Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Tuesday, March 10, 2009

BISIK AWANG SELAMAT

Tuesday, March 10, 2009

KOLUM: Keadilan untuk Anwar?

Awang Selamat, Mingguan Malaysia, 8hb Mac 2009

Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.

Awang tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?

Sebab itu, Awang tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.

Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.

Harapan Awang dan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya. Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.

Kepada Saiful, Awang harap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.

Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.

Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Awang masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat. Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Awang tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

No comments:

Followers