Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Friday, May 29, 2009

ANWAR PASANG JERAT

Monday, May 25, 2009

AnWAR PASANG JERAT LAGI

1. Dalam 'kelesuan' mengharungi kempen di Penanti, AnWAR seolah-olah mendapat tenaga baru semalam. Krisis dalaman PPP kini boleh dijadikan modal untuk AnWAR menjadikan BN lebih parah. Hubungan persahabatan dengan M. Kayveas bakal dieksploit AnWAR menjadikan dirinya tambah popular, sekonyong-konyong buat penyokong pembangkang.

2. AnWAR sebenarnya telah 'merisik' Kayveas sejak beliau keluar dari penjara 2005. Kemuncak acara 'merisik' itu ialah AnWAR menawarkan kerusi Parlimen Taiping kepada Kayveas asal saja Kayveas mahu bertanding atas tiket PKR atau bebas menyokong PKR pada 2007 sebelum PRU 12. menggunakan tawaran AnWAR, Kayveas mula menekan BN, namun gagal.

3. Selepas PRU 12 2008, Kayveas tiada pilihan lalu mencalonkan T. Murugiah sebagai wakil PPP ke Kabinet. Nama T. Murugiah dicadangkan Kayveas secara 'paksarela' demi memenuhi hasrat BN yang mahu muka baru dalam PPP sebagai wakil dalam pentadbiran BN. Kayveas juga menjangka prestasi Murugiah tidak akan 'sebaiknya' dalam Kabinet dulu.

4. Murugiah bijak mencuri perhatian. Beliau bekerja keras dalam p/raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selain 'claim mileage' dalam isu-isu melibatkan pengaduan awam. Kepimpinan baru BN juga lebih menyenangi Murugiah dari Kayveas dalam memperjuangkan kaum India dalam BN. samy Vellu juga terasa bahangnya.

5. Makanya, Murugiah harus dihalang! Kayveas membuat apa saja tindakan bagi menghalang Murugiah mara lebih jauh dalam PPP. Anehnya Kayveas tidak meminta nasihat Pengerusi BN bagi menyelesaikan kemelut. Beliau meminta nasihat penasihat parti pelbagai kaun seperti PPP tapi di Luar BN.

6. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Pastinya AnWAR ingin melihat kemelut PPP bertambah parah bagi memudahkan beliau menjalankan 'jarumnya'. Jika semasa p/raya Bukit Selambau AnWAR berjaya mendapatkan bekas Naib Presiden PPP serta 6000 org ahli PPP (ada ker ahli PPP seramai itu di Kedah?), jangan terkejut AnWAR akan mengumumkan kemasukan bekas Presiden PPP ke dalam PKR semasa p/raya Manek Urai nanti. (PPP punya struktur negeri di Kelantan).

7. Tujuan AnWAR hanyalah mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa beliau masih punya kekuatan membawa masuk pemimpin BN menyertai mereka, w/pun yang dibawa masuk itu hanyalah 'bekas-bekas' yang BN sendiri telah tolak mereka. (*Ini hanya pandangan saya berdasar kepada taktik AnWAR yang sering mengeksploitasi sebarang krisis dalam BN)

Salam Hormat.

3 comments:

Anonymous said...

YOu sendiri dah tau rakyat dah tolak BN!!Apa pasal UMNO masih berdegil lagi dan tak mau dengar suara rakyat???Inilah dia sikap parti yang kalah dan takut!!

Anonymous said...

Apa fahaman ko? Kerajaan yang kena ikut rakyat atau rakyat kena akur dengan pemerintah yang dipilih oleh majoriti??

Kerajaan negara mana yang ikut kehendak rakyat ni?

Kerajaan Sheikh Sivaji Anu War Berahi Al Juburi???

Anonymous said...

aku sendiri tak faham? kenapa kau bersungguh-sungguh bagi publisiti kat dia? dah tak ramai org yg berminat dengan dia ni, cuma kau sorang saja...

Followers