Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Wednesday, April 15, 2009

PEROSAK NEGARA

Siapa Yang Merosakkan Imej Malaysia?

Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungkan hubungan kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc) dengan masalah pemulihan ekonomi negara menunjukkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri ini masih lagi mentaliti seperti dahulu - ingin menjadi "darling Barat" dan menggunakan rakan-rakannya di luar bagi kepentingan politik dalam negeri.

Tiada salah menggunakan ukuran luar untuk memperbaiki prestasi negara atau membantu kerjaya politik beliau. Cuma kalau beliau sendiri yang menjadi punca tentulah ada udang di sebalik batu.

Anwar menulis bahawa kajian PERC menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong dan Singapura lebih baik dari Malaysia berdasarkan kaji selidik PERC ke atas 1537 ekspatriat. Malah menurut Anwar kajian tersebut menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan kepada Jepun, Taiwan dan Filipina.

Sudah tentu Anwar sendiri tidak tahu siapa yang siapakah 1537 ekspatriat yang diselidik oleh PERC yang berpengkalan di Hong Kong ini.

Kita juga tentu boleh tertanya-tanya apakah ini satu lagi agensi yang bertujuan memuji negara-negara yang pro US dan menggunakan kaedah yang sama untuk menimbulkan ketidakstabilan di kalangan negara yang pemimpinnya bukan anak emas US?

Secara faktanya, apakah sistem kehakiman Singapura yang telah memufliskan beberapa pemimpin pembangkang negara itu sehingga menjadikan PAP begitu berkuasa boleh dianggap lebih telus dan baik berbanding sistem kehakiman Malaysia yang banyak kes-kes saman memperlihatkan kekalahan pihak kerajaan?

Tidak usah kita bicara banyak. Hakikat bahawa wawancara tersebut hanya membabitkan 1537 orang mencerminkan kedangkalan kaji selidik tersebut untuk membentuk persepsi yang sebenar di kalangan ratusan ribu ekpatriat di Asia hari ini.

Selebihnya, siapakah yang memburukkan sistem kehakiman negara ke luar kalau bukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan? Mereka mencari apa sahaja jalan dan isu untuk memburukkan kehakiman negara demi menyelamatkan kejahatan masing-masing.

Janganlah hairan jika benar pun wujud anggapan kehakiman kita berada dalam keadaan teruk kerana ada darling barat dalam negara ini sendiri yang memburukkannya.

Anwar juga menulis,

"Berulang kali saya ungkapkan manakala pentingnya jumlah dana utk ransangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan. Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi."


Tiada sesiapa yang yakin dalam keadaan negara sekarang. Di satu pihak kerajaan sedang bertungkus lumus mencari jalan memperbaiki keadaan ekonomi negara. Di Satu pihak lagi Anwar sibuk mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan walaupun baru habis pilihan raya setahun lalu.

Di pihak Persekutuan, kerajaan sibuk merangka kerja mencari jalan menarik pelaburan, meningkatkan perbelanjaan dalam negeri, dan mengurangkan kadar pengangguran bagi merangsang ekonomi.

Di beberapa negeri yang diperintah oleh kerajaan campuran pimpinan Anwar, mereka sibuk mencari salah kerajaan lalu, mengubah-ubah polisi negeri tanpa tujuan dan penuh cerita telanjang, rasuah, salah guna kuasa, lembu korban haram, rumah urut haram, lombong pasir haram, kedai VCD haram dan terbaru khabarnya kisah hubungan haram exco dengan seorang pembantu ahli Parlimen parti yang sama.

No comments:

Followers