaksa diam-diam menapuk muka sendiri. Tapi di mana? Tapuk di celah-celah timbunan mee sodo? Atau menyorok di balik skirt pencacai-pencacai totok Sheikh Al-Jubri?

Pilihlah mana-mana saja. Aiman tak kesah pun.


Epilog
16 September 2008: Selamat Hari Malaysia. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Sabah.


Wahai ribuan nasionalis yang gugur di medan tempur,

Terima kasih kerana berkorban jiwa-raga menghalau penjajah yang cuba memperkotak-katik watan ini. Terima kasih kerana memberi kami kebebasan dan kemerdekaan, dari sebarang pengaruh kuasa asing.


Pada-Mu Tuhan,

Kami panjatkan syukur kerana anugerah kestabilan dan keharmonian untuk tanah pertiwi tercinta. Mohon agar terus melindungi bumi Sabah dan Malaysia, yang permai serta makmur ini, daripada diperintah oleh keluarga dajal yang narsisis dan oportunis. Jangan sekali-kali izinkan kemerdekaan kami tergadai buat kesekian kali.

Kepada mereka yang masih terus taksub menyembah berhala itu, berikan mereka setitis cahaya hidayah. Agar mereka dapat dikembalikan ke pangkal yang benar.

Amin.

http://rymza.blogdrive.com/archive/528.html

Thursday, August 28, 2008

TULISAN SYED HUSSEIN AL ATTAS

SIAPA MANGSA? KONSPIRASI SIAPA?


Saiful_Press i.jpg


Betul ke Dato Seri Najib Tun Razak terlibat dengan konspirasi untuk jahanamkan Anwar dengan menggunakan Saiful? Saya mengucap panjang ‘la illah haillallah Muhammadul Rasulullah
’. "Astarfirullah hir azim". Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita semua yang hanya tahu menggunakan satu telinga saja. Kita ada dua telinga kenapa mesti dengar dari satu pihak saja?



Saiful_Press iii.jpg

Kebetulan saya adalah penulis yang menulis di Buletin Rakyat dari mula tabloid itu diterbitkan, maka setiap keluaran saya mendapat naskah percuma. Penulis politik tak baca akhbar politik, tak baca tulisan orang lain ‘bebal’ namanya. Sukar untuk menafikan yang Anwar tak terlibat dengan ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan Najib.

Saiful_Press ii.jpg

Bermula dengan pilihanraya kecil DUN Ijok bukan sahaja kita dapat menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), K.Parthiban dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, tapi kita dapat menyaksikan Dato Seri Anwar Ibrahim ‘berlawan’ dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kes Altantuya digunakan untuk menyerang Najib.

Saya bertanya diri saya sendiri sejauh mana benarnya cerita Najib menggunakan Saiful untuk menjatuhkan maruah Anwar atau apakah tak mustahil kes Saiful digunakan untuk menjatuhkan Najib. Cuba baca balik buku saya Mahathir Konspirasi Anwar Reformasi. Saya pernah mempersoalkan boleh ke kita percaya seorang ahli akedemik, seorang cendekiawan yang membuat ucapan untuk Anwar Ibrahim ketika itu Timbalan Perdana Menteri yang datang dari Pakistan sanggup jual maruah dan membiarkan dirinya dibontuti oleh Anwar? Cerita yang Anwar terlibat sebagai ‘guy’ suka jantan ini bukan perkara baru sehingga muncul Saiful membuat pengaduan di balai polis.

Bila mula-mula berita tersebar luas yang Brother Anwar adalah seorang homoseks, ada juga yang percaya kerana ramai beranggapan bahawa budak dari sekolah asrama penuh memang ada yang simpan ‘jambu’, budak lelaki yang ‘cun’. Bukan mereka dari MCKK sahaja yang macam itu, yang dari pondok agama pun ada cerita yang sedemikian.

Orang ramai terkejut bila Dr. Munawir dihukum penjara 6 bulan dengan pembicaraan yang begitu singkat tanpa saksi. Ada yang bertanya, dia punya belakang garmen punya ke? Orang ramai pelik, dia yang ‘dibontuti’, dia yang dihukum. Orang yang mahukan empat saksi yang menyaksikan peristiwa Dr. Munawir dibontuti oleh Anwar. Perbicaraan sepatutnya dilakukan di mahkamah syariah, ahli agama mula rasa tak puas hati. Betul ke wang kasi, belakang kasi, mana saksi? Orang ramai mula sangsi dan bermulalah sakit hati dan berjauh hati dengan kerajaan BN disebabkan Mahathir menzalimi Anwar. Mahkamah tak adil dipengaruhi oleh Mahathir.

Munawir.jpg

Seks luar tabie ini kes berat, saya mempersoalkan apakah manten Presiden Pakistan, Nawas Sharif akan tersinggung? Pakistan tidak mengeksport ‘manholes’ lubang jantan. Berita ini sudah ‘backfire’, ada orang punggungnya panas terbakar dan berasap. Punggung punya pasal timbul satu lagi konspirasi. Inikah bom nukliar yang dijanjikan oleh Mahathir untuk lawan bom nukliar India di Perhimpunan Agung ketika itu?

Anwar vi.jpg

Cuba renung baik-baik, kalau anda diberi peluang mahukah sampai 15 kali membontuti Dr. Munawir? Atau di sebaliknya Anwar yang jadi mangsa? Mungkin sebab itu dalam kes Saiful, Anwar diperiksa kemaluan dan juga ponggongnya hendak tahu siapa main belakang siapa?

Dulu Munawir jadi mangsa. Kalau betul kes liwat ini suka sama suka, siapa jadi mangsa? Mereka atau rakyat jelata yang tak berdosa?

Kejatuhan Mahathir kerana lubang belakang punya pasal. Kehilangan imuniti Raja-Raja Melayu bila Tengku Majid, Raja Muda Johor memukul Gomes, bola hoki punya pasal.

Tahukah anda lubang kecil di bawah buntut kapal boleh membuat kapal besar tenggelam? Begitu juga sebatang paku yang terkena tayar kereta boleh mengakibatkan kemalangan meragut nyawa.

Anda yang pernah mengikuti tulisan saya tentu tahu apa yang akan muncul di minda saya mengenai pemimpin yang ibarat harapkan pagar, pagar yang makan padi. Tapi kita kena hati-hati sekarang ini tak boleh sebarang cakap, sebarang tulis, kena saman ratusan juta di mahkamah namun ingat; Sepandai-pandai Mat Rempit menceluk akhirnya mati tersepit dibawah tayar lori.

Siapa saja yang berani buat kerja terkutuk seks luar tabie yang dilaknat oleh Allah SWT pasti terima pembalasan kalau tidak didunia secara ‘instant’ dengan penyakit ‘HIV’, ‘sakit jiwa’. Hidup pasti tak tenteram jika dia masih percayakan Tuhan. Sama ada ianya satu ‘konspirasi’ atau tidak, masakan orang yang telah melakukan dosa besar yang membuat Tuhan murka tak tahu?

Apakah tidak ada pemimpin yang perangainya pepat diluar runching didalam mempunyai perwatakan seperti Dr. Jekyll & Mr. Hyde tidak ada dalam negara kita? Apakah Anwar Ibrahim saja yang ‘homoseks’? Apakah tak ada pemimpin UMNO yang Al-bontuti dan Al-sodomy? Kenapa cerita Anwar meliwat didedahkan? Kenapa tidak orang lain?

Saintis politik Dr. Chandra Muzaffar berkata, cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui "pintu belakang" adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik. "Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang - dua cabang penting dalam tabir urus - akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti.

"Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik," katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi. Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri negara ini secepat mungkin.

"Oleh itu, beliau berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen - sekurang-kurangnya 30 daripada mereka - untuk berpaling tadah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) secepat mungkin," kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu - yang malahan tidak berada dalam Parlimen - sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr. Chandra.
- Bernama

Pemimpin yang telah terlibat dengan menagih seks luar tabie dengan terdedahnya Saiful dibontuti Anwar tentu tidurnya tak lena diganggu mimpi ngeri. Betulkah Anwar seorang saja ‘gay’ dalam UMNO? Apakah tak ada pemimpin yang lain yang minat kaum sejenis? Apakah tak ada yang lain yang Al-Liwati, Al-Bontuti dan Al-Lesbiani? Kalau kita mahukan keadilan kita tak boleh ‘double standard’.

Sejak Saiful cucu arwah Pak Cik Lazim, teman seperjuangan arwah Pak Sako penentang penjajah Inggeris, membuat laporan dia diliwat oleh Anwar suami Datin Wan Azizah pada 26hb. Jun 2008, anak Azlan yang membuat tuduhan yang penasihat PKR mengadakan ‘seks luar tabie’ meliwatnya mula berlaku, SMS yang diterima tak terkira, hingga malas nak membaca. Tapi tak baca tak boleh, menulis sudah jadi satu tanggungjawab. Maka saya tak ada pilihan, pertama saya adalah orang yang memainkan peranan membantu Anwar untuk mendaki anak tangga hingga hampir sampai ke kemuncak kuasa.

Ada masanya kita perlu guna pemikiran ‘lateral thinking’ cara Edward De’ Bono bila menganalisa hal-hal yang berkaitan dengan ‘guy’, ‘homoseks’ dan ‘lesbian’ kerana mereka adalah manusia biasa. Macam manusia yang lain juga mereka percaya sudah suratan takdir mereka berminat dengan kaum mereka, mereka minat kaum sejenis, hendak buat macam mana?

Soal tak takut dosa atau tak percaya dengan neraka, sendiri punya kubur, sendiri jawablah. Yang penting bagi mereka dapat kesedapan yang ada kelainan? Apakah mereka tak tahu perbuatan seks luar biasa dilaknat oleh Tuhan? Kalau pun mereka tahu, hendak buat macam mana ‘gian’ punya pasal terpaksa buat juga. Yang bermula di zaman kanak-kanak, mereka tak minta dilahirkan ‘lembut’, tak minta jadi ‘jambu’.

Macam penagih dadah yang terperangkap, mula-mula hisap rokok, ibubapa tak marah, tak ambil peduli. Mula-mula tonton video, ikut-ikut post seks, akhirnya jadi seks maniak yang merogol kanak-kanak kemudian membunuh.

Sekiranya ia berlaku di Lorong Haji Taib, di Bukit Bintang, orang ramai tak hairan. Al-Bontuti seperti ‘sop bontut’ di Indonesia diperniaga dipasaran terbuka, boleh tawar menawar harga. Ceritanya menjadi sensasi, jadi heboh kerana ia melibatkan tokoh yang dipilih oleh Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk menggantikan Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimana jika Anwar adalah seorang homoseks?

Jika Ryan ‘guy’ pembunuh bersiri dan keluarganya disuruh menerusi pemeriksaan uji pembohongan kenapa Anwar tidak disuruh melalui proses yang sama? Lupakah kita manten Presiden Amerika Bill Clinton terpaksa meletak jawatan bukan kerana ‘Lewinski menghisap puninya’ tapi kerana ia berbohong? Kita berada di negara di mana Islam menjadi agama rasmi. Pembohongan adalah sifat munafik dan sek luar tabie dilaknat Allah.

Kalau Anwar didapati bersalah apakah ianya tidak akan melibatkan Tok Guru Nik Aziz Mursidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana PAS dan Pakatan ada kerjasama? Apakah sudah terantuk baru nak mengadah? Apakah parti PAS tak percaya Anwar pernah dilabel sebagai al-juburi?

Kes liwat atau kes ‘main belakang’, kalau mahu dapat cerita sebenar untuk mengetahui ceritanya mari ikut jalan belakang, kena pandang belakang. Kena buka sejarah. Melayu sebenarnya tak mudah lupa. Mari kita tengok Anwar Ibrahim ikut belakang, macam orang nak tengok hantu suruh menonggeng tengok ikut celah kelangkang supaya kita tahu Anwar ada ‘track record’ bawa lari anak dara orang?

Siapa yang tak naik muak bila dengar, panggilan telefon, e-mail dan SMS balik-balik cerita Anwar-Najib, Najib-Anwar, mereka berdua berebut hendak jadi Perdana Menteri, buat dosa mengumpat, menfitnah buat apa? Tapi orang tetap hendak tahu betul ke Anwar ini seorang peliwat? Ini kes beratlah. Yang jelas pinangan Anwar ditolak oleh Wan Ismail bapa Wan Azizah kenapa? Bolehkah seorang pemimpin yang bawa lari anak perempuan orang, nikah diluar negara dianggap pemimpin yang bermoral?

Apakah tak mustahil ada ‘konspirasi’ cerita betapa kejamnya Altantuya wanita Mongolia dibunuh? Kedua-dua pemimpin Melayu yang dituduh itu satu kononnya membunuh, yang satu lagi membontuti. Melayu itu Islam. Macam mana orang Islam sanggup buat kerja yang ditegah oleh Islam? ‘Menepuk air di dulang merecik ke muka sendiri’. Tentu lebih baik kita dengar cerita mengenai para ‘ambia’, cerita mengenai ‘awlia’ sekurang-kurangnya boleh kita belajar sesuatu untuk mengubat sakit jiwa, ‘stress’, ‘boring’ dengan keadaan di sekeliling yang tak menentu dan haru biru namun Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia terutama orang Melayu jika cerita ini benar? Dan Anwar menang pilihanraya Permatang Pauh? Dan dia telah berjanji akan mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional? Untuk apa membiarkan diri terperangkap dengan cerita orang yang sudah ‘hilang malu’? Kalau ada perasaan ‘malu’, mahu bersubahat dengan orang yang sanggup buat apa saja. Seorang yang bakal jadi Presiden Republik Malaysia bukan sekadar Perdana Menteri?

Tak ada beruk yang mengegar masakan pokok bergoyang.’ - Khairy Jamaluddin. Kalau cerita ini tak betul masakan Saiful berani buat kerja yang boleh membahayakan nyawanya hingga dia terpaksa bersembunyi? Apakah tak mungkin dia diletupkan seperti Altantuya jika dia berada di luar?

Kalau DNA yang terdapat dalam najis Saiful sama dengan DNA dalam Anwar, apakah politik Anwar akan mati? Cerita Anwar yang ‘ambitious’ mahu jadi Perdana Menteri, cerita antara hidup dan mati, berani cucu Pak Lazim dari Janda Baik melawan pemimpin yang ada hubungan dengan Amerika? Saya yang sedang menulis cerita ini pun terasa diri dalam bahaya, tak mengapa saya sudah tua.

Cerita siapa lagi kalau bukan cerita Anwar anak Pak Ibrahim yang 10 tahun dulu pernah menghadapi tuduhan yang sama dan pernah merengkok dalam penjara Sungai Buluh hampir tujuh tahun. Yang membuatkan kita terus berfikir apa akan jadi pada bangsa Melayu jika Anwar jadi Perdana Menteti? Mahathir pun sanggup lari?

Biarpun mahkamah belum menjatuhkan hukuman Anwar sudah dibebaskan, ada yang melabelkan Anwar sudah jadi macam Raja Liwat kerana dia menjadi ‘man of the year’ kerana kesnya sehebat kes Salman Rushdie. Kisah sodominya menjadi berita utama. Muka Saiful dan Anwar mendapat tempat di muka depan, hampir setiap media massa arus perdana. Siapa sebenarnya di belakang sandiwara ini semua?

Pelik’.. cerita liwat, sodomy yang tak sepatutnya dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah memimpin ABIM dan W.H.M.Y. mainan siapa ni? Betul ke ia permainan Dato Sri Najib Tun Razak? Mana orang hendak percaya terutama mereka yang beranggapan masakan Pak Sheikh yang boleh jadi Imam solat, yang dulunya menjadikan tokoh seperti Hasan Al-Bana dan Syed Qutub sebagai idolanya pada satu masa dulu bermain dimulut Anwar.

Itu sebabnya kita tak boleh emosional. Kita perlu membincangkan fitnah terutama jika ia datang dari orang yang ‘fasik’. PAS mahukan hukum hudud dilaksanakan. Apakah hukuman terhadap orang yang pernah digelar Anwar Al-Juburi akan dilaksanakan jika Anwar jadi Perdana Menteri? Apakah kita mahu jadi seperti Turki, negara sekular di mana jantan sama jantan boleh kahwin?

Ada penulis PAS yang berkata ketika Anwar Ibrahim masuk UMNO dia mahu bersihkan UMNO dari dalam. Dalam apa? Penulis tersebut menganggap bolehkah orang yang terjatuh dalam lubang tahi membersihkan najis di kelilingnya?

Ke mana Anwar sembunyi, kalau bukan ke Duta Turki, Kenapa? Kenapa tiba-tiba saja dia sembunyi? Tentu ada sebab? Apa yang ditakuti oleh Anwar? Tentu ada satu rahsia besar yang mahu disembunyikannya? Macam-macam pertanyaan timbul dalam pemikiran mereka yang mindanya terbuka yang tidak menjadikan Anwar idola?

Hendak pimpin negara macam mana kalau penakut, baru kena sergah kes liwat sembunyi di kedutaan Turki? Bagaimana jika negara menghadapi mala petaka? Apakah dia tak akan lari keluar negara?

Siapa tak sedih kes yang amat memalukan dan dilaknat oleh Tuhan boleh merosakkan Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional melibatkan pemimpin yang menjadi idola mereka? Kasihan anak isteri yang tak berdosa jadi sasaran dan cemuhan. Ini bukan kali pertama.

Perbuatan ‘homoseks’ yang menjadi amalan kaum Luth tak patut dihebah, takut benda yang terlarang menjadi ikutan. Orang Islam mengharamkan melakukan seks luar tabie dikutuk oleh Allah SWT. Kenapa ramai sangat ‘orang kita’ yang mahu membincangkan kisah ini tanpa mahu mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikannya?

Apakah kita tak terasa malu ia melibat orang yang terkenal pada satu masa dulu menyarankan amar makruf nahi mungkar ketika memimpin ABIM diperhina begitu rupa dan cerita liwatnya berlarutan?

Ini bukan kali pertama suami YB Datin Wan Azizah Presiden Pakatan Rakyat dan bapa YB Nurul Izah Ahli Parlimen Pantai Dalam dilibatkan dengan cerita ‘liwatAnwar. Masalahnya mulut tempayan boleh kita tutup, macam mana hendak tutup screen komputer yang dikuasai oleh blogger, jika Anwar tak mahu ikut undang-undang dan tak mengikut sistem demokrasi?

Apa hendak dipelikkan bila mereka yang mendalami ilmunya mengenai Allah tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya? Siapa sangka Arqam boleh diharamkan dan pengikut setia Ustaz Ashaari Mohamad boleh lari meninggalkannya? Begitu juga siapa boleh terfikir Tun Mahathir dengan perjuangan yang belum selesai lari meninggalkan UMNO? Apakah tak mustahil selaku manusia biasa mereka adalah orang yang mengenal kejahatan syaitan tetapi sebaliknya boleh terpedaya?

Berapa ramai bijak pandai yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hamba dunia yang hina akibat gila kuasa, gila betina, gila harta? Apakah anda masih tak percaya disitulah letaknya kelemahan manusia? Setinggi mana ilmu diperoleh namun jika ‘hidayah Allah’ tidak bersamanya maka segala kefahaman agama dan penghayatan hakiki menjadi sia-sia? Apakah anda tak percaya manusia boleh kena tipu dengan setan macam itu saja? Lagi besar serban lagi ramai setan duduk bermain diatas kepala.

Ingatlah bahawa ilmu agama yang dimiliki oleh mereka yang bergelar ulama yang sudah terpahat dalam ingatan dan dalam hati sanubari belum tentu kekal selamanya melainkan dengan kehendak dan kuasa Allah. Bila seseorang tidak mendapat ‘hidayah’, ada ilmu tak beramal, beramal tidak ikhlas, ilmu yang dituntutnya menjadi sia-sia.

Cuba tanya Tok Guru Nik Aziz betul tak apa yang saya kata?

Mengaji bertahun-tahun kalau perangai tak berubah-ubah, angkuh dan riak, merasakan diri sendiri saja yang pandai, yang betul, orang lain semua bodoh. Jenis apa manusia yang macam itu namanya? Macam mana kita berdepan dengan orang yang kata orang lain semua mati masuk neraka, dia saja yang ke syurga? Apakah kita tidak boleh mempersoalkan ustaz, lebai dan imam yang ritualnya saja mengikut syariat, bagaimana dengan keimanan dan kerohanian? Akhlak dan ibadatnya perlu satu. Tuhan tahu niat kita. Tuhan tak tengok luaran. Tuhan tengok ‘hati’. Kalau hati ‘busuk’, tingkah laku dan perbuatan tak dapat sembunyikan. Itulah yang dikatakan pepet diluar, rencung di dalam kerana kurangnya keimanan.

Lupakah kita kisah kaum Thamud. Kaum Thamud yang telah dibayar atas kedegilan menurut perintah Nabi dan Allah telah menghancurkan bangunan-bangunan yang telah mereka bangunkan dan karya seni yang telah mereka buat tidak dapat melindungi mereka dari azab yang diturunkan Allah. Thamud yang dihancurkan dengan azab yang mengerikan seperti halnya umat-umat lainnya baik sebelum atau sesudah mereka yang mengingkari kebenaran.

Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati."
(QS. Yaasiin, 36:29)
Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan: "Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang." Betapa jijik dan hinanya perbuatan sodomy sampai Allah SWT melaknat si pengamal budaya songsang di zaman Nabi Luth. Negerinya diterbalikkan hingga muncul laut mati, ‘The Dead Sea’, masinnya ‘bahral mayat’ ikan pun susah hendak hidup melainkan ikan kecil saja. Apa akan jadi pada negara kita jika terbukti Anwar yang didewa-dewakan benar seorang ‘homosex’, ‘hetrosex’, ‘sex maniak’ dan Anwar menang dipilihan raya dan dia terpilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?

Jika Anwar akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang, apa akan jadi di Parlimen? Apakah Dewan yang mulia tidak akan jadi gelanggang dua gladiator bertarung. Najib dan Anwar, kedua-duanya berebut hendak jadi Perdana Menteri, yang jadi mangsa siapa? Kita masih tak tahu ke mana hala tuju bangsa kita? Apa akan jadi pada agama Islam? Macam mana dengan masa depan anak cucu kita?

Mari kita berselawat terlebih dahulu. Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad. Mudah-mudahan Allah memberikan kita hidayat. Mudah-mudahan hidup kita semua dirahmati Allah kerana Allah dan kita semua suka kepada kebenaran. Sentiasa berani berkata benar biarpun pahit seperti yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Mudah-mudahan Tuhan terima ibadat kita. Saya menulis, anda yang membaca, bukan niat untuk menzalimi atau menganiayakan sesiapa tetapi semata-mata untuk menyelamatkan negara. Tuhan tahu niat kita.

Homosex
, lesbian bukan benda baru. "Nothing new under the Sun" begitulah kata para ahli sejarah, di dunia ini sebenarnya tidak ada yang baru. Tuhan yang menjadikan manusia tahu sebab itu Tuhan suruh kita baca, ‘Iqrak’. Baca itu penting, sangat penting supaya sejarah tidak berulang. Apa yang ada hari ini sebenarnya hanyalah pengulangan-pengulangan dari masa lalu, tinggal kita semua untuk mengambil iktibar darinya atau dengan bodohnya melupakan kesemua biarkan negara kita dilaknat oleh Tuhan.

Ramai yang memikirkan ianya satu konspirasi kerajaan yang mahu merosakkan nama baik pembangkang. Hendak tahu kebaikan seseorang tanya ‘sahabatnya’, hendak tahu buruknya seseorang tanya ‘musuhnya’. Islam berjaya diterima oleh kaum jahiliah kerana Islam memperjuangkan keadilan, menentang kemungkaran, menentang kezaliman dan membela nasib mereka yang teraniaya dan dizalimi.

Ada juga yang menyangka bahawa tujuan cerita sodomi yang mengaitkan Sheikh Anwar kerana Barat mahu mengindoktrainasikan orang Melayu supaya boleh menerima perbuatan ‘gay’. Satu perkara biasa kerana kebebasan hak asasi manusia jantan boleh bercinta sama jantan, satu perkara ‘biasa’.

Orang Islam kena ikut undang-undang di dalam Al-Quran yang ditetapkan oleh Allah Pencipta langit, bumi dan alam cekrawala. Kita tak boleh mengikut hak asasi manusia liwat, homoseks, lesbian, satu dosa besar jika dilakukan oleh mereka biarpun yang suka sama suka.

Cuba tanya Tok Guru Nik Aziz apakah orang yang ‘jahil’ saja yang boleh melakukan ‘maksiat’ dan dosa-dosa besar? Apakah orang yang pandai membezakan antara yang ‘hak’ dan yang ‘batil’ ada masanya boleh kalah dengan ujian Allah yang menyebabkan mereka memilih yang ‘batil’ kerana tunduk kepada hawa nafsunya? Selaku manusia biasa bolehkah manusia terlepas dari melakukan kerja terkutuk yang mereka lakukan adalah dosa besar? Betul atau tidak orang yang beriman tidak mahu melanggar larangan Allah tapi hendak buat macam mana jika sudah terjebak?

Memang pelik, macam mana orang yang terlalu cerdik, yang dianggap ulama boleh terpedaya oleh godaan syaitan. Apakah tak mustahil ramainya orang alim boleh berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama, semata-mata menurut hawa nafsu manusia?

Soalan seperti ini bermain di kepala saya bila saya ‘flashback’, menoleh ke belakang, teringat kata seorang penulis hebat PAS, "bila Anwar masuk UMNO masakan orang yang terjatuh di dalam lubang tahi boleh membersihkan najis."

Teringat seorang pemidato PAS pernah memanggil Brother Anwar dengan gelaran "Anwar Al-Juburi." Sanggupkah dia menarik balik gelaran itu semata-mata kerana mahu menegakkan benang basah? Memang ‘sakit’ kita mahu berbohong bila kaki terpijak tahi, kita naik ke masjid, makmun yang solat dibelakang terhidu bau najis. ‘Busuknya’...

Apakah tak mustahil adanya cerdik pandai, alim ulama, bersubahat untuk melakukan jenayah syariah semata-mata mahu menutup aib? "Seandainya anakku Fatimah Az-Zaharah mencuri tangannya akan ku potong." - Rasulullah SAW. Berani ikut sunnah Nabi Muhammad SAW?

Apakah orang alim tidak boleh tertipu oleh syaitan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh bahayakan diri mereka sendiri? Apakah orang alim tidak boleh melakukan kejahatan, melakukan jenayah? Ada ilmu tapi tidak dipraktikkan dengan amal dan ikhlas akibat mengikut hawa nafsu?

Sehingga kini apa yang sedang terjadi adalah hanya kes tuduhan atau dakwaan yang masih perlu dan belum dibuktikan. Anwar belum dibicarakan pun. Yang pelik kenapa kawan Anwar di US telah menunjukkan sikapnya yang biadap cuba menentukan bagaimana undang-undang di Malaysia wajib ditegakkan?

Apakah kita semua bersetuju US mahu Anwar dijadikan boneka? Mahukah PAS menerima Anwar sebagai bonekanya? Nampaknya US tidak mahu Anwar dikenakan hukuman biarpun misalnya dia telah didapati bersalah. Kenapa Anwar mesti dilepaskan dari dakwaan tersebut?

Apakah ini bukan ‘conspiracy teory’ untuk menyatakan bahawa Anwar adalah sekutu US untuk menakutkan kerajaan pimpinan Abdullah Badawi? Apakah ini tidak boleh dijadikan bahan adanya "conspiracy plot" yang sedang dijalankan dengan perancangan meletakkan Anwar sebagai pemimpin kerajaan dan dengan itu maka bermulalah penjajahan ke atas kerajaan Malaysia dengan suatu perancangan yang begitu licik yang melibatkan Pakatan Rakyat?

Di Amerika, jantan kahwin jantan tak apa, bukan satu dosa besar. Betina pun boleh kahwin betina, tak apa, yang penting mereka sama-sama suka. Apakah mereka yang beriman dan masih ada budaya mahu perkara seperti ini boleh dibiarkan begitu saja di Malaysia semata-mata kerana ada agenda politik mahu terus berkuasa?

Soal Anwar terlibat meliwat Mohd Saiful tidak berbangkit, tetapi sebuah kerajaan dan negara yang bersih dan bermaruah tidak boleh mempunyai pemimpin atau ada antara pemimpinnya yang diselubungi ‘selaput’. Inikan pula diselaputi oleh najis. Orang yang ‘berselaput’ sentiasa dilihat ‘comot’. Apakah rakyat Malaysia mahukan PKR yang akan menggantikan BN diselaputi najis liwat?

Siapa kalau bukan para pemimpin PKR yang mesti dibebaskan dari watak-watak yang disangka comot oleh sesiapa saja dengan menggunakan sistem tampi? Hanya dengan menampi kekotoran dedak, hampas padi tidak termasuk ke dalam periuk nasi sendiri.

Memang payah nak cari dunia dipimpin oleh orang yang tidak bermasalah, pemimpin yang 100 peratus bersih. Selagi manusia bernama manusia, pasti ada najis, dalam gigi, ada tahi mata, tahi telinga, tahi dalam perut. Hakikat itu tidak boleh menjustifikasikan Malaysia boleh dipimpin oleh orang yang dilihat bermasalah. Mungkin dunia payah mencari orang bersih. Nabi yang ‘maksum’ seperti Nabi Muhammad SAW pun masih ada musuh Islam yang mencari cacat celanya. Tetapi ia bukan tidak boleh mencari pemimpin yang bersih seandainya ahli PKR sanggup menggunakan sistem tampi.

Apakah anda masih ingat bagaimana Christine Killer di UK yang menyebabkan John Profomo Perdana Menteri Britain terpaksa meletak jawatan?

Soal Anwar liwat Saiful atau tidak adalah satu hal yang lain. Soalnya kenapa pengikut Anwar Ibrahim tak rela membiarkan pasukan penyiasat menyiasatnya? Penyokong Anwar harus menerima hakikat bahawa masyarakat ada prasangka tertentu tentangnya. Dia ada ‘track record’, ini kes kedua, ada orang kata anjing yang biasa makan tahi, tak makan pun dia sanggup cium. Dan mereka yang dulu sama sekolah di Malay College ada menyimpan cerita dan sudah tercakap-cakap mengenai Anwar masa di Maktab dulu ‘jambu’ sebab itu orang mahu Anwar bersumpah seperti yang dilakukan oleh Mohd Saiful, sekadar menghilangkan buruk sangka.

Dr. Mahathir semasa mula menjadi Perdana Menteri pernah menyebut tentang skandal BMF di bawah Bank Bumiputra dulu. Padanya, orang tertentu yang terbabit dalam skandal itu tidak salah dari segi undang-undang, tetapi salah dari segi ‘moral’.

Monday, August 25, 2008

AIR LIOR BASI PENJILAT TEGAR AL JUBURI




Oleh Marhaintua | Saturday | Aug 23, 2008

Kali pertama saya mendengar berita Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Permatang Pauh, tanpa saya sedari bergelinangan air mata mengalir di pipi. Orang yang melihat memang tidak merasa ganjil dengan apa yang berlaku kerana ketika itu saya sedang terlantar di atas katil di Hospital Kulim.

Itulah titisan air mata yang melambangkan kelegaan di hati tua ini. Terus ingatan saya berhijrah jauh kepada seorang sahabat karib yang kini masih mengendalikan Laman M@rhaen. Dialah teman setia saya yang menyiarkan tulisan saya di laman web. Kamilah golongan awal penulis reformasi. Memang tidak ramai yang gigih menulis di laman web ketika itu kerana antaranya yang telah dipujuk untuk berpaling tadah dan menulis untuk lidah Umno. Ada yang mendapat tawaran menerima biasiswa kerajaan untuk belajar di luar negara.

Dengan penulisan ini saya salut hormat kepada Webmaster Laman M@rhaen yang masih gigih dengan tugas sukarelanya, walaupun terpaksa berkorban sebahagian gaji bulanan ke arah perjuangan itu.

Kini semakin ramai penulis di laman web dan blog sendiri. MEREKA menulis dengan pelbagai cara dan gaya.

Majoriti mereka menulis kerana mahu memberi maklumat lanjut kepada para pembaca yang sudah begitu lama ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan maklumat songsang penuh penipuan bahawa hanya BN yang mampu menegakkan kerajaan demokrasi yang stabil dan menjamin kesejahteraan rakyat jelata.

Sesungguhnya kerja menyalurkan maklumat songsang kepada rakyat jelata bermula sejak tahun 1969 lagi. Ini merupakan kesinambungan kerja-kerja propaganda yang dilaksanakan oleh penjajah British semasa mereka mengawal ketuanan Raja-raja Melayu. Saya pernah menulis lebih sembilan tahun dahulu bagaimana British menggunakan kumpulan SB (Cawangan Khas polis) khas untuk mengawasi pergerakan orang Melayu di kampung dan orang Cina di perkampungan baru serta di kawasan peladangan.

Antara talibarut British di zaman dahulu adalah Benggali penjual roti dan mamak rojak di kampung, penjual susu lembu dan guru-guru daripada India yang mengajar di bandar-bandar. Kebanyakan mereka itu adalah bekas tentera BIA ataupun British India Army. Proses asimilasi pun terjalin di mana pendatang itu mengahwini wanita Melayu dan mendapat tanah percuma daripada British sebagai pampasan kerja-kerja talibarut mereka.

Begitulah hebatnya perjalanan hidup kelompok ini ketika itu sehinggakan anak yang lahir tidak sanggup mengaku yang dia adalah anak Melayu. Kerana lebih sedia bergelar Indian Muslim. Itu yang terjadi kepada seorang insan yang kini bergelar TKT Mahathir. Ayah beliau adalah seorang India yang masuk Islam dan mengahwini seorang wanita Melayu. Mahathir membesar di persekitaran Melayu tetapi masih mahu dirinya dikenali sebagai Indian Muslim kelahiran Malaysia.

Tentunya kalau pendirian Mahathir itu diambil kira demikian, dia tidak layak menjadi anggota UMNO, tetapi setakat menjadi ahli KIMA. Jika andaian ini diterima pakai, Datuk Arif Shah yang menjadi calon BN menentang Anwar Ibrahim lagi tidak layak menjadi ahli UMNO kerana dia bukannya ada darah Melayu. Tetapi siapa yang peduli? Bagi pelajar di UiTM mereka dipesongkan dengan maklumat songsang oleh BN bahawa UiTM adalah institusi yang hanya patut dikhususkan untuk orang Melayu.

Demikianlah perjalanan sejarah Malaysia selepas kekalahan teruk Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman sehingga beliau melepaskan jawatannya untuk diambil alih oleh Tun Abdul Razak Hussein. Akan tetapi kejatuhan Tunku Abdul Rahman bukanlah berlaku secara bersahaja yang boleh dikatakan pergolakan evolusi. Sesungguhnya ia satu revolusi kecil yang dijalankan oleh hanya segelintir manusia yang membodek Tun Abdul Razak. Tenaga pemikir kelompok ini adalah di bawah pimpinan seorang radikal Melayu yang bernama Dr. Mahathir.

Saya pernah menulis secara imbasan peristiwa ini hasil perbincangan dengan Tan Sri Abdul Samad Ismail, bekas Ketua Pengarang kumpulan NST. Beliau sudah uzur sekarang ini dan tidak lagi dikunjungi oleh sesiapa. Sesiapa yang ada masa eloklah luangkan masa menziarahi beliau dan bersembang dengannya di rumah lama beliau di Seksyen 16 Petaling Jaya. Cara paling mudah menghubungi beliau ialah melalui isterinya, pemilik kedai bunga di Damansara Specialists Hospital.

Pak Samad merupakan seorang pengasas parti PAP (People’s Action Party) Singapura dahulu, bersama dengan Menteri Mentor Lee Kuan Yew. Dia akan menceritakan pembabitan segelintir manusia Melayu yang diketuai Mahathir untuk “menguasai” Tun Abdul Razak. Ketika itu, turut berkhidmat ialah seorang anak Melayu Kelantan lulusan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang lulus MCE (bersamaan SPM) dengan Gred Tiga. Pembantu peribadi ini kemudiannya naik menjadi timbalan menteri dan membuka blognya di mana dia mewar-warkan dirinya sebagai bekas penasihat kepada Tun Razak sedangkan ketika dia berkhidmat dengan Tun usianya baru 23 tahun dan pembabitan Mahathir membodek Tun Abdul Razak telah disokong padu oleh satu kumpulan Melayu yang digelar “Tiga Abdul”.

Sejarah telah menentukan Mahathir naik mencengkam kuasa melalui putar belit dan manipulasi orang lain. Ini semakin menyerlah bila dia mahu singkirkan Tun Hussein Onn, Tun Musa Hitam dan Tun Abdul Ghafar Baba.

Mahathir sanggup lakukan apa sahaja untuk menentukan dia tetap terus mencengkam kuasa. Dia tidak peduli apakah tindakannya itu membawa kesan ke atas masa depan negara, khususnya orang Melayu. Dia sanggup berbohong, menipu dan membunuh hanya untuk terus berkuasa. Pernah satu ketika selepas Anwar disumbatnya ke dalam penjara, Mahathir telah merancang pergerakan Al-Maunah semata-mata mahukan Majlis Raja-raja memberi perkenan agar perkataan ISLAM tidak boleh digunakan oleh mana-mana parti politik. Mujur Majlis Raja-raja (MRR) tidak bersetuju.. Beberapa tahun sebelum itu dia disebut-sebut terlibat dengan pembunuhan Hamid Gul di Kelantan dan Ibrahim Libya di Baling (sila baca kisah ini dalam tulisan saya dalam siri RAW).

Kemuncak kegilaan Mahathir menggunakan tipu helah dan kekerasan untuk menyingkirkan musuh politiknya berlaku pada 1998 apabila dia mengnyahkan DSAI daripada persada politik negara dan menghumbankannya ke penjara. Anwar telah dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan sekali gus sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya telah melihat proses menghina, mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai satu proses yang sungguh terancang dilakukan oleh TKT Mahathir dengan kerjasama banyak pihak. Terlalu ramai orang yang terlibat sebenarnya sehinggakan rakyat jelata tidak tahu dan tidak mungkin akan tahu siapakah mereka itu sebenarnya. Ada yang sudah pergi menemui Illahi.

Akan tetapi untuk faedah sejarah eloklah kita catatan nama-nama besar mereka yang telah terlibat dan kalau pun nama tidak muncul di sini tidak bermakna orang ini tidak terlibat:

Mokhtar Abdullah (Bekas Peguam Negara)

Abdul Rahim Noor (Bekas Ketua Polis Negara)

Dr. Qistina Majid - seorang doktor gigi berstatus janda.

Megat Junid – seorang bekas menteri kabinet yang baru sahaja pulang ke Rahmatullah. Semasa hidupnya beliau adalah orang suruhan Mahathir nombor wahid. Beliau juga pernah dikaitkan dengan kisah pembunuhan Mustakizah. Hingga ke hari ini pembunuh kejam wanita itu masih tidak dapat dikesan polis.

Aziz Samsuddin - seorang bekas menteri kabinet yang merupakan kekasih Dr Qistina satu ketika dahulu. Sejurus DSAI disumbat ke dalam penjara, Aziz mengalami kemalangan jalan raya pada hari lebaran Syawal yang mengorbankan isterinya. Rentetan kemalangan itu ada sekeping cek bernilai ribuan ringgit yang tercicir dan dikutip oleh dua orang anak Melayu (Mat Rempit mungkin). Cek yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat air suling itu telah ditunaikan oleh dua orang malaun tersebut. Sehingga hari ini tidak ada kisah perbicaraan mahkamah yang sengaja ditunda beberapa kali.

Musa Hassan – Kini berjawatan Ketua Polis Negara. Beliaulah Ketua Siasatan Kes Sodomi Pertama terhadap DSAI. Siasatan Musa Hassan mendapati kejadian liwat berlaku di sebuah apartment (Tivoli Apartment) ketika apartment itu belum siap dibina lagi. (Terpaksalah mereka mengubahsuai tarikh kejadian beberapa kali sehingga satu tarikh apartment itu sudah siap). Bahan bukti yang paling besar dikemukakan oleh Musa Hassan ialah sebuah tilam besar yang bertompok air mani (tiga belas tompok kononnya) milik Anwar semasa beliau meliwat bekas pemandu isteri beliau yang bernama Azizan Abu Bakar.

Abdul Ghani Patail yang kini menjadi Peguam Negara. Dalam Kes Liwat Pertama dia memainkan peranan Ketua Pasukan Pendakwaraya. Setakat ini si penyamun ini masih kelihatan bersih daripada badi kes liwat 1. Tetapi inilah penyamun yang mengemukakan cadangan hukuman mati ke atas Nallakaruppan, bekas kawan bermain tenis Anwar. Dia kelihatan masih gagah walaupun satu ketika dahulu ada desas-desus dia membunuh seorang peguam wanita yang menjadi kekasihnya yang ditemui mati lemas di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

Abdul Khalid Jefri. Beliau adalah bekas wartawan sukan Kumpulan Utusan Melayu dan merupakan orang-orang yang mula-mula mencetuskan kemelut menjatuhkan DSAI. Ini bermula dengan buku “50 Dalil Kenapa DSAI tidak boleh menjadi Perdana Menteri”. Buku ini telah diselitkan dalam beg cenderahati untuk setiap perwakilan yang datang ke Persidangan UMNO. Bagaimana mungkin buku ini mudah terselit dalam beg 2,000 perwakilan?

Abdul Khalid Jefri pulang ke Rahmatullah setelah mahkamah menjatuhkan hukum beliau perlu membayar gantirugi malu kepada DSAI...

Abdul Rahim Tamby Cik. Bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda UMNO. Orang suka panggil nama dia sebagai Rahim Tamby Tak Kecik. Dia terlibat dengan penerbitan buku “50 Dalil Kenapa DSAI tidak boleh jadi Perdana Menteri”. Walaupun dia menafikannya semasa Persidangan UMNO tetapi kerja politik dia terus terhumban ke jurang aib selepas itu. Lebih-lebih lagi selepas dia dikaitkan dengan meniduri seorang gadis sunti di Melaka sehingga menghasilkan seorang anak. Yang peliknya dia tidak mengaku, sebaliknya tujuh oarng Mat Rempit telah tampil di mahkamah mengaku mereka pernah meniduri Haryati, gadis yang melahirkan anak itu. Kes menjadi pelik kerana polis tidak pula mengambil contoh DNA Rahim untuk diperiksa, dan tidak juga mengambil DNA budak-budak Mat Rempit yang mengaku itu untuk menentukan siapa antara mereka yang menyuntik baka pada Haryati.

Kes Haryati yang hamil di luar nikah telah menjadi isu sensasi di Melaka pada satu masa dahulu apabila nenek Haryati mengemukakan pelbagai dakwaan dan tuntutan. Malangnya tuntutan si nenek tidak didengar oleh UMNO walaupun mendapat sokongan daripada seorang wakil rakyat DAP bernama Lim Guan Eng. Hasilnya Lim Guan Eng telah dituduh memfitnah dan meringkuk dalam penjara dan apabila keluar tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya untuk satu tempoh selama empat tahun. Kini Lim guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ummi Hafilda. Beliau merupakan primadona kes Liwat I. Dia adalah adik kepada YB Azmin Ali seorang Naib Presiden PKR dan kakak kepada Azwan Ali seorang selebriti TV yang perasaan dialah satu-satunya personaliti hiburan tanah air. Ummi gilakan Anwar dan kalau boleh sanggup ditiduri oleh Anwar, tetapi apakan daya walaupun dia mengaku secara bersumpah di mahkamah yang dia masih gadis dara sunti.

Pada waktu yang sama Ummi membenci abangnya Azmin yang tidak mahu membantu dia rapat dengan Anwar kerana tujuan Ummi ialah mendapatkan kontrak lumayan untuk diagihkannya kepada subkontraktor Cina.

Oleh kerana terlalu ‘frust’ dia buat surat terus kepada TKT Mahathir dengan dakwaan bahawa Anwar telah bersekedudukan dengan isteri Azmin sehingga kakak iparnya melahirkan anak. Tetapi, pemeriksaan DNA mengesahkan bahawa si anak memang anak Azmin Ali.

Perbuatan terkutuk Ummi Hafilda telah menaikkan amarah ayahnya sehinggakan Pak Ali bertindak tidak mengaku beliau anaknya beberapa bulan sebelum Pak Ali menghembuskan nafas terakhir.

Pengakuan beliau sebagai seorang gadis sunti telah dilondehkan di mahkamah oleh seorang bumiputra Sarawak bernama Baginda yang mengaku telah meniduri Ummi di London selama dua minggu. Khabarnya Ummi sanggup beri pampasan kepada Baginda untuk menceraikan isterinya dan berkahwin dengan Ummi.

DR. MUNAWAR ANEES, TENGKU ADNA, SABARUDIN CHIK DLL..

- marhaintua - 23.08.2008

(Bahagian 1)

ANWAR IBRAHIM: INSAN PILIHAN UJIAN TUHAN – BAHAGIAN 2

Dr. Munawar Anees. Beliau adalah penulis ucapan Anwar satu ketika dahulu. Beliau adalah warga Pakistan dan menetap di Amerika. Isterinya seorang warga Algeria yang mendapat kerakyatan Peranchis. Anees telah ditangkap dan dituduh oleh polis membiarkan dirinya diliwat oleh DSAI. Dr. Anees berusia 51 tahun ketika itu. Untuk megadakan bukti, dubur Anees telah dijolok dan digerudi dengan belantan polis sebagai bukti dia telah diliwat. Hasilnya dia mengalami trauma dan hampir maut di hospital. Tekanan dunia luar membolehkan Anees dibebaskan untuk mendapat rawatan di Amerika.

Apabila beliau dibebaskan Dr. Anees telah menjelajah bandaraya besar merata dunia dan menulis di makalah tersohor dunia mengenai kes liwat yang telah dituduh ke atasnya. Pertubuhan Islam sedunia di merata tempat telah menyiarkan tulisan Anees yang mengatakan betapa TKT Mahathir telah menggunakan seluruh institusi kerajaan untuk mengaib, menyiksa dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Kesan usaha Anees yang gigih itu menjadikan dunia sedar betapa azabnya yang telah ditimpa ke atas DSAI. Yang lebih penting lagi, dunia terkejut beruk mengetahui di sebalik retorik dan cakap celupar terhadap barat, dia sebenarnya adalah seorang diktator di negara sendiri. Hingga ke hari ini Anwar menerima pelbagai tawaran daripada ketua negara luar, sedangkan Mahathir dicemuh dan dibiarkan hidup merempat di negara sendiri laksana seekor anjing kurap sahaja.

Kini Mahathir menanti penuh debar hasil Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh. Dia tidak mahu DSAI menang kerana dia tahu kalau DSAI menang, kemungkinan besar kerajaan pusat akan bertukar tangan, dan masa depan TKT Mahathir akan tergugat. Saya fikir perkara pertama yang harus dilakukan DSAI apabila memegang kuasa kerajaan pusat ialah menutup Yayasan Perdana yang kini menjadi sarang propaganda Mahathir di mana semua pegawainya adalah bekas pembodek beliau dalam kerajaan dahulu dan kini menerima gaji lumayan yang berlipat kali ganda. Saya sudah lama mencadangkan ditutup sahaja Yayasan Perdana itu. Kalau Mahathir mahu menulis biarlah dia menulis di rumah kediamannya dan kalau dia mahukan pembantu bolehlah diberikan sedikit gratuiti kepada mereka.

tengku Adnan Mansur. Dia ini kini masih menjadi Anggota Parlimen. Satu ketika dahulu dia adalah Setiausaha Kerja UMNO semasa kerja-kerja menyelitkan buku dalil itu dilaksanakan. Pangkat diraja yang digunakannya itu adalah melalui proses mahkamah setelah dia meyakinkan mahkamah bahawa dia dan ayahnya adalah berketurunan Sultan Melaka. Mujur juga TKT Mahathir sudah hilang kuasa. Mana tahu kalau masih berkuasa dia tabalkan Adnan menjadi Sultan Melaka? Kalau Mahathir masih berkuasa mungkin juga seorang anak mamak yang ada Shah pada namanya dan menjadi seorang Naib Canselor sebuah universiti membuat pengakuan mahkamah yang dia juga berketurunan raja Melaka. Tetapi kalau dilihat pada peranannya memesongkan pelajar Melayu di universiti beliau itu, saya fikir dia ini adalah berketurunan Bendahara Mandaliar Melaka.

Sabaruddin Chik. Dia menjadi Setiausaha Agung UMNO yang paling lemah kuasanya. Kerana itu Adnan Mansor boleh menunjukkan kukunya. Kini Sabaruddin Chik disebut-sebut selalu berehat di sebelah mesin dialisis di rumahnya.

Azizan Abu Bakar. Bekas pemandu DSW Azizah, isteri kepada DSAI. Beliau kononnya telah diliwat oleh DSAI di Tivoli Villa semasa apartment itu belum siap lagi. Yang anehnya doktor yang memeriksa dubur Azizan tidak dapat sebarang kesan dubur itu telah dijolok oleh benda keras. Malahan Azizan sendiri sebanyak tiga kali mengaku dia tidak pernah diliwat oleh DSAI.

Hasil kes ini Azizan diberikan jawatan pengarah syarikat dengan kereta mewah sekali. Yang bagusnya dengan Azizan, dia sanggup diheret ke mahkamah dan setiap hari melihat polis mengusung satu tilam tebal yang kononnya digunakan oleh DSAI semasa meliwatnya. Tup-tup dia telah disoal oleh Ketua Peguambela Almarhum Rizal Fernando apakah dia pernah diliwat oleh DSAI? Dia jawab tidak pernah. Soalan itu dikemukakan sebanyak tiga kali dan sebanyak itu juga dia menjawab tidak pernah.

Sepatutnya jawapan Azizan itu sudah cukup bukti untuk mahkamah menutup bicara dan mengisytiharkan kes itu sebagai “No Case”. Selain jawapan Azizan yang menafikan dirinya diliwat, terlalu banyak lagi bahan-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dapat disanggah dan diperlekeh oleh pihak peguambela.

Augustine Paul. Hakim yang mendengar bicara itu tidak mahu menolak pendakwaan tersebut. Malahan dia tetap dengan kata-kata “Not relevan” setiap kali pihak peguambela mengemukakan hujah. Di manakah Augustine Paul sekarang?

Dia yang dikenali sebagai Hakim Hacks khabarnya telah menerima arahan untuk mengadili kes DSAI dan menjatuhkan hukuman sebagai balasan ucap terima kasih kepada kerajaan (polis) yang membebaskan anaknya daripada hukuman tali gantung kerana terlibat dengan pengedaran dadah. Anak itu dibenarkan ke luar negara dan menetap di sana. Kerana itu setiap kali tercetus masalah dalam mahkamah, Hakim Hacks menangguhkan perbicaraan untuk membuat rujukan kepada Perancang Agung Konspirasi itu yang bernama Dr. Mahathir. (Itu sebab saya berikan gelaran TKT pada beliau semasa dia memaksa kerajaan penganugerahan gelaran Tun pada diri dan isterinya. Dia tahu kalau dia sudah tidak berkuasa gelaran itu mungkin terlepas daripada genggamannya)

Rafidah Aziz. Dia ini adalah Ketua Wanita UMNO. Dia mungkin tidak terlibat secara langsung dengan usaha menjatuhkan DSAI. Tetapi sebagai Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa satu ketika dahulu, Rafidah banyak menghabiskan masa di luar negara daripada di negara sendiri. Sebagai Ketua Wanita UMNO dia mempunyai pilihan menenangkan pengikutnya agar tidak membuat andaian apabila DSAI ditangkap, dibalun di Bukit Aman sedangkan tangannya digari di bahagian belakang. Dia tahu berita bagaimana Anwar telah ditangkap oleh sepasukan polis gerak khas dan dibawa lari ke Bukit Aman. Di sana Anwar telah dilanyak hingga lumat oleh Rahim Noor sehingga lebam matanya dan dibiarkan berbogel di atas bangku simen sehingga keesokan paginya.

Keadaan DSAI adalah laksana nyawa-nyawa ikan sahaja apabila seorang doktor berbangsa India (Dr. Vasantha) diarahkan melihat keadaan beliau. Perbuatan ke atas DSAI ternyata dibuat oleh manusia berhati binatang, kata doktor itu dan dia tetap dengan pendirian itu di mahkamah walaupun ada beberapa pujukan agar dia memberi kenyataan yang menyenangkan pihak kerajaan.

Sebagai Ketua Wanita UMNO dan Menteri kabinet yang sentiasa berlegar di luar negara Rafidah punya peluang memberitahu dunia biarlah jangan dikomen kisah DSAI dengan mata lebamnya. Tetapi apakah jawapan beliau apabila ditanya soalan yang sama dahulu? Dia jawab DSAI mungkin melakukan lebam itu secara sengaja dan berkemungkinan membengkamnya dengan gelas. Dia cuba menjadi bijak setakuk lagi daripada ketuanya Mahathir yang berkata mata lebam DSAI “adalah bikinan sendiri dengan menghantuk kepalanya di dinding.

Kalau kita dengar kenyataan Dr. Vasantha di mahkamah memang jelas bahawa tujuan sebenar melanyak DSAI sebegitu kejam adalah semacam satu tindakan melepaskan geram kerana DSAI tidak mati terbunuh semasa beliau diserang di rumah kediamannya di Setiabudi oleh sepasukan gerak khas dan penembak tepat.

Mengikut siasatan peribadi selama ini saya dapat kumpulkan fakta bahawa pada malam DSAI ditangkap kerana tuduhan liwat itu, beliau sepatutnya menemui ajal. Ada anggota tertentu pasukan gerak khas itu yang diberi arahan apabila berlaku kekecohan dan huru-hara dan lampu dipadam dia mesti melepaskan tembakan ke arah DSAI agar beliau terbunuh. (Kerana itu setiap anggota gerak gempur itu telah dilengkapi dengan ‘night vision goggles’). Mujur Anwar sudah bersedia menerima kedatangan mereka walaupun mereka masuk melalui pintu secara paksa. Keadaan tenang dan membolehkan Anwar naik menukar baju untuk di bawa keluar oleh dua orang inspektor polis bernama X Bin Mohd Nasir dan Inspektor Shukri. Inspektor X bin Mohd Nasir berasal daripada Melaka dan ayahnya Pesara Polis Singapura; Staf Sarjan Mohd Nasir Kuwantung. Dia pernah dibuang daerah (ke Port Dickson) oleh Lee Kuan Yew kerana difitnah mengumpul senjata di Masjid Sultan Singapura untuk menggulingkan kerajaan Lee Kuan Yew.

Kini Inspektor X Mohd Nasir bertugas sebagai pengawal khas kepada YDPAgong. Anwar kenal pegawai ini dan dia pernah menjadi pengawal peribadi beliau. Kalaulah tidak waras akalnya, Anwar sudah lama menjadi arwah.

Malahan kalau kita ingatkan balik kisah mata lebam itu, pada tahap awalannya Rahim Noor berkata Anwar berada dalam keadaan selamat. Hanya apabila Anwar dikemukakan di mahkamah barulah kita tahu bahawa dia telah dibaham oleh Rahim Noor. Itupun setelah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Khas Siasatan DiRaja bagi menyiasat kejadian. Barulah kita tahu kalau tidak kerana SAC Ramly Yusof, Rahim Noor sudah melanyak Anwar sehingga mati. Kini SAC Ramly berada dalam tahanan gara-gara tuduhan rasuah, sedangkan beliau satu ketika dahulu adalah Ketua kepada Musa Hassan dan sepatutnya menjadi pegawai yang menggantikan tempat Rahim Noor. Demikianlah busuknya kerja-kerja TKT Mahathir yang semakin terdedah ke hari ini.

Kisah mata lebam Anwar yang disusuli dengan dakwaan dia melakukan kerja meliwat ke atas beberapa orang yang rapat dengannya, adalah kemuncak kepada pelbagai usaha musuh Anwar mahu membunuhnya. Mengikut catatan, terdapat lebih enam kali usaha membunuh beliau. Ini melibatkan (antara lainnya) sebuah helikopter tentera yang meletup di udara dalam perjalanan mengambil beliau. Sebuah lagi helikopter milik Pengerusi HICOM, telah meletup di udara pada malam hari ketika Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri beliau terbang pulang ke Terengganu untuk menziarahi ibunya yang baru meninggal. Pesawat itu sepatutnya akan digunakan oleh beliau bersama Anwar pada keesokan harinya. Jelas, bom jangka sudah terpasang siap menunggukan pesawat itu terbang dan meledak di angkasa. Sayangnya ia mengorbankan orang lain. Yang peliknya dalam episod ini Dr. Siti Hasmah yang menjadi isteri Perdana Menteri ketika itu tidak pernah mahu diri dan suaminya diterbangkan dengan helikopter walaupun kerajaan menyediakan sebuah helikopter khas untuk kegunaan mereka.

Bekas Ketua Polis Negara A Rahim Noor. Dia merupakan orang kuat Mahathir satu ketika dahulu. Dia amat setia kepada Mahathir sehinggakan ada kalanya lagaknya itu adalah lebih hebat daripada tuannya. Dialah yang melumpuhkan Pertubuhan Al-Arqam, sebuah pertubuhan Islam yang dikatakan terpesong sedikit akidahnya. Tetapi apakah bezanya kepesongan akidah Al-Arqam dengan Islam Hadhari? Semasa disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja terhadap perbuatan aibnya terhadap Anwar, Rahim berkata bahawa dia memukul Anwar sebab Anwar memanggilnya anjing. Anwar menafikan dia pernah berkata demikian. Malahan SAC Ramli pernah berkata kepada kawan-kawannya bahawa Anwar tidak berkata apa-apa.

Saya pernah mengenali Rahim Noor secara peribadi satu ketika dahulu dan kalau ditanya anggota polis bawahan mereka memang menyayangi Rahim Noor. Dia prihatin dengan penderitaan anggota polis bawahannya.

Tetapi dia banyak berdosa dengan orang Melayu dan Islam. Perbuatannya mengharamkan Al-Arqam bukan sahaja menumpulkan pengaruh Abuya Azahari tetapi sekali gus melumpuhkan seluruh rangkaian pasaran dan eceren Melayu dan Islam. Rahim Noor menjadi mangsa mainan segelintir ulama di sekeliling Mahathir kerana ulama ini berlumba-lumba antara satu dengan lain menonjolkan bahawa merekalah jaguh Islam.

Kini Rahim Nor sudah berubah. Dia lumpuh di sebelah tangannya. Itulah tangan yang membaham Anwar Ibrahim. Dia kerap memberitahu pegawai polis yang muda-muda apa yang ditanggungnya adalah kerana mencampur-adukkan tugasnya dengan politik. Sehebat Rahim Nor dia tidak mampu menumpaskan pujuk rayu dan ugutan TKT Mahathir.

TKT Mahathir. Inilah bapak segala Konspirator di Malaysia di zaman dia mencengkam kuasa. Sesiapa pun tidak berani melanggar cakap dia. Mereka yang berani berbuat demikian telah menghadapi kesukaran dalam hidup. Contohnya, Tun Salleh Abas yang telah dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Tetapi, Salleh Abas akhirnya menjadi Exco Kerajaan PAS Terengganu. Baru-baru ini kerajaan Paklah telah meminta maaf dan membayar balik segala pampasan yang patut diterimanya. TKT Mahathir melihat segala proses pemulihan itu dengan terkulat-kulat sahaja.

Orang putih kata TKT Mahathir “is a pathological liar”. Maknanya dia adalah seorang pembohong besar semulajadi. Membohong adalah satu perbuatan yang amat mudah dilakukannya. Itulah yang dilakukannya satu ketika dahulu dengan surat layang yang disebarkan merata negara untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Almarhum Tunku pernah memberitahu saya dalam pertemuan peribadi di Alor Star pada tahun 1970 bahawa negara ini akan jahanam “kalau Mahathir dapat menjadi Perdana Menteri.” Ternyata ramalan Tunku itu tidak lari daripada tajuknya.

Sepanjang beliau mencengkam kuasa, TKT Mahathir telah memperibadikan semua institusi kerajaan. Malahan dia cuba memanipulasi Majlis Raja-raja dengan meminta izin majlis itu mengharamkan perkataan ISLAM dalam pertubuhan parti politik. Mujur Majlis Raja-raja enggan akur dengan kehendaknya.

TKT Mahathir naik mencengkam kuasa gara-gara sistem politik di negara ini. Sebagai seorang Presiden parti UMNO dia naik secara automatis menjadi Perdana Menteri. Untuk menjadi seorang Presiden UMNO dia menunggu pilihan majoriti antara 2,000 ahli perwakilan yang datang berkumpul di PWTC. Dia menang tanpa bertanding kerana sistem tipu muslihat yang direncana semasa pencalonan di pihak bahagian lagi.

Untuk menjamin cengkaman kuasanya tetap di tangan dia telah memanipulasi sistem kehakiman dan pengadilan. Yang anehnya putar-belit kehakiman adalah mengikut acuan seorang peguam bernama Dato’ VK Lingam. Ini adalah seorang penyamun besar yang merupakan peguam kepada Tan Sri Vincent Tan. Dialah yang mengatur percutian ke luar negara Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Saya pernah menulis agar kerajaan menggugurkan gelaran itu daripadanya kerana dia telah menipu dengan berkata di tahap awalan yang dia terjumpa Lingam secara terserempak di tempat menaiki pesawat ke New Zealand. Siasatan yang dibuat oleh pasukan risikan bebas bagi pihak Mendiang M.G.G. Pillai mendedahkan bahawa tiket yang dibelinya adalah sama siri dengan tiket yang dibeli oleh Lingam.

Kira-kira enam bulan yang lalu, nama Lingam kecoh lagi apabila pita rakaman video dia sedang berbual di telefon dengan seorang Ketua Hakim Negara mengenai nama-nama hakim yang perlu dinaikkan pangkat di Malaysia didedahkan kepada umum. Dalam perbualan telefon yang dirakamkan itu, Lingam telah menyebut dengan jelas pembabitan tengku Adnan Mansur yang boleh mengatur temujanji antara Ketua Hakim Negara dengan Perdana Menteri. Pada mulanya Lingam tidak mengaku yang dia sedang bercakap dengan Ketua Hakim Negara ketika dirakam perbualan itu. Apabila dilakukan siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja, barulah sah identiti sebenarnya. Memang benar dia sedang berbual dengan Ketua Hakim Negara untuk mencadangkan siapa yang patut dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Namun Lingam berkata: “Orang dalam video itu memang seiras wajah saya tetapi bukan saya,” Walaupun suara orang yang menyebut ‘correct, correct, correct’ jelas menyerupai suaranya, Lingam masih mengelak dengan mengatakan "Suara macam saya...". Jelas Lingam pandai bermuslihat kerana dia sudah lama belajar daripada sifunya TKT Mahathir.

Oleh kerana kerakusan, TKT Mahathir telah berbuat apa yang dia suka dengan wang perolehan Petronas. Petronas yang sepatutnya bernaung di bawah Parlimen telah dimilik-peribadikannya dan segala pembaziran telah dibuat untuk membina Menara Berkembar Petronas. Dia juga telah membina litar lumba Sepang dengan belanja lebih lima ratus juta Ringgit. Saya pernah menentang pembaziran ini kerana tanah tapak Menara Berkembar itu dahulunya adalah milik kerajaan yang dijual kepada rakan karibnya Ananda Krishnan. Beberapa bulan kemudian Ananda Krishnan telah menjualkan semula tapak itu kepada kerajaan Malaysia dengan harga berlipat kali ganda, sekali gus mendapat faedah yang amat besar.

Orang yang rapat dengan Mahathir pernah memberitahu saya, tidak ada satu projek mega di Malaysia ini dapat dibina tanpa Mahathir menerima habuannya. Berapakah habuannya? Dua persen? Lima persen ataupun Sepuluh persen? Kawan saya berkata Mahathir tidak main dengan sepuluh persen. Khabarnya Mahathir ambil komisen dan peratusan saham dalam syarikat yang diberikan kontrak projek mega.

Kalau kita ambil kira masa yang begitu lama Mahathir menjadi Perdana Menteri tentu dia mampu mengumpulkan harta menjadi Melayu yang terkaya di dunia! Kawan saya kata tidak begitu. Mahathir adalah Melayu yang kedua terkaya di dunia. Yang paling kaya ialah Tun Daim Zainuddin kerana dia telah gunakan duit UMNO dan melaburkannya di luar negara. Mahathir dan Daim renggang persahabatan apabila Daim enggan membawa pulang duit UMNO di seberang laut. Ini bermakna kalau Daim mati esok ataupun lusa semua duit orang Melayu yang disimpan oleh UMNO akan lenyap begitu sahaja..

PUNCA RETAKNYA HUBUNGAN MAHATHIR DENGAN ANWAR

- marhaintua - 23.08.2008

(Bahagian 2)

ANWAR IBRAHIM: INSAN PILIHAN UJIAN TUHAN – BAHAGIAN AKHIR

Sejarah membuktikan bahawa DSAI adalah anak emas Mahathir satu ketika dahulu, Beliau diperkenalkan kepada Mahathir oleh Tengku Razaleigh Hamzah setelah Anwar diperkenalkan kepadanya oleh Sanusi Junid. Itu jalan ceritanya. Tetapi nama Anwar naik melonjak dalam peristiwa Kelaparan di Baling, dan peristiwa itu telah digunakan oleh Mahathir dalam surat layangnya untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman Putra.

Anwar telah meniti heirarki UMNO dan memainkan peranan besar menonjolkan nama Mahathir di arena antarabangsa melalui pengaruhnya dengan pemimpin negara-negara Islam. Harus diingat bahawa itulah salah satu strategi Mahathir mendekati Anwar kerana kemampuan beliau meyakini pemimpin dunia Arab memberikan biaya kepada perjuangannya dalam ABIM. Sekali gus Mahathir menjadi terkenal dengan dunia Selatan-Selatan dan melonjak naik sebagai suara perjuangan negara yang sedang membangun.

Keghairahan Mahathir mendekati pemimpin negara Islam telah membuka ruang kepada beberapa ilmuwan UMNO yang berpendidikan Arab dan Islam. Muncullah, Dr. Yusuf Nor, Hamid Othman, Zainal Abidin, dan ramai lagi. Oleh kerana ruang untuk mereka rapat akrab dengan Mahathir amat sempit dan terhad, maka para ulama UMNO ini telah berlumba-lumba menjuarai diri antara satu sama lain dan ini mereka lakukan melalui pelbagai cadangan dan isu yang membuatkan Mahathir merasakan dia perlu bertindak untuk terus popular. Maka muncul isu pengharaman Al Arqam sedangkan itulah rangkaian yang banyak berjasa dalam pembukaan industri kecil dan sederhana Melayu. Mahathir akur kepada cadangan untuk mengharamkan Al Arqam setelah melihat dan diberitahu bahawa Al Arqam adalah penyokong kuat PAS. Kononnya, kalau Al Arqam dibiarkan terus hidup, masa depan UMNO akan tergugat.

Pengharaman Al Arqam ternyata satu tindakan yang besar silapnya, kerana kalau berdasarkan akidah yang songsang, masih terdapat lebih 70 buah tarikat Islamiyah yang dikatakan menyimpang daripada ajaran Sunnah wal Jamaah. Malahan pada hari ini kita boleh persoalkan apakah sebenarnya ajaran Islam Hadhari? Bayangkan berapa ratus juta telah dibazirkan untuk mempromosikan Islam Hadhari sedangkan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk memperbaiki cara hidup umat Islam di negara ini.

Pergeseran Anwar-Mahathir bergelegak sebaik sahaja Anwar bertanyakan kedudukan wang orang Melayu dalam simpanan UMNO. Adalah dianggarkan pada tahun 1997, terdapat sekurang-kurangnya RM27 Bilion wang simpanan dalam Khazanah Perbendaharaan UMNO.

Semasa TKT Mahathir menjadi Presiden UMNO orang yang mengendalikan wang simpanan dalam UMNO ialah Tun Daim Zainuddin. Hasil pengalaman mereka semasa pembubaran UMNO asal dahulu, Daim telah ‘melarikan’ wang Melayu dalam UMNO ke luar negara untuk dilaburkan kononnya. Hasilnya dia telah membeli beberapa buah bank di Afrika dan memproksikan pengurusan bank itu kepada abang kepada Arif Shah (calon yang bertanding di Permatang Pauh). Banyak lagi pelaburan yang dibuatnya dan diproksikan kepada beberapa korporat Melayu anak didiknya seperti Dato’ Shamsuddin Hassan di Afrika Selatan, Tajuddin Ramli, dan ramai lagi sekadar menyebut namanya sahaja. Ada juga pelaburan yang dibuatnya dengan mewakili beberapa orang wanita kesayangannya.

Satu ketika dahulu, keakraban Mahathir bersama Daim adalah laksana kuku dengan isinya. Tidak ada yang silap pada Daim walaupun apa yang dibuatnya ialah membalun wang orang Melayu dan menggunakan nama-nama proksi yang dia sahaja mengetahuinya. Adalah mustahil Mahathir tidak tahu menahu jenis pelaburan yang dibuat itu. Malahan besar kemungkinan Mahathir sengaja buat bodoh kerana dia tahu habuan komisen untuknya yang dijanjikan oleh Daim.

Oleh kerana Anwar prihatin dengan harta pusaka orang Melayu tentulah dia mahu tahu apa jadi dengan wang besar yang ada pada UMNO. Untuk mengelak Anwar mendedahkan perkara sebenar kepada persidangan UMNO, dia mesti dihalang dengan apa cara juga.

1997 merupakan tahun celaka kepada Anwar. Kegawatan ekonomi meruncing dan George Soros telah menyerang mata wang setiap negara Asia. Ironisnya kerja-kerja menyerang mata wang ringgit oleh George Soros adalah dengan kerjasama Daim juga.

Oleh kerana ekonomi Malaysia ketika itu banyak bergantung pada pelaburan asing, berlaku sahaja kegawatan, orang asing pun mengambil balik wang pelaburan mereka. Tinggallah Malaysia terkapai-kapai mencari arah. Keadaan menjadi parah apabila Bank Dunia mahukan Malaysia mengikut rentak ajarannya. Sekali lagi Anwar dan Mahathir berbalah tentang cara menyelamatkan kewangan negara. Negara Asia lain yang turut berhadapan kegawatan ekonomi, telah menerima pakej penyelamatan Bank Dunia. Cuma Malaysia yang degil dengan alasan Mahathir bahawa cadangan pakej itu akan menjahanamkan Malaysia. Yang sebenarnya Mahathir tidak mahu dengar saranan Bank Dunia agar segala bisnes yang dikendalikan oleh anak-anaknya dikecutkan untuk mengurangkan risiko perbankannya,

Pada waktu yang sama hampir semua syarikat perniagaan anak-anak Mahathir sedang tercungap-cungap. Maklumlah, perniagaan yang bukan berasaskan pengetahuan mendalam terhadap sesuatu bidang, tetapi lebih kepada hubungan dan kaitan rapat si pemilik dengan Perdana Menteri. Salah seorang anak lelaki Mahathir telah meminta bantuan Anwar agar diselamatkan syarikatnya dengan memberikan wang Petronas sebanyak dua billion ringgit. Anwar menolak permintaan itu. Bermulalah dendam kesumat Mahathir terhadap Anwar.

Cara Mahathir mahu gunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak-anak dan kroni amat difahami oleh Pengerusi Petronas ketika itu. Beliau adalah Almarhum Tan Sri Azizan yang telah menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama selepas Anwar dipenjarakan. Pada satu hari Almarhum telah mendapatkan DSWA dan menyatakan betapa kesalnya beliau dengan kisah penghinaan yang dialami oleh Anwar Ibrahim. Dia telah meminta DSWA bersabar banyak-banyak. Tidak berapa lama kemudian Tan Sri Azizan menghembuskan nafas terakhirnya.

Dendam kesumat Mahathir tidak ada batasnya. Beliau telah merancang satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Beliau telah gunakan semua institusi kerajaan untuk kerja-kerja busuk itu. Dia gunakan media dan akhbar, TV dan radio. Apa sahaja yang boleh direncana untuk mengaibkan Anwar telah digunakannya,

Kes Anwar telah dibela oleh satu panel peguam bukan-Melayu. Kalau ada segelintir peguam Melayu seperti YB Zulkifli Kulim Bandar-Baru, mereka hanya setakat membawa fail dan pencatat peristiwa sahaja. Peguambela telah bekerja keras di mahkamah mematahkan hujah pihak pendakwaraya dan hanya berjaya ke satu tahap sahaja kerana Mahkamah Malaysia sudah dikuasai oleh fenomena ‘correct, correct, correct’ dan ‘Tidak relevan’

Anwar Ibrahim terpenjara juga walaupun Mahathir sendiri telah mengaku segala tuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi kerana dia mempunyai kuasa. Mudah sungguh cakap Mahathir . Dia seolah-olah mempersenda kerja-kerja tuduhan liwat dan sodomi serta pelbagai lagi kerja kotor itu sebagai satu lakonan. TKT Mahathir tidak terfikir bahawa apa yang dilakukannya ke atas Anwar adalah satu penghinaan besar kepada orang Melayu dan Malaysia.

Perbuatan Mahathir tidak boleh dimaafkan secara total. InsyaAllah dia akan terus bernyawa. Dia kena merasa balasannya.

Orang barat sendiri hairan bagaimana mungkin kes Anwar boleh laku di muka pengadilan. Mereka juga hairan kenapa orang Melayu secara keseluruhannya sanggup membisu bila melihat Anwar dianiayai sebegitu dahsyat oleh Mahathir.

Saya yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Yang jelas Allah telah memilih Anwar sebagai insan pilihan untuk menjalani ujiannya. Ini termasuk nasib beliau dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Khabarnya Paklah telah memberi arahan bahawa Anwar tidak boleh diberikan kemenangan walau apa cara sekali pun. Dia mengugut pihak polis dengan berkata kalau Anwar naik menjadi Perdana Menteri, KPN dan AG beserta pegawai tinggi polis termasuk KP Penang akan dipenjarakannya.

Kenapakah Paklah semakin gelabah? Apakah akan terdedah nanti tipu muslihat penjualan saham Augusta dengan harga 1 Euro oleh kroni beliau yang kemudiannya menjual kepada Syarikat Harley Davidson dengan harga 600 juta ? Ataupun Paklah semakin tertekan dengan kisah ‘Oil For Food Program’ yang dibalunnya sendiri sedangkan projek itu sepatutnya diserahkan kepada Dewan Perniagaan di negara ini?

- marhaintua - 24.08.2008

(TAMAT)

Followers