Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Tuesday, June 2, 2009

C&P DARI BLOG DR NOVA

31 May 2009

Anwar Tak Mungkin Jadi Perdana Menteri - PAS.

Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya, PAS menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Anwar Ibrahim bukanlan pilihan parti PAS yang sebenarnya.


Di dalam kekusutan dan kelincahan Anwar Ibrahim untuk mencapai angan-angan beliau, PAS yang merupakan salah satu daripada parti perkongsian politik bersama DAP dan Pakatan Rakyat, tidak berhasrat untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim pastinya terguris hati dan kecewa dengan perkembangan ini. Apa tidaknya, kerusi Perdana Menteri turut diidam-idamkan oleh parti PAS. Mungkin juga, parti DAP menyimpan angan-angan yang sama seperti PAS dan Anwar Ibrahim.

Penulis bukan membuat andaian sendiri tetapi kenyataan bahawa PAS mahukan jawatan Perdana Menteri keluar dari mulut salah pemimpin PAS itu sendiri.

Ianya dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi semasa berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, semalam.

Malah, pemimpin PAS turut mengagung-agungkan negara Amerika Syarikat, negara sekutu Israel yang utama.

BuletinOnline melaporkan :-

Oleh kerana itu, sokongan yang padu telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi.

“Kalau pilihanraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
....

Seperkara lagi, ADUN Wakaf Baru ini telah berbohong semasa memberikan ceramah tersebut. Beliau telah membuat fitnah bahawasanya PK DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

BuletinOnline turut melaporkan :-

...Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“Mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

"Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah”
ujarnya.

HAsrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

"Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

"Tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan," jelasnya.


Ternyata tuduhan Che Abdullah merupakan satu pembohongan besar yang perlu disangkal sebelum ada yang mempercayai beliau.

Sebenarnya kita semua tahu bahawa isu rasuah yang didakwa terhadap Fairuz telah selesai dan tidak ada kena mengena dengan parti BN seperti yang didakwa oleh Che Abdullah. Isu Fairuz merupakan permasalahan dalaman PKR yang semakin meruncing dek perebutan kuasa serta campur tangan parti DAP yang memegang pucuk kepimpinan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pokoknya, pemimpin PAS yang bernama Che Abdullah telah berbohong kepada ahli-ahli PAS sendiri dan rakyat sekalian.

Apakah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Che Abdullah sehinggakan beliau seperti desperado untuk menipu hadiran yang mendengar ceramah beliau itu?

Apakah beliau sudah tidak kenal lagi ertikata dosa dan neraka hanya kerana mahukan kuasa yang tidak hakiki di dunia ini?


Inilah manusia dayus yang berselindung di sebalik hadis dan al-quran serta berkopiah putih yang melambangkan seorang pemimpin Islam tapi hakikatnya, Che Abdullah telah berbohong, membuat fitnah dan melanggar nilai-nilai Islam.

Dan apakah Che Abdullah telah terlupa dengan modus operandi rakan baik beliau, Anwar Ibrahim yang memujuk rayu, memerangkap dan 'menyogok' pemimpin-pemimpin BN agar berpaling tadah dan menyokong beliau dan PKR?
Kenapakah Che Abdullah tidak berani menegur Anwar Ibrahim ketika itu dan sekarang ini?
Tetapi, berdasarkan kepada pendedahan beliau mengenai hasrat PAS menjadi Perdana Menteri, beliau tentunya tidak akan berani untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim.

Dan jika isu ini bertambah hangat dan tidak terkawal atau pun disangkal keras oleh Anwar Ibrahim, penulis amat pasti bahawa pemimpin-pemimpin PAS akan mengatakan bahawa kenyataan Che Abdullah hanya merupakan pandangan peribadi dan bukannya melambangkan pendirian parti PAS!
Atau pun mereka akan mendakwa bahawa media telah tersalah tafsir kenyataan Che Abdullah sehingga mengelirukan para pembaca!

Penakut juga pemimpin-pemimpin PAS.

10 komentar:

Damandamai said...

Orang yang buta IT bolehlah dia nak klentong.

adibeta said...

Dr..
1.Itula stretegi PR...namun kenapa kenyataan tanpa fakta berspekulasi dpt diterima tanpa bahas...

2.Peliknya...UMNO seolah-olah tak mampu berbuat apa-apa utk memperbetulkannya...isu2 spt ni dah 'bernanah'

3. Yg lebih pelik..jentera penerangan UMNO disemua peringkat macam 'melihat' aja tanpa tindakan..bila 'nanah' bertukar 'busung' yang membusukkan seluruh UMNO..kalu baru bertindak...dah terlewat..

4 Sangat membimbangkan 'busung' tersebut pecah dan 'meloyakan' SESUATU PERLU DI RANCANG DAN BERTINDAK....

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam,

Ada baiknya jika kita menjenguk web2 pro-pembangkang ni & dedahkan penipuan serta fitnah yang mereka sampaikan kepada orang ramai.

Pembohongan mereka itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan perlu disanggah secepat & sebaik yang mungkin.

Masaalahnya ialah hanya 'gurkha-gurkha' ni sahaja yang aktif menangkis tapi pemimpin-pemimpin tertinggi tidak aktif dan memandang remeh perkara ini.

pakcik said...

ilmu pusing-pusing..

yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar.

yang hitam hendak diputihkan dan yang putih hendak dihitamkan. padahal bila bercampur ianya akan menjadi kelabu asap.

Bah Lontok said...

Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.

Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.

Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)

Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.

Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.

Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.

Damandamai said...

Kadang-kadang pemimpin-pemimpin tertinggi ni ada ajenda yang tersirat yg mereka tidak mahu memberitahu kepada umum. Ialah, tidak mahu mengikut rentak tari yang sumbang PR. Pada hemat saya diibaratkan mereka-mereka(PR) ini adalah seperti anjing menyalak bukit, atau tong-tong kosong saja. Jadi tak perlulah layan sangat.

adibeta said...

Dr...bila free bolela jengok blog bongkar sauh.blog spot.com..atau nur aflah.blogspot saya ada juga 'bertukar pendapat'..

Anonymous said...

yee....Kak min menang besar di Penanti

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Pkr adalah Parti yg paling keji dalam Malaysia.Semua perbuatan mereka adalah lahir dari perasaan dendam kesumat antara sesama Bangsa dan Agama.

tebing tinggi said...

disatu pehak mungkin mengangapnya satu pembohongan dan disatu pehak lagi mengangap sabagai pendedahan yang benar, dan keadaan ini adalah satu kebenaran akan perilaku semulajadi manusia.
manusia menilai mengikut tahap kemampuan masing-masing dan didorong olih pengaroh penyampai sesuatu maklumat itu.
bagi yang mengangap kenyatan sebagitu satu pembohongan bukanlah masaalah,tetapi masaalah timbul daripada pehak yang menerimanya sabagai satu-satu yang sahih dan benar.
sama-sama harus difikirkan pendekatan bagimana hendak menyalahkan tangapan yang selama ini diangap benar.

No comments:

Followers