Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, June 29, 2009

CERITA LAMA YG TAK PERNAH BASI

Mahkamah jadi penentu kes Anwar
Minda Pengarang

BEKAS Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kelmarin membuat kenyataan berhubung pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kegiatan homoseks. Haniff berbuat demikian kerana namanya disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah seorang yang pernah mengadu kepadanya berhubung perilaku Anwar. Haniff yang sudah agak lama bersara dan tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam kerajaan, tidak dapat lagi menyembunyikan maklumat yang diperolehi hasil siasatan pegawai-pegawainya ketika masih berkhidmat, kerana ia menjadi tuntutan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, sebagaimana moto perjuangannya dalam perkhidmatan. Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali dan tidak menyimpan sebarang motif politik terhadap Anwar. Beliau mambangkitkan perkara itu kerana kes yang pernah disiasatnya dahulu timbul semula dan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu pihak berkuasa.

Ketika mula-mula menerima laporan mengenai perilaku Anwar, Haniff tidak menerima bulat-bulat maklumat yang diterimanya. Disebabkan ia adalah sebahagian daripada amalan tugasnya, beliau mengarahkan siasatan rapi dijalankan walaupun ia membabitkan seorang menteri kanan. Ketika itu Anwar ialah Menteri Kewangan. Haniff tentunya mengambil risiko yang tinggi untuk menjalankan siasatan terhadap seorang menteri yang menjadi harapan Perdana Menteri. Memaklumkan perbuatan Anwar kepada Dr Tun Dr. Mahathir juga adalah satu tugas yang berat kerana beliau pastinya sedar jika maklumat yang disampaikannya tidak benar atau meragukan, Dr Tun Dr. Mahathir mungkin boleh mengenakan tindakan ke atasnya. Apakah kita yakin seorang Ketua Polis Negara sanggup membuat fitnah?

Haniff, sebagai seorang tokoh yang dihormati dan mempunyai kewibawaan diri yang tinggi, tentulah membuat kenyataan mengenai Anwar dengan rasa penuh tanggungjawab. Beliau tidak boleh mengada-adakan cerita tanpa asas yang kukuh kerana sedar beliau pada bila-bila masa akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Mampukah Haniff menafikan di mahkamah kelak yang Anwar pernah memanggilnya pada suatu hari selepas waktu subuh untuk bertanyakan sesuatu perkara yang sensitif, jika pertemuan itu sebenarnya tidak wujud?

Beberapa hari sebelum itu, iaitu pada 9 Oktober 1993, Haniff memberitahu Dr Tun Dr. Mahathir mengenai kegiatan homoseksual Anwar. Sanggupkah Haniff menafikan bahawa beliau pernah menasihati Anwar supaya memberhentikan perbuatannya. Haniff nampaknya begitu berani mempertahankan hujahnya kerana pertemuannya dengan Anwar memang wujud dan beliau sendiri memang pernah menasihati Anwar. Haniff tentunya tidak mereka-reka hasil siasatannya kerana ia boleh dibuktikan dengan memanggil pegawai-pegawai yang terbabit dalam tugas menyiasat Anwar.

Mampukah pula Anwar menafikan bahawa beliau pernah bertanya kepada Haniff sama ada pegawai polis akan memeras ugutnya? Nampaknya persoalan utama kepada Anwar ketika itu bukan menafikan tuduhan tetapi kemungkinan maklumat itu digunakan polis untuk memeras ugutnya. Persoalannya kenapakah Anwar bersikap demikian?

Atas kedudukannya yang tidak lagi memegang jawatan penting dalam kerajaan, Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali berhubung isu perilaku seks Anwar. Namun, sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan yang membabitkan tugas keamanan dan ketenteraman awam, beliau pastinya bimbang dengan keselamatan negara. Atas alasan ini jugalah beliau menolak kemungkinan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Polis bertindak berdasarkan bukti, bukan berasaskan andaian. Sebagaimana yang dinyatakannya, beliau terpaksa memberitahu Dr Tun Dr. Mahathir perlakuan Anwar itu kerana bimbang Anwar boleh terdedah kepada kemungkinan ia diperas ugut dan boleh pula membawa negara kepada keadaan yang mencurigakan.

Seandainya rahsia perbuatan Anwar diketahui oleh pihak yang berniat jahat, mereka akan menggunakan maklumat dan bukti yang ada untuk membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah sama ada dari dalam atau luar negara. Tuntutan dari dalam mungkin bersangkutan soal politik dan perniagaan dan sudah tentu membabitkan rakyat.

Tuntutan dari luar pula mungkin menyebabkan beliau tidak boleh lagi 'bersuara' dan tidak bermaya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negara. Orang yang berada dalam keadaan 'dicucuk hidung' biasanya akan mengikut apa saja yang diarahkan kepadanya. Jika cuba membantah, rahsianya akan terbongkar. Dari segi keselamatan, perkara inilah yang paling ditakuti.

Apa pun, Anwar akan diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. Sudah tentulah banyak persoalan yang perlu dijawabnya.



Source: Berita Harian, 25 September 1998.

No comments:

Followers