Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Thursday, February 26, 2009

C&P DARI BLOG DR NOVA

24 February 2009

Anwar Ibrahim - Pinocchio Lagi

Dr Novandri Hasan Basri

Daripada banyak berita yang lebih menarik, penting untuk kebaikan rakyat dan tidak berat sebelah, web The Malaysian Bar, Badan Peguam Negara telah memilih berita yang tiada signifikannya untuk kebajikan rakyat Malaysia bertajuk "Anwar ticks off Najib for putting politics before economic crisis" untuk dipaparkan di dalam web rasmi mereka.

Di antara lain, berita itu menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim mengkritik DS Najib Razak kerana kononnya terlalu fokus kepada politik sehingga mengabaikan krisis ekonomi yang melanda negara ini.

PUCHONG, Feb 22 – Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim criticised the deputy prime minister’s management of the economy today, accusing Datuk Seri Najib Razak of being too focused on politics at the expense of governing the country in the face of a global economic crisis.

..... “While the leaders of other countries have acknowledged that serious measures are needed to fight the economic slowdown, Malaysia has not issued such statements because the finance minister is too busy abducting people,” says Anwar, referring to the three former Pakatan Rakyat (PR) Perak state representatives who were incommunicado for several days until they resurfaced in a press conference to declare that they had defected.

“Only on March 10th will he finally take additional steps to tackle the slowdown.”....


Penulis tidak faham motif Badan Peguam Negara menyiarkan berita yang berat sebelah tersebut.

Apa pun, kita tunggu dan lihat sama ada Badan Peguam Negara akan menyiarkan pula penjelasan Najib Razak mengenai tuduhan Anwar Ibrahim itu. Esok? Lusa?

Realitinya, Anwar Ibrahim sudah lupa atau sengaja mahu kita lupa bahawa beliau pernah mengharu birukan politik negara dengan angan-angan beliau menjadi Perdana Menteri pada 16 September yang lalu.

Semasa negara dan rakyat cuba menyesuaikan diri dengan keputusan akhir PRU12, beliaulah yang memporak perandakan kestabilan politik dengan memujuk rayu ahli-ahli Parlimen yang menang untuk melompat parti dan menyertai beliau.

Malah, rakan seperjuangan parti DAP iaitu parti PAS tidak yakin dengan 16 September.

Dan kini, kita difahamkan bahawa beliau masih tidak jemu-jemu untuk memujuk rayu ahli-ahli Parlimen agar menyertai beliau. Sasaran khusus beliau ialah negeri Sarawak.

Malangnya, modus operandi Anwar Ibrahim yang mengkritik orang lain padahal beliaulah mastermind yang paling giat melakukan perkara yang beliau kritikkan itu, tidak dibaca oleh kebanyakkan orang sebagai satu perkara yang jelek dan memualkan.

Aura yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim mampu memesongkan fikiran rakyat sehinggakan ramai yang menerima apa sahaja yang dikatakan oleh beliau.

Beliau juga pernah menyaman Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tatkala seorang yang 'kerdil' bernama Saiful mengheret beliau ke mahkamah. Tindakan beliau itu memang telah diramalkan.

Beliau mahu menunjukkan kepada dunia bahawa beliau berdepan dengan orang-orang penting negara dan bukannya hanya seorang lelaki yang tidak berkedudukan tinggi seperti Saiful.

Beliau juga telah ditegur oleh rakan seperjuangan beliau bernama Karpal Singh. Karpal Singh sudah meluat dengan beliau dan menyarankan beliau agar bertaubat.

Katanya:

“Anwar also needs to taubat (repent) without further betraying the people and their trust.

“In the public interest, and in particular in the interest of Pakatan, Anwar has a lot to answer for creating the woes of the coalition now,”
he added - The STAR


Malangnya, segala kelemahan dan keburukan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim tidak digunapakai dengan sepenuhnya oleh pihak Barisan Nasional untuk menawan kembali hati rakyat. Pihak BN tidak agresif dan sentiasa dalam mode defensif dan bukannya ofensif. Penulis pun hairan.

Kenapakah BN begitu berlemah lembut dengan Anwar Ibrahim

Kenapakah BN membiarkan sahaja Anwar Ibrahim bermaharajalela dan dilihat sebagai saviour kepada rakyat padahal beliau hanya mementingkan angan-angan beliau sahaja ?

Kini beliau menuduh TDM kononnya terlalu fokus kepada pollitik seperti di negeri Perak. Tindakan Anwar Ibrahim menuduh Najib memang 'hebat' kerana kita semua tahu dalang yang meruntuhkan persefahaman parti PKR ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Dan seperti biasa, Anwar Ibrahim akan terlepas begitu sahaja. Isu-isu seperti kritikan keras Karpal Singh itu akan lenyap begitu sahaja tanpa dijadikan point politik parti BN untuk menerangkan tipu muslihat Anwar Ibrahim kepada rakyat.

Barisan Nasional ....... Bangunlah!

13 komentar:

ROSHATIKA said...

Salam Dr,

1.Saya setuju dengan Dr., BN/UMNO perlu bangkit dan menerangkan kepada rakyat, siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan apa sebenarnya matlamat perjuangan beliau yang begitu berbahaya kepada negara kita khasnya orang melayu.

2. Kita tidak perlu terlalu defensif, sebaliknya menyerang habis-habisan Anwar Ibrahim. Bukankah kita malu pemimpin seperti Karpal Singh yang memulakan kritikan sedangkan kita masih berdiam diri?

T. kasih

Fazrulls said...

Betul.. betul.. betul... - ipin..

Betul tu.. - upin..

heee..

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam Doc

1. Sebagai rakyat biasa, saya melihat apa yang diperkatakan oleh Anwar ada kebenarannya. Pemimpin-pemimpin politik terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebenar mereka. Tapi Insyaallah pakej mengatasi kemelut ekonomi akan diluahkan sebelum Pilihanraya Kecil. Semoga penduduk kampung Tok saya akan mendapat limpahan janji ekonomi yang akan ditaburkan seperti di KT dan P.Pauh

Saya akan balik ke kampung Kubu hujung bulan ni...dah lama tak mandi di Sungai Kubu

Syed @ Don said...

Secara jujur, saya kurang setuju dengan politik individu atau lebih tepat lagi politik peribadi samada di pihak Barisan ataupun Pakatan. Isu siapa yang memberi cadangan, teguran dan kritikan tidak timbul. Yang penting adalah isi kepada ucapan itu.

Sebagai contoh, jika DSAI mengatakan Datuk Najib Razak terlalu fokus kepada politik dan bukan ekonomi, mungkin juga benar dan jika ada yang menegur begitu, sepatutnya DNR berterima kasih ke atas teguran ketua pembangkang dan kemudian melakukan sesuatu mengenai nya. Secara mudah, jika DSAI melihat begitu, tidak mustahil ada kelompok rakyat yang melihat dari pandangan yang sama. Posisi DSAI sebagai ketua pembangkang meletakkan beliau sebagai pemerhati kesilapan dan kepincangan di dalam pasukan memerintah. Jadi bukan salah beliau tetapi lebih kepada tanggungjawab beliau selaku ketua pembangkang.

Dari perspektif yang lagi satu, tindakan Khir Toyo mencari kesalahan Datuk Khalid dan tindakan TDM menegur Pak Lah adalah tindakan yang wajar kerana mereka adalah pembangkang. Fungsi pembangkang ialah membangkang. Fungsi pemerintah ialah meneliti bangkangan, membuat perancangan dan seterusnya melaksanakan rancangan2 yang memberi manfaat kepada rakyat. Jika pemerintah juga sibuk membangkang pembangkang, ini dikirakan pemerintah sudah terkeluar dari skop kerja mereka. Jika terlalu suka membangkang, jadilah ketua pembangkang, jangan jadi pemerintah.

Sang Setia said...

Doc,

I doakan you menang Exco. Insya-Allah, I tengok you ni berkebolehan jadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.hehehe. Moga-moga dapat undi yang mencukupi.

UMNO memang ternyata lemah dalam menerangkan isu.Pemimpin di perigkat bahagian pula terlalu bergantung harap kpd penjelasan dlm media massa tanpa sanggup turun padang bersemuka dgn rakyat.

Anwar Ibrahim adalah musuh orang melayu... musuh islam.Konsep kesamarataan hak yg diperjuangkan oleh Anwar sebenarnya akan menjahanamkan masa depan orang melayu. Maka kita tak perlu terkejut bila Malaysian Bar serta NGOs bukan melayu cukup menyokong kuat melayu yg berama Anwar Ibrahim.

Pemimpin melayu perlu wujudkan kembali semangat UMNO ketika kita menuntut kemerdekaan. Turun padang... masuk kampung... bersemuka dengan rakyat.. bersemuka dgn pengundi muda... menjelaskan isu... menjelaskan dasar kerajaan.. bukan sekadar masuk kampung kasi beras dan gula.

Sampai bila nak DEFEND? sesekali kena ATTACK juga.

Betullah kata doc.. barisan nasional... bangunlah!

Salam hormat,

-Sang Setia-

Anonymous said...

anwar ibrahim adalah manusia yang paling haprak. enough said.

kifli said...

PINOCCHIO MUKHRIZ?

2008 Mukhriz kecam Pak Lah, hari ini mahu dihormati "pemimpin agung"

Kira-kira setahun lalu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilihat sebagai pemimpin lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menggesa segera menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12.

Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli Umno menghormati Perdana Menteri itu sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Beliau berkata, apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi, sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.

"Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.

"Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal caloncalon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata, adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.

Beliau berkata, apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.

"Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya," katanya.

Malah, Mukhriz yang Exco Pemuda Umno juga pernah menggesa supaya pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan Umno perlu disegerakan sebelum (tarikh awal) pemilihan Umno Disember lalu.

Menurutnya, keputusan pilihan raya kecil Perlimen Permatang Pauh yang berpihak kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Sebelum itu, pelbagai pihak dalam Umno termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mengecam tindakan Mukhriz yang meletakkan syarat agar Abdullah berundur daripada semua jawatan sebelum Julai 2008.

Tegas Hishammuddin, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen dan Exco Pergerakan Pemuda Umno tidak wajar memberikan syarat-syarat sedemikian.

Bagaimanapun, Hishammuddin tetap mengakui bahawa kata dua Mukhriz itu sebagai satu bentuk ancaman kepada parti.

"Proses peralihan kepimpinan parti tidak akan berjalan lancar sekiranya kita meletakkan desakan dan ugutan,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata, sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.

"Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden," katanya.

Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara.

Sementara itu, dalam satu majlis lain di Bentong, Pahang, Mukhriz berharap agar pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan calon Umno untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang akan diadakan pada 7 April nanti.

Pimpinan parti hendaklah membuat pemilihan yang tepat dengan meletakkan calon anak tempatan bagi memenuhi aspirasi para pengundi di DUN berkenaan, katanya.

kifli said...

Merujuk kepada laporan Malaysiakini yang bertajuk Pilihanraya awal jika Pakatan ambil alih kuasa.

Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.

Naib Presiden PKR, R Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen.

Dalam posting saya sebelum ini, saya telah menyentuh perihal tuntutan mengadakan pilihanraya awal jika Pakatan Rakyat berjaya dalam misi 16 Septembernya.

Ramai juga yang ingin tahu pendirian saya tentang Misi 16 September. Secara peribadi, saya tidak setuju dengan perbuatan melompat parti kerana perbuatan sebegitu boleh mengundang ketidakstabilan politik negara. Saya khuatir jika perbuatan melompat parti akan menjadi satu budaya baru dalam amalan berpolitik di tanahair ini. Saya fikir, DS Anwar Ibrahim sendiri juga bimbang dan tidak suka jika ahli parlimen Pakatan Rakyat melompat ke Barisan Nasional.

Saya sebenarnya tidak pasti dengan kejayaan pelan 16 September Anwar Ibrahim kerana beliau tidak pernah terlepas dari mengucapkan perkataan Insya Allah (Kalau diizinkan Allah) setiap kali beliau berbicara tentang 16 September. Berbeza dengan janjinya yang mahu menurunkan harga minyak. Beliau tampak begitu yakin dapat melunaskan janjinya untuk menurunkan harga minyak. Sebenarnya, saya amat meneliti riak wajah, gaya pidato, ayat yang digunakan, bahasa badan dan yang lain-lain lagi setiap kali saya menonton ceramah Anwar Ibrahim di laman You Tube.

Sebagai pemerhati dari jauh dan cuba membuat analisis sendiri, saya dapat bayangkan betapa sukarnya Anwar untuk menjayakan misinya. Bukan sesuatu yang mudah untuk menarik sokongan dari ahli parlimen BN. Janji Anwar untuk menghapuskan rasuah, merakyatkan ekonomi dan membentuk kerajaan yang adil bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata. Harapan itu memerlukan dasar, perancangan dan perlaksanaan yang akan mengambil masa yang agak panjang untuk direalisasikan di negara ini.

Harapan rakyat untuk mendapatkan kerajaan yang bersih, sistem pemerintahan yang cekap dan telus serta pengagihan kek ekonomi yang adil dan saksama bukanlah sesuatu yang baru. Perjuangan ini sudah bertahun lamanya dan pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan BN, Barisan Alternatif dan juga pertubuhan NGO untuk cuba memenuhi aspirasi rakyat. Malangnya, ada usaha dan perancangan yang telah dibuat dan diperjuangkan sebelum ini telah dirosakkan oleh ‘tangan-tangan’ yang tidak bertanggungjawab.

Berbalik kepada isu 16 September, saya melihat isu ini sebagai agenda peribadi Anwar. Pengumuman 16 September muncul tatkala Anwar dan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN selepas PRU 12 diumumkan. Dalam konteks amalan demokrasi, sebuah kerajaan yang terbentuk tanpa majoriti 2/3 adalah sebuah kerajaan yang lemah dan mudah dieksploitasi. Situasi ini dapat dilihat di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi. Oleh kerana kerajaan BN tidak pernah gagal mendapat majoriti 2/3 dalam siri pilihanraya sebelum ini, maka situasi ini tentunya kelihatan janggal dan mengejutkan rakyat. Anwar tentunya melihat situasi ini sebagai peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menjatuhkan BN.

Bagaimanapun, tidak mustahil Anwar mampu mendapatkan kuota yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru jika melihat kepada perkembangan semasa. Jika ditakdirkan misi 16 September berjaya, saya harap Anwar akan mengadakan pilihanraya semula secepat mungkin. Pakatan Rakyat mesti mendapat majoriti 2/3 daripada rakyat untuk menstabilkan semula situasi politik negara supaya segala agenda perubahan yang telah dijanjikan dapat dilaksanakan dan dijayakan. Selepas itu, biarkan rakyat sendiri yang menilai dan menentukan, siapakah yang lebih layak mentadbir negara ini. Adakah Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat?

Perlu diingat bahawa pemikiran generasi baru pengundi di negara ini kian bertambah matang dan sanggup mengambil risiko untuk menukar mana-mana kerajaan yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka. Tugas berat tentunya menanti mana-mana kerajaan yang ingin memerintah. Jika hari ini UMNO yang memerintah, mungkin esok giliran PKR dan mungkin juga lusa giliran PAS.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

kifli said...

Bila Anwar Ibrahim merancang untuk menggulingkan kerajaan BN melalui acara lompat parti, saya lebih tidak bersetuju daripada bersetuju.

Alasan saya mudah. Jika misi itu berjaya, kerajaan yang bakal dipimpin oleh Anwar itu adalah kerajaan yang lemah dan boleh tumbang pada bila-bila masa.
Apa yang saya gambarkan itu sudah pun berlaku di Perak. Penyokong Pakatan tentunya tidak pernah menyangka yang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak boleh tumbang sekelip mata. Lebih-lebih lagi bila melihat kepada kemampuan Kerajaan Kelantan yang boleh bertahan dari tahun 2004-2008 dengan majoriti 1 kerusi.

Biarpun sebab-musabab kejatuhan itu sedang hebat diperdebatkan, namun itulah risikonya bila sesebuah kerajaan itu hanya dapat ditubuhkan melalui majoriti mudah yang sangat tipis.

Kenyataannya, kegawatan politik yang berlaku di Perak kini adalah disebabkan oleh permainan orang politik yang bijak menggunakan ‘kebocoran’ yang terdapat dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Kerana keadaan kelam-kabut, maka peraturan dicipta. Dan kerana peraturan juga, kelam-kabut boleh dicipta. Ertinya, selagi peraturan itu dipaksi dan dilahirkan daripada pemikiran manusia, maka peraturan itu tidak akan sempurna sifatnya. Melainkan peraturan yang telah ditetapkan dan datang daripadaNya.

Lihat saja apa yang berlaku di Perak kini. Kerana peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, maka kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengaku yang mereka masih lagi kerajaan yang sah dan Kerajaan BN pula tetap mempertahankan tindakan mereka. Masing-masing ada hujah masing-masing untuk membenarkan tindakan masing-masing.

Apapun, perkara yang lebih utama kini bukannya hujah dari pimpinan Pakatan ataupun pimpinan BN tapi hujah dari rakyat yang amat penting sekali. Apa yang rakyat fikir dan hujahkan kini akan dijelmakan dalam bentuk keputusan ketika pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau nanti.

Jika rakyat terus menolak BN, ertinya BN perlu mengakui kesilapan mereka di Perak dan jika rakyat memilih untuk menolak Pakatan, maka Pakatan perlu mengakui kesilapan mereka di Perak.

Sebagai pemerhati dan peminat politik, saya berasa gembira dengan apa yang telah berlaku di Perak. Krisis yang berlaku di Perak ini akan menjadi ‘kelas terbuka’ untuk pengundi generasi baru seperti saya memahami prinsip & strategi para politikus, amalan perundangan dan perlembagaan serta halatuju politik Malaysia di masa hadapan.

Yang lebih menarik nanti, PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menjadi mahkamah terbuka untuk rakyat menilai tindak-tanduk Pakatan dan Barisan Nasional di Perak.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Roshatika,

Terima kasih di atas pandangan saudari.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Syed@Don,

Saya setuju dengan komentar saudara - "Dari perspektif yang lagi satu, tidakan Khir Toyo mencari kesalahan Datuk Khalid dan tindakan TDM menegur Pak Lah adalah tindakan yang wajar kerana mereka adalah pembangkang. Fungsi pembangkang ialah membangkang. Fungsi pemerintah ialah meneliti bangkangan, membuat perancangan dan seterusnya melaksanakan rancangan2 yang memberi manfaat kepada rakyat."

Terima kasih.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam sang setia,

Terima kasih di atas sokongan saudara. Terpulanglah kepada perwakilan untuk menilai saya.

hatiminda said...

Anwar merupakan najis besar atau dewanajis yang cuba menukarkan dirinya sebutir permata palsu sebelum bercita-cita ingin menjadi intan..tetapi saya dasar najis tidak mungkin boleh bertukar menjadi permata...

No comments:

Followers