Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Saturday, June 20, 2009

AL JUB AL YADUD

Anwar Yahudi Melayu?


Politik orang Islam di Malaysia kian mencelarukan sesudah orang Melayu yang beragama islam terpisah kepada beberapa kelompok. Satu pihak berada dikalangan parti UMNO, sesetangah berada dikalangan kelompok parti PAS dan segelintir dikalangan PKR malah yang mengejutkan ada satu kelompok lagi yang berada di luar kelompok politik, kerana mengangap politik itu kotor dan memualkan. Perpecahan dikalangan umat Melayu ini menyebabkan suara orang islam semakin mengecil, dan suara bukan Islam semakin membesar.

Dan kini apa yang mendukacitakan lagi PAS sebagai sebuah Parti Islam pun seakan sudah bergesel sesama sendiri, soalnya siapa tangan-tangan yang mengerakan perkara ini berlaku? Di saat umat Islam diseluruh dunia kian terancam dengan diwujudkan perbalahan dan konflik sesama sendiri, umat Islam di Malaysia pun mengalami nasib yang hampir sama.

Senario hari ini menyaksikan perangkap kuasa besar seakan berjaya dalam misinya untuk memecahbelahkan umat islam apabila Hizbullah telah kalah didalam Pilihanraya di Lubnan, walaupun kumpulan ini telah banyak berjasa dalam menghalang zionis daripada menguasai kerajaan Lubnan. Tetapi kini parti pimpinan Saad Al-hariri dan anak kepada Rafik Hariri telah memenangi Pilihanraya Lubban bersama sekutunya yang anti Syiria dan Iran. Parti Pimpinan Saad ini dianggap Pro barat dan menyokong musuh Islam iaitu Amerika.

Apa yang menyedihkan ia berlaku disaat kepemergiaan tokoh islam Fathi Yakan ke Rahmatullah. Sesetengah penganalisis dan pemerhati politik mengatakan kemenangan parti Pro barat di Lubnan ada kaitan dengan ucapan Obama di Kaherah saat kempen pilihanraya sedang berlansung dan peranan ejen Amerika dalam mengatur suasana politik di Lubnan.

Di Iran suara protes kemenangan Ahmadinejad diperbesarkan dan diwawarkan keseluruh dunia, malah media barat juga sehingga kini menghebahkan bahawa rakyat Iran menentang Ahmadinejad dan mengangkat watak Mir Hussein Mousavi sebagai golongan pembaharuan yang harus disokong rakyat Iran.
Soalnya siapa tangan yang memecahbelahkan umat Islam diseluruh dunia pada masa ini, dan meberi gambaran kerajaan yang tidak pro Amerika adalah teruk dan berkait dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir negara.

Sebenarnya sejarah telah membuktikan orang Yahudi sebenarnya telah memainkan peranan penting untuk memecahbelahkan perpaduan orang islam, contohnya apa yang dialami oleh bangsa Arab apabila dipecahbelahkan oleh Abdullah bin Saba.Sejarah mencatatkan Yahudi yang berasal dari San'a dan hidup semasa dengan Khalifah Ali bin Abi Talib inilah yang “memecah” umat Islam menjadi dua kelompok besar iaitu kelompok Sunni dan Syiah. Sebelum kemunculan Abdullah bin Saba, tidak ada istilah Sunni (Ahlul Sunnah Wal Jamaah) dan Syiah. Hanya Islam, tidak ada Islam Sunni dan tidak ada Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan lainnya.

Kewujudan Abdullah bin Saba dalam mencetuskan kelompok sunni dan syiah ini seakan melengkapi bukti bahawa orang Yahudi memang sungguh-sungguh berjuang untuk menghancurkan apa yang kita kenal sebagai agama langit iaitu Yahudi, Nasrani, dan Islam. Kaum Yahudi pengikut Samiri (tokoh Kabbalah) contohnya telah menciptakan Talmud, sebuah kitab iblis yang diikuti oleh Gerakan Zionis Dunia sekarang ini.

DALAM agama Nasrani contohnya, mereka menyusupkan Paulus dari Tarsus, seorang Yahudi dari Tarsus yang hidup berbeza dengan zaman Nabi Isa namun mengaku sebagai muridnya. Paulus ini kemudiannya mengarang Kitab Perjanjian Baru (The New Testament) yang dikatakanyya sebagai pelengkap Kitab Perjanjian Lama (The Old Testament).

Dan ke dalam umat Islam, Yahudi menyusupkan Abdullah bin Saba untuk merosakkan agama Islam dan sehingga ke hari ini Sunnah dan Syiah masih berpisah, dan saling menegakkan kebenaran antara satu sama lain.

Sebenarnya kewujudan Abdullah bin Saba sendiri menjadi kontroversi di kalangan pengikut Syiah. Ada yang mengakui bahawa Abdullah bin Saba benar-benar ada, namun banyak pula yang menyebut Abdullah bin Saba hanyalah sebuah mitos dan kebohongan yang besar, sebuah rekaan dari musuh-musuh Syiah.

Namun dari catatan sejarah yang ada, Abdullah bin Saba sememangnya wujud dan sesetengah sejarawan mengatakan Abdullah bin Saba seorang laki-laki dari Sana dan juga seorang Yahudi yang mengaku telah masuk Islam. Abdullah bin Saba juga dikatakan pernah memberi celaan atas Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan Utsman bin Affan. Dan beliau mendakwa Ali yang memerintahkannya melakukan perkara tersebut. Berikutan itu Taqiyah telah memberitau Ali, lantas Ali pun menanyakannya akan hal itu kepada Abdullah dan dia mengakuinya. Disini jelas Abdullah cuba memutuskan hubungan yang terjalin dikalangan pimpinan Islam selepas kewafatan Nabi Muhamad.

Ada banyak kisah sejarah juga menceritakan peranan seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba dalam memecah kaum Muslimin. Hal ini dipaparkan semata-mata agar umat Islam menyedari permainan musuh untuk menjatuhkan Islam . Sehingga hari ini kelompok Syiah dan Sunni masih terpisah kesan dari adu dumba Abdullah bin Saba'.

Adakah ini yang menyebabkan Timbalan Musyidul AM PAS pernah mengungkapkan berhati-hati wujudnya musuh dalam selimut didalam parti PAS. Umum juga sebenarnya ingin mengetahui apa punca sebenarnya yang menyebabkan Mursyidul Am PAS begitu berang tehadap Ustaz Nasharudin. Sebagai seorang yang digelar Tok Guru adakah wajar beliau bersikap demikian dan lari dari sifat merendah diri seperti yang selalu dilihat dan dipapar pada tanggapan umum.

Jika kesalahan Ustaz Nasharudin hanya disebabkan beliau menyokong konsep perpaduan orang Melayu, adakah layak Ustaz Nasaharudin mendapat celaan sebegitu teruk dari tokoh yang sepatutnya menjadi tokoh rujukan kepada ahli Parti. Kata kata Nik Aziz tersebut nescaya akan mewujudkan persolan dan perasaan amarah dikalnagan ahli keluarga dan sahabat handai Ustaz Nasharudin. Jika dengan golongan kafir Harbi DAP dan Elizabeth Wong yang terlibat dengan skandal gelap Nik Aziz boleh berhubung mesra adakah celaan itu yang patut diterima Timbakan Presiden PAS tersebut.

Dikala umat Islam terhimpit dengan tekanan bukan Islam, timbul pesoalan kenapa Menteri Besar kelantan itu kelihatan begitu angkuh. Sekiranya benar UMNO ada kesalahan sebelum ini dengan PAS Kelantan, adakah kesalahan UMNO itu dikira sama seperti musuh golongan Kafir Harbi sehingga patut diperangi? adakah wajar golongan yang menganut mazhab yang sama patut diperangi? sedangkan banyak juga dasar yang dilakukan oleh UMNO telah menguntungkan Umat Islam, malah Dasar Ekonomi Baru sebenarnya mendapat dokongan sepenuhnya dari mantan Presiden PAS Ustaz Fadhil Nor, malah murraqib Al Ihwan Muslimin di Jordan iaitu Syeikh Dr.Hammam Said mengatakan:

"Rakyat Malaysia menganggap Islam itu sebagai satu agama dan anutan yang bersifat nasional (dalam negara). Ini tidak terdapat di negara selain Malaysia. Ini adalah satu peluang untuk menyebarkan agama Islam"

Ini bererti Islam sebenarnya mempunyai tempat di Malaysia dan kerajaan pimpinan UMNO bukanlah sejahat seperti yang dimomokkan oleh sesetengah pihak.

Seharusnya Tok Guru yang menjadi idola dikalangan penyokong PAS tersebut meneliti samaada terdapat nasihat yang salah datang dari penasihat-penasihatnya. Kerana kita mengetahui dalam organisasi pergerakan Islam didunia, nama Haji Hadi Awang lebih dikenali diperingkat dunia gerakan Islam kerana pembabitannya dengan gerakan Islam seluruh dunia. Tidak mungkin Hadi Awang akan melontarkan pandangannya tanpa merujuk kepada Ihwan Muslimin.

Sepertimana yang kita ketahui, Anwar Ibrahim amat sinikal terhadap Ikhwan Muslimin, dan disekeliling Tok Guru Nik Aziz adalah orang yang berkiblatkan Anwar Ibrahim berbanding wala kepada Presiden Parti sendiri iaitu Haji Hadi Awang. Timbul persolan adakah konflik yang wujud didalam PAS ini juga adalah permainan yang dicipta oleh Anwar Ibrahim, kerana umum mengetahui ayam tambatan beliau gagal memenangi Jawatan Timbalan Presiden sebelum ini kepada Ustaz Nasharudin. Dan Anwar Ibrahim juga tidak menyenamgi cara pembawaan PAS dan Ihwan Muslimin.

Seharusnya dalam konteks ini Tok Guru Nik Aziz lebih berhati-hati dengan segala maklumat yang diperolehi dari penasihatnya kerana dikhuatiti maklumat itu adalah ingin memusnahkan gerakan Islam di Malaysia. Kegagalan pimpinan Islam mengesan tindakan musuh-musuh Islam ini akan mengakibatkan umat islam akan berpecah lagi dan semakin mengecil dan musuh Islam dapat menguasai kepimpinan di Malaysia.

No comments:

Followers