Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Sunday, July 20, 2008

ANWAR PUNCA KERETAKAN PAKATAN

Anwar punca keretakkan Pakatan Rakyat

Isu muqabalah dah jadi makin panas doh.. Demo tau ko Karpal marah Nik Aziz sebab isu bubar parti baru-baru ni? Karpal Songeh minta Pakatan Rakyat (PR) kaji semula keanggotaan PAS sebab main pintu belakang dengan UMNO.

Tapi.. malam ni ambo tengok kat TV3, Nik Aziz tak mahu pujuk Karpal sebab masing-masing dah tua. Malu ko budak-budak.. Kata Nik Aziz lagi, biasalah kalau dalam parti ada perbalahan, laki-bini pun ada sokmo balah-balah ni.

Ambo bukan nak cakap hal muqabalah PAS-UMNO, tapi hal Anwar. Sebab-musabab PAS jumpa UMNO adalah kerana mereka sudah frust dengan Anwar, sudah hilang percaya ko Anwar, dah tawar hati dengan Anwar…

Ambo dengar berita.. semasa Anwar keluar dari bersembunyi dari Kedutaan Turki baru-baru ni, dia berkelahi besar dengan Wan Azizah sampai ketua pembangkang tu nak letak jawatan dalam PKR, nak lari luar negara sebab malu.

Pasal apa jadi sampai begitu sekali?

Ini bermula apabila Dato Nallakarupan (DN) telah mencabar Anwar untuk menyaman beliau kerana pendedahan ‘telanjangkan anwar’ telah dibongkar oleh DN sekitar kawasan lembah pantai. Perkara bertukar wanita, kegiatan seks, homoseks telah dihuraikan dengan cukup detail dan teliti oleh DN. Cerita beromen dalam kereta dengan isteri seorang kenamaan antara klimaks pendedahan DN dalam siri jelajahnya mendedahkan kegiatan tak bermoral anwar selama ini.

Astaghfirullah.. Hanya kepada Allah Ta’ala ambo berserah kepada hal-hal yang terhijab dan tersembunyi. Wallahualam..

Kalau dulu Anwar berani menyaman Dr Chandra dan Khairy Jomladen atas kenyataan kononnya mereka membuat fitnah, MENGAPA anwar langsung tidak berani mengheret DN ke muka pengadilan ? Adakah takut segala keterangan dan cerita seks Anwar akan diketahui umum bila ke mahkamah? Takut bising pula seluruh Malaysia?

Kepada Anwar/DSAI.. Kalau betul dia melakukan semua ini, eloklah dia bertaubat sebelum Allah memberi aib yang lebih besar kepadanya. Kesiankan isteri dan anak-anak yang saban hari malu dan tertekan dengan masyarakat. Kalau ini semua ini fitnah, bersumpahlah kepada masyarakat dan teruskan perjuangan… Hanya Allah yang boleh menolong. Bukan AS.. bukan Condolezza Rice.. bukan kawan-kawan Yahudi anda.

Adakah kerana sebab ini, Ezam berbalah dengan dengan Anwar dan keluar PKR? Dia sanggup Anwar lawan di mana sahaja DSAI nak bertanding dan ada cerita yang dia simpan untuk modal bertanding nanti. Nak simpan sampai bila? Simpan macam kes 6 kotak bukti salah-laku kerajaan UMNO itu hari ke..

Lepas tu baru-baru ni, ambo dengar berita ada pengakuan mangsa liwat Anwar kepada Ustaz Taib Azamuddin, MT PAS Pusat. Kawan ambo ni nama anwar juga, AnwarIbrahim.Com (AIDC) ada menunjukkan Video Pengakuan Mangsa Liwat Kepada Bekas Imam Masjid Negara.

Tetapi ini tidak di telan bulat-bulat oleh Datuk Nik Aziz, sebelum terbukti bersalah jangan cepat menunding jari. Kawan kita Pedang Berbisa yang sangsi, menunjukkan Video Klip Anwar Didoakan Oleh Nik Aziz: Doa Yang Menimbulkan Persoalan Kepada Kita Semua. Biarlah Allah yang tunjuk..

Mungkinkah sebab ini yang membuatkan orang-orang PAS berasa tawar hati kepada Anwar? Mungkin juga.. Kalau tidak masakan Ustaz Nasharudin, Timbalan Presiden PAS, berani berkata kepada media secara berterus-terang bahawa orang-orang Melayu mula percaya tuduhan liwat.

Mungkin ini juga yang mendorong PAS berjumpa dengan UMNO untuk berbincang hal muqabalah. Pak Lah yang mengantuk, PAS yang sorong bantal.. melompat suka dengan kebetulan strategi politik untuk meneutralkan Anwar, melemahkan Najeeb dan memperkudakan PAS sekaligus. Ambo dengar berita ni dari KickdeFella, dengan cerita Dah Main Belakang Kot?..

DAP yang curiga kepada PAS dari dulu lagi tentulah melatah dengan tindakan PAS ini. Kenapa PKR tidak melatah sama, masih optimis dengan kerjasama PAS-PR ataupun dah lemah semangat kerana kes Anwar ini?

DAP tidak kisah kes seks Anwar, boleh pejam sebelah mata. Yang penting rebahkan UMNO dulu, kuasa mutlak dah semakin hampir, sayanglah kalau PR berpecah. DAP nak ‘reject’ PAS tak boleh, PR jadi lemah.. Perak pula akan jadi milik UMNO.

DAP tidak berpegang kepada nilai-nilai Islam, cuma nilai-nilai moral. Seks bukan satu isu yang besar kepada mereka, yang lebih besar ialah keadilan kepada semua kaum-kaum minoriti selain Melayu. Orang Islam bila sebut kes zina, terasa amat-amat besar dosanya. Orang Islam cepat sensitif kepada isu-isu zina berbanding isu rasuah ataupun isu riba.

Yang nyata, PAS dan DAP mula kepanasan. PKR dah jadi air-cond sekarang, UMNO pula jadi bara api yang sentiasa menghangatkan isu muqabalah ini. MCA dan MIC diam membisu. Dengan kata lain.. semua parti politik dah jadi keluh-kesah dan ada sesetengahnya mula bercakaran. Puncanya dari siapa.. dari Anwar !!

No comments:

Followers