Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, June 24, 2009

C&P DARI BLOG DR NOVA

23 June 2009

Anwar Ibrahim Berbohong Lagi?

Kenyataan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim bahawa UMNO perlu memohon maaf kerana menindas rakyat Kelantan merupakan satu tuduhan serius.

Bagi orang politik seperti Anwar, tuduhan seumpama itu sudah dapat difahami sebagai strateginya untuk mencetuskan sentimen kebencian orang Kelantan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam reaksinya kepada tuduhan Anwar itu mempersoalkan:
"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia (Anwar) sendiri tidak memohon maaf ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?"

Ibrahim sendiri mungkin lebih maklum mengenai apa yang dikatakan kononnya sebagai 'penindasan' itu.

Sebagai anak Kelantan dan pernah pula memegang jawatan penting sama ada dalam UMNO atau kerajaan Pusat, beliau tentunya lebih mengetahui sejauh manakah 'tidak adilnya layanan' kerajaaan pusat terhadap rakyat Kelantan.

Walaupun negeri itu sudah lama berada di bawah genggaman Pas,
ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan Pusat tidak pernah mengetepikan peruntukan tahunan besar kepada Kelantan seperti mana diterima oleh negeri-negeri diperintah oleh BN.

Malah ada ahli politik di Terengganu yang pernah mempersoalkan kenapa kerajaan Pusat memberi layanan hampir sama termasuk daripada segi peruntukan tahunan dan penyediaan pelbagai infrastruktur kepada Kelantan.

1. Sebelum 2007 misalnya, Lapangan Terbang Sultan Mizan di Kuala Terengganu lebih kecil saiznya berbanding Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra - yang bukan saja besar tapi memiliki reka bentuk lebih menarik.

2. Di bandar Kota Bharu, infrastruktur termasuk saiz jalan-jalan Persekutuan jauh berbeza berbanding keadaannya pada 1980-an dan sebelumnya. Apa yang kita lihat di bandar itu seolah-olah ia bukan negeri pembangkang.

Berbalik kepada tuduhan Anwar, para pemimpin UMNO di Kelantan perlu tampil untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Mereka tidak boleh memandang remeh tuduhan itu kerana Anwar seperti diketahui mempunyai kelebihan untuk mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang ramai serta membuatkan ramai yang terpengaruh. (klik di sini..)

UMNO perlu mendedahkan statistik lengkap bagi menjawab tuduhan Anwar dan disebarkan bukan sahaja melalui ceramah atau media massa tetapi menerusi risalah yang diedarkan dari rumah ke rumah.

Antara maklumat yang perlu disebarkan termasuk peruntukan tahunan kerajaan Pusat kepada Kelantan dan jumlah anak Kelantan di sektor awam dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Yang penting, tindak-tanduk dan kelicikan politik Anwar perlu dipatahkan. (klik di sini..)

Setelah mengucar-ngacirkan politik Perak dengan idea yang pernah dicetuskannya dan "memakan diri sendiri" di bawah teori "melompat parti", kini Anwar mahu mencucuk jarum kebencian orang Kelantan terhadap UMNO.

Strategi Anwar dapat difahami. (klik di sini...)

Sebagai lubuk terkuat Pas, kedudukan politik Kelantan amat penting bagi menentukan isu kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang.



Mengambil kata-kata bekas Menteri Besar Selangor dalam blognya mengenai Anwar:
"Bagi mereka yang teruja (dengan dakwaan Anwar)) hanya perlu bertanya, apakah yang beliau lakukan semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, Naib Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO untuk menyatukan orang Islam dan Melayu di negara ini?

"Orang Melayu tidak akan bersatu selagi mendengar cakap Anwar. Beliau telah menetapkan agenda peribadinya sendiri jauh lebih penting daripada lain-lain agenda termasuk agenda Islam dan Melayu." -
Utusan Malaysia






Artikel seterusnya : klik di sini..

19 komentar:

Anonymous said...

Soalan 1: Kenapa wang royalti tidak dibayar kepada kerajaan negeri kelantan sedangkan minyak diambil?

Soalan 2: Kenapa wang royalti ditahan semasa PAS memerintah Terengganu ?

Soalan 3: Kenapa ada Jabatan Persekutuan di Kelantan tidak di Pahang ?

Orang Parit Perak

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Orang Parit Perak,

Jawapan kepada soalan2 tersebut bertitik tolak kepada ketidakmampuan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu (semasa di perintah Pas) untuk mengguruskan dana-dana tersebut.

Jabatan Persekutuan ada di Kelantan untuk memastikan bahawa perancangan dan pembangunan di Kelantan yang diusahakan oleh kerajaan BN pusat dapat disalurkan kepada rakyat Kelantan sebagai tanggungjawab kerajaan pusat untuk memastikan rakyat Kelantan tetap terbela walau pun BN tidak memerintah di Kelantan.

Anonymous said...

Dr. Novandri,

I am sure you can give more convincing answer than the above.

Orang Parit Perak

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Orang Parit Perak,

That's it.

Anonymous said...

Yes Orang Parit Perak,

That's it. Fullstop.

Bota

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Umat Pas ni kdg2 buta mata dan buta akal.Serupalah dgn kerajaan PAS kat Kedah.Apa dah Pas kasi kpd Umno di Kedah? Kalau boleh mereka nak pupuskan parti keramat UMNO demia utk kuasa dunia.Islam taik kucing Pas nih.

Anonymous said...

itu sahaja jawapa Dr?? saya pun tak yakin dengan jawapan Dr, senag cerita la Dr kenapa lebuh raya pantai timur tidak dibina sampai kelantan? itu perkara asas jangan nak pusing cerita pasal pembangunan itu dan ini, highway mana? dah berpuluh tahun takda highway sejak PAS memerintah adakah itu seperti diskriminasi..pusing cerita lapangan terbang itu bukan perkara asas, adakah kesemua rakyat kelantan mampu naik kapal terbang? Dr cerita ala2 orang kaya nak naik kpal terbang sedar la sikit staement Dr tu bangakan harta dari kebajikan adakah ornag UMNO semuanya gila harta? im sure it is.

adat orng berpolitik la Dr, takan time DSAI dalam UMNO nak puji PAS, nak kene tendang dengan mahafiraun ke?? kalau Dr orng UMNO kan, adakah terdetik dalam hati Dr, yang sesuatu perkara yang dilakukan oleh UMNO itu tak betul dan adakah pernah Dr memuji PAS?
adat nak PRK Manek Urai ni mula la kempen kutuk sana sini mcm orang tak tau Dr.

Tanpa DSAI politik malaysia takan berubah seperti sekarang, bagus apa perubahan kene ada takan UMNO je semua betul kan..

-Melayu tak semstinya UMNO-

melur45 said...

Dear Dr.Novandri
Tuan jangan dok tegak benang basah.Sebenarnya UMNO tak senang orang-orang Melayu PAS menjadi pentabir yang baik.
Bearap ramai cerdik pandai Kelantan yang menjadi pentabir di putrajaya.Sapa kata orang Kelantan tidak Cerdik.

Anonymous said...

That's it - itu sahaja orang terpelajar memberikan hujjah. Senang betul! Patutlah UMNO gagal untuk memenangi hati generasi muda dan terpelajar. Kecewa!

Pak Utih,
KB

z i z o u said...

knp tiba2 penulis menyerang kredibiliti DSAI?
Tidakkah penulis lupa akan kenyataan Rais Yatim sewaktu dlm S terhadap org Melayu dlm UMNO?
mcm biasa Melayu mudah lupa dan penulis nmpaknya mahu sesuatu dalam Pergerakan Pemuda.

orang biasa said...

Saya sokong orang Parit, jawapan yang menghina intelek saya.

Saya orang Terengganu, saya tahu macamana wang ehsan dibazirkan

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam melur45,

Memang saya bersetuju dgn kenyataan saudari "Beberapa ramai cerdik pandai Kelantan yang menjadi pentabir di putrajaya".

Mereka dipilih oleh kerajaan persekutuan BN kerana kredibiliti mereka.

Kerana itulah terdapat jabatan persekutuan di Kelantan supaya ditadbir oleh orang2 seperti ini.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Melayu Tidak semestinya UMNO,

Saya ingin merujuk kepada kenyataan saudara :-

"adat orng berpolitik la Dr, takan time DSAI dalam UMNO nak puji PAS, nak kene tendang dengan mahafiraun ke?? kalau Dr orng UMNO kan, adakah terdetik dalam hati Dr, yang sesuatu perkara yang dilakukan oleh UMNO itu tak betul dan adakah pernah Dr memuji PAS?"

Nampaknya saudara orang baru dalam blog saya ini. Tidak apa.

Luangkan masa saudara utk membaca artikel-artikel lain di dalam blog ini.

Terdapat lebih drp 600 artikel di dalam blog ini dan jika saudara benar2 membaca, saudara akan dapati saya akan menyuarakan pendapat saya kepada mana2 parti politik di dalam negara ini terutamanya UMNO.

Next time, read first..

Kalau adat politik seorang pemimpin itu boleh berpusing 360 darjah tentunya tidak patut dijadikan tauladan yang baik terutamanya kepada orang muda kerana itu pemimpin oportunis atau lalang namanya.

Orang sedemikian rupa tidak juga patut dijadikan pemimpin kerana beliau akan bercakap apa2 sahaja yg akan menguntungkan diri beliau sahaja.

Jauhilah kita semua daripada org seperti AI.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam zizou,

Saya bukan tiba2 menyerang kredibiliti AI tapi dah lama dah.

Saya byk menulis mengenai AI kerana beliau adalah seorang pemimpin yang perlu didedahkan supaya rakyat benar2 faham dan tidak tertipu dgn agenda beliau.

Sila rujuk artikel2 saya.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam orang biasa,

Betul ke saudara tahu macam mana 'wang ehsan' dibazirkan?

Tolong berkongsi maklumat tersebut di dalam blog ini. Diharapkan dgn. details, satatistik & perbelanjaan seperti yg. saudara katakan itu.

Tapi tak perlulah kalau kenyataan saudara sekadar ckp2 kosong atau rumours tiada bukti kukuh yg biasa kita baca & dengar.

Kalau nak tuduh tanpa bukti tentang stadium runtuh, tak perlulah juga.

Show us facts & figures.. Tq.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Melayu tidak semestinya UMNO,

Saya juga ingin merujuk kpd komentar saudara :-

"kenapa lebuh raya pantai timur tidak dibina sampai kelantan? itu perkara asas jangan nak pusing cerita pasal pembangunan itu dan ini, highway mana?"

Saya berharap agar saudara menanyakan soalan itu kpd pemerintah Kelantan yg sedia ada.

Apakah mereka tidak boleh mencari dana2 sendiri utk membangunkan negeri yag mereka tadbir?

Jika dibuat perbandingan, sekurang2nya kerajaan negeri Pulau Pinang yg ditadbir oleh DAP (rakan baik Pas) boleh juga menarik pelabur2 dan sustained status ekonomi di negeri itu walau pun byk drpnya hanya merupakan kesinambungan drp pelan2 kerajaan negeri sebelum DAP.

Mereka merungut dan merayu meminta bantuan drp kerajaan persekutuan tapi dalam masa yg sama, mereka tetap berusaha sendiri.

Saya mengsyorkan agar kerajaan negeri Kelantan ditukar pada PRU-13 supaya dpt diganti dgn kerajaan negeri baru yg lebih efektif dan mantap.

Gedung Akal said...

Salam,
Sepintas lalu membaca entri dan komen dalam blog ini saya dapati isi wacananya tidak berupaya menggambarkan semangat berfikir yang bertahap tinggi dan profesional.
Masih bersifat kampungan, dibumbu dengan kebebalan dan helah politik.
Ini cendikiawan politik yang kurang matang dan layaknya hanya jadi politikus glamour sahaja!

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Gedung akal,

Lain kali jangan baca sepintas lalu sahaja. Itu tidak bijak namanya.

Read in detail dan cuba fahami, itu bijak namanya.

Saudara juga merendah2kan nilai kampungan, apakah saudara ini orang kosmopolitan yang egoistik dan berasa megah sebagai orang bandar?

Nilai diri saudara kembali. Saya pasti nilai kampungan juga masih tebal di dalam hati saudara.

eXception said...

Tahniah Dr Novandri kerana dengan tenang menjawab soalan-soalan dari mereka yang pendek akal. Contoh-contoh soalan seperti wang ehsan dibazirkan itu hanyalah daripada cakap-cakap. Mereka tak mampu ketengahkan bukti. Mengenai LPT pula, mmg Kerajaan pernah mencadangkan untuk menyambungkan ke Kelantan, tapi Kerajaan Kelantan sendiri menolak, sebab saya pernah membaca berita tersebut.
Apapun memang benar kata Dr Novandri, melayu tak semestinya UMNO dan jangan lupa PAS juga tak semestinya Islam.
Teruskan usaha anda untuk dedahkan kebenaran demi kebenaran, ini kerana golongan-golongan berfikiran sempit dan buta hati ini sukar menerima kebenaran walaupun jelas di depan mata. Hati mereka penuh kebencian, akal mereka dikuasai cerita-cerita fitnah dan khabar-2 angin.

http://exception2008.blogspot.com

No comments:

Followers