Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Friday, May 29, 2009

ANWAR PASANG JERAT

Monday, May 25, 2009

AnWAR PASANG JERAT LAGI

1. Dalam 'kelesuan' mengharungi kempen di Penanti, AnWAR seolah-olah mendapat tenaga baru semalam. Krisis dalaman PPP kini boleh dijadikan modal untuk AnWAR menjadikan BN lebih parah. Hubungan persahabatan dengan M. Kayveas bakal dieksploit AnWAR menjadikan dirinya tambah popular, sekonyong-konyong buat penyokong pembangkang.

2. AnWAR sebenarnya telah 'merisik' Kayveas sejak beliau keluar dari penjara 2005. Kemuncak acara 'merisik' itu ialah AnWAR menawarkan kerusi Parlimen Taiping kepada Kayveas asal saja Kayveas mahu bertanding atas tiket PKR atau bebas menyokong PKR pada 2007 sebelum PRU 12. menggunakan tawaran AnWAR, Kayveas mula menekan BN, namun gagal.

3. Selepas PRU 12 2008, Kayveas tiada pilihan lalu mencalonkan T. Murugiah sebagai wakil PPP ke Kabinet. Nama T. Murugiah dicadangkan Kayveas secara 'paksarela' demi memenuhi hasrat BN yang mahu muka baru dalam PPP sebagai wakil dalam pentadbiran BN. Kayveas juga menjangka prestasi Murugiah tidak akan 'sebaiknya' dalam Kabinet dulu.

4. Murugiah bijak mencuri perhatian. Beliau bekerja keras dalam p/raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selain 'claim mileage' dalam isu-isu melibatkan pengaduan awam. Kepimpinan baru BN juga lebih menyenangi Murugiah dari Kayveas dalam memperjuangkan kaum India dalam BN. samy Vellu juga terasa bahangnya.

5. Makanya, Murugiah harus dihalang! Kayveas membuat apa saja tindakan bagi menghalang Murugiah mara lebih jauh dalam PPP. Anehnya Kayveas tidak meminta nasihat Pengerusi BN bagi menyelesaikan kemelut. Beliau meminta nasihat penasihat parti pelbagai kaun seperti PPP tapi di Luar BN.

6. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Pastinya AnWAR ingin melihat kemelut PPP bertambah parah bagi memudahkan beliau menjalankan 'jarumnya'. Jika semasa p/raya Bukit Selambau AnWAR berjaya mendapatkan bekas Naib Presiden PPP serta 6000 org ahli PPP (ada ker ahli PPP seramai itu di Kedah?), jangan terkejut AnWAR akan mengumumkan kemasukan bekas Presiden PPP ke dalam PKR semasa p/raya Manek Urai nanti. (PPP punya struktur negeri di Kelantan).

7. Tujuan AnWAR hanyalah mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa beliau masih punya kekuatan membawa masuk pemimpin BN menyertai mereka, w/pun yang dibawa masuk itu hanyalah 'bekas-bekas' yang BN sendiri telah tolak mereka. (*Ini hanya pandangan saya berdasar kepada taktik AnWAR yang sering mengeksploitasi sebarang krisis dalam BN)

Salam Hormat.

Jantan Ronggeng Anwar

Thursday, May 28, 2009

JANTAN RONGGENG AnWAR
1. Puan Aminah Abdullah yang membahasakan dirinya Kak Min terus membakar 'punggung' AnWAR dan PKR. SEmakin Kak Min membuka mulut, semakin panas la punggung mereka. Turut merasa panas punggung ialah Datuk Zahrain, Ketua PKR Pulau Pinang berikutan dakwaan Kak Min tentang insiden di Jawi, Nibong Tebal berkaitan Datuk Zahrain.

2. Ternyata Kak Min berjaya mencuri perhatian di Penanti. Beliau berani tampil dengan bukti menyokong dakwaannya. tidak seperti seorang 'min' dalam PKR, Azmin yang berlagak hero dengan menggelar Kak Min dengan gelaran yang tidak sedap didengar. Kehadiran Azmin di Penanti hanya untuk berkempen bagi dirinya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR 2010 nanti.

3. AnWAR ternyata merencanakan sesuatu bagi pemimpin dalam parti-parti pembangkang agar terus menyalakan namanya jika beliau terpaksa bercuti panjaang selepas Julai nanti. AnWAR telah merombak kepimpinan PKR bagi memberi lebih ruang kepada Azmin bergerak menonjolkan dirinya, sesuatu yang tidak disenangi oleh banyak pemimpin 'senior' dalam PKR.

4. Namun AnWAR tidak pernah mahu mendengar suara mereka. Dia mencatur kepimpinan PKR atas agenda peribadi agar beliau, atau sekurang-kurangnya nama beliau terus diingati dalam PKR atau pembangkang. Syed Husin Ali masih mahu jawatan no.2 PKR bagi mengimbangi kemunculan semula PRM (Parti Rakyat Malaysia) di Johor.

5. PRM yang asalnya dari fraksi sosialis memang diketahui punya persamaan ideologi dengan komunisme yang hangat diperkatakan sekarang! Hak kesamarataan bagi semua menjadi tunggak perjuangan mereka. AnWAR punya agenda besar merealisasikan prinsip ini, namun beliau bijak dengan menggunakan kenderaan lain sebagai tunggangan. (saya akan ulas lanjut nanti)

6. Berbalik kepada Azmin, semua orang lama dalam kerajaan mahupun pembangkang tahu bagaimana hubungan mereka, hubungan yang teramat rapat hingga menimbulkan sangsi masyarakat serta penyokong AnWAR. Dengan bahasa mudah, AnWAR sanggup menolak KELUARGA, sahabat handai, penyokong setia dan pengikut demi AZMIN! Sebabnya, hanya mereka saja yang tahu selain yang maha Kuasa.

7. Pernah suatu ketika Azmin merajuk tatkala dalam mesyuarat PKR, AnWAR terus 'jem'. Jelas melalui 'body language', AnWAR cukup terganggu apabila Azmin bertindak keluar dari mesyuarat tersebut. AnWAR segera mahu menamatkan mesyuarat tersebut, mahu mengejar Azmin barangkali.......ha..ha..ha!

8. Jelas, disebalik gelaran yang Azmin tujukan kepada Kak Min, ianya berbalik kepada dirinya. Mungkin Azmin yang lebih sesuai menjadi JANTAN RONGGENG untuk AnWAR kerana AnWAR sentiasa memerlukan Azmin dalam apa jua keadaan pun..........

Sekian.

Posted by x-pkr at 8:57 AM

Anwar : Sosialisme dan komunissme

Friday, May 29, 2009

AnWAR : SOSIALISME DAN KOMUNISME
1. Dr. Syed Husin Ali pasti tahu tentang usaha penubuhan semula Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dikatakan telah dibubar sebaik saja PRM bergabung dengan PKR. Namun menurut penggiat PRM, sdra Hassan Karim, PRM tidak pernah dibubarkan. Sdra Hassan Karim ialah penggiat PRM yang sama-sama berjuang dengan Syed Husin Ali, Razak Ahmad, Dr. Sanusi Osman dan Rustam Sani (almarhum).

2. Syed Husin Ali dan Dr. Sanusi mengambil keputusan bergabung dengan PKN ketika itu lalu menjadi ahli PKR. Sdra Razak Ahmad (almarhum) dan Hassan Karim tidak pernah menjadi ahli PKR serta tidak pernah meninggalkan PRM. Mereka berjuang dari zaman Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) sehinggalah PRM berpecah menjadi PKR dan PRM.

3. AnWAR tahu PRM tidak dibubarkan secara rasmi kerana ketika penggabungan, pengumuman PRM dibubar hanya dibuat dalam Kongres Nasional PRM yang bersetuju untuk bergabung dengan PKN (ketika itu). Hingga sekarang pun AnWAR masih melayan sdra Hassan Karim yang aktiif dalam PRM w/pun kurang disenangi Syed Husin Ali.

4. Ketika AnWAR mahu meletakkan Syed Husin bertanding di parlimen Kota Bharu pada p/raya 2004 (AnWAR masih dlm penjara tika itu), cadangan AnWAR dibantah keras oleh YAB Datuk Nik Aziz dengan satu kenyataan keras! Datuk Nik Aziz menyatakan orang sosialis ni sama dengan KOMUNIS, w/pun dah tak pakai nama sosialis, dia tetap sosialis dan sosialis ini sama seperti KOMUNIS!

5. Itulah kenyataan keras Datuk Nik Aziz. Ketika itu juga seluruh warga PAS menyokong Nik Aziz dan sebagai bantahan PAS terhadap cadangan AnWAR, PAS mengambil kembali kerusi Parlimen Kota Bharu yang dimenangi oleh Ustaz Ramli Ibrahim dari PKR pada 1999. AnWAR ketika itu juga terpaksa akur kerana beliau masih dalam penjara dan kumpulan Erdogan juga masih belum timbul ketika itu.

6. Oleh itu, PRM juga perlu diawasi dari segi perkembangan ideologi komunis ini, bukan hanya parti 'chauvinis' Cina yang kian mendapat sokongan PAS sekarang. AnWAR pasti menggunakan PRM kerana setakat ini pimpinan atasan PRM lebih ramai dari kalangan melayu. Pastinya dakyah AnWAR lebih mudah jika beliau 'menunggang' PRM kerana PRM tidaklah kuat dan sepopular mana.

7. W/pun tidak kuat dan popular, ideologi sosialis tetap terpahat di hati penyokongnya dan mereka bergerak secara senyap. Ditambah pula dengan ahli PKR dari PRM yang tetap berpegang kepada sosialis, perkembangan ideologi ini jangan dipandang enteng! AnWAR pasti akan memanfaatkan fahaman ini bagi kepentingan politiknya.

8. AnWAR tidak punya ideologi. Beliau boleh menjadi apa saja mengikut kesesuaian tempat dan masa. Hati-hatilah dengan manusia ini, dan buat semua, ingatlah kata-kata Datuk Nik Aziz - SOSIALIS TETAP SOLSIALIS BIAR NAMA BERTUKAR, SOSIALIS ITU SAMA SEPERTI KOMUNIS!! (harap Datuk Nik Aziz masih berpegang dengan kenyataan beliau ini)

Salam Hormat.
Posted by x-pkr at 12:32 AM

Thursday, May 28, 2009

ALJUBURI KECUT TELOR

Lapan Puluh Ribu Ringgit, tu harga untuk membeli seorang calon bebas... banyak juga ekk.. mane PKR dapat duit sebanyak tu? ape pun aku respect la dengan kak min, walau pun dia di offer dengan duit dan jawatan tapi dia tetap tolak, pasal dia tahu PKR ni memang parti korup.


Sekarang ni PKR tak mau ke cabar Kak Min suruh dedahkan siapa dalang yang buat offer tu... ke sekarang ni PKR terutama Al-Juburi dah kecut teloq. Haa...Haa... tu lah dia perangai parti yang kununnya nak selamatkan rakyat, aku tengok PKR sendiri pun macam dah tak selamat lagi dah.
menurut kak min "Beliau mendakwa PKR menawarnya RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan syarat beliau hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan. Jika tidak,sebaliknya kalau bertanding juga dan menang beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dengan syarat menyertai balik PKR".

aku malas nak cerita tapi aku/kita dah boleh agak siapa ahli mkt pkr yang di sebutkan oleh kak min tu. tapi ape pun biar lah kak min sendiri yang buat pendedahan.


Malam tadi lebih dua ribu orang hadir di ceramah kak min di penanti, satu record yang bagus untuk seorang calon bebas, dari info yang aku dapat, Al-Juburi kurang senang dengan kehadiran sebegitu ramai pengudi penanti ke ceramah calon bebas tu.


Tapi apa pun aku nak bagi sedikit nasihat pada kak min, jaga diri tu baik-baik, aku paham sangat perangai A-l-Juburi ni, kalau dia tak dapat buat secara kasar dia akan buat secara halus, itu menag perangai Al-Juburi sejak dulu lagi, so korang paham la ekk ape yang aku cakap ni.


Untuk pengetahuan korang Kak Min ni sebenarnya bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional Pulau Pinang dia bukan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, harap-harap siapa yang tersilap sila betulkan. sekarang ni aku nak tengok PKR buat tuduhan yang UMNO jadi dalang dalam semua perkara ni... so PKR SILA LAH BUAT TUDUHAN DAN POLIS REPORT... tu pun kalau BERANI laa....

Tuesday, May 26, 2009

SAPU DUIT JUDI SEMASA DLM UMNO

SPRM, Tolong Jangan Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin PKR

Membaca laporan Malaysiakini.com semalam [VoxPop: Money politics or bullshit?
So, is Pakatan Rakyat trying to ‘bribe' her to contest? The Malaysian Anti-Corruption Commission will act with their lightning speed especially on cases involving opposition parties] memberi satu kesimpulan yang jelas bahawa Anwarisme telah melarut dan menjadi unsur terpenting dalam perjuangan menentang korupsi, kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Kumpulan ini bukanlah begitu memperjuangkan anti korupsi, kebebasan media dan kebebasan bercakap seperti yang mereka uar-uarkan. Sebaliknya, kumpulan ini hanya mahu menjatuhkan BN menggunakan elemen-elemen ini menarik sokongan pengundi.

Sebahagian mereka membenci BN kerana mahukan kesamarataan. Mereka ini sudah tidak lagi mahu mendengar sebarang penjelasan mahu pun sebarang kebenaran jika ia berpihak kepada BN.

Sebahagian lagi mereka yang taksub untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri demi habuan dan keuntungan material dan politik. Mereka juga akan menyalahkan semua orang kecuali Anwar Ibrahim.

Sikap kumpulan ini dapat dilihat jelas dalam beberapa isu terutamanya cadangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008. Mereka bersoark dan bergembira melaungkan slogan bahawa era baru permulaan demokrasi, dunia yang lebih terbuka, kerajaan yang adil, anri korupsi, freedom of speech dan kebebasan media.

Mereka tidak pula menimbulkan isu moral mahu pun prinsip demokrasi ketika Anwar berusaha menarik Ahli Parlimen BN berhijarah ke PKR. Mereka jjuga mengangkat wakil rakyat Bota, YB Nasaruddin sebagai pejuang rakyat, wira demokrasi apabila beliau melompat dari BN ke PKR.

Anehnya kumpulan yang sama yang hari ini memaku hamun Sultan, Mahkamah dan BN kerana ada 3 orang ADUN mereka keluar dari PKR dan DAP menjadi ADUN bebas. Maka mereka mula bercakap kononnya rakyat memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat ini atas lambang parti mereka dang menggesa diadalan pilihanraya negeri semula.

Inilah ahli-ahli politik bertaraf "pariah" dalam sistem demokrasi. Mereka tidak boleh menjadi pemimpin besar. Jika mereka menang mereka bersorak gembira. Jika mereka berkuasa mereka berhak memegaqng kuasa. Apabila orang lain berkuasa maknanya ada penipuan atau salah guna kuasa.

Demikian juga jika mereka menuduh pemimpin UMNO rasuah maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)harus memastikan orang ini bersalah. Jika pemimpin BN yang mereka tuduh tidak bersalah ini bermakna SPRM menjadi alat BN.

Namun jika SPRM menyiasat kes pemimpin mereka, dengan cepat mereka mendakwa SPRM menjadi alat BN. hakikatnya lebih ramai pemimpin BN yang didakwa rasuah oleh SPRM berbanding pemimpin mereka tidak mereka pedulikan.

Ada lagi alasan mereka. Jika ada mana-mana pemimpin BN yang didakwa maka mereka membuat pula "fatwa" baru. Ini semua kerana pemimpin tersebut sudah tidak dikehendaki oleh pemimpin utama BN. Sebab itu orang itu kena. Mereka tidak peduli jika BN memang mengenepikan orang ini kerana tahu ia telah melakukan kesalahan dan akan diambil tindakan.

Jadi bagi kaca mata mereka SPRM hanya bebas jika semua pemimpin utama BN didakwa di Mahkamah dan didapati bersalah.

Ini adalah fahaman Anwarisme sejak Anwar berada di dalam UMNO dahulu. Anwar mewujudkan keadaan bahawa hanya beliau yang bersih, baik, jujur berkebolehan. Sebarang tuduhan atau dakwaan ke atasnya adalah berniat jahat, direka-reka sengaja untuk menghalang usaha beliau melakukan penerapan nilai-nilai Islam (pada tahun 80-an dan awal 90an) dan pembaharuan masyarakat madani/civil society (pada akhir 1990an.) dalam UMNO dan kerajaan.

Saya masih ingat Anwar sebagai pejuang Islam nombor wahid dalam UMNO, ABIM dan di kalangan cendekiawan Islam pada 1980an tidak berani sama sekali menyahut cabaran penulis politik Yahya Ismail untuk bersumpah bahawa Anwar tidak pernah menerima wang hasil dari syarikat judi untuk kerjaya politiknya.

Anwar menggunakan pelbagai alasan agama untuk mengelak cabaran tersebut.

Apabila beliau sekali lagi tersepit pada tahun 1997 dan 1998, beliau menggunakan segala pengaruhnya untuk mempengaruhi beberapa pegawai polis agan "gempaq" saksi-saksi dalam kes liwat dan koruspi beliau. Dalam masa yang sama beliau mula menjual mantera-mentera yang sedap di halwa telinga orang ramai dan barat.

Beliau bercakap soal anti kronisme (walaupun penyokong beliau paling banyak mendapat projek) dan nepotisme (walaupun IOI dianugerahkan 3/4 Puchong untuk dibangunkan kerana bapanya dilantik peengerusi di situ) dan kebebasan merdia (walaupun beliau menguasai hampir keseluruhan media utama negara ketika itu kecuali surat khabar NST dan RTM).

Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin politik yang berkebolehan bercakap lain dan buat perkara yang bertentangan sama sekali dengan apa yang beliau cakap dan masih mampu meraih kepercayaan ramai orang yang meliaht secara luaran semata.

Mungkin jalan terbaik untuk SPRM ialah jangan mengambil peduli apa sahaja laporan dan dakwaan mengenai korupsi kumpulan Anwar ini kerana mereka semua merupakan kumpulan manusia yang maksum dan tidak berbuat apa-apa salah.

Sunday, May 24, 2009

PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin Yahya







Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks di luar tabii atau homoseksual. Antara saksi utama yang memberi keterangan dalam kes ini adalah dua personaliti sepermainan beliau.

Di kalangan kita hari ini masih menyangsikan dan mempertikaikan keterangan dan pengakuan saksi-saksi yang diketengahkan. Sebaliknya ramai suara-suara yang menuntut keadilan dan ketelusan badan kehakiman negara dalam pengendalian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selanjutnya menuduh adanya konspirasi menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Pengakuan Mior Abdul Razak bin Yahya ini bukannya satu rekaan. Ianya satu pengakuan yang dibuat sendiri secara sukarela dan sedar tanpa paksaan di hadapan Majistret Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 23 September 1998 dan diakui kebenarannya.

Marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan kebenarannya dan selanjutnya menilai sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai untuk memimpin generasi akan datang, bangsa, negara dan agama menuju ke alaf baru.



Pengakuan Mior Abdul Razak bin Yahya

Pada jam 4.23 petang, satu ASP Maszely bin Minhad (G 9179) dari D4 Bukit Aman, membawa seorang tahanan bernama Mior Abdul Razak bin Yahya (IC 670826-08-5497) untuk membuat pengakuan di hadapan saya. Bersamanya ialah detective Lans Kpl R/F 101568 Md. Yusof bin Daud.

Saya mempersilakan Mior duduk di hadapan saya di kamar Majistret 10C, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Encik Mior masuk ke dalam kamar saya tanpa bergari. Saya kemudian mengarahkan kedua-dua pegawai polis tadi keluar dari kamar saya. Mereka pun berbuat demikian. Pintu kamar saya ditutup. Sekarang tinggal saya dan En. Mior sahaja, di dalam kamar saya.

Encik Mior memakai baju T warna biru-putih, seluar biru dan selipar. Saya kemudian mengarahkan Process Server mahkamah 10C, masuk. Encik Dollah bin Yussof IC 530809-10-6247 pun masuk ke dalam kamar saya untuk berada bersama-sama saya semasa Encik Mior buka baju. Saya kemudian meminta Encik Mior buka baju T, seluar dan juga seluar dalam untuk memastikan beliau tidak ada apa-apa kecederaan di badan akibat dipukul. Saya didapati tiada apa-apa kesan kecerderaan di badan En. Mior. Tiada lebam, atau apa-apa pun. En Dollah telah menyaksi semua ini. Saya kemudian mengarah En. Dollah keluar daripada kamar saya. Sekarang saya bersama En. Mior sahaja dalam kamar 10C.

Saya kemudian mengemukakan beberapa soalan seperti berikut kepada En. Mior.

Q : Bolehkah saudara beri nama dan butir-butir mengenai saudara?
A : Nama saya Mior Abdul Razak bin Yahya, berumur 31 tahun. No I/C yang
Lama A 0929761. Yang I/C No. baru saya tak ingat. Pekerjaan saya ialah
tukang jahit dan pereka fashion.

Q : Bilakah awak ditangkap?
A : Saya ditangkap pada hari Sabtu, 19.9.98 pukul 4.30 petang.

Q : Di manakah awak ditangkap?
A : Saya ditangkap di rumah No. 61, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka,
Ampang, Selangor.

Q : Awak ditangkap oleh siapa?
A : Saya ditangkap oleh empat pegawai polis yang berpakaian biasa. Nama
mereka saya tak tahu.

Q : Selepas ditangkap ke mana awak pergi?
A : Saya dibawa ke Bukit Aman.

Q : Di dalam perjalanan ada apa-apa yang berlaku?
A : Tiada apa-apa berlaku.

Q : Berapa lama awak ditahan di Bukit Aman?
A : Saya ditahan di Bukit Aman sehingga hari ini, 23/9/98. Saya ditahan 5
hari termasuk hari Sabtu.

Q : Awak tahu siapa saya?
A : Majistret, saya tahu.

Q : Kepada siapa awak mula-mula mengatakan niat awak hendak membuat
pengakuan ini?
A : Kepada pegawai polis yang membawa saya tadi, ASP Maszely.

Q : Bila awak mula-mula hendak membuat pengakuan?
A : Pada hari Sabtu. Selepas ditangkap iaitu pada 19/9/98. Tetapi sebelum
ditangkap saya ada niat untuk membuat pengakuan.

Q : Adakah sesiapa yang mengugut atau memukul atau berjanji apa-apa
menyuruh atau memberi dorongan kepada kamu untuk membuat
pengakuan ini?
A : Tidak. Saya membuat pengakuan ini secara sukarela. Tanpa apa-apa
paksaan atau dorongan.

Q : Fikir betul-betul?
A : Masih sanggup beri pengakuan.

Q : Sekarang masih ada masa, jika awak ingin bertukar fikiran untuk
membuat pengakuan ini?
A : Saya masih dengan sukarela hendak membuat pengakuan ini.

Q : Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi amaran kepada
kamu, bahawa apa-apa percakapan atau pengakuan yang awak berikan
kepada saya boleh digunakan terhadap awak dalam perbicaraan awak
kelak?
A : Saya faham betul. Saya masih hendak membuat pengakuan secara
sukarela.

Q : Adakah awak pasti?
A : Saya pasti.

En. Mior Abdul Razak bin Yahya Di hadapan saya

t.t t.t
I/C No. 670826-08-5497 ANANTH NAMASIVAYAM
Majistret, KL (23/9/98)
Daripada jawapan-jawapan yang telah diberi kepada saya oleh En. Mior ke atas soalan-soalan saya, dan dari perhatian saya dari segi sifat, wajah muka dan keberkerjasama En. Mior, saya berpuas hati beliau membuat pengakuannya dengan sukarela tanpa dipaksa, diugut, dipujuk ataupun dijanjikan apa-apa untuk membuat pengakuan ini.

t.t
MIOR ABDUL RAZAK BIN YAHYA Di hadapan saya
t.t
ANANTH N.V
Majistret, KL (23/9/98)



Kenyataan pengakuan dibuat oleh En. Mior di hadapan saya.

Q : Sekarang awak sedia untuk memberitahu saya mengenai apa-apa yang
hendak awak katakan?
A : Saya sedia. Saya membuatnya secara sukarela. Saya membuat
Pengakuan seperti berikut :

Saya berasal daripada Kampung Aji Bota Kiri, Perak. Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Kelulusan saya setakat SPM, Pangkat 2. Saya datang ke KL untuk tujuan belajar pada 1989, penghujung. Saya tak ingat bulan.

Saya tinggal bersama abang saya di alamat Blok C-2, Ampang Hilir, Selangor. Oleh kerana masalah kewangan saya bekerja di Kampung Pandan sebagai pencuci rambut di saloon, selama 3 bulan. Selepas itu, saya bekerja di Plaza Damansara sebagai Pembantu Pereka Fashion dengan gaji $280 sebulan. Syarikat Raztins Butik.
Di sini saya mula berkenalan dengan En. Sukma Darmawan yang kebetulan mempunyai kedai di kawasan yang sama. Setelah beberapa lama, saya menjadi kawan baik kepada En. Sukma, saya diperkenalkan dengan Dr. Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim, untuk tujuan tempahan baju. Di. Wan bersetuju menempah baju dengan saya. Setelah beberapa bulan saya berhenti kerja dan ingin membuka kedai jahit sendiri. Saya diperkenalkan oleh Dr. Wan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai designer untuk baju Dr. Wan Azizah. Oleh kerana saya berhasrat untuk membuka perniagaan saya sendiri, saya berhasrat untuk mendapat pinjaman wang daripada Dr. Wan Azizah. Dr. Wan bersetuju, tapi beliau perlu berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini semua berlaku pada awal tahun 1992. 3 hari selepas ini, saya mendapat pinjaman RM 5,000/- tunai daripada Dr. Wan Azizah.

Pada bulan April 1992 saya seperti biasa menghantar baju Dr. Wan yang telah siap ke rumahnya di Damansara. Selepas saya menyerahkan baju kepada Dr. Wan, saya dipelawa oleh En. Sukma, yang juga berada di rumah tersebut untuk lepak dibiliknya sambil menonton T.V. Saya pun bersetuju. Ini berlaku pukul 7 -7.30 pm. Semasa kami sedang menonton filem lucah. Sambil kami berdua menonton tiba-tiba pintu bilik diketuk. En Sukma membuka pintu bilik dan saya tengok Datuk Seri Anwar masuk. Saya merasa terkejut dan malu dan suruh En. Sukma tutup T.V. Tapi Datuk Seri bercakap tak apa, ini perkara biasalah.

Kemudian Datuk Seri duduk atas katil dan mempelawa saya duduk di sebelahnya. Pada masa itu, En. Sukma pergi tandas. Saya pun duduk di katil, di sebelah kiri Datuk Seri. Tiba-tiba dia menarik tangan saya dan meletakkannya di atas kemaluannya. Saya merasa terkejut dan menarik tangan saya balik. Kemudian dia tarik tangan saya dan memaksa saya pegang kemaluannya. Sambil itu, dia bertanya kemaluannya besar atau kecil? Saya berasa malu dan berdiam sahaja.

Selepas itu Datuk Seri membaringkan saya di atas katil dan terus memeluk saya. Saya rasa terkejut dan tak tahu nak buat apa. Kemudian Datuk Seri Anwar mencium saya di bibir. Sambil mencium saya dia membuka seluar saya. Datuk Seri buka sarongnya dan bajunya dan menarik kepala saya ke kemaluannya. Saya cuba melawan tapi Datuk Seri terus memaksa saya untuk menghisap kemaluannya.

Saya pun hisap kemaluannya. Saya buat oral sex dengannya. Ini berlaku selama 1 minit. Selepas itu Datuk Seri bangun dan memaksa saya meniarap di atas katil. Kemudian dia ambil lotion dan dia sapu di bahagian dubur saya dan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur saya. Selepas 5 -6 minit dia melepaskan air mani dalam dubur saya. Saya tak keluar air mani. Datuk Seri ambil tisu dan mengelap dubur saya. Dia pakai pakaiannya dan duduk atas katil. Saya pun pakai pakaian saya. Dan En. Sukma pun keluar daripada masuk ke dalam bilik dan berkata biasalah tu. Saya kemudian balik dan rasa bersalah, berdosa terutama sekali dengan isterinya Dr. Wan. Saya balik dengan teksi. Selepas itu, Datuk Seri sering kali menalipon saya di rumah tetapi saya tidak melayannya.

Pada bulan Jun 1992 saya ingin jumpa dengan Datuk Seri untuk dapat surat sokongan untuk membuat pasport saya. Saya ingin ke Brunei secepat mungkin. Saya talipon Datuk Seri Anwar. Datuk Seri kata En. Sukma akan menguruskan perjumpaan saya dengan beliau. Dua hari kemudian En. Sukma menalipon saya dan menyuruh saya ke Hotel PJ Hilton dalam pukul 7.00 pm. Saya pergi ke hotel. Di lobby hotel saya ada jumpa dengan seorang Pakistan. Saya terus ke bilik di hotel. Saya dapati Sukma di dalam bilik hotel seorang. Dalam beberapa minit kemudian Datuk Seri masuk dengan lelaki Pakistan ke dalam bilik hotel. Kemudian lelaki Pakistan pun keluar daripada bilik, tinggal saya, En. Sukma dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiba-tiba Datuk Seri terus memeluk saya di hadapan En. Sukma. Saya rasa terkejut macam diperangkap untuk kali kedua. Datuk Seri kemudian mencium saya. Saya mengelak dan dia terus membaringkan saya sambil menanggalkan baju dan seluar saya. Dia pun buka baju dan seluar saya. Dia pun buka baju dan seluarnya En. Sukma masuk bilik air.

Selepas itu Datuk Seri paksa saya hisap kemaluannya. Saya pun hisap. Datuk Seri kemudian meniarapkan saya dan bubuh lotion di dubur saya dan memasukkan kemaluannya di dubur saya. Kemudian dia menukar position saya mengangkang kaki saya dan memasukkan kemaluannya ke dubur saya. Saya tutup muka saya dengan bantal. Air mani Datuk Seri keluar dalam dubur saya. Tetapi saya tidak keluar air mani. Kemudian dia pakai baju. Saya pun pakai baju dan balik.

Sebelum itu saya tanya tentang surat sokongan dan Datuk Seri suruh saya ke pejabatnya dan jumpa secretarynya. Selepas itu kejadian yang ketiga di PJ Hilton bulan Oktober 1992. Datuk Seri Anwar liwat saya dan buat oral sex dengan saya dan membayar saya RM250/-. Selepas itu saya tidak menghubunginya lagi sehingga 1997. Saya ingin mendapat surat sokongan untuk membuat perniagaan jual kereta Proton. Saya pergi ke rumah Datuk Seri untuk berbincang dengan Dr Wan, bulan May 1997 tentang cadangan saya. Dr. Wan memanggil Datuk Seri untuk berbincang. Kemudian Datuk Seri suruh saya bincang di office di dalam rumahnya di kediaman rasmi DPM.

Sesampai saya di office di rumahnya, Datuk Seri Anwar terus kunci pintu. Saya rasa memang akan terjadi sesuatu. Kemudian Datuk Seri paksa saya buat oral sex dengannya sambil beliau berdiri. Dalam 5 minit, dia coming. Kemudian Datuk Seri kata dia akan hantar borang dan secretarynya akan hubungi saya. Sampai hari ini saya tak dapat jawapan apa-apa.

Saya tidak menghubungi Datuk Seri lagi kerana takut berlaku lagi sehingga hari ini. Inilah kejadian terakhir dengan Datuk Seri. Saya tidak dapat melupakan kejadian ini kerana Datuk Seri menggunakan saya untuk sex sahaja. Itu sahaja yang hendak saya cakap. Tiada apa-apa lagi. Di baca balik kepada En. Mior oleh saya.

Q : Ada apa-apa lagi kamu hendak tambah dari pengakuan kamu?
A : Saya dapat surat daripada JPM mengatakan permohonan saya telah
dihantar iaitu perniagaan kereta saya. Saya tidak ada apa-apa lagi nak
tambah atau diubah. Saya tidak ada apa-apa pindaan itu sahaja.


Memorandum

Saya percaya yang akuan salah ini dibuat dengan sukarela. Ini diambil di hadapan saya dan pada pendengaran saya sendiri dan setelah dibacakan balik kepada En. Mior dan dia mengaku betul serta mengandungi isi-isi yang penuh dan benar mengenai apa-apa yang disebutnya.


t.t
MIOR ABDUL RAZAK BIN YAHYA
IC 670826-08-5497

t.t
ANANTH NAMASIVAYAM
Majistret KL
23.9.98

1. Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama AnWAR dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' AnWAR dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang.

2. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, AnWAR menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.

3. AnWAR tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi AnWAR. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman AnWAR dan Wan Azizah.

4. AnWAR cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan AnWAR, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari AnWAR. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.

5. Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, AnWAR menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera.

6. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', AnWAR menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator.

7. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa AnWAR sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.

Salam Hormat.

Suara RAkyat Perak

PETIKAN : http://puu-umno.blogspot.com/2009/05/rakyat-dah-jemu.html
Petikan ini diambil dari blog diatas kerana ia memaparkan mesej yang jelas kepada pembangkang betapa bosan dan penat rakyat Perak dengan kerenah pembangkang yang tak sudah-sudah.

Berikutan suasana politik Negeri Perak berikut dipaparkan antara luahan hati rakyat (kiriman melalui e-mel) yang ingin dikongsi bersama agar keresahan dan kebimbangan berlarutan dapat ditamatkan dalam tempoh yang segera:

Rakyat Perak mahukan jaminan ekonomi disaat dunia diselubungi kegawatan ekonomi dunia, diburukkan lagi dengan pandemik selsema H1N1 termasuklah dua kes terbaru yang turut menjangkiti pelajar negara ini. Bagi setiap insan yang meneruskan kehidupan apa yang penting adalah rezeki halal yang mencukupi boleh dibawa pulang untuk dinikmati bersama keluarga masing-masing.

Fikirkanlah, jika ekonomi Perak jatuh dan pelabur serta peniaga menjauhkan akan diri mereka dari Perak, apakah nasib yang bakal melanda semua rakyat Perak? Apa akan jadi diketika itu?

Peniaga dan pelabur menjauhkan diri apabila mereka merasa tidak selamat berniaga di sini. Bagaimana keadaan tidak selamat ini boleh timbul?

Sesungguhnya, majoriti rakyat Perak tidak terbabit dengan perhimpunan haram tanpa permit, rusuhan dan tunjuk perasaan, apatah lagi, sebagai rakyat Malaysia tentunya cukup waras dan berhemah menjaga keamanan dan keharmonian negeri tumpah darah sendiri, kerana sedar dan tahu jika tidak dijaga keamanan negeri maka, ekonomi akan rebah menyembah bumi dan keselamatan diri termasuklah anak-anak akan terancam!

Sudahlah begitu, bukan setakat kampung halaman tetapi juga di sinilah rumah, tempat bekerja dan tempat anak-anak bersekolah.

Lantaran itu, setiap kali parti-parti politik PR menghadapi kemelut politik maka mereka mengheret rakyat ke jalanan. Majoriti rakyat yang diheret untuk menunjuk perasaan di jalanan bukanlah anak jati Perak. Bermula dengan tunjuk perasaan secara aman boleh berakhir dengan suatu rusuhan. Siapa boleh memberi jaminan rusuhan tidak akan terjadi lagi?

Mereka ini terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin PR dan penyokong-penyokong PR yang diimpot masuk ke Perak dari segenap pelusuk negara.

Jika diamati, rakyat Malaysia yang merusuh ini majoritinya adalah golongan Melayu, masyarakat Bumiputera yang diimpot masuk oleh PR ke Perak; pada hari yang sepatutnya mereka ini bekerja untuk keluarga mereka.

Rakyat Perak memang nampak jika sebilangan kecil penyokong-penyokong import ini menjadi tidak terkawal dan memulakan rusuhan akibatnya kesemua yang berarak akan terpalit sama dan kesannya kepada ekonomi dan keamanan negeri Perak tidak boleh diundurkan lagi.

Setelah berlaku kekacauan penyokong-penyokong import ini akan pulang ketempat masing-masing dan meneruskan kehidupan mereka.

Rakyat Perak yang bakal berhadapan dengan kesannya dari segenap sudut baik sosial, ekonomi mahupun politik!

Pemimpin-pemimpin PR akan berselindung disebalik pembelaan politik mereka dengan mengatakan perasaan rakyat tidak boleh dibendung lagi. Persoalannya, adakah rakyat yang menganjurkannya ataupun ahli-ahli politik ini. Siapa yang membakar semangat mereka?

Apa yang penting di sini adalah sikap dan tanggungjawab yang sebenar. Seorang pemimpin ulung tidak akan sanggup memperjudikan sosio ekonomi dan keamanan demi menjamin pegangan kuasa mereka dengan memperkudakan rakyat sebagai tunggangan mereka.

Ketahuilah bahawa rakyat Perak bukan dungu seperti yang disangka dan tidak semudah itu untuk diperkotak-katikkan. Rakyat tahu hak untuk mengundi apabila tiba masanya. Biarlah rakyat tentukan pada pilihan raya umum siapakah yang akan kami pertanggungjawabkan untuk menjadi pemimpin.

Usah jadikan rakyat seperti lembu dicucuk hidung yang sentiasa mengikut kehendak para pemimpin PR semua yang rakus untuk berkuasa.

Siapapun yang menjadi kerajaan dan siapapun yang menjadi pembangkang… fikirkanlah kebaikan seluruh rakyat negeri Perak. Perkasakan ekonomi, pertingkatkan keamanan dan kegiatan perniagaan di sini.

Tidak perlu sesiapapun “brain wash” rakyat Perak untuk mendesak bagi suatu pilihan raya seluruh negeri diadakan. Pilihan raya bukan percuma!

Duit kerajaan akan digunakan. Anggaran perbelanjaan pilihan raya setiap DUN adalah RM360,000 sekurang-kurangnya. Ada 59 DUN memerlukan sekurang-kurangnya RM21,240,000 untuk dibelanjakan. Ini tidak termasuk perbelanjaan setiap parti politik yang bertanding.

Duit ini datangnya dari rakyat. Belanjakanlah ia sebaik-baiknya untuk rakyat. Ramai rakyat yang hidup susah… mempunyai hutang tertunggak, menghadapi risiko diberhentikan kerja atau tiada lagi “overtime” akibat kegawatan ekonomi dunia. Gunakanlah duit ini sebaik-sebaiknya sebagai contoh untuk membantu anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan tidak ketinggalan bapa tunggal.

Janganlah tuan-tuan, Dato’-Dato’, Dato’ Seri-Dato’ Seri dan Tan Sri-Tan Sri ini semua memikirkan tembolok sendiri dalam kerakusan berebut kuasa menjadi MB Perak.

Bersikaplah secara dewasa dan berfikirlah dengan matang. Apa yang lebih penting adalah langkah-langkah berkesan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan berstatus Ahli Dewan Negeri Perak dalam memperkasakan ekonomi baik dari sudut makro mahupun mikro untuk rakyat Perak.

Rakyat ada mata dan masih boleh melihat. Ada telinga dan masih boleh mendengar. Dikurniakan akal fikiran dan masih waras untuk membuat keputusan.

Rakyat Perak tahu memilih dan kini gunakanlah masa untuk mula bekerja demi mengutuhkan ekonomi dan keamanan negeri ini. Rakyat akan lihat dan nilaikannya dipilihan raya umum akan datang.

Bertindaklah dengan waras sebagai seorang pemimpin yang berhemah. Jangan berselindung disebalik kata-kata “I am an Assemblyman” tetapi selepas itu bertindak bagai budak nakal menjerit, mengoyak kertas ucapan, memanjat kerusi meja dan bergaduh seperti yang berlaku dalam persidangan 7 Mei lalu.

Tidak malu!

Akhir kata kepada semua Ahli Dewan Negeri Perak, rakyat Perak mengingatkan “We are not stupid and we are watching you!”

Anwar Ibrahim Dari Kacamata Aku

Siapa Anwar Ibrahim ni? Hebat sgtkah dia? Pandai sangatkah berpolitik? Ramaikah pengikutnya? Ramaikah pengaruhnya?
Jika ada sahabat bertanyakan soalan ini, jawapan aku hanya Ya, dia memang hebat. Dia antara politikkus terbaik Malaysia, Dia mempunyai pengikut yg sanggup dipenjarakan demi mempertahankan dia dan Pengaruhnya merangkumi Timur Dan Barat. Begitu hebat sekali kan Anwar Ibrahim ini. Sehinggakan Amerika yang terkenal ANTI ISLAM mengiktiraf beliau sebagai antara pemimpin Islam tersohor. Mengalahkan TG Hadi Awang, TG Nik Aziz apatah lagi Pak Lah Badawi. (p/s Najib terkeluar carta). Beliau ketika muda terkenal dengan kelantangannya berpidato. Bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam (ABIM ) bersama2 mantan Presiden PAS, Ustz Fadzil Noor. Antara perjuang Melayu yg mengadakan piket di Amerika suatu masa dulu. Beliau juga merupakan orang tengah dan diumpamakan tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Tanpa beliau mana mungkin DAP yg diketua oleh Lim Kit Siang akan bergabung mengembleng tenaga bersama2 PAS yg jelas memperjuangkan Negara Islam. Hebat bukan. Adalah sukar untuk mencari pemimpin seperti beliau ibarat seorang dalam sejuta rakyat Malaysia. Ketika PAS mengalamai krisis dalaman Parti baru2 ini, Segelintir penyokong setia beliau dalam PAS sanggup berusaha menentang sebahagian Ahli PAS yg menolak Anwar Ibrahim. Ahli PAS ini berpecah kepada dua, yakni sebahagian dikepalai oleh TG Hadi Awang manakala sebahagian lagi berlindung di balik TG Nik Aziz. Cikgu PA, Salah seorang veteran PAS, yg mencurahkan hampir separuh hidup beliau dalam memperjuangkan matlamat parti dikritik hebat kerana menolak konsep 16 Sept ciptaan Anwar. Beliau menolak dengan alasan yang kukuh,tetapi dikatakan berlidahkan Umno. Adeii. TG Hadi Awang juga dikritik kerana berbincang dengan UMNo dan terbaru dikritik kerana memperjuangkan kerajaan perpaduan. Sapa yang mengkritik ini? Presiden kah mereka ini? Presiden dikritik oleh orang bawahan? Mungkin orang akan berkata, kami PAS berlainan dalam Umno, kami bebas mengkritik pemimpin atasan kami. Celaka punya orang. Sedangkan sebelum ini, aku sering mendengar dari mulut2 pemimpin PAS bahawa mereka berpegang teguh kepada pemimpin yakni pemimpin yang dipilih oleh mereka2 sendiri selagi tidak bercanggah dari hukum2 Islam. TG Hadi Awang ada buat perkara yang menyalahi hukum Islam ke? Sebelum ini, TG Nik Aziz telah memperlecehkan pemimpin UMNO dengan berkata PAS memiliki pemimpin2 yang berkaliber dan juga secara jelas menyatakan bahawa beliau dan juga TG Hadi Awang lulusan Al Azhar. Tetapi kenapa beliau secara terbuka menyerang TG Hadi Awang.
Ada perkara yang aku muskilkan dalam hal ini. Kenapa TG Nik Aziz tidak pernah menghentam secara terbuka kepimpinan Anwar Ibrahim? (Maaf klau aku terlepas pandang atau dengar). Ketika heboh dengan idea2 gila babi seperti ahli2 parlimen BN akan melompat ke PKR, mengapa beliau tidak diCOP sebagai orang yg tidak bertamadun dan tidak mempunyai prinsip. Kerja gila beb, sampai sanggup kejar MP2 BN di Taiwan. Tak nampak ke ini semua cuma sandiwara mainan Anwar Ibrahim? Aku tgk sebijik mcm drama melayu. Layu semcam ja. Kini, ketika adun PKR melompat ke UMNO, mereka2 ini dikutuk dan dikecam. Tapi sedarkah saudara2 sekalian bahawa Anwar Ibrahim merupakan orang utama yang merampas SABAH ketika SABAH dibwah pembangkang suatu ketika dahulu. Kenapa hal2 ini tidak dibangkitikan. Setelah gagal dengan black september, Anwar Ibrahim berjanji akan merampas dari tangan BN lagi, kemudian gagal. Alasan yang diberi, terpaksa menurut syarat pemimpin PAS yg mahukan Melayu Majoriti dalam bakal kerajaan campuran. Tidakkah ini dipanggil munafik? Jika Kerajaan Pakatan Rakyat Memerintah comfirm Anwar yg dilantik jadi presiden. Takkan Limkit Siang nak jadi PM takpun takkan Lim Kit Siang nak bagi TG Hadi Awang jadi PM.haha. Dan jika ini terjadi adakah ahli2 PAS sanggup berimamkan Anwar Ibrahim?. Allahualam. Amerika begitu hormat kepada Anwar Ibrahim? Aku rasa Sahabat2 sekalian lebih mengetahui bahawa Kristian dan Yahudi tidak akan sesekali menyokong atau mempertahankan Islam tanpa sebab yang menguntungkan mereka. Lihatlah di Palestine, Pimpinan HAMAS dihentam dan dikatakan 'terorist' manakala Fatah yg sekular dikatakn pejuang Islam sebenar. Pemimpin Iran dihentam kerana dikatakan mempunyai Nuklear sedangkan hakikatnya mereka takut dengan kelantangan pemimpin Iran itu sendiri. Saudara lebih mahir mengadili kes2 ini.
Mari kita imbas kembali suatu ketika dahulu, Mengapakah ketika zaman genting yakni ketika Umno dikemuncak kebongkakan mereka, Anwar Ibrahim memasuki UMNO sedangkan pemimpin2 ABIM lain dikepalai oleh Almarhum Ustz Fadzil Noor menganggotai PAS. Anwar ketika dihentam teruk ketika krisis 1998, beliau berkata tidak sesekali akan meletak jawatan dalam UMNO. Kerana apa beliau tidak mahu meletakkan jawatan? Tidak lain kerana beliau ingin menarik ribuan rakyat supaya bersimpati kepada beliau. Sedangkan jika beliau berkata Umno tidak dapat dibersih lagi dari dalam, mengapa beliau tidak dengan rela hati melepaskan jawatan seperti yang dibuat oleh mantan menteri Zaid? Drama melayu. Tidak akan kemana.
Ramai sahabat2 aku menyatakan bahawa mereka tidak menyokong Anwar Ibrahim, tetapi untuk menumbangkan Umno yakni kerajaan yang dikatakan zalim, PAS harus bergabung dengan PKR dan DAP. Tidakkah mereka terfikir jika kerajaan PR memenangi pilihan raya di Malaysia,Siapakah yang akan dilantik menjadi PM? berapa keratkah MP dari PAS jika dibandingkan dengan DAP yang secara terang menolak Islam. Sahabat ini akan menjawab, PR akan membersih amalan2 kotor, undang2 zalim dan yang paling utama amalan rasuah. haha. Bolehkah amalan rasuah dihapuskan oleh PKR ? Fairus, mantan timb menteri Penang terbabit dengan rasuah?hehe. Allahualam aku tak tahu benar atau tidak dakwaan ini, apa yang pasti, kerenah2 Fairus ini telah dikhabarkan kepada Anwar dan oleh kerana dipercayai menjaga Maruah PKR, Anwar memejam sebelah mata kes ini, sehinggakan ahli2 PKR tersebut membuat laporan kepada SPRM. Adeii. Mcm mana nak banteras rasuah(punca keruntuhan moral manusia) klau Anwar sendiri tak ambil tindakan untuk menyiasat kesahihan berita tentang Fairus dan kuari tersebut.
Inilah sebenarnya yang (bagi aku la) difikirkan oleh TG Hadi Awang. Dan cara terbaik menyelesaikan masaalah ini adalah mendekati UMNO (ketika lemah ) dan memaksa mereka memperbaiki dan menghapuskan undang2 zalim seperti ISA. TG Hadi Awang tak pernah bermaksud PAS akan bergabung dengan UMNO secara sah, cuma gabungan secara tak sah seperti Pakatan Rakyat hari ini. Kita melayu terlalu bodoh dalam politik2 ini. Lihatlah kaum Cina, mereka secara terang2 menggunakan perkara2 ini dengan mengugut diberikan perlbagai jawatan dan keistimewaan. Tidakkah mereka bijak jika dibandingkan dengan sesetengah melayu yg berimamkan Anwar Ibrahim? Kenapa tidak ketika Umno lemah kini, kita bergabung dan meminda pelbagai pelembagaan? Comfirm akan lulus kerana apa yang dipentingkan oleh Umno hanya kuasa. Adeii. orang2 melayu tak reti ambik peluang langsung.
Kini, PM baru Najib memperkenalkan idea satu Malaysia. Idea2 ini dikritik kerana dikatakan mengambil idea Anwar Ibrahim dan DAP. Mengapa mereka2 ini perlu mengkritik? Bukankah mereka sepatutnya berbangga idea2 mereka diterima oleh Najib? Adakah yang mereka pentingkan Jawatan bukan matlamat. Aku yakin sekiranya Najib ingin melaksanakan Hudud di Malaysia, TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang antara orang2 yang bersyukur. Sedangkan jika Anwar ataupun pemimpin DAP, waaa, diorang curi idea kita.haha. Bodoh!!!.
Betulkah Anwar memperjuangkan Malaysia sama rata untuk semua kaum? Aku ramai sahabat yang menyokong Anwar. Salah seorng yg bernama ( terpaksa dirahsiakan ) ditanya oleh seorang kaum Cina (sahabat kami jugak), ada tak umah sewa area umah sahabat aku tadi. Sahabat aku ckp, ada tapi Cina depa takmau sewa,Melayu tak suka. Cina ini dengan rasa marah menjawab, Apa, cina bukan manusia kah? Hmm. InsyaAllah, artikel2 yang berkaitan diskriminasi terhadap kaum Cina, India dan tak lupa juga Indonesia akan aku postkan jika ada kelapangan. Aku berpegang kepada konsep, manusia itu serupa, semuanya makhluk Tuhan. Tiada lebih dan kurangnya. DAN bagi Islam yang membezakan kita hanyalah Iman kita kepada Allah S.W.T

Wednesday, May 20, 2009

CARA UNTUK TERUS KEKAL JUARA KELENTONG


Altantuya...masih hidup???


Altantuya...Altantuya...Altantuya... Keluarga Altantuya, Dr Sharibu dan rakyat Monggolia sudah pun menerima bahawa bekas model yang mempunyai seorang anak ini telah lama meninggalkan mereka. Namun nampaknya di dalam negara kisah mendiang ini masih segar dan hidup dimainkan oleh pihak pembangkang. Itulah cara pembangkang yang diterajui oleh pengkhianat bangsa dan negara nombor 1 Anwar Ibrahim Al-Juburi bagi meneruskan misi politik mereka.


Cerita yang di nasi tambah kan dengan begitu teliti dan rapi mengikut skrip dan scene telah berjaya memukau hati dan nurani rakyat untuk mempecayai perkara yang sebenar. Cerita yang disensasikan dengan pelbagai helah dan cara telah menyebabkan UMNO dan BN serta pemimpin dilihat begitu keji dan hina. Kenapa dan bagaimana ianya begitu berjaya menarik minat khalayak hingga mereka lupa untuk menerima hakikat kisah sebenar?


Tidak boleh dinafikan bahawa pembangkang sebenarnya telah berjaya mengupas dan memutar belit sesuatu fakta mengikut warna dan rentak yang mereka inginkan, selepas sesuatu isu di utarakan maka seluruh jentera perang saraf mereka dari penceramah, tukang karut, bahan cetak siaran, media elektronik termasuk cyber war yang begitu jitu dan padu mendendangkan lagu yang sama seperti mana yang didakyahkan oleh pemimpin mereka.


Kesannya rakyat terbanyak terus menerus dihidangkan dengan isu yang sama dari pelbagai sudut saban masa dan ketika yang begitu pro aktif sehinggakan pihak UMNO dan BN bukan sahaja gagal untuk menangkis dakyah malah tidak dapat menjawab tohmah. setiap isu yang di 'spin' oleh pembangkang terus menjuarai masjid-masjid, pasar-pasar, warung-warung menjadi mauduk yang dipercayai benar dalam pertemuan rakyat setiap hari.


UMNO dan BN yang belum pun berjaya menangkis satu isu terus didatangkan dengan isu yang baru, akhirnya sekali lagi media massa diharap dapat me'neutral'kan masaalah yang berbangkit sedangkan isu yang dimainkan oleh pembangkang terus hidup dari mulut ke mulut dan perlu juga dijawab dengan mulut di tengah-tengah masyarakat.


Soalnya sekarang bagaimana UMNO dan BN boleh menggerakkan satu gerombolan pendokong dan penyokong setia bagi memainkan peranan dalam menangkis dakyah dan tipu helah seterusnya melondehkan segala pembohongan dan tipu muslihat pembangkang.

Biarpun segala kelengkapan dalam mendepani perang saraf ini ada di pihak UMNO dan BN namun kecekapan dan kepantasan untuk menggunakan segala yang ada bukan sahaja untuk menangkis cerita malah membina dan memandu cerita-cerita yang boleh menjadi perbualan rakyat perlu diatasi dengan segera dan berstrategi.


Sebenarnya banyak isu yang boleh di 'spin' dan menjadi bahan perbualan yang hangat dalam pasaran untuk menghidupkan suasana dalam setiap perbualan. Kerana kita jelas bahawa politik perlu hidup dengan isu, dan isu itu mestilah dapat meyakinkan khalayak walaupun terkadang kesahihannya belum lagi dipastikan benar.

UMNO dan BN perlu untuk menjuarai pelbagai isu sehingga menghidupkan kembali suasana dimana rakyat terbanyak sendiri mampu untuk menjawabnya bagi pihak pemimpin keranan mereka yakin akan kebenaran cerita dan isu yang mereka perkatakan. Malah UMNO dan BN yang masih segar 'hidup' ini amat bertanggungjawab kepada setiap yang bernyawa bagi mempastikan kesetabilan hidup terus dapat dilangsungkan seperti sewajarnya.


Bukan seperti pembangkang yang jelas hanya hidup dengan retorik politik sempit, putar belit fakta, fitnah dan tipu daya sehinggakan orang yang dah mati pun cuba nak di hidup kan...


Sementara hidup ni buat lah sesuatu yang baik untuk dikenang, agar kalau mati nanti nama kekal hidup dengan baik dan menjadi contoh baik kepada generasi yang baru nak hidup...


Lu fikir la sendiri

Monday, May 18, 2009

MEMAHAMI PEMIKIRAN ANWAR

  • Memahami pemikiran Anwar-mazhab mana yang dipilih?
    Dicatat oleh tukang taip 5/17/2009

    Secara kebetulan sejak dahulu sehingga sekarang kebanyakkan tokoh yang terpengaruh dengan agenda pembaharuan seperti islam Liberal ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak barat.
  • Islam Inklusif secara logiknya akan mengakui kebenaran agama lain selain daripada Islam. Terma yang digunakan oleh golongan Islam Liberal ini menggunakan pendekatan untuk menyamakan agama lain dengan agama Islam, kerana agama lain turut dikatakan menganjurkan amalan yang baik dan benar.
  • Terma Inklusif sebenarnya menyamai konsep pragmatisme akhlak yang telah dipopularkan oleh John Dewey di Amerika Syarikat. Dalam konsep pragmatisme, kebenaran mutlak tidak ada menyebabkan setiap sesuatu tidak bersifat eksklusif. Dalam konteks mudah ia seakan mengarahkan umat Islam mengakui kebenaran agama lain sehingga boleh menyebabkan umat Islam berada pada tahap murtad.
  • Di Malaysia, usaha golongan kelompok ini dapat dilihat dari segi idea, penulisan karya, percakapan dan kelakuan seseorang atau organisasi. Mereka seboleh mungkin cuba menampakkan diri mereka terpisah tetapi mereka mempunyai jaringan dalam kelompok sendiri yang hanya diketahui oleh kelompok mereka sahaja. Dengan menjadikan pendekatan sederhana kelompok ini seringkali mengelirukan masyarakat islam di Malaysia.
  • Fahaman ini juga dikatakan melihat pandangan hidup Islam yang berpandukan beberapa dasar seperti konsep tuhan, kenabian, ilmu dan agama yang diletakkan sebagai objek yang membingungkan dan perlu diperdebatkan.
  • Sebenarnya ini semua adalah permainan barat yang sengaja mencipta pelbagai terma untuk meletakkan Dunia Islam dalam aneka perangkap mereka dengan penciptaan pelbagai istilah seperti Islam tradisional vs moden, Islam sederhana vs fundamentalis, Islam legalistik/formalistik vs substantif normatif, Islam budaya vs struktural serta Islam inklusif vs eksklusif.
  • Untuk mengelirukan kelompok islam juga, Barat dengan sengaja melontarkan pelbagai istilah dan pemikiran dengan aliran politik dan ideologi serta melakukan permainan istilah yang berbahaya dan asing seperti Islam Liberal, Islam Moderate dan Pluralisme Islam dengan maksud mendatangkan keraguan umat Islam terhadap ajaran asal agama yang dianuti. Ini dilakukan semata-mata kerana barat bimbang sekiranya umat islam bangkit menerusi ideologi Islam sebenar seperti yang telah dilakukan oleh tamadun islam sebelum ini seperti kewujudan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Cordova dan juga kerajaan Bani Uthmaniyah, akan menyebabkan barat kembali berada di dalam kegelapan atau kemunduran.
  • Profesor Sosiologi agama di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, Charles Kurzman telah memperkenalkan istilah atau gerakan baru di Dunia Islam ini menerusi bukunya ‘Islamic Liberalism’ dan sebelum itu Leonard Binder cuba menyebarkan fahaman berkenaan dalam bukunya Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies.
  • Secara ringkas, aliran islam seupama ‘mazhab’ ini berakar umbi kepada fahaman kebebasan tanpa batasan bagi membolehkan akal manusia digunakan secara sebebas-bebasnya untuk memberi jawapan dan persoalan kepada semua perkara tanpa merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Pada kelompok ini tafsiran terhadap Al-Quran perlu dilakukan semula kerana mereka mengangap tafsiran lama sudah tidak relevan dalam keadaan persekitaran umat islam hari ini.
  • Pengarah Eksekutif Institut Kajian Pemikiran dan Tamadun Islam Indonesia (INSISTS), Adnin Armas, ketika membentangkan kertas kerja ‘Sumber Liberalisasi Pemikiran Islam: di Ipoh pada tahun 2006, Kes al-Quran’ dalam muzakarah itu, berkata pengikut fahaman berkenaan kini semakin berani mencabar akidah umat Islam dengan menyarankan agar al-Quran disunting semula dan disusun menjadi sebuah kitab baru dikenali al-Quran edisi kritis (a critical edition of the Quran) kerana mendakwa terdapat banyak kelemahan dalam isi kandungannya.
  • Katanya, golongan berkenaan yang sebahagiannya memiliki latar belakang pendidikan agama mula mengemukakan gagasan supaya al-Quran diolah semula pada 2002 di Indonesia sehingga sanggup mengeluarkan ungkapan antara lain: “Hakikat dan sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai-bagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi daripada perdebatan, pertentangan, intrik dan rekayasa (direka-reka).”
  • Adnin berkata, fenomena itu adalah kes baru kerana ketika penjajahan Belanda, Inggeris dan Jepun di Indonesia sekalipun perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Malah, beliau berpendapat pemikiran yang mengkritik al-Quran itu datangnya dari pengaruh pandangan hidup Yahudi-Kristian.
  • Katanya, dengan menggunakan tafsiran baru kepada sumber dalaman tradisi Islam, golongan orientalis membangunkan teori baru yang bukan saja berbeza tetapi bertentangan dengan pendapat golongan ulama besar silam hingga sekarang.
  • Malangnya, kata beliau, ramai pemikir Islam terpengaruh dengan pemikiran itu sehingga pelbagai kritikan telah dilontarkan terhadap kitab suci itu terutama dalam mempertikaikan mushaf Uthmani yang digunakan sekarang dianggap sebagai tidak asli.
  • “Untuk menangani persoalan berkenaan, sudah tiba masanya bagi golongan ulama meneliti karya orientalis ini secara serius. Menerusi tindakan membongkar akar pemikiran sekular-liberal, diharapkan ranting pemikir Islam yang sudah terpengaruh dengan kerangka pemikiran Barat akan dengan sendirinya roboh,” katanya.
  • Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang bersidang dalam Musyawarah Nasional (Munas) Kali Ketujuh pula telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ahmadiyyah, liberalisme dan pluralisme sebagai ajaran sesat. Sejak itu, pengikut fahaman liberalisme dan pluralisme telah melakukan pelbagai cacian dan tentangan terhadap MUI dan golongan ulama.
  • Dalam sejarah tamadun Islam, ramai tokoh di kalangan umat Islam telah mengeluarkan hujah atas nama ‘mengeluarkan umat Islam dari kemunduran’ dengan bercakap atau melakukan perbuatan yang melanggar syariat seperti Ziya Gokalp (1875-1924) di Turki yang menyarankan agar orang Turki bersolat menggunakan bahasa Turki agar mereka berasakan jiwa lebih dekat dengan Tuhan serta menganggap hukum Islam hanya bersumberkan nas al-Quran dan adat kebiasaan (urf) masyarakat di sesuatu tempat.
  • Begitu juga dengan pemerintah Islam Moghul di India, Akbar Khan atau ‘Akbar Agung’ yang telah mencipta agama Din Ilahi dengan menyatukan semua agama atas alasan untuk mengelakkan perpecahan masyarakat yang pelbagai kaum dan agama. Pendekatan yang seumpama membawa maksud agama lain juga benar ini telah menyebabkan Islam setaraf dengan agama lain. Malah Akbar juga telah bertindak mengahwini puteri raja Hindu dan membenarkan cucunya dibaptis oleh paderi kristian untuk menunjukkan dasar keterbukaan dirinya terhadap agama lain. Beliau juga telah mendirikan rumah pelacuran berhampiran istananya dengan tujuan untuk melayan kehendak nafsunya, selain pelacur perempuan rumah pelacuran itu juga turut mempunyai pelacur lelaki. Walaupun beliau mengakui dirinya adalah seorang Islam.
  • Begitu juga dengan Abdul Rahman Al-Kawakibi tokoh pembaharuan agama di Mesir, merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah kerajaan Uthmaniyah Turki. Beliau terpengaruh dengan sistem pemerintahan demokrasi di eropah dan berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah dilakukan oleh barat. Abdul Rahman juga tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan ialam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil) kerana pada beliau agama dan politik seharusnya berasingan. Bagi tokoh kontroversi ini juga agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang peribadi dan bukannya apa yang dianuti oleh semua orang.
  • Secara kebetulan, kebanyakkan besar tokoh atau mereka yang cuba memajukan ummah dari kemunduran akibat fahaman sempit mereka terhadap Islam selalunya akan mendapat sokongan atau menerima bantuan daripada pertubuhan atau negara Barat. Keadaan ini berlaku sejak dari zaman penjajahan Barat di negara Islam sehingga sekarang.
  • Di Malaysia tokoh yang selalu mempromosi agenda perubahan ini ialah Anwar Ibrahim dan secara kebetulan dia juga amat rapat dengan pihak barat, adakah Anwar juga merupakan salah seorang kelompok Islam Liberal? kerana kita mengetahui rakan baiknya di Indonesia iaitu Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur juga merupakan tokoh yang menggerakan Islam Liberal dan Pluralisme, keterbukaan beliau dan Inklusif dirinya dibuktikan dengan dirinya sanggup dibaptiskan oleh paderi kristian di Indonesia dan digelar bapak Pluralisme di Indonesia. Seharusnya umat Islam berhati-hati dengan serangan pemikiran ini kerana golongan yang menyokong gerakan pemikiran ini tidak pernah henti untuk menyebarkan idea mereka semenjak daripada zaman silam sehingga sekarang dan sentiasa kekal dalam pemikiran tersebut.
  • Walaupun gerakan pemikiran ini menggunakan terma-terma yang pelbagai untuk mengelirukan pergerakan dan pemikiran mereka, namun secara kasarnya kita akan dapat melihat corak yang biasa mereka gunakan untuk mempopularkan idea mereka. Contohnya memperjuangkan hak kebebasan, kesamarataan dan memperjuangkan hak perempuan. Selain itu mereka juga akan mempromosi slogan demokrasi dengan harapan mereka diberi ruang untuk menyebarkan pemikiran mereka. Sebab itu sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid, golongan ini menganggap Sultan tersebut adalah kuku besi kerana cuba menghalang gerakan pembaratan pada zaman Uthmaniyah.
  • Kini slogan itu sudah meresap ke Malaysia dengan menjadikan demokrasi, kebebasan akhbar dan kebebasan beragama sebagai agenda, adakah Malaysia akan menjadi senasib empayar Uthamaniyah Turki selepas ini atau menjadi seperti Indonesia yang sudah seperti tidak dapat dikawal perkembangan aliran pemikiran ini disana selepas era orde baru.
klik pada image untuk membesarkannya

X-PKR DEDAHKAN ANWAR AL JUBURI

X-pkr dedahkan anwar aljuburi
Heboh diperkatakan AnWAR merancang 4-5 p/raya kecil lagi bagi mengekalkan momentumnya hingga p/raya umum ke 13 nanti. Jangkaan ini ada asasnya kerana AnWAR kini dalam proses ‘membersihkan’ PKR dari anasir-anasir bekas ahli PKR yang telah keluar parti.

Jika benar seperti jangkaan, saya merasa AnWAR akan mengorbankan beberapa nama demi memastikan kesinambungan momentum politiknya sekaligus menukar wakil rakyat PKR kepada muka baru yang akan patuh segala arahan. Beliau ‘memburu’ ADUN kerana tidak mahu mengorbankan ahli parlimen pembangkang yang ‘kuat’ di Parlimen. Kawasan dipilih pula tentunya kubu kuat pembangkang!

Pastinya AnWAR mempertaruhkan kawasan PKR kerana beliau tidak boleh menganggu kawasan DAP dan PAS. DAP sekarang cuba dipancing AnWAR untuk mengorbankan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, namun tidak disenangi pimpinan tertinggi DAP. DAP cuba menonjolkan ‘imej’ professional serta tidak mahu terlalu banyak bermain politik.

Saya menjangka AnWAR akan ‘melacurkan’ PAS pula selepas ini jika pemimpin pro AnWAR menguasai PAS dan AnWAR pula akan menguasai mereka. Setakat ini AnWAR belum mahu menganggu ADUN-ADUN PAS untuk menunjukkan beliau kononnya sungguh menghormati golongan ulama’ dalam PAS.

Antara nama ADUN-ADUN PKR yang bakal ‘disembelih’ AnWAR bagi p/raya kecil adalah seperti berikut:

YB Badrulhisham Abdullah – ADUN Plbhn. Klang.(Selangor)Beliau merupakan ADUN PKR yang bermasalah. Prestasinya di nilai sebagai 0 (kosong) oleh pasukan penilai wakil rakyat PKR. Pernah pula dikaitkan dgn UMNO dan diura-urakan sbg antara ADUN yg akan melompat ke BN. Dilaporkan pernah ditangkap khalwat namun menafikannya.

Hubungan ‘dingin’ beliau dgn org-org AnWAR di Selangor adalah punca utama mengapa beliau berada dalam senarai utama wakil rakyat yang bakal dikorbankan AnWAR.

YB Elizabeth Wong – ADUN Bkt. Lanjan (Selangor)Popular dgn ‘aksi panas’ beliau yg dirakam, namun mendapat sokongan penuh pemimpin PAS. YB Eli merupakan pilihan terakhir AnWAR utk dikorbankan. Namun jgn alpa dgn sikap AnWAR yang sanggup mengorbankan sesiapa saja jika terdesak.

YB Mat Suhaimi Shafiei – ADUN Sri Muda (Selangor)Bekas ‘orang kuat’ Angkatan Muda (AMK) PKR. Tidak sehaluan dgn pimpinan AMK Selangor dan pusat, sekaligus tidak sebulu dgn ‘orang kuat’ Selangor, Azmin Ali. Pernah dikaitkan dgn Ezam, namun menafikannya. Prestasi YB Suhaimi sbg ADUN tidak memberangsangkan serta dituduh ahli PKR mengabaikan kebajikan mereka.

Diberitakan tuduhan ini datang dari kelompok YB Xavier Jeyakumar, EXCO Kesihatan Selangor yang marah ura-ura YB Suhaimi ingin mencabar Xavier sbg Ketua Bahagian PKR dalam pemilihan PKR akan datang.

YB Tan Wei Shu – ADUN Bakar Arang (Kedah)ADUN PKR Kedah ini dikatakan tidak lagi sebulu dgn sikap AnWAR yg terlalu byk bermain politik. Dijanjikan AnWAR sbg org no. 1 PKR Kedah, namun janji tinggal janji saja buat beliau. Kecewa dgn sikap AnWAR yg lebih mengutamakan wakil tunggal DAP di DUN Kedah.

AnWAR pernah menuduh YB Wei Shu pernah mengadakan rundingan dgn BN bagi melompat parti, namun dinafikan YB Wei Shu kerana beliau amat komited dgn PKR. Bagi YB Wei Shu, ini adalah rancangan jahat AnWAR yang mahu mencemarkan imej beliau serta menyingkirkan beliau dari kepimpinan PKR Kedah.

YB Mohd. Radzhi Salleh – ADUN Lunas (Kedah)EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari PKR. Diberitakan tidak ‘ngam’ langsung dgn exco-exco lain di Kedah hingga peringkat ‘bercakap bila perlu shj’. Mengkritik PAS secara terbuka di program kerajaan negeri.

Punca utama kemarahan beliau adalah kerana MB Kedah lebih mendengar cakap AnWAR dan kuncu-kuncunya di Kedah spt Johari Abdul dan Saiful Izham (ketua AMK kedah) sedangkan mereka berdua tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Kedah.

AnWAR dlm rangka mengurangkan pengaruh YB Radzhi dengan menonjolkan org suruhannya spt Johari, Ahmad Kassim dan Saiful dalam pimpinan PKR Kedah.

YB Lim Soo Nee – ADUN Kulim (Kedah)AnWAR juga mengatakan YB ini pernah mengadakan rundingan dgn BN, namun YB Soo Nee menafikannya. Bagi beliau, hubungan rapatnya dengan rakan-rakan BN tidaklah hingga mengorbankan prinsip perjuangannya dalam PKR sejak mula lagi.

YB Lim Soo Nee komited dgn PKR serta pernah menyatakan tertarik dgn konsep harmoni pelbagai kaum dlm PKR yang menariknya menyertai PKR. Kini hubungannya dgn AnWAR tercalar ekoran tuduhan AnWAR yang merendahkan martabatnya sbg seorang wakil rakyat. Kini menanti masa untuk dikorbankan AnWAR.

Hubungan wakil rakyat tersebut dgn AnWAR dan kuncu-kuncunya adalah punca utama AnWAR mahu mengorbankan mereka demi kelangsungan politiknya. Prestasi merupakan soal kedua bagi AnWAR, ianya tidak penting samasekali tapi sering diguna AnWAR sbg alasan menghalalkan tindakannya. Nyata AnWAR seorang ‘political animal’! Beliau akan memanjat, menunggang, memijak dan menyembelih rakan sendiri demi tuntutan cita-cita politiknya.

Batu5:Kalau betui la ini terjadi...memang sial lah...buang masa dan duit rakyat....si anwar celaka ni memang x patut dibiarkan buat kerja gila kuasa dia...kita sebagai rakyat patut BUNUH anwar dari arena politik malaysia...

AYAM JANTAN YANG BERKOKOK

Dari blog aljuburi :


18
May
09
Rayuan DSAI di Mahkamah Persekutuan
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Hebahan, Isu Semasa, Mahkamah, Malaysia and Program
Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.
Hari: Khamis
Tarikh: 22hb Mei 2009.
Jam: 9.00 AM
Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim


Aku hantar komen seperti yang dibawah ini, tapi soalnya komen itu akan keluar atau tidak?

Sudahlah Nuar, ko macam tak ada kerja lain. Rakyat semakin celik dan muak dengan gelagat ko. Ko cuma berani mencabar 'kesahihan pemecatan' yang akan berkisar dari segi 'procedure', dalam ertikata mempersoalkan perkara teknikalnya sama ada mengikut peraturan atau tidak. Kalau jantan sangat cuba cabar Mahadey tentang 'alasan atau sebab pemecatan'.
Umpama seorang peliwat, yang ditangkap sedang melakukan liwat, lalu dia sibuk mempersoalkan tindakan orang yang menangkap, yang kononnya menceroboh masuk ke dalam rumahnya, atau mempersoalkan cara dan tindakan kasar si penangkap semasa melakukan tangkapan, atau cara layanan semasa dalam tahanan dan sebagainya. Memanglah tertuduh ada hak hak tertentu, tetapi tidaklah dapat menafikan kesalahan yang telah dilakukan. Seumpama kes Rahim Noor, memanglah dia telah didapati salah kerana menggunakan kekerasan ke atas orang kena tuduh, tapi itu tidak menafikan perbuatan tertuduh meliwat Sukma dan Azizan.
Nampaknya kau hanya ada ruang dan berminat menyaman cara pemecatan..tetapi tidak berani mempersoalkan sebab dan alasan pemecatan.
Nasib baiklah Mahadey itu jenis 'cool', kalau aku yang jadi Mahadey sudah lama aku dedahkan sebab, punca, maklumat dan mangsa yang menyebabkan dia terpaksa membuat keputusan yang tidak popular itu. Bukankah dia bertahun tahun tidak mahu percaya akan salah laku seksual kau, tetapi akhirnya dia terpaksa akur dan percaya dengan apa yang diberitahu oleh mereka.
Janganlah berlagak macam ayam jantan yang kokoknya berderai derai sedangkan ekornya bergelumang tahi!!
Aku berdoa dan berharap semogakan 'pertemuan' kau dengan Saiful Bukhari Azlan pada 1 Julai kelak akan dapat 'pencerahan' akan siapakah kau yang sebenarnya.

UTHAYA DAN SIVAJI ANU WAR AL JUBURI

1. 'authayakumar’ (uthayakumar) yang baru dibebaskan dari ISA berkecimpung dengan AnWAR sejak 1995 lagi. Saya diperkenalkan dengan Uthayakumar oleh bekas SUSK AnWAR, di pejabat TPM ketika majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada tahun tersebut.

2. Uthayakumar yang ketika itu punya masalah dengan firma guaman beliau. Uthaya dikhabarkan mengunjungi pejabat AnWAR beberapa kali untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini ada kaitan dengan pengurangan jumlah cukai perkhidmatan yang harus dibayar oleh firma guaman Uthaya kepada pihak kastam.

3. Saya tidak pasti berapa jumlahnya namun pertolongan AnWAR amat bermakna buat Uthaya. Uthaya melahirkan penghargaan yang amat tinggi kepada AnWAR kerana menurut beliau jabatan Kastam tidak mahu bekerjasama mengurangkan jumlah cukai tersebut. Namun dengan campurtangan AnWAR sbg Menteri Kewangan ketika itu, pengurangan jumlah cukai dapat dilakukan.

4. Saya terpandang Uthaya kali kedua di rumah AnWAR Bkt. Damansara selepas AnWAR dipecat. Ketika itu AnWAR mengarahkan Uthaya menjadi sebahagian dari pasukan peguamnya dengan menjaga penyokong reformasi AnWAR. Kami tidak dibenarkan masuk ke rumah AnWAR atas alasan keselamatan. Adik AnWAR, Rosli Ibrahim yang keluar masuk di rumah AnWAR memaklumkan perkara-perkara penting yang dibincangkan di dalam rumah. Sejurus kemudian Uthaya keluar dan memberikan ucapan ringkas memaklumkan beliau akan membela AnWAR kerana AnWAR pernah berjasa kepadanya. Khidmat yang ditawarkan adalah PERCUMA sebagai membalas jasa AnWAR terhadapnya.

5. Namun selepas beberapa bulan, saya mendengar rungutan dari penyokong reformasi bahawa Uthaya mengenakan bayaran atas khidmat guaman beliau. Yuran guaman yang dikenakan Uthaya juga tanpa diskaun kepada penyokong reformasi yang telah ditangkap pihak berkuasa. Golongan reformis, Nasir, Syed, Nora, Nordin boleh mengesahkannya. Dana sumbangan penyokong disalurkan kepada Uthaya bayaran sbg yuran guaman dan jumlahnya bukan sedikit!

6. Selepas PKR ditubuhkan, Uthaya ‘demand’ jawatan Naib Presiden (wakil India) diserahkan kepadanya kerana beliau mendakwa dapat sokongan kaum India dan banyak berjasa membela OKT (org kena tangkap) reformasi. permintaan beliau tidak dilayan dan Uthaya diserahkan mengetuai satu biro dlm Parti Keadilan Nasional (PKN) ketika itu. Uthaya amat marah ketika itu lantas keluar parti.

7. Tahun 2000, Uthaya menubuhkan Parti Reformasi Insan Malaysia dan cuba membentuk pakatan dengan PKN ketika itu, namun Wan Azizah tidak bersungguh-sungguh menyambut tawaran dari Uthaya. Wan Azizah sedia maklum akan ‘perangai’ Uthaya yang ‘oppurtunist’ serta tahu taktik Uthaya yang tetap mahu jawatan tertinggi dalam pakatan itu nanti.

8. Kewangan parti Uthaya ini juga tidak diuruskan dengan baik. Ada sumbangan dari penyokong namun hanya Uthaya yang tahu kemana dana sumbangan ini disalurkan. Lantaran itu, satu laporan polis dibuat oleh penyokong terhadap Uthaya berkaitan salah guna dana sumbangan pada tahun 2001. Saya sendiri tidak pasti apa jadi dengan laporan polis tersebut. (Jika pembangkang kata laporan polis terhadap pemimpin BN tiada tindakan, perkara ini tidak benar. Laporan terhadap pembangkang juga tiada apa-apa tindakan sewajarnya).

9. Selepas itu Uthaya ‘senyap’ hinggalah AnWAR dibebaskan pada 2004. Beliau kembali bertemu dengan AnWAR dan mereka merancang sesuatu. AnWAR bijak mencatur dan memanipulasi kehidupan dha’if kaum India. Uthaya dicatur agar membakar api perkauman serta perasaan benci india kepada kerajaan. Tahun 2007, pada malam demonstrasi HINDRAF besar-besaran di Kuala Lumpur, AnWAR dan Uthaya bertemu di Hotel Grand Season KL. AnWAR sengaja merancang program PKR di Grand Season agar para penunjuk perasaan HINDRAF senang melarikan diri ke Grand Season mengelakkan dari ditangkap.

10. Selepas ditangkap, AnWAR banyak menasihati Uthaya agar sentiasa menimbulkan kekacauan dan isu-isu sensitif agar ingatan kaum india kepadanya tetap segar. AnWAR memberi nasihat atas pengalamannya mensensasikan isu kesihatan yang nyata memberi kesan simpati yang mendalam terhadap penyokong. Kerana itulah Uthaya sering menyatakan beliau tidak diberi layanan kesihatan yang tidak baik sedangkan pihak berkuasa telah memberi layanan kesihatan terbaik kepadanya.

Sekadar berkongsi pengalaman, nyata Uthaya bukanlah seorang pejuang tulen, sama seperti AnWAR! Mereka adalah ‘oppurtunist’ dan bermuka-muka bagi meraih simpati masyarakat. Maka tidak perlulah rakyat melalak-lalak menyatakan bahawa mereka ini ‘hero’ bagi masyarakat mereka. Bagi saya AnWAR, Raja Petra dan Uthayakumar ini sentiasa mengambil kesempatan dari sikap naïf kita sering bertolak ansur terhadap isu-isu sensitif.
Wan Azizah dan sebilangan besar pemimpin pembangkang amat mengetahui ‘belang’ sebenar mereka, namun buat diam saja kerana mereka berpayung di bawah bendera yang sama. Jika orang dari ‘bendera lain’ yang melakukannya, satu dunia mereka akan menghebohkannya.
Jika pembangkang mengatakan pemimpin BN tidak bersih dan perlu ditolak, maka pembangkang juga perlu menolak pemimpin pembangkang yang tidak bersih. Jangan hanya pandai bercakap saja. Apa yang kita cakap, perlu kita laksanakan! Memetik kata pujangga, “kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan!”
Fikir-fikirkanlah……Salam Hormat.

http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/anwar-authayakumar.html

AWAS PROVOKASI ANWAR

Saya percaya satu dunia teruja menantikan pengumuman BN samada untuk menyahut cabaran di Penanti. Penyokong BN menantikannya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan, manakala pembangkang menanti saat ini bagi 'membelasah' BN menerusi media-media asing tatkala kempen berlangsung nanti.

Semua ini dirancang rapi AnWAR bagi melonjakkan imejnya di mata umum. JANGAN LUPA! Awal Julai nanti AnWAR bakal menghadapi saat getir dalam hidupnya - pebicaraan kes liwat yang beliau cuba tangguhkan beberapa kali atas alasan teknikal.

Bertanding di kawasannya, AnWAR yakin beroleh kemenangan. Bukan itu yang beliau cari sebenarnya. Jika PKR menang, imej beliau di mata umum akan melonjak. 'AnWAR tetap punya sokongan', lapor media pembangkang. Media asing akan melonjakkan imej AnWAR. Jika PKR kalah, akan dilaporkan BN masih dgn perangai lama, penipu dsbnya. SPR bakal dipersalahkan.

Ini yang AnWAR mahu sebenarnya, PUBLISITI (w/pun murahan). beliau tidak peduli itu semua. Publisiti bakal melonjakkan namanya biarpun apa keputusannya nanti, w/pun AnWAR menjangka kemenangan. Publisiti berlebihan terhadapnya nanti akan memberi kesan terhadap masyarakat. Kesannya pada AnWAR, sokongan dan simpati masyarakat kepada beliau akan melonjak.

AnWAR akan menyalahkan kerajaan kerana takut kepada beliau. Perbicaraan itu nanti konon bakal diatur bagi menyekat kemaraannya dalam politik negara. PERSEPSI yang bakal dilontar AnWAR, kerajaan akan mengguna semua agensinya menafikan kebenaran kononnya. AnWAR juga bakal meningkatkan sokongan pembangkang terhadapnya yang mula longgar kini.

Melalui p/raya Penanti, AnWAR akan menggambarkan pembangkang masih bersatu, walhal pakatan pembangkang kian prejudis satu sama lain. Kononnya nanti perpecahan pembangkang hanya mainan media pro-BN.

Bagi menghadapi AnWAR, satu tindakan 'di luar kotak' diperlukan. Tidak perlu terikat dengan taktik konvensional yang sudah lapuk. Perlu tindakan drastik 'luar jangka'. Saya percaya lawan AnWAR semakin matang menghadapi beliau. Usahlah terperangkap dengan mainan AnWAR yang hanya mahukan publisiti bagi melonjakkan dirinya. Rakyat tidak pernah AnWAR dahulukan, yang penting hanya dirinya sahaja.

AnWAR pasti terkedu jika kali ini provokasinya tidak menjadi kerana beliau sememangnya bergantung kepada 'talian hayat' Penanti bagi mempopularkan dirinya!

http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/awas-provokasi-anwar.html

ALTANTUYA..... MASIH HIDUP??

Monday, May 18, 2009

Altantuya...masih hidup???

Altantuya...Altantuya...Altantuya... Keluarga Altantuya, Dr Sharibu dan rakyat Monggolia sudah pun menerima bahawa bekas model yang mempunyai seorang anak ini telah lama meninggalkan mereka. Namun nampaknya di dalam negara kisah mendiang ini masih segar dan hidup dimainkan oleh pihak pembangkang. Itulah cara pembangkang yang diterajui oleh pengkhianat bangsa dan negara nombor 1 Anwar Ibrahim Al-Juburi bagi meneruskan misi politik mereka.

Cerita yang di nasi tambah kan dengan begitu teliti dan rapi mengikut skrip dan scene telah berjaya memukau hati dan nurani rakyat untuk mempecayai perkara yang sebenar. Cerita yang disensasikan dengan pelbagai helah dan cara telah menyebabkan UMNO dan BN serta pemimpin dilihat begitu keji dan hina. Kenapa dan bagaimana ianya begitu berjaya menarik minat khalayak hingga mereka lupa untuk menerima hakikat kisah sebenar?

Tidak boleh dinafikan bahawa pembangkang sebenarnya telah berjaya mengupas dan memutar belit sesuatu fakta mengikut warna dan rentak yang mereka inginkan, selepas sesuatu isu di utarakan maka seluruh jentera perang saraf mereka dari penceramah, tukang karut, bahan cetak siaran, media elektronik termasuk cyber war yang begitu jitu dan padu mendendangkan lagu yang sama seperti mana yang didakyahkan oleh pemimpin mereka.

Kesannya rakyat terbanyak terus menerus dihidangkan dengan isu yang sama dari pelbagai sudut saban masa dan ketika yang begitu pro aktif sehinggakan pihak UMNO dan BN bukan sahaja gagal untuk menangkis dakyah malah tidak dapat menjawab tohmah. setiap isu yang di 'spin' oleh pembangkang terus menjuarai masjid-masjid, pasar-pasar, warung-warung menjadi mauduk yang dipercayai benar dalam pertemuan rakyat setiap hari.

UMNO dan BN yang belum pun berjaya menangkis satu isu terus didatangkan dengan isu yang baru, akhirnya sekali lagi media massa diharap dapat me'neutral'kan masaalah yang berbangkit sedangkan isu yang dimainkan oleh pembangkang terus hidup dari mulut ke mulut dan perlu juga dijawab dengan mulut di tengah-tengah masyarakat.

Soalnya sekarang bagaimana UMNO dan BN boleh menggerakkan satu gerombolan pendokong dan penyokong setia bagi memainkan peranan dalam menangkis dakyah dan tipu helah seterusnya melondehkan segala pembohongan dan tipu muslihat pembangkang.

Biarpun segala kelengkapan dalam mendepani perang saraf ini ada di pihak UMNO dan BN namun kecekapan dan kepantasan untuk menggunakan segala yang ada bukan sahaja untuk menangkis cerita malah membina dan memandu cerita-cerita yang boleh menjadi perbualan rakyat perlu diatasi dengan segera dan berstrategi.

Sebenarnya banyak isu yang boleh di 'spin' dan menjadi bahan perbualan yang hangat dalam pasaran untuk menghidupkan suasana dalam setiap perbualan. Kerana kita jelas bahawa politik perlu hidup dengan isu, dan isu itu mestilah dapat meyakinkan khalayak walaupun terkadang kesahihannya belum lagi dipastikan benar.

UMNO dan BN perlu untuk menjuarai pelbagai isu sehingga menghidupkan kembali suasana dimana rakyat terbanyak sendiri mampu untuk menjawabnya bagi pihak pemimpin keranan mereka yakin akan kebenaran cerita dan isu yang mereka perkatakan. Malah UMNO dan BN yang masih segar 'hidup' ini amat bertanggungjawab kepada setiap yang bernyawa bagi mempastikan kesetabilan hidup terus dapat dilangsungkan seperti sewajarnya.

Bukan seperti pembangkang yang jelas hanya hidup dengan retorik politik sempit, putar belit fakta, fitnah dan tipu daya sehinggakan orang yang dah mati pun cuba nak di hidup kan...

Sementara hidup ni buat lah sesuatu yang baik untuk dikenang, agar kalau mati nanti nama kekal hidup dengan baik dan menjadi contoh baik kepada generasi yang baru nak hidup...

Lu fikir la sendiri
Posted by PUTRA MERDEKA at 1:32 AM

Tuesday, May 5, 2009

SURAT CINTAN EMANG-PSYCHOTIC KILLER

SURAT CINTA MELANKOLIK UNTUK MU


ANWAR IBRAHIM.....
KAMI ADALAH PENCINTA NEGARA.

SURAT INI KAMI TUJUKAN KEPADAMU DISEBABKAN NILAI CINTANYA KAMI KEPADA NEGARA INI.


ANWAR,

SESUNGGUHNYA KAMI MELIHAT GERAK GERIMU DARI ENGKAU LEPAS PENJARA LAGI. ENGKAU TELAH BANYAK BERPOLITIKING SEHINGGA BANYAK NILAI PENTING DALAM PEMBANGUNAN NEGARA TERSEKAT KERANA RAKYAT MELAYAN KARENAHMU YANG GILA. KAMI YANG HANYA MAMPU MELIHAT DARI SUDUT LUAR BERASA SEDIH KERANA RAKYAT MENJADI BAHAN MAINANMU DAN BATU LONCATAN UNTUK ENGKAU MENJADI PERDANA MENTERI. SUDAH BERAPA BANYAK ENGKAU BAZIRKAN MASA KAMI UNTUK MELAYAN KARENAH KEGILAANMU YANG HANYA INGIN MENJADI PERDANA MENTERI.


ANWAR,

KETAHUILAH ANWAR, ENGKAU TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI.SEKALI LAGI INGIN KUKATAKAN PADAMU, ENGKAU TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI!!!!


ANWAR,

MACAM MANALAH SEORANG YANG SEDANG BERHADAPAN DENGAN KEMELUT PERIBADI BOLEH MENYELESAIKAN PROBLEMATIKA PERSOALAN DAN KEMELUT NEGARA YANG SOFISTIKATED. MACAM MANALAH SEORANG YANG BERHADAPAN DENGAN KESONGSANGAN NILAI PERIBADI MAMPU MENJADI PERDANA MENTERI. MACAMANALAH NAK TADBIR NEGARA KALAU DIRI SENDIRI TIDAK DAPAT DITADBIR DENGAN BAIK.
MACAM MANALAH NAK MEMBANGUNKAN NILAI MODAL INSAN YANG DIINGINI OLEH SEKALIAN RAKYAT MALAYSIA JIKALAU NILAI DIRI PUN SONGSANG. TERNYATA ENGKAU SEMEMANGNYA TIDAK AKAN MAMPU MENTADBIR NEGARA. SEBELUM JADI PERDANA MENTERI LAGI ENGKAU SUDAH MENGKUCAR KACIRKAN NEGARA. BARU MENJADI PEMBANGKANG, BELUM LAGI MEMERINTAH, ENGKAU SUDAH MEMPORAK PORANDAKAN NEGARA DALAM PELBAGAI ISU.
SEHINGGA GROWTH PERTUMBUHAN EKONOMI BERADA PARAS YANG RENDAH KERANA KEWUJUDAN DIRIMU DI LUAR PENJARA. ENGKAU KELUAR PENJARA SAHAJA TELAH MENYEBABKAN KUCAR KACIR DAN HAMBATAN EKONOMI PERLAHAN KEPADA NEGARA.


ANWAR,

SEMASA ENGKAU BERADA DI PENJARA, NEGARA INI AMAN. GROWTH PERTUMBUHAN EKONOMI MENINGKAT DARI 4% KEPADA 6%. PERTUMBUHAN YANG DIANGGAP MEMBERANGSANGKAN OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG MENGARAH KEPADA NEGARA MAJU.SEMASA ENGKAU BERADA DI DALAM PENJARA, BANYAK PROGRAM MEMBANGUNKAN NEGARA BERJALAN. SYARIKAT DAN INFRA STRUKTUR JUGA BANYAK DIBINA KERANA PADA MASA ITU RAKYAT BERSATU UNTUK MEMAHAMI ASPIRASI NEGARA YANG MURNI.SEMASA ENGKAU BERADA DI DALAM PENJARA, MSC MEMBANGUN DENGAN PESAT.PETRONAS BERTAMBAH MAJU, MAS MAJU, PROTON DAN PERODUA JUGA MAJU KERANA PADA MASA ITU RAKYAT BERSATU MENJAYAKAN KESEMUA ASPIRASI NEGARA.


TAPI DENGAN ADANYA PARTIKEL ENGKAU, ENGKAU TELAH MENYEBABKAN RAKYAT BERPECAH DAN CENDERUNG UNTUK TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM KHIDMAT PEMBANGUNAN NEGARA.TAPI DENGAN ADANYA UNSUR DIRIMU, ENGKAU MENYEBABKAN BANYAK PROGRAM NEGARA TERGENDALA DISEBABKAN RAKYAT UNTUK BERPOLITIKING.


ANWAR,

KERANA ENGKAU, "ISLAM HADHARI" TERGENDALA.
PASAL ENGKAU, "MODAL INSAN" TIDAK BERJALAN.
DISEBABKAN ENGKAU "TOWERING MALAY" TERSEKAT.
AKIBAT ENGKAU, "KELAS MINDA PERTAMA" BERHENTI.
DARI ENGKAULAH KEMELUT POLITIK MELANDA TANAH AIR INI.
PASAL ENGKAULAH NI PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN EKORAN DARIPADA KEMELUT POLITIK YANG MELANDA NEGARA INI.
APA PUNYA MANUSIALAH ENGKAU NI!!!
MEMANG SESUAI DI DALAM "ISA", ANWAR. MEMANG SESUAI!!!!


ANWAR,

KAMI BERASA SEDIH MELIHAT BANGSA KAMI (MELAYU) BERGADUH SESAMA SENDIRI DAN BERPECAH DISEBABKAN WUJUDNYA UNSUR DIRIMU. DULU, KAMI HANYA BERTENTANGAN IDEOLOGI, TETAPI KINI, KAMI BERGADUH BUKAN KERANA IDEOLOGI. TETAPI BERGADUH DISEBABKAN ENGKAU.HANYA BERGADUH MENGATAKAN SAMADA ENGKAU MELIWAT ATAUPUN TIDAK MELIWAT. KEWUJUDAN UNSUR DIRIMU DENGAN KELIWATANMU TELAH MENYEBABKAN ORANG BERGADUH HANYA KERANA INGIN MENYOKONG MU. ORANG YANG MENYOKONGMU ITU PULA LANGSUNG TIDAK MENGENALI MU. AKU HERAN, AYAT APA YANG ENGKAU GUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN PENYOKONGMU?????


ANWAR,

KAMI TIDAK KISAH ENGKAU MELIWAT ATAUPUN TIDAK. SEBAB ITU SEMUA HAL PERIBADI ENGKAU.ITU HAL ENGKAU, ENGKAU NAK BUAT APA SAHAJA, BUATLAH APA SAHAJA! CUMA KAMI RISAU JIKALAU ENGKAU MENJADI PEMIMPIN KAMI. RAKYAT YANG KURANG IDEALISME AKAN MEMILIH ENGKAU DISEBABKAN TERPENGARUH DENGAN RETORIKA SENI BERCAKAP ENGKAU ITU. JIKALAU ENGKAU MENJADI PEMIMPIN KAMI, KAMI TIDAK AKAN DAPAT MEMBEZAKAN DI MANA YANG HAK DAN YANG BATHIL. KAMI TIDAK DAPAT BEZAKAN MANA PINTU DEPAN DAN PINTU BELAKANG SEBAB ENGKAU MENGAJAR KAMI TENTANG KONSEP PENYAMARATAAN. KAMI RISAU JIKALAU NEGARA INI DIPERINTAH OLEHMU.

ANWAR,

NEGARA INI ADALAH NEGARA ISLAM YANG POTENSINYA UNTUK BERKEMBANG SANGAT BESAR. KAMI TAKUT KEWUJUDAN DIRIMU ITU MENJADI PUNCA KEHANCURAN TAMADUN YANG TELAH LAMA TERBINA. KAMI TAHU, WATAK-WATAK YANG ENGKAU PAPARKAN SAMA SEPERTI HAMID KARZAI, JALAL TALABANI, GUS DUR, ANWAR SADAT DAN LAIN-LAIN TOKOH MUSLIM MODERATE. KAWAN-KAWAN ENGKAU ITU TELAH MENGGADAIKAN MARUAH NEGARA MEREKA KEPADA KUASA SUPER AMERIKA. ENGKAU SENDIRI TAHU KERANA ENGKAU MEMILIKI VISA G-4 YANG MEMBOLEHKAN ENGKAU MASUK KE DALAM PENTAGON DENGAN MUDAH. ITU YANG KAMI RISAU, KAMI TIDAK RISAU TENTANG MASALAH DAN KES LIWAT YANG ENGKAU HADAPI.KAMI RISAU NEGARA KAMI.


ANWAR,

MENGHITUNG DETIK DEMI DETIK, MELIHAT FENOMENA DAN SKETSA MASYARAKAT KINI, MAKIN HARI MAKIN MENJADI-JADI PERBUATANMU ITU. ENGKAU PANDAI BERSANDIWARA, ENGKAU PANDAI BERMAIN DRAMA. TAPI SEMUA ITU ENGKAU PUNYA PASAL. KAMI TIDAK KISAHPUN DENGAN GERAK GERI LANGKAHMU. TETAPI GERAK GERI LANGKAHMU ITU BERKAITAN DENGAN MASYARAKAT. ENGKAU MEMBAWA RAKYAT TERPALIT KE DALAM PERMAINAN POLITIKMU ITU. AKU SEDIH, SELAMA 5O TAHUN MERDEKA, BARU ADA SEORANG MELAYU BARING DI TENGAH JALAN MENAHAN KERETA SULTAN. ITU SEMUA SEBAB KONSEP "KETUANAN RAKYAT" YANG ENGKAU LAUNG-LAUNGKAN LAH TU. RAKYAT SUDAH MENJADI KURANG AJAR KERANA KONSEPMU ITU. SEDANGKAN RAJA ITU ADALAH PAYUNG NEGARA, AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU. ORANG CINA DAN INDIA SENDIRI TIDAK MELAKUKAN HAL TERSEBUT, MALANG SUNGGUH KERANKERANA IA DILAKUKAN OLEH ORANG MELAYU SENDIRI YANG MENJADIKAN ENGKAU SEBAGAI IDOLA. IDOLA PELIWAT!!!!


ANWAR,

PESANAN KAMI, TIDAK PERLULAH ENGKAU BERCITA-CITA MENJADI PERDANA MENTERI. KERANA IA BUKAN HANYA MEMBUANG MASAMU, TETAPI MEMBUANG MASA BANYAK PIHAK TERMASUK KAMI. ENGKAU PADA PANDANGAN KAMI TIDAK ADA APA-APANYA. NILAI YANG ADA PADAMU TIDAK BERGUNA LANGSUNG UNTUK NEGARA KAMI. NILAI YANG KONONNYA POWER SEPERTI BERCAKAP-CAKAP DI FORUM2 ANTARABANGSA ITU SEBENARNYA KAMI TIDAK PERLUKAN. APALAH GUNANYA POWER BERCAKAP JIKALAU PLATFORM TEMPAT ENGKAU BERDIRI DITAJA DAN DISUPPORT OLEH ORANG-ORANG YANG AGENDANYA TERHADAP ISLAM MASIH DIRAGUKAN.


ANWAR,

KAMI SESUNGGUHNYA TAHU, BARAT MENGANGKATMU BUKAN KERANA ENGKAU TERRER DAN MAHIR DALAM PENTADBIRAN MAHUPUN MEMPUNYAI IDEA YANG RELEVAN, TETAPI BARAT MENGANGKATMU KERANA BAKAT RETORIKAMU ITU DIPERLUKAN DALAM MENJAJAH MINDA UMAT ISLAM.KAMI TAHU, ENGKAU HANYA BERKELULUSAN SASTERA. ENGKAU TIDAK ADA KELULUSAN YANG SPESIFEK DALAM MANAGEMENT, PENTADBIRAN DAN FALSAFAH. ENGKAU TIDAK ADA APA-APANYA, ANWAR.ENGKAU MEMANG TIDAK ADA APA-APA.


ANWAR,

HENTIKANLAH MAINAN POLITIKMU. NEGARA TIDAK TERBINA DENGAN HANYA KATA-KATA. NEGARA TIDAK TERBINA HANYA DENGAN CERAMAH YANG KOSONG NILAINYA. SESUNGGUHNYA NEGARA TERBINA DENGAN PERPADUAN DAN SEMANGAT KEKITAAN. JANGANLAH ENGKAU MEMECAH BELAHKAN KAMI. JANGANLAH ENGKAU MEMPORAK PORANDAKAN KAMI HANYA KERANA INGIN MEMIKIRKAN TENTANG AGENDA ENGKAU INGIN MENJADI PERDANA MENTERI. PERDANA MENTERI YANG KAMI MILIKI DARI TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ SEHINGGALAH TUNKU ABDULLAH AHMAD BADAWI SEMUANYA MEMBAWA KEMAJUAN YANG PERMANENT. ENGKAU TIDAK ADA APA-APA. YANG ENGKAU ADA HANYALAH AIR LIUR YANG SUNGGUH BUSUK UNTUK NEGARA INI!!!!!!!!!
SUDAH!!!!

YANG BENAR :
EMANG-PSYCHOTIC KILLER
PENCINTA KEBENARAN
(SURAT CINTA INI AKAN BERSAMBUNG)

Followers