Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Monday, March 16, 2009

ANWAR AL JUBURI SANGGAP BUNTUT

15 Ogos 2008, menerusi jendela bilik Royal Executif Suite, Royal Pacific Hotel & Tower, Kowloon, Hong Kong yang terletak di tingkat 18, saya melemparkan pandangan jauh ke Victoria Harbour, kawasan perairan air dalam yang memisahkan antara pulau Hong Kong dan Kowloon serta Wilayah Baru, New Territories. Sesekali pandangan tertumpu juga pada Pengkalan Feri China dan Macau yang ada jauh dibawah tingkap, feri-feri berulang alik dari Hong Kong ke Lembah Sungai Mutiara dan Xiamen membawa mereka yang berkerja di Hong Kong, Kowloon, Macau dan Wilayah Baru pulang ke rumah masing-masing di kawasan pinggiran yang taraf kehidupannya lebih murah.

Memang pelik memikirkan apakah seorang yang tinggal di bilik sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan di tengah-tengah kotaraya termahal di dunia perlukan seorang ‘coffee boy’ untuk menyediakan kopinya? Biasanya bilik semahal ini turut disediakan dengan seorang ‘butler’ yang bukan sahaja boleh membuat kopi tapi boleh mengadakan apa juga keperluan tetamu yang menginap di bilik semahal ini, USD1000 atau RM3,200.00.

Pelik... belum jadi Perdana Menteri sudah mesti ada ‘coffee boy’. Ke mana Anwar pergi dan berapa ramai ‘coffee boy’ Anwar ada? Bawa ‘jambu’ di istana hinggap begini macam bawa ‘nasi bungkus’ untuk makan ‘nasi bungkus’ dalam bilik hotel. Senang cakap, tak ada standardlah. Penasihat Parti Keadilan yang didewa-dewakan oleh mereka hingga ada yang sanggup cium ‘bontut Anwar’, membodek Anwar tanpa memikirkan perasaan Wan Azizah

Ketika sedang berada di bilik ini, saya menerima panggilan telefon dari Azlan bapa Saiful yang baru saja selesai melakukan angkat sumpah di sebuah masjid di Kuala Lumpur,

Saiful telah melakukan sumpah laknat dengan al-Quran yang dia dibuntuti oleh Anwar.


Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja.” - Al-BukhariMacam-macam ‘benda’ timbul dalam ingatan saya terutama mengenai Dr. Wan Azizah. Biar hebat macam mana pun dia selaku seorang ahli politilk, seorang doktor, apakah Dr. Wan Azizah tidak merasa kecewa dengan suaminya yang dituduh meliwat Saiful?

Apakah Anwar tidak pernah ‘ditarbiah’ ketika dihukum oleh Allah SWT dalam penjara atas kesilapannya yang lampau? Kenapa Anwar tak serik-serik? Kenapa pula apabila Anwar ke luar negara tak bawa Azizah dan anak-anak? Kenapa Anwar bawa Saiful atau ‘coffee boy’? Kenapa tak bawa anak isterinya bersama, isteri tahu ke Anwar bawa Saiful bersama?

Dr. Wan Azizah adalah seorang doktor pakar, bukan sekadar isteri dan ibu kepada anak-anak Anwar. Masakan selaku seorang doktor dia tak dapat membaca perwatakan seorang ‘homoseksual’? Inikan pula suaminya sendiri yang dituduh melakukannya, apakah jika dia tahu dia tak suruh Anwar pergi buat ‘kauselin’?


Tiba-tiba saya teringat wanita yang paling setia dengan Anwar. ‘Sabar betul’ wanita yang bernama Wan Azizah, boleh tak mengamuk, tak lari meninggalkan suami yang bila sudah senang lupa anak isteri, yang dibawa ke luar negeri ‘coffee boy’. Sama ada dia meliwat atau tidak, itu cerita lain.Apakah kerana Anwar tak mahu bersumpah dan tak mahu bertaubat maka Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Dan apakah tak mungkin Wan Azizah serah kerusi Presiden PKR dan mungkin akhirnya lari ke luar negara kerana hilang sabar dengan perangai buruk Anwar yang tak kenang jasanya?

Anwar atau ‘Pak Sheikh’ selaku ketua keluarga dan tokoh yang dihormati oleh orang kampung yang tak tahu hubungannya dengan Amerika dan tokoh-tokoh Yahudi menganggap Anwar bersih, manusia yang baik, alim dan ‘waraq’. Mereka tak percaya Anwar mengambil kesempatan atas kelemahan anak muda yang mendewa-dewakannya. Bagaimana dengan cerita yang dia tak kenang budi bila sudah bebas merdeka tak peduli perasaan anak isteri?

Selaku seorang statesman pemimpin Melayu ‘glokal’ bertaraf dunia siapa yang mahu percaya Anwar mengutamakan kehendak nafsu hingga dia terlupa yang dia telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri, kepentingan peribadi apatah lagi untuk kepentingan dalam karier politik hanya untuk merebut kerusi Perdana Menteri.Adakah kerana kopi yang dibancuhnya sedap sangat? Atau Azizah sudah tak pandai bancuh kopi sehebat Saiful? Isteri mana tak mengamuk, tak kecewa atau tak melenting, kalau setakat si suami gatal nak kahwin satu lagi atau suami ada girlfriend baru ke, boleh tahanlah lagi, tapi kalau laki ada hubungan sulit dengan jambu, dengan kaum sejenis, nak sabar juga ke? Tapi Saiful bukan pelacur lelaki, dia bukan jantan yang memperniagakan diri, tak macam watak dalam cerita ‘Brokeback Mountain’ arahan pengarah Taiwan.

kisah Anwar, Wan Azizah isteri yang tabah dan Saiful yang jadi mangsa liwat ini difilemkan? Berapa Academy Award agaknya? Mungkinkah Anwar sendiri dipilih sebagai pelakun utama kerana dia adalah seorang pelakon yang hebat? Kalau tak hebat masakan berjuta manusia tak percaya dia ‘meliwat’ seperti yang didakwa? Kenapa dia takut bersumpah? Betul ke disebabkan kesnya tidak dibawa ke mahkamah syariah?Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar. Allah tahu niat kita. Apakah tak mustahil kisah Saiful dibuntoti ini akan menyebabkan kejatuhan Anwar? Apa pun orang hendak kata nama Mahathir jadi busuk akibat buku ‘Shit’ hasil karya Shahnun Ahmad. Apakah kes ‘liwat’ dengan Saiful ini tidak akan membusukkan nama Anwar?

Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Anwar kepada kerajaan kononnya beliau telah diseksa dan diracun ketika di tahan di dalam lokap polis dan pelbagai lagi dakwaan sehingga memaksa kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat segala aduan dan pertuduhan tersebut masa tuduhan kes ‘liwat’nya dulu. Hasilnya seperti orang buta melihat belalai gajah dikata ular sawa.

Kini sejarah yang sama seolah-olah berulang lagi - menghadapi tuduhan meliwat, perbuatan luar tabii yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Anwar bersandiwara. Apa pun kes tersebut sudah ke mahkamah menunggu pembicaraan, Anwar diberi peluang bebas bertanding pilihanraya dengan diikat jamin. Pengikut Anwar masih ingat Anwar saja yang betul. Mereka terlupa pemimpin apa namanya kalau tak pandai berterima kasih dan bersyukur? Apa rahsia yang menyebabkan Anwar mencari perlindungan di Kedutaan Turki, di Kuala Lumpur?

Apa hubungan Anwar dengan pemimpin negara di mana terdapat undang-undang membolehkan jantan kahwin sama jantan? Kenapa Anwar tak bawa ‘nasi bungkus’ ke Istanbul saja, kat Turki boleh ‘bol’? Betul ke Anwar berbohong dengan mengatakan Kedutaan Turki membenarkan beliau berlindung kerana bimbang tentang keselamatannya terancam termasuk akan dibunuh? Siapa yang hendak bunuh Anwar? Untuk apa mereka bunuh Anwar? Kalau mahu menunjukkan kepintaran pun biar kena cara, ‘auta’ jangan lebih-lebih, orang tahu ‘nasi tambah’ saja.


Penipuan sebenarnya tak ujud didalam dunia manusia pembohong. Yang ada siapa yang lebih pintar? Bila mana dia mengadu tentang dakwaan tersebut kepada Amerika Syarikat, ramai yang tersenyum sinis. Anwar pintar orangnya. Dalam seronok berbohong dalam kes liwat itu, secara tidak langsung Anwar juga telah memberitahu kepada dunia bahawa beliau sebenarnya adalah alat dan tali barut Amerika Syarikat dan sanggup jadi ‘puppet’.

Apabila muslihat pertamanya gagal dan ditertawakan rakyat, Anwar cuba pula mengalih perhatian dengan membuat dakwaan bahawa Ketua Polis Negara, (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menyembunyikan fakta sebenar dalam kejadian kes liwat pada tahun 1998. Musa dan Ghani kini telah selesai di siasat oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan terbukti yang tuduhan Anwar nyatakan adalah tidak berasas sama sekali .

Bagi menutup kes dakwaan liwat beliau yang kini sedang disiasat pihak polis, Anwar juga dengan menggunakan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam cuba mengheret Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya.Apakah perbuatan ini tidak menampakkan bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk membiarkan dirinya dijadikan alat kuasa asing untuk berkuasa, walaupun perbuatan beliau itu akan menghancurkan negara? Pemimpin Melayu jenis apa ni? Kalau anak isteri tak dipedulikan selepas keluar dari penjara, kalau kawan-kawan yang sabung nyawa dia boleh lupa, tinggalkan macam itu saja, apa lagi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara? Itukah sebabnya dia tak peduli, apa yang hendak diherankan dengaan dosa al-liwati? ‘Go to hell’ apa orang ramai hendak kata.Setiap yang bermula pasti berakhir. Semakin hari semakin terbongkar cerita-cerita siapa Anwar sebenarnya?

Penasihat Umum PKR itu sudah menghampiri detik-detik kehancuran di dalam perjuangan politiknya. ‘You can cheat everybody one time, somebody sometime, you cannot cheat everybody everytime’.Bila kes meliwat Saiful terbukti di mahkamah, terbongkarlah semua kes liwat yang dulu orang tak percaya, orang mula percaya, berkecai harapan Amerika dan Yahudi yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi ‘badutnya’ sebagai Perdana Menteri Malaysia.Sampai bila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bersabar? Mungkin dia boleh sabar dan turut menafikan sambil menyifatkan kes liwat suaminya sebagai satu ‘konspirasi’.


Apakah hati kecilnya tak terluka suaminya sanggup menghancurkan hidupnya yang telah berkorban segala-galanya untuk Anwar mengulangi kisah lama? Apa perasaan anda selaku isteri bila terbukti suami anda pelihara ‘jambu’ untuk dijadikan ‘pembancuh kopi’?Pertanyaan spontan di kalangan rakyat ialah jika benar seperti yang didakwa apakah Anwar tidak pernah serik-serik dari melakukan perbuatan terkutuk itu? Sampai bila mahu meneruskan perbuatan yang bercanggah dengan normal manusia dan bertentangan dengan hukum syarak? Apakah layak Anwar menjadi suami wanita sebagai Wan Azizah? Apa komen ‘sister in Islam’ terhadap suami seperti Anwar yang simpan ‘pembacuh kopi’ sebagai ‘jambu’?


Cuba anda lihat di atas langit. Matahari, bulan, bintang-bintang dan bumi yang kita huni ini yang jauh lebih besar dari seorang Perdana Menteri ataupun seorang Raja tidak boleh ‘merdeka’ dan boleh bergerak-gerak sendiri-sendiri ataupun keluar dari orbit yang telah ditentukan oleh Allah yang Maha Kuasa.Kemerdekaan manusia menurut Islam dihimpunkan ke dalam kekuasaan Allah. Oleh kerana itu maka, merdeka dengan tidak ada himpunan, merdeka mengikut kepala sendiri, tidak memperdulikan orang lain, tak peduli anak isteri, tak pedulikan perasaan manusia disekeliling tidak disukai oleh Allah.

Sepatutnya bertambah lanjut usia manusia itu, bertambah lanjutlah lagi kematangan fikirannya. Dan mereka yang telah matang sentiasa dalam perjalanan mencari kebenaran bukan menolak kebenaran.Kita bukan tak kenal Anwar. Sikit-sikit nak buat report ke luar negara. Sudah tak percaya pada suratan takdir ke? Iman letak kat mana? Apa yang Anwar buat ni? Mengelabah tak tentu pasal. Kalau tak salah nak buat apa takut? Saiful sudah bersumpah, Dato Sri Najib sudah bersumpah, bersumpah sajalah... Takut kena sumpah kot?

Dilaporkan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey memberitahu, AS menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotif politik terhadap Anwar. Apa motif Anwar buat macam ni? Sengaja nak melaga-lagakan Malaysia dan AS ke? Ini sekali gus membuktikan Anwar memang tidak layak memimpin negara ini.Banyak perkara yang saya pelik dengan Anwar bila terjadi kes ini adalah bila dia mengambil keputusan untuk berlindung di Kedutaan Turki. Tetapi saya juga hairan kenapa Anwar perlu pergi ke kedutaan Turki yang terkenal mengamalkan liberalisme? Kenapa Anwar tidak memilih untuk berlindung di rumah Allah iaitu berlindung di Masjid? Ataupun di rumah Tok Guru Nik Aziz, di Pulau Melaka, Kelantan?

Apakah kita lupa Firaun dan seluruh tenteranya hilang di dasar laut dengan sekali telan. Disebabkan seorang anak yang dihanyutkan disebatang sungai masuk ke dalam istana Firaun, apakah tak mungkin seperti Saiful yang dibawa oleh Anwar ke mahligai-mahligai tempat tinggalnya di luar negara dan mereka yang membela dan mempertahankannya akan menerima ‘bala’ dari Allah SWT kerana engkar dan angkuh melawan perintah Allah? Begitulah pentingnya pelajaran yang didapati dari Al-Quran. Daripada bercerita tentang kes liwat Anwar lebih baik anda baca tafsiran Al-Quran. Baca dengan nama Allah SWT.

Komen Taminsari

Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing. Isterinya, Wan Azizah pun turut gelabah, seperti ibu kehilangan anak, hingga terpaksa merayu-rayu kepada kerajaan agar dapat memberi jaminan keselamatan suaminya yang telah menerima ancaman bunuh (?)Episod ancaman bunuh lenyap, sebaik sahaja, Anwar keluar dari kedutaan asing dengan keadaan tiada riak ketakutan pun kepada si pembunuhnya.

Katanya dengan lantang, isu liwat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat tentang hasratnya membentuk kerajaan baru. Beliau berkata semua ini 'konspirasi' untuk 'membantut' empat orang anggota parlimen BN melompat parti menyokongnya!

Misteri si pembunuh Anwar dan fatamorgana 'budak Najib'

Persoalannya, siapakah si pembunuh misteri itu yang telah mengancam nyawa Anwar seperti didakwa isterinya ? Kenapa pula selepas Anwar keluar dari Kedutaan Turki, isu pembunuh misteri lenyap begitu sahaja, hinggakan Anwar mampu berceramah di dalam dan luar negara tanpa rasa takut? Semasa pilihanraya di Permatang Pauh, tiada siapapun hendak “ mencuit “ Anwar sehingga beliau bebas berkempen dimana-mana sahaja tanpa gangguan si pembunuh?Kenapa pula Anwar hanya sebut 4 ahli parlimen BN bakal melompat parti sedangkan sebelum ini, beliau begitu angkuh beritahu media angkanya mencukupi ( lebih 30 ahli BN )?

Selepas keluar dari tempat persembunyian, Anwar laksana dewa besar, bangkit semula menangkis dengan bersungguh-sungguh segala persoalan berkaitan laporan polis bekas pembantunya itu yang didakwa 'konspirasi' (?), dengan bukti sekeping foto bekas pembantunya bergambar bersama 'budak Najib' di pejabat TPM.

Berasaskan sekeping foto itu, jentera-jentera PKR mula menggerakkan perang sarafnya mengatakan wujud teori konspirasi. walaupun tidak dapat dibuktikan secara jelas dan Anwar pula dengan lantang mendesak kesnya digugurkan. Tetapi seperti misteri si pembunuh, cerita konspirasi dengan 'budak Najib' mula semakin sepi, apabila tersebar secara meluas di internet foto-foto Saiful bergambar dengan tokoh-tokoh politik lain, termasuk Shahril, Tok Pa dan Azalina.

Maknanya isu foto 'budak Najib' sudah tidak relevan kerana tabiat Saiful adalah bergambar dengan sesiapa sahaja yang dianggap tokoh sebagai satu koleksi peribadinya.Sehingga ke hari ini masih lagi menjadi teka-teki, adakah Saiful merakam foto-foto eksklusif bersama bekas majikannya, Anwar Ibrahim?. Mustahil Saiful tidak menyimpan walau sekeping foto, sedangkan Saiful dakwa, dia dibawa melawat oleh majikannya ke Hong Kong, Singapura dan Thailand?

Konspirasi Anwar dan Amerika Syarikat ?

Selepas keluarnya Anwar daripada kedutaan asing, maka bermulalah siri-siri serangan dari luar negara membela Anwar. Tom Casey, dari tirai Jabatan Negara Amerika, mengeluarkan kenyataan keras menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar dan mendesak kes itu digugurkan.

Kemudian diikuti dengan surat-surat sokongan daripada rakan-rakan IIIT yang bernaung di bawah Islamica Magazine, serta rangkaian Zionis yang menaungi agensi Amerika iaitu International Crisis Group (ICG), AccountAbility, National Endowment for Democracy (NED), International Replican Institute (IRI) dan National Democracy Institute (NDI).

Joseph Biden atau Joe Biden yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika pun masih sempat menghantar surat sokongan kepada Anwar. Joe Biden sokong Anwar. Agensi Amerika pun sokong Anwar. Kenapa si Zionis yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika serta rangkaian Zionis yang berselindung di sebalik agensi Amerika itu begitu perihatin kepada Anwar?

Sebenarnya Anwar pernah berkhidmat selama dua tahun di Amerika (2005-2007), sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004. Anwar bukan sekadar pensyarah jemputan di Universiti Amerika sepertimana yang selalu diwar-warkan kepada rakyat Malaysia, tetapi pemegang jawatan dalam badan-badan yang menyokongnya itu.

Anwar sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG, Presiden Kehormat, AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya menyatakan sokongan kepada dirinya sendiri? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya? Rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun.

Semasa hukum Hudud sibuk diperbahaskan sebelum PRK Kuala Terengganu, mengapa Anwar sibuk-sibuk pula ke Amerika. Betapa ketika itu penyokong-penyokong PR begitu kepanasan menunggu penjelasan dari Anwar terutamanya kumpulan “ Abang Besar “ iaitu DAP berhubung dengan hukum Hudud?

Kebetulan pula ianya adalah lebih kurang sebulan sebelum bekas Presiden Bush meninggalkan White House? Anwar pergi berjumpa dengan siapa? Kenapa pula selepas itu pula ke Turki berjumpa dengan “ Erdogan “. Adakah hendak menyampaikan amanat terakhir bekas Presiden Bush kepada “ Erdogan “ ekoran tugas sebenar Anwar sebagai wakil Amerika ataupun sebagai “ orang tengah “ hubungan antara Amerika dan Turki? Dan apabila ditanya Anwar mengatakan yang beliau dan Presiden Turki serta wakil Hamas berbincang mengenai serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza? Mengapa Anwar masih lagi berdolah dalih sedangkan dunia tahu bagaimana hubungan Turki dengan Israel?

Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika. Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya (sebelum dibicarakan) serta sokongan bertalu-talu daripada tokoh-tokoh Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun bahawa Anwar mempunyai perkaitan rapat dengan negara polis dunia itu.

Persoalannya apa perkaitan Anwar dengan Amerika, sehingga beliau dibela laksana 'anak emas'?

Rakyat juga mempersoal, kenapa Anwar menggunakan kaedah pre-emptive iaitu satu strategi yang sering digunakan oleh Zionis Neo-konservatif Amerika dalam melakukan serangan ke atas dunia Islam.

Sebelum kes didakwa di mahkamah, Anwar telah memberi keterangan terbuka kepada rakyat di pentas-pentas ceramah. Sepatutnya keterangan Anwar diberikan di dalam mahkamah bukannya di pentas-pentas ceramah. Sebelum Ketua Polis dan Peguam Negara meneruskan siasatan secara telus, Anwar telah membuat dakwaan ke atas mereka, kononnya mereka berdua tidak layak menjalankan siasatan dan pendakwaan kerana mempunyai kes 10 tahun lampau?

Kenapa Anwar memfailkan dakwaan ke atas Ketua Polis dan Peguam Negara, ketika beliau menghadapi pertuduhan meliwat kali kedua ? Adakah ini cubaan beliau untuk menutup bukti? Mengapa beliau tidak memfailkan dakwaan itu ketika beliau dibebaskan dari dakwaan tuduhan salah laku seks? Mengapa sekarang?

Adakah Anwar takut dengan bayang-bayangnya sendiri? Inilah kaedah pre-emptive, yang selalu digunakan oleh Zionis, seperti Paul Wolfowitz, ( kawan baik Anwar ) menyerang Iraq terlebih dahulu, kononnya jika tidak diserang, tentera Sadam Hussein akan menyerang Amerika pula!


Kalau tiada kes, kenapa takut ?

Usaha Anwar dan Amerika menggugurkan kes terlebih awal nampaknya gagal apabila Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos lalu. Anwar pula tiada pilihan lain kecuali mengaku tidak bersalah! Hakim S.M.Komathy Suppiah memutuskan Anwar wajib membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.

Perbicaran kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguambela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes itu tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.

Pada 24 September, hakim masih gagal untuk membuat keputusan hingga ditangguh kepada 7 Oktober. Ibarat kata pepatah Melayu, 'pukul anak sindir menantu'. Anwar dibicara di Malaysia, tetapi yang lebih terkesannya di Amerika. Sekali lagi, pentadbiran Amerika Syarikat memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan mendapatkan penjelasan serta memberi amaran agar kes Anwar diberi keadilan sewajarnya.

Kesemua tarikh-tarikh perbicaraan ini masih berkisar persoalan asas, iaitu perlu atau tidak kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sekyen ke Mahkamah Tinggi ?. Hampir dua bulan Mahkamah Seksyen terpaksa membuang masa mendengar isu tersebut. Nampaknya sekali lagi Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk melengah-lengah perbicaraan. Kalau benar seperti dakwaan Anwar, tidak perlu melengah-lengah pendakwaan, walau di mahkamah mana sekalipun, jika sekiranya tiada kes, Anwar tidak perlu risau.

Bukti-bukti pendakwaan yang sepatutnya dikeluarkan masih belum terbuka kepada umum. Rakyat Malaysia mahu tahu benarkah wujud aktiviti liwat antara Anwar dan Saiful ? Kalau benar, apakah bukti-buktinya ? Rakyat juga mahu tahu, siapa alibi Anwar pada tarikh yang didakwa itu, apa fungsi kondomium mewah itu dan sejauh manakah laporan siasatan Hospital Besar Kuala Lumpur benar-benar membuktikan Saiful diliwat? Rakyat mahukan bukti-bukti untuk membuat keputusan sendiri, sama ada benar-benar ada kes atau hanya satu konspirasi merosakkan reputasi Anwar?

Itu yang lebih penting rakyat ingin tahu, bukannya persoalan remeh temeh seperti di mahkamah manakah sepatutnya kes itu dibicarakan! Selagi pertikaian remeh temeh persoalan tempat mahkamah yang sewajarnya diadili, masih belum selesai, selagi itu bukti-bukti pendakwaan tidak boleh dikemukakan.

Sudah nampak sesuatu tidak kena, sedangkan Anwar kata tiada kes, tetapi barisan peguambelanya pula yang berhempas pulas mempertahankan hujah agar dikekalkan di Mahkamah Seksyen. Kenapa penguambela Anwar bermati-matian mempertahankan agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta?

Nampaknya sejak dari mula pendapat Anwar berbeza dengan barisan peguamnya. Anwar kata, tiada kes, hanya konspirasi politik, tetapi barisan peguamnya kata kes ini lebih rumit daripada kes 1998. Siapa yang benar, Anwar yang hanya mahir berpolitik atau barisan peguamnya yang lebih tahu selok belok undang-undang? Kalau benar tiada kes, kenapa Anwar membayar sampai sembilan peguam untuk membelanya sedangkan pihak pendakwaraya hanya diwakili oleh lima orang sahaja?

Kalau benar-benar tiada kes, Anwar tidak perlu membazir wang hingga terpaksa menggunakan sembilan peguam, cukup hanya diwakili dua peguam peribadinya iaitu Sankara Nair dan Sivarasa Rasiah.

Imbas kembali epilog dramatik kes liwat Anwar - Saiful

Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.

Apabila mengetahui bekas pembantunya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki.

Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian ( 26 Jun ), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?

Persoalan Alibi 26 Jun

Menurut Saiful pada tarikh itu ( 26 Jun ), dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, Anwar ( bekas majikannya ) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu. Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan "kira-kira lima orang alibi".

Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, 'kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?'

Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi. Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih kukuh, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah.

Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar. Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berautoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman sendiri iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah Hospital Besar Kuala Lumpur itu.

Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri. Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya 'lima orang', tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan.

Kisah budak pembancuh kopi

Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya 'pusat operasi rahsia Anwar' di Kondominium mewah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Malah tiada siapa tahu pun wujud satu jawatan khas yang diberi nama 'pembancuh kopi Anwar'. Hampir sebulan juga Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai 'pembancuh kopi' yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai 'budak Najib', tetapi kemudiannya melantung semula kepada diri Anwar umpama 'menjilat ludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.

Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya budak 'pembancuh kopi' itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat sejak Mac 2008 lagi. Siapa sebenarnya 'budak pembancuh kopi' itu? Perlukan Anwar mempunyai seorang 'pembancuh kopi khas' yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 ataupun di 'kondominium rahsia', di Bukit Damansara.

Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar 'pembancuh kopi Anwar', kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain?Istimewa sangatkah Saiful, hingga dilantik sebagai 'budak pembancuh kopi' serta mengenepikan ahli-ahli Anwar Ibrahim Club (AIC) lain yang selama ini menganggap Anwar seperti dewa?

Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu 'pembancuh kopi' khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ? Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi lebih daripada itu.

Kisah di sebalik tabir penguam bela Anwar..

Pasukan peguam bela Anwar dalam kes liwat 2008, terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.

Daripada sembilan orang yang disenaraikan, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.

Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 1998? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ?Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguam bela yang handal?

Benarkan dakwaan mengatakan Karpal tidak boleh menjadi penguam bela Anwar sampai bila-bila kerana beliau telah bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998? Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.

Bukankah penglibatan ramai aktivis peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab? Sebab itu Anwar sentiasa menyokong segala tindak tanduk dan forum-forum ynag di anjurkan oleh Bar Counsil? Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguam bela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguam bela Anwar paling setia?

Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan. Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah disebabkan oleh faktor ini Zainur juga tidak diambil semula sebagai peguam bela Anwar ?

Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu?

Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum 'Kebebasan Beragama? dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan 'Festival of Rights? diadakan dengan tema Kebebasan Beragama? Bukankah mereka ini merupakan dalang penggerak IFC di Malaysia?

Makin menarik cerita liwat Anwar-saiful ini, kerana dengan cerita itu, tersingkap pula cerita lain, termasuk Anwar & Amerika, Bar Council dan tangan Anwar di belakang IFC yang sebelum ini cuba disembunyikan. Selepas peristiwa 16 September mencalar imej Anwar, rakyat sentiasa menunggu apakah episod-episod cerita menarik yang bakal dihidangkan oleh Anwar seterusnya. Sebutan Kes liwat 2 bakal di kedengaran pada Februari ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

No comments:

Followers