Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Saturday, March 28, 2009

KABINET BAYANGAN

KABINET BARU ANWAR MEMBUANG HJ HADI DAN MEMBUANG ISLAM DAN MELAYU


1.HAJI HADI Presiden PAS telah terbang ke Jakarta setelah selesai Pertemuan 50 AJK PAS Pusat dengan Keputusan PAS menolak Penyatuan UMNOPAS . Husam yang telah diliberalkan oeh isteri Cina Singapuranya, yang menyokong kemasukan Artis seksi ke Kelantan , yang baru saja mengikut Anwar ke Dubai bersama-sama rombongan Selangor, dikatakan telah menentang keras penyatuan Umat Islam/Melayu dalam mesyuarat itu. Malah semalam di Seremban, Husam terang-terang menyatakan muzakarh/muqabalah UMNOPAS dimatikan sertamerta sampai bila-bila.


2. Apabila Haji Hadi Awang akan Keluar PAS dan menyertai Barisan Nasional dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ke-2 yang memegang portfolio Agama dan Kebajikan, itu sudah sangat bagus berbanding terus berada dalam cengkaman DAP yang anti-Islam.Jika Datuk Asri Muda boleh berfikir secara lebih Global, keluar dari Kepompong, menjadi Menteri, maka semakin besar sumbangan PAS untuk membangunkan agama Islam.


3. Jika terus berada di dalam PR, DAP sudah memberi Syarat seperti "Negara Islam" ditukar kepada "Negara Kebajikan", Hudud dan Qisas TIdak Boleh disebut di Negeri Perak,Exco Agana Islam di Penang Ditukar kepada Exco Antara Agama, Anwar sendiri Menolak "Negara Islam" sebaliknya menggantikannya kepada " Islam Liberal/ Islam Amerika", Anwar memperjuangkan Demokrasi Amerika sedangkan negara kita memperjuangkan Demokrasi Islam ( Musyawarah ).Kenapa Musyawarah=Muzakarah=Muqabalah digagalkan oleh egen-agen Anwar dalam PAS seperti Husam + Kamarudin Jaafar ( mantan Ketua IKD/ think-thank Anwar ). Jawapannya sangat mudah= jika Musyawarah ini berjaya maka Demokrasi Amerika dan Islam Amerika yang dibawa oleh Anwar akan gagal. Maka itu, Husam dan Kamarudin Jaafar menolak Penyatuan Islam/Umat Melayu.


4. Saya yakin, Jika Haji Hadi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ke-2, Sumbangan Hj Hadi Awang akan diingati dalam lipatan sejarah bangsa kita, Dr. Burhanudin Helmy tahun 1945 dahulu tidak sempat untuk menyatukan Nusantara Melayu/islam kerana kesukaran keadaan dengan Presiden Soekarno dulu, kini Hj Hadi Awang tiada masalah kerana ayah Pak Lah adalah antara Pengasas PAS dahulu.


5. Datuk Asri Muda adalah Presiden PAS yang paling bijak dalam sejarah PAS. Apabila DAP hampir memerintah Perak, Penang, Kuala Lumpur tahun 1969 dahulu,Datuk Asri Muda telah bersatu dengan Tun Razak untuk menyelamatkan bangsa Melayu/Umat Islam dahulu. Jika tidak, saya percaya Penang dah jadi Singapura Kedua, termasuk Perak dan Kuala Lumpur.


6. Hj Hadi pun sudah membaca situasi ini, sebab itu Hj Hadi, Dr. Hassan Ali, Datuk Harun Taib, Hj. Mustapa Ali, dan banyak lagi sebenarnya sudah pun memulakan Muzakarah penyatuan Melayu dalam UMNOPAS. Namun sayang , ejen-ejen Anwar seperti Kamarudin Jaafar dan Husam menentang habis-habisan penyatuan ini. Ini bukan pertama kali, Presiden PAS yang lalu Allahyarham Datuk Fadhil Nor sendiri menyatakan Anwar Menggagalkan Muzakarah UMNOPAS 1986.


7. Jika Hj Hadi panjang akalnya, seperti Datuk Asri Muda maka Penyatuan Bangsa Melayu/Umat Islam lebih penting daripada Husam + Kamarudin Jaafar. Harus diingat tahun 2008, DAPPKR menang lebih besar Parlimen tidak bermakna tahun 2013 DAP PKR akan menang besar lagi. Tidak mungkin juga PAS akan menang besar lagi. Sejarah membuktikan UMNO seringkali Bertambah Kuat selepas Kalah.8. Kepada Tuan Hj. Hadi Awang, sudah tentu ada mendengar rumus Kerajaan negeri Perak dan selepas itu Kerajaan negeri Kedah akan tumbang, hanya masa menentukan. Anwar menipu 30 MP BN nak lompat ke PR ( dengan cara Beli YB agaknya, seperti yang pernah dilakukannya di Sabah dulu ), sebenarnya beberapa YB PAS dan YB PKR sedang menunggu masa yang sesuai nak menyeberang kepada BN di Kedah dan Perak. Sebelum semua ini berlaku, Hj Hadi Awang hendaklah berfikir selangkah lebih jauh berbanding Husam+Kamarudin Jaafar

No comments:

Followers