Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, June 29, 2009

KAPAL KARAM TAK MAHU BELA ANWAR KAH?

Tuesday, June 23, 2009

Kes liwat : Politiking barisan peguam bela faktor Anwar tewas ?

Setakat ini Anwar masih lagi kalah. Walaupun barisan peguamnya bekerja seolah-olah menyekat bayangan hantu 1 Julai, namun keputusannya masih belum memihak kepada Anwar. Dua percubaan telah dibuat oleh Anwar supaya 1 Julai, dia boleh tidor lena, pertama failkan gugur kes alasan tiada dokumen (10 Jun) dan kedua failkan gugur kes, alasan dokumen tidak relevan (17 Jun), namun keputusan mahkamah 22 Jun lalu membuatkan Anwar makin tidak boleh tidor lena.

Bayangkan dalam masa seminggu (10 Jun & 17 Jun) Anwar membuat dua petisen di mahkamah yang membawa maksud yang sama itu menggugurkan kes! Tetapi keputusan mahkamah pada 22 Jun lalu, makin mencemaskan Anwar, hakim memutuskan 1 Julai ini sebagai perbicaraan menentukan status dokumen dan 8 Julai, perbicaraan menentukan status gugur atau tidak kes seperti yang dipohon oleh Anwar.

Secara logiknya, jika kes liwat ini tidak mempunyai asas kenapa perlu diadakan dua perbicaraan ? Perbicaraan pertama, 1 Julai, perbicaraan memohon kesemua dokumen yang menjadi bahan bukti liwat dan perbicaraan kedua pada 8 Julai untuk menentukan status gugur atau tidak kes itu seperti yang dipohon oleh Anwar.

Jika tidak gugur juga kes, bermakna pada 8 Julai nanti bermulalah sesi pihak pendakwaraya membentangkan hujah-hujahnya yang membuktikan Anwar meliwat Saiful Bukhari pada 26 Jun 2008, di di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Maknanya keputusan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada 22 Jun lalu, sama dengan keputusan asal yang telah dibuat pada Mac lalu iaitu perbicaraan kes liwat Anwar akan bermula pada 1 - 24 Julai 2009.

Nampaknya taktik peguam Anwar untuk menangguh-nangguhkan perbicaraan tidak menjadi! Tetapi yang peliknya taktik memfailkan dua petisen (10 Jun & 17 Jun) tidak diketuai oleh Sulaiman Abdullah yang sepatutnya jadi ketua peguam bela.

Kenapa pula SN Nair yang diketahui peguam peribadi Anwar dan Sivarasa Rasiah yang diketahui Naib Presiden PKR yang terkedepan ? Kenapakah ketuanya, Sulaiman Abdullah pula jadi terkebelakang ?

Apakah Sulaiman Abdullah seorang peguam bela yang berpengalaman kes liwat Anwar, sejak dari tahun 1988, tidak bersetuju dengan idea memfailkan dua petisen ini ?

Jangan jadi pisang berbuah dua kali, seperti kes 1998, Raja Aziz Addruse, yang menjadi ketua penguambela untuk kes pertama (rasuah), telah menarik diri menjadi ketua peguam bela untuk kes kedua (liwat) yang dibicarakan pada 1999.

Sama ada, Raja Aziz Addruse menarik diri atau Anwar tidak mahu khidmatnya, (kerana Raja Aziz jadi ketua peguambelalah Anwar tewas), itu bukan persoalannya, persoalannya dalam barisan peguambela Anwar juga terdapat perselisihan sesama sendiri, saling lobi melobi untuk menunjukkan siapa lebih pandai. Semua mengaku pandai, tetapi keputusannya Anwar yang tewas!

Politiking di kalangan peguam bela Anwar memang berlaku. Maklumlah Anwar membayar 9 peguam, bermakna terdapat 9 pendapat yang berbeza. Dalam 9 peguam Anwar hanya dua orang sahaja berpengalaman (Sulaiman & SN Nair), 7 peguam yang lain semuanya masih baru.

Peguambela senior Anwar dalam kes liwat (1999) kebanyakan ditinggalkan. Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin semuanya barisan peguam bela Anwar yang berpengalaman. Kenapa kesemuanya ditinggalkan ? Sepatutnya dalam kes yang sama (liwat) orang yang sama perlu digunakan, kerana mengambil peguam bela baru, seolah-olah mengambil peguam 'pelatih' yang belum mahir dalam bidangnya.

Sama ada Anwar tidak mahukan mereka (sebab merekalah Anwar kalah ?) atau barisan peguam itu tidak mahu lagi terlibat dengan kes liwat Anwar (kerana sudah tahu keputusan akhirnya ?)

Itu belum disoal lagi, kenapa Anwar tidak membayar Karpal Singh yang diwar-warkan 'peguambela hebat' sebagai ketua peguam bela Anwar kes liwat ini ? Atau sekurangnya membayar dua orang anak Karpal bernama Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Lagipun ketiga-tiga mereka pernah menjadi peguam bela adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan bagi kes liwat 1999. Adakah mereka juga tidak cukup pengalaman atau menarik diri daripada mengambil kes Anwar ?

Faktor politing sesama peguambela Anwar juga menyumbang kepada kekalahan. Sulaiman Abdullah pada asasnya dilantik sebagai ketua peguambela Anwar untuk kes liwat kedua ini berasaskan faktor pengalamannya dalam kes terdahulu. Tetapi dalam masa masa terdapat seorang lagi peguam senior kes liwat 1999, iaitu Sankara Nair (SN Nair).

Walaupun SN Nair bukan ketua peguam bela, tetapi kuasanya melebihi Sulaiman Abdullah, kerana SN Nair adalah peguam peribadi Anwar, sejak tahun 1998 hingga sekarang. Maknanya apa sahaja kehendak Anwar akan dipatuhi oleh SN Nair atau SN Nair akan menasihati Anwar semua tindakan yang patut diambil atas kapisitinya sebagai peguam peribadi.

Kalau begitu, kenapa Anwar tidak memilih sahaja SN Nair sebagai ketua peguambela, kenapa pula pilih Sulaiman Abdullah, yang tidak sebegitu intim dengan Anwar, jika dibandingkan SN Nair ?

Seorang lagi peguam junior kes liwat yang berlagak seolah-olah senior adalah Sivarasa Rasiah. Memang dia boleh berlagak senior berdasarkan hubungan sentimental dengan Anwar, sebagai Naib Presiden PKR. Dia juga boleh mengaku rapat dengan Anwar berdasarkan faktor politik. Sulaiman Abdullah tidak memegang apa-apa jawatan dalam PKR, sebab itu hubungannya jauh sedikit.

Tetapi, Julai nanti, bukan pertandingan politik, tetapi pertandingan siapa lebih pintar antara peguambela Anwar dengan pihak pendakwaraya. Semua hujah-hujah politik yang bercorak bombastik, tidak diterima di mahkamah. Mahkamah hanya menilai berasaskan bukti dan fakta-fakta lengkap!

Anwar perlu ingat, jika dirinya dipengaruhi dengan barisan peguam 'politik' (termasuk Sivarasa, Leteffa Koya, Saiful Izham Ramli, Edmund Bon dan Amir Hamzah) atau dipengaruhi oleh peguam peribadi (SN Nair) yang tidak layak diangkat sebagai ketua peguambela, serta meminggirkan Sulaiman Abdullah (yang tidak gemar idea politik), maka Anwar sekali lagi akan menerima risiko KALAH!

Cara bertindak SN Nair dan Sivarasa Rasiah, yang tidak cekap mengendalikan petisen gugurkan kes, lebih banyak berdasarkan hujah politik, itu sendiri mencerminkan Anwar bakal TEWAS sekali lagi!

Harap Anwar dapat tidur lena menjelang 1 Julai...


No comments:

Followers