Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, June 29, 2009

KUDIS LAMA MENANAH KEMBALI

Tuduhan terhadap Anwar
5 tuduhan liwat terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan:


1. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1994 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

2. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di Unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

3. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di Kediaman Rasmi Timbalan Menteri di No. 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

4. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mac 1993 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. 5. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara jam 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758, di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


5 tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan no 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970:


1. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan."


2. Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran iaitu, menjawat iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Ummi Hafilda supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997 seperti yang diarahkan.

3. Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan.

4. Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi kenyataan umum bertulis seperti yang diarahkan.

5. Bahawa kamu pada 24 Mei 1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Mohd Azmin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a) campur tangan dalam siasatan itu, dan

b) mempengaruhi Datuk Shafee Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes itu bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

dan dengan perbuatan kamu itu Mohd Azmin telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah.





Hukuman


1. Tuduhan rasuah dibuat mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

2. Tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Sumber: Berita Harian, Rabu 30 September 1998 dan 6 Oktober 1998.

No comments:

Followers