Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Monday, May 18, 2009

UTHAYA DAN SIVAJI ANU WAR AL JUBURI

1. 'authayakumar’ (uthayakumar) yang baru dibebaskan dari ISA berkecimpung dengan AnWAR sejak 1995 lagi. Saya diperkenalkan dengan Uthayakumar oleh bekas SUSK AnWAR, di pejabat TPM ketika majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada tahun tersebut.

2. Uthayakumar yang ketika itu punya masalah dengan firma guaman beliau. Uthaya dikhabarkan mengunjungi pejabat AnWAR beberapa kali untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini ada kaitan dengan pengurangan jumlah cukai perkhidmatan yang harus dibayar oleh firma guaman Uthaya kepada pihak kastam.

3. Saya tidak pasti berapa jumlahnya namun pertolongan AnWAR amat bermakna buat Uthaya. Uthaya melahirkan penghargaan yang amat tinggi kepada AnWAR kerana menurut beliau jabatan Kastam tidak mahu bekerjasama mengurangkan jumlah cukai tersebut. Namun dengan campurtangan AnWAR sbg Menteri Kewangan ketika itu, pengurangan jumlah cukai dapat dilakukan.

4. Saya terpandang Uthaya kali kedua di rumah AnWAR Bkt. Damansara selepas AnWAR dipecat. Ketika itu AnWAR mengarahkan Uthaya menjadi sebahagian dari pasukan peguamnya dengan menjaga penyokong reformasi AnWAR. Kami tidak dibenarkan masuk ke rumah AnWAR atas alasan keselamatan. Adik AnWAR, Rosli Ibrahim yang keluar masuk di rumah AnWAR memaklumkan perkara-perkara penting yang dibincangkan di dalam rumah. Sejurus kemudian Uthaya keluar dan memberikan ucapan ringkas memaklumkan beliau akan membela AnWAR kerana AnWAR pernah berjasa kepadanya. Khidmat yang ditawarkan adalah PERCUMA sebagai membalas jasa AnWAR terhadapnya.

5. Namun selepas beberapa bulan, saya mendengar rungutan dari penyokong reformasi bahawa Uthaya mengenakan bayaran atas khidmat guaman beliau. Yuran guaman yang dikenakan Uthaya juga tanpa diskaun kepada penyokong reformasi yang telah ditangkap pihak berkuasa. Golongan reformis, Nasir, Syed, Nora, Nordin boleh mengesahkannya. Dana sumbangan penyokong disalurkan kepada Uthaya bayaran sbg yuran guaman dan jumlahnya bukan sedikit!

6. Selepas PKR ditubuhkan, Uthaya ‘demand’ jawatan Naib Presiden (wakil India) diserahkan kepadanya kerana beliau mendakwa dapat sokongan kaum India dan banyak berjasa membela OKT (org kena tangkap) reformasi. permintaan beliau tidak dilayan dan Uthaya diserahkan mengetuai satu biro dlm Parti Keadilan Nasional (PKN) ketika itu. Uthaya amat marah ketika itu lantas keluar parti.

7. Tahun 2000, Uthaya menubuhkan Parti Reformasi Insan Malaysia dan cuba membentuk pakatan dengan PKN ketika itu, namun Wan Azizah tidak bersungguh-sungguh menyambut tawaran dari Uthaya. Wan Azizah sedia maklum akan ‘perangai’ Uthaya yang ‘oppurtunist’ serta tahu taktik Uthaya yang tetap mahu jawatan tertinggi dalam pakatan itu nanti.

8. Kewangan parti Uthaya ini juga tidak diuruskan dengan baik. Ada sumbangan dari penyokong namun hanya Uthaya yang tahu kemana dana sumbangan ini disalurkan. Lantaran itu, satu laporan polis dibuat oleh penyokong terhadap Uthaya berkaitan salah guna dana sumbangan pada tahun 2001. Saya sendiri tidak pasti apa jadi dengan laporan polis tersebut. (Jika pembangkang kata laporan polis terhadap pemimpin BN tiada tindakan, perkara ini tidak benar. Laporan terhadap pembangkang juga tiada apa-apa tindakan sewajarnya).

9. Selepas itu Uthaya ‘senyap’ hinggalah AnWAR dibebaskan pada 2004. Beliau kembali bertemu dengan AnWAR dan mereka merancang sesuatu. AnWAR bijak mencatur dan memanipulasi kehidupan dha’if kaum India. Uthaya dicatur agar membakar api perkauman serta perasaan benci india kepada kerajaan. Tahun 2007, pada malam demonstrasi HINDRAF besar-besaran di Kuala Lumpur, AnWAR dan Uthaya bertemu di Hotel Grand Season KL. AnWAR sengaja merancang program PKR di Grand Season agar para penunjuk perasaan HINDRAF senang melarikan diri ke Grand Season mengelakkan dari ditangkap.

10. Selepas ditangkap, AnWAR banyak menasihati Uthaya agar sentiasa menimbulkan kekacauan dan isu-isu sensitif agar ingatan kaum india kepadanya tetap segar. AnWAR memberi nasihat atas pengalamannya mensensasikan isu kesihatan yang nyata memberi kesan simpati yang mendalam terhadap penyokong. Kerana itulah Uthaya sering menyatakan beliau tidak diberi layanan kesihatan yang tidak baik sedangkan pihak berkuasa telah memberi layanan kesihatan terbaik kepadanya.

Sekadar berkongsi pengalaman, nyata Uthaya bukanlah seorang pejuang tulen, sama seperti AnWAR! Mereka adalah ‘oppurtunist’ dan bermuka-muka bagi meraih simpati masyarakat. Maka tidak perlulah rakyat melalak-lalak menyatakan bahawa mereka ini ‘hero’ bagi masyarakat mereka. Bagi saya AnWAR, Raja Petra dan Uthayakumar ini sentiasa mengambil kesempatan dari sikap naïf kita sering bertolak ansur terhadap isu-isu sensitif.
Wan Azizah dan sebilangan besar pemimpin pembangkang amat mengetahui ‘belang’ sebenar mereka, namun buat diam saja kerana mereka berpayung di bawah bendera yang sama. Jika orang dari ‘bendera lain’ yang melakukannya, satu dunia mereka akan menghebohkannya.
Jika pembangkang mengatakan pemimpin BN tidak bersih dan perlu ditolak, maka pembangkang juga perlu menolak pemimpin pembangkang yang tidak bersih. Jangan hanya pandai bercakap saja. Apa yang kita cakap, perlu kita laksanakan! Memetik kata pujangga, “kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan!”
Fikir-fikirkanlah……Salam Hormat.

http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/anwar-authayakumar.html

No comments:

Followers