Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Tuesday, September 16, 2008

MUNAFIK

Munafiqin

Prelude
Pada hari ini, 16 September 2008, termeterai satu sejarah paling sensasi. Yang menggegarkan seantero Malaya, dan global.

Masyarakat dunia menyambut berita ini dengan reaksi yang pelbagai. Ada yang frust sampai tertonggeng-tonggeng. Ada yang happy sakan sampai terguling-guling. Ada juga yang terkejut cipan, sampai tak terkata apa-apa. Ya, macam-macam ragam penerimaan.

Tapi yang nyata, berita ini sudah hangat merata-rata. Membakar minat setiap orang. Warga Malaysia, khususnya.


Episod I

Ceritanya bermula begini. Sejak beberapa bulan dulu, Sheikh Al-Jubri, tauke sodo mee mee sodo tersohor Asia Tenggara, telah mewar-warkan pada dunia bahawa dia akan berkahwin pada 16 September 2008.

Tauke super jutawan berusia 60 tahun ini telah menduda selama 10 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, komuniti dunia kepoh membuat pelbagai spekulasi. Bila dia akan berkahwin lagi? Siapa gadis/wanita/janda yang bakal jadi pilihan? Macam-macam.

Kerana gossip sudah membiak dari mulut ke mulut; minat orang ramai untuk menjaga tepi kain tauke mee sodo ini semakin subur. Sebab itu, bila saja dia isytiharkan tarikh perkahwinan itu beberapa bulan dulu, seluruh dunia terpegun. Dan, teruja!

Skrip tauke mee sodo ini saling tak tumpah macam kisah cinta Siti dan Datuk K dahulu. Mula-mula dia biarkan spekulasi dan gossip bercambah merata-rata. Kemudian bila semua orang tengah teruja, tup-tup dia buat kejutan. Dia umumkan tarikh keramat itu.

Fuh, Sheikh Al-Jubri memang pandai mengumpan. Hingga semua orang terpesona dengan cerita kahwin dia.



Episod II

Jurucakap Sheikh Al-Jubri memberitahu yang tauke mee sodo ini memang kepingin sangat populariti perkahwinan ini dapat mengalahkan majlis kahwin Siti-Datuk K. Yang pernah dinobat sebagai 'Wedding of the Year'. Mungkin Sheikh Al-Jubri mahu digelar 'Wedding of the Century'? Barangkali. Sebab sheikh ini memang sangat gila kemaruk pada glamour. Sejak azali lagi.

Untuk majlis kahwin ini, Sheikh Al-Jubri telah menempah sebuah lokasi eksklusif di Putrajaya. Tempat spesifik sengaja dirahsiakan. Untuk menjaga eksklusiviti. Kononnya.

Al-Jubri juga telah mengundang khas beberapa tokoh dunia sebagai tamu istimewa. Ya, untuk memberi restu semasa majlis tepung tawar nanti. Antara tokoh-tokoh pilihan Sheikh Al-Jubri termasuklah Joseph Estrada (mantan presiden korup dari Filipina, merangkap playboy terkemuka Asia), Paul Wolfowitz (seorang penganut Zionis yang taat), dan beberapa orang lagi.

Robert Mugabe, yang merupakan rakan dagang mee sodo cawangan benua Afrika, khabarnya turut mendapat undangan. Tapi Mr. Mugabe mohon uzur kerana dia sedang sibuk dengan tugas-tugas asasinya, iaitu meliwat demokrasi di Zimbabwe.



Episod III

Kenapa majlis kahwin Sheikh Al-Jubri ini gamat satu dunia? Ada banyak sebab. Selain daripada perisa-perisa sensasi yang disebut sebelum ini, ada lagi perencah lain yang turut menguja selera.

Dikhabarkan kononnya, perempuan yang mahu dikahwini oleh tauke mee sodo ini bukan sebarangan. Ketika pengumuman kahwin itu dibuat berbulan-bulan dulu, perempuan itu masih lagi isteri orang. Tapi kata Al-Jubri, perempuan itu sudah berjanji akan bercerai dengan lakinya. Kemudian, menyerah diri pada tarikh keramat itu nanti.

Inilah yang membikin semua orang tambah kaget dan teruja. Hebat sungguh sheikh yang seorang ini. Ibaratnya, burung terbang dipipiskan lada. Lepas tu, berani pula dia berkompang kuat-kuat, minta seluruh kampung datang sama-sama menjamu selera.

Tapi apa sudahnya? Burung entah ke mana, lada pula tercampak ke mana. Orang-orang kampung yang datang berduyun-duyun dengan air liur merembes-rembes (mengidam lauk burung berpipis lada!) akhirnya pulang kempunan.

Hah, begitulah tamsil permainan angan-angan si Al-Jubri ini.


Episod IV

Memang tak siapa sangka. Rancangan kahwin Sheikh Al-Jubri rupanya hanya fantasi belaka. Si wanita isteri orang, yang diidam-idam oleh Al-Jubri, entah betul-betul setuju mau bercerai atau tidak. Mungkin sekadar acah-acah. Test market, kata orang. Barangkali Al-Jubri yang gila meroyan ini terperasan lebih-lebih.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Atau, kata peribahasa versi baru: anu tak cukup panjang, punggung pula tersondol-sondol. Belum apa-apa, dia sudah pukul gendang satu dunia. Mabuk kepayang gamaknya.

Lebih lucu lagi, Al-Jubri juga telah berkunjung ke Taiwan bagi sesi pemulihan tenaga batin. Konon untuk persediaan malam pertama. Al-maklum saja, usia Al-Jubri kini mencecah 60 tahun. Sana-sini sudah longgar dan kendur.

Semasa di Taiwan, tauke mee sodo yang sangat kaya ini telah menghabiskan jutaan ringgit untuk regim rawatan tenaga lelaki. Macam-macam metod, termasuk sajian-sajian menu eksotik. Dikhabarkan orang semasa di Taiwan, Al-Jubri telah melahap sekurang-kurangnya tujuh puluh mangkuk sup konek buaya. Yang dicampur dengan ginseng dan bisa ular tedung.

Hingga sendawa Sheikh Al-Jubri pun sudah hamis dengan bau buaya. Manakala, organ cilik di bahagian bawah sentiasa tegak vertikal. Seperti kepala ular tedung yang siap siaga mahu mematuk. Fuh, sampai begitu sekali.

Inilah contoh kegigihan seorang lelaki kertu melendut, yang berkobar-kobar semangat mahu mengembalikan nafsu muda. Sanggup buat apa saja. Sayang sekali, kegigihan itu hanya sia-sia. Acara malam pertama yang dinanti-nanti, kini bertukar jadi drama air mata tak henti-henti.

Aduhai, si tauke mee sodo ini akhirnya menangis tak berlagu. Nafsu sudah mencanak-canak hasil penangan sup konek buaya. Tapi mahu dilampiaskan ke mana? Kepada tunggul pokok mangga di belakang rumah? Atau si kucing jantan di dalam rumah?

Pilihlah mana-mana suka. Aiman tak kesah.


Episod V

Ya, itulah bahananya. Kalau miang sangat mau kahwin. Kerana tuntutan nafsu serakah semata-mata. Bukan kerana cinta sejati. Muka macam tembikai terhempas ke lantai simen, tapi ada hati mau rampas bini orang. Lepas tu, belum apa-apa dia sudah bergendang satu dunia.

Nah, bila bulan yang diidam tak jatuh ke riba, tangan pula tak cukup panjang mau menggapai bintang di langit: di mana lagi sumber cahaya untuk menyuluh muka yang penuh tercoreng arang?

Atau, terpaksa diam-diam menapuk muka sendiri. Tapi di mana? Tapuk di celah-celah timbunan mee sodo? Atau menyorok di balik skirt pencacai-pencacai totok Sheikh Al-Jubri?

Pilihlah mana-mana saja. Aiman tak kesah pun.


Epilog
16 September 2008: Selamat Hari Malaysia. Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Sabah.


Wahai ribuan nasionalis yang gugur di medan tempur,

Terima kasih kerana berkorban jiwa-raga menghalau penjajah yang cuba memperkotak-katik watan ini. Terima kasih kerana memberi kami kebebasan dan kemerdekaan, dari sebarang pengaruh kuasa asing.


Pada-Mu Tuhan,

Kami panjatkan syukur kerana anugerah kestabilan dan keharmonian untuk tanah pertiwi tercinta. Mohon agar terus melindungi bumi Sabah dan Malaysia, yang permai serta makmur ini, daripada diperintah oleh keluarga dajal yang narsisis dan oportunis. Jangan sekali-kali izinkan kemerdekaan kami tergadai buat kesekian kali.

Kepada mereka yang masih terus taksub menyembah berhala itu, berikan mereka setitis cahaya hidayah. Agar mereka dapat dikembalikan ke pangkal yang benar.

Amin.

http://rymza.blogdrive.com/archive/528.html

No comments:

Followers