Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, July 6, 2009

25 June 2009

Anwar Ibrahim & Kenangan Manis di Tivoli Villa...

Dr Novandri Hasan Basri

Pada 14 April 1999, DS Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun kerana salah kuasa dan rasuah. Pada 8 Ogos 2000 pula beliau dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun kerana meliwat (sodomi).

Hukuman tersebut dijalankan serentak. Anwar Ibrahim gagal di dalam rayuan beliau di mahkamah rayuan pada tahun berikutnya dan pada Julai 2002, Anwar sekali lagi gagal di dalam rayuan akhir di mahkamah persekutuan.

Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.

Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.

Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen." - Malaysian Story

Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.

Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walau pun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang 'minat dua alam' Anwar Ibrahim ini. Apa tidaknya, mereka terpaku dengan ceramah dan kata-kata Anwar Ibrahim yang boleh membakar perasaan mereka yang mendengar, disulami dengan hadis dan ayat Quran.

Ironinya, sebagai seorang yang kelihatan 'warak', Anwar Ibrahim masih boleh mengadu domba ke Hakim yang paling tinggi sekali di dalam dunia dan akhirat ini iaitu Allah swt setelah gagal di mahkamah tertinggi di Malaysia.

Dan penyokong-penyokong beliau terutamanya parti Pas, tentunya mahukan Anwar Ibrahim berbuat demikian demi membersihkan nama beliau.

1. Sebagai seorang ahli politik yang bermatlamat tinggi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa jika beliau bersumpah tidak meliwat, sokongan rakyat ke atas beliau mungkin berlipat ganda tetapi beliau tidak melakukannya!

Kenapa?

2. Beliau mencipta pelbagai teori dan konspirasi, mengadu domba di dalam dan luar negeri, memujuk rayu agar ahli-ahli parlimen melompat dan menyokong beliau dan pelbagai lagi yang tidak terfikir oleh otak kita ini tetapi beliau tidak menggunakan satu saluran yang paling ultimate untuk mengangkat martabat beliau iaitu tuhan beliau sendiri!

Di manakah logiknya itu?

Penulis tidak mengharapkan penyokong bukan Islam Anwar ibrahim untuk menyuruh Anwar bersumpah tetapi sekurang-kurangnya penyokong beliau yang beragama Islam. Tetapi tidak ada!

Kenapa?

Apakah mereka sudah tidak lagi mempercayai kepada sistem penghakiman yang tertinggi di alam ini?

Pelik sungguh dan hari ini Anwar Ibrahim masih dipuja dan disanjungi oleh sesetengah rakyat yang sengaja tidak mahu ambil tahu fakta dan kebesaran yang maha Esa.

Dan teori untuk menimbulkan keraguan kepada clause tersebut ialah kononnya ianya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dan dengan kemampuan Anwar Ibrahim untuk mempersonakan peminat-peminatnya, kenyataan penutup hakim mahkamah persekutuan itu tidak mendapat tempat dan berjaya di'lupus'kan dari memori rakyat Malaysia.

Parti pemerintah BN terutamanya UMNO tidak pula agresif dan 'terlalu sopan' apabila berdepan dengan Anwar Ibrahim!

Mereka juga sebolehnya tidak akan membangkitkan kembali isu liwat Anwar Ibrahim dan kenyataan hakim tersebut di atas dasar kononnya tidak mahu mengaibkan orang lain dan tidak mahu menganggu proses pendakwaan yang masih berjalan hari ini.

Cuba kita terbalikkan isu ini dan tertuduh kes liwat tersebut adalah seorang pemimpin tertinggi UMNO, apakah Anwar Ibrahim akan berdiam diri kerana tidak mahu mengaibkan orang itu dan tidak mahu mengganggu proses pendakwaan?

Jawapan kepada persoalan tersebut mudah iaitu tidak mungkin!

Anwar Ibrahim akan mencanangkan kes tersebut ke seluruh pelusuk dunia serta tidak memperdulikan pendakwaan yang sedang berjalan seperti kes Alatunya.

Tetapi, apakah kepimpinan tertinggi UMNO/BN berbuat demikian?

Tidak ada!

Cuma 'gurkha-gurkha' UMNO/BN sahajalah yang berani mengenengahkan kebenaran ini agar rakyat sedar dan tidak lagi menyokong agenda Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN cuma berdiam diri dan langsung tidak berani untuk melawan Anwar Ibrahim.

Kenapa begitu?

Apakah mereka masih menyimpan 'ketakutan' yang Anwar Ibrahim mampu memimpin negara satu hari nanti?

Apakah mereka tidak agresif melawan Anwar Ibrahim kerana dengan cara itu mereka masih boleh melompat ke kem Anwar Ibrahim jika Anwar ditakdirkan memimpin negara satu hari nanti demi menyelamatkan karier politik mereka?

Jika ya, penulis berharap agar kita mengenepikan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang pengecut seperti itu. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan berubah pegangan apabila merasakan kedudukan politik mereka tergugat.

Artikel seterusnya : Klik di sini..

24 komentar:

noi/moi said...

Pembuktian dalam kes liwat berbeza dengan pembuktian zina. Namun demikian, ia sama seperti halnya pembuktian lain yang terdapat dalam salah satu had dari hukum hudud, kecuali zina. Hakikatnya, liwat tidak boleh disamakan dengan zina. Oleh kerana itu liwat tidak boleh ditetapkan berdasarkan bayyinah (pembuktian) zina. Pembuktian liwat dikategorikan ke dalam dalil hudud yang lain (selain zina).


Liwat terbukti dengan adanya;

1.Pengakuan

2.Kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagaimana pembuktian (bayyinah) dalam kes pencurian serta kes hudud yang lain


Sekilas mengenai hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinat) dalam Islam, di mana hukum-hukum pembuktian tersebut sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, yang merupakan hukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafshiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da'ur dalam Kitab Ahkaam al-Bayyinat mendefinisikan bukti (al-bayyinat) sebagai semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa bukti itu ada 4 jenis;

1. Pengakuan

2. Sumpah

3. Kesaksian

4. Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan



Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarak', melainkan 4 bukti di atas sahaja. Mengenai indikasi (qarinah) pula, ia tidak termasuk sebagai bukti menurut syarak.


Hukuman hudud liwat dapat dijatuhkan dengan syarat kedua-dua pelakunya itu baligh, berakal, rela dengan sendirinya (bukan dipaksa) dan terbukti telah melakukan liwat dengan bukti syar'ie iaitu pengakuan dan dengan kesaksian 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sekiranya, pelaku liwat adalah kanak-kanak, orang gila atau dipaksa dengan pemaksaan yang sangat, maka ia tidak dijatuhi had liwat. Persoalannya jika seorang itu mendakwa diliwat dengan cara paksa, maka kita perlu mengkaji pengakuannya, adakah pemaksaan yang bersifat mengancam keselamatan anggota atau nyawa (ikrahul mulji')? Kalau tidak ini bermakna bahawa dia sebenarnya merelakan dirinya diliwat. Hukum orang yang mengaku liwat ini adalah dibunuh, dan kepada peliwat yang dituduhnya jika dia mengaku maka dia dihukum bunuh juga atau yang diliwat tadi berjaya membuktikan dengan 2 orang saksi mata, sekiranya gagal berbuat demikian, maka tambahan hukuman takzir kepada orang yang mengaku diliwat kerana mencemarkan nama orang lain. Hanya dalam sistem kapitalis sahaja pengakuan seks boleh dijadikan skandal untuk membunuh karier orang lain.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam noi/moi,

Terima kasih kepada komentar saudara.

Komentar saudara menjawap kepada persoalan yang Anwar ibrahim pun memperalatkan sistem Islam agar beliau tidak perlu bersumpah meliwat.

Canggih tapi itulah Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Nak suruh angkat Sumpah atas Nama Allah pun, sampai sekarang tak buat2...apa kes???

Sudah2 laaa Anwar Ibrahim, bertaubatlaa!!!!!!!

Anonymous said...

ya kempen untuk manik urai sudah bermula maka artikel disini pun mula berubah menjadi sama seperti artikel2 sampah di blog umno yang lain tahniah akhirnya you be same as ur stupid proud totok umno..

takda point lain ke nak berkempen??
kalu pilihanraya kecil ke besar anwar gak kene hentam,nampak sangt UBN ni takut kat DSAI, yes u guys adalah warisan Mahathir, genenerasi gundek ciptaan mahathir.

matlamat menghalalkan cara bukan itu la prinsip UMNO..dulu, kini dan selamanya...

-UMNOTHECELAKA-

Darul Iskandar said...

Kafir Singh pun suruh dia bertaubat...apa kes..

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Anony 5:32,

Kalau 'pemimpin meliwat' bukan satu point yg perlu diketengahkan kepada rakyat, hanya dua anggapan sahaja yg boleh kita katakan tentang diri anda :-

1. Anda pun seorang homoseksual yang tidak kisah pemimpin Islamnya meliwat dibelakang rakyat.

2. Anda seorang buta hati yang masih degil tidak mahu mempercayai kes ini.

Kedua2nya amat berat dan tidak mungkin saudara akan mengubah fikiran walau pun bukti berada di depan mata saudara.

Dan saudara juga orang baru di dalam blog ini yg sebenarnya serkap jarang dan tidak menelaah dahulu artikel2 di dalam blog ini.

So, next time, please read first & be a good & worthy reader.

Mandailing Rangkuti said...

Salam Dr.

Membaca tentang sikap sesetengah pemimpin UMNO sekarang ini amat mengecewakan. Masih lagi ada yang tak berubah. Kenapa mereka ini masih lagi dipilih untuk enjadi pemimpin. Orang-orang seperti ini kalau tak mau berubah mereka mesti diubah.Di tolak jauh ke sudut terpencil. Pemimpin-pw,impin sebeginilah yang merosakan UMNO. Rupa-rupanya masih ramai lagi ahli UMNO yang BUTA HATI tak tau menganalisa dan menilai seseorang itu sebelum diangkat jadi pemimpin.

Benar kata Dr pemimpin UMNO TERLEBIH sopan dan selalu bersopan tak kena tempat. Dalam keadaan senario politik sekarang, kesopanan itu perlu dikurangkan dan mesti lebih bersikap aggresif. UMNO kena ikut rentak lawan. Kena menyerang. Kalau tak buat serangan bila masa nak dapat sumbat gol. Bila senantiasa bersikap defensif kadang-kadang terlalai dan pada masa itulah musuh mencipta gol mereka.

Pemuda UMNO sebagai barisan hadapan apa yang mereka buat. Mereka buat kerja seolah-olah melepaskan batok ditangga sahaja. Adakah kerana ketuanya tak dapat jawatan menteri atau pengerusi mana-mana ajensi kerajaan maka jauh di sudut hatinya kecewa.

Pemuda UMNO lah yang mesti aggresif, melawan, menyerang, menghentam denagncara yang paling berbisa. Jangan jadi HERO KAMPONG! Ingat PRU13 tak lama mana pun...

blog-blog MYKMU mesti diperbaiki untuk mempunyai daya bertahan dan menyerang. Sampai bila nak bagi orang pijak kepala kita!

Dalam keadaan-keadaan tertentu, dalam DEMOKRASI DIA-MAU-DIKERASI.

Parpu Kari said...

PERGHH DOC, U BANTAI STRAIGHT TO THE POINT! MEMASNG KELAS ARTIKEL U NI DOC! GUA CAYA SAMA LU DOC!

Buyong said...

1. Masa hangat kes liwat 1998 dulu, Tun M menunaikan haji ke Mekah.

2. Selepas selesai kes, Musa Hasan (now IGP) pula menunaikan haji ke Mekah.

3. Anwar tak rasa nak memohon hidayah di Mekah ke?

garamanis said...

SEBENARNYA TIADA MASALAH JIKA ANWAR INGIN MENJADI PM TETAPI PERSOALANNYA LAYAKKAH SEORANG PEMIMPIN SEBEGIN RUPA DIANGKAT UNTUK DIANGUNGKAN. ANWAR BUKAN TIDAK LAYAK DIA LAYAK TETAPI KERANA NAFSU, SISI GELAPNYA DAN TAMAK ANWAR HILANG KELAYAKAN ITU.

ANWAR GAH JIKA DALAM CERAMAHNYA UNTUK MENAMPAKKAN DIRINYA HEBAT TETAPI DALAM HAL SAIFUL ANWAR HILANG SIFAT KEJANTANANNYA. SATU PERSATU ALASAN DIBERI UNTUK MEMUTUP KEJIJIKAN NAFSU YANG TELAH DIBUAT.

ANEH, TRADE MARK LAWAN TETAP LAWAN SEOLAH-OLAH MELARIKAN DIRI DALAM DIRI ANWAR KERANA GERUN DENGAN KONSISTENSI SAIFUL MEMBELA DIRI.

BERTAMBAH ANEH, ANWAR LANGSUNG TIDAK KONSISTEN DALAM SEGALA GERAK-GERINYA..SAIFUL PERNAH BERKATA JIKA SUDAH DITAKDIRKAN ANWAR 'MEMBELI' KEBENARAN INI SAIFUL TIDAK MENYESAL KERANA 'DISANA' ANWAR DAN KISAHNYA AKAN LEBIH TRAGIK DAN MENDERITA..

SAIFUL TAKKAN MENYESAL MENGAIBKAN DIRINYA SEBEGINI RUPA KERANA SEJARAH AKAN MENCATAT NAMANYA SEBAGAI MANUSIA YANG PALING BERANI PERNAH WUJUD DALAM SEJARAH MODEN NEGARA.

AMIN

awangpendang said...

Aku suka untuk untuk mengambil bait bait ayat dari Tuan Guru Mat Sabu satu ketika dulu yang mengelar Anwar dengan gelaran Al juburi.

ketuananrakyat said...

Dr Novandri Hasan Basri, nak tanya sikit. Kalau DSAI bersumpah, apa akan jadi? Akan selesaikan apa-apa ke?Adakah DSAI tidak akan didakwa di mahkamah pada hari ini jika DSAI telah bersumpah?

Fikir la, otak ada. jangan guna lutut. Sebab tu orang semua nak keluar UMNO, orang UMNO ni memang fikir guna lutut. Tiada otak ke?

Tak malu ke umat Islam kalau DSAI pun bersumpah, dah macam mempermainkan agama dah? Takkan dua2 betul, mesti salah seorang salah. Siapa yang salah? Laporan perubatan dah buktikan tiada kesan liwat...lu fikir la sendiri siapa yang salah.

Dr Novandri Hasan Basri ni menulis nak mengampu pemimpin UMNO je. Jangan terkejut lepas ni dia jadi Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor pulak..percayalah.tp bukan dengan kemampuan dia, dengan pengampuan dia seperti ini.

Saya percaya, jika DSAI masih lagi berada dalam UMNO skrg, dan menjadi Timbalan Presiden atau Presiden, orang pertama yang mempertahankan DSAI ialah Dr Novandri Hasan Basri sendiri. Siap salam,cium dan jilat tangan DSAI kalau boleh, sebab nak mengampu punya pasal.Dasar pengampu.. kami faham.

MINDA INTELEK MELAYU? kahkahkah.
Hang melayu ka? Mai tengok sikit.kahkahkah

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Ketuananrakyat,

Nampak sangat yang saudara tidak membaca sepenuhnya artikel ini.

Jika saya mengampu, apakah saya mengkritik keras kepimpinan UMNO/BN juga?

Tolonglah buka minda saudara & berfikir secara matang & berilmiah dan jangan pandai serkap jarang sahaja berdasarkan satu artikel ini.

Tolong baca artikel2 lain di dalam blog ini dan saya pasti saudara akan menarik segala kata2 saudara yg tidak matang dan menampakkan kedaifan saudara untuk berfikir.

Dan jangan main2 dengan kuasa Allah swt. Jika AI bersumpah, itu adalah di antara beliau dgn Allah swt. Jangan pula saudara memandai2 dgn komentar saudara :-

" Kalau DSAI bersumpah, apa akan jadi? Akan selesaikan apa-apa ke?Adakah DSAI tidak akan didakwa di mahkamah pada hari ini jika DSAI telah bersumpah?"

Terima kasih.

Anonymous said...

Dr,
Bersetuju dengan pendapat Dr. Malah bagi saya, setiap Pemimpin (tidak kira dari pihak Kerajaan maupun Pembangkang) perlu ambil tindakan undang-undang setiap kali ada sesiapa membuat fitnah. Tetapi skrang, nampaknya kebanyakkan pemimpin UMNO seperti dayus dan pengecut macam tikus walaupun difitnah dan diburuk2kan oleh pembangkang. Bagi saya, mereka tidak layak menjadi pemimpin UMNO sekiranya mereka pengecut.

Lihat saja bagaimana Lee Kuan Yew buat di Singapura. Tidak ada sesiapa berani atau terlepas jika memfitnah beliau atau PAP kerana mereka pastikan kes dibawa ke Mahkamah. Ingat 'Berani kerana benar'.

Tentang pengulongan kes ANWAR yang lepas, rakyat perlu dimaklumkan. Berita ini perlu disebarkan berterusan secara meluas sehingga ANWAR lenyap di dunia ini. Memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mampu memahami bahasa Inggeris, pastikan penggulongan kes tersebut diterjemahkan ke bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Perlu adakan juga strategi agar seluruh masyarakat antarabangsa dimaklumkan tentang penggulongan kes sodomi tersebut. Hebahan ini perlu berterusan. Kerajaan jangan sesekali fitnah ANWAR. Tugas Kerajaan hanya hebahkan yang benar. Hebahkan apa yang ditulis oleh hakim jangan ada sebarang tambahan.

Terjemahkan ke bahasa Mandarin, Perancis, Sepanyol, Tamil, Jepun dan lain2 jika usaha ini benar2 inginkan impak yang berkesan. Mungkin jadikan sebuah buku (ilmiah?) agar lebih senang dimiliki oleh semua orang dari pelbagai kaum, bangsa dan negara. Ini akan menjadi lebih berkesan. Hebahan ini perlu dilakukan agar Kerajaan Malaysia tidak dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa akibat permainan ANWAR diperingkat antarabangsa. Mungkin memerlukan wang melakukannya, tetapi saya percaya ianya berbaloi demi negara tercinta.

Dr, teruskan hebahan ini. Jangan tunggu hanya bila ada pilihanraya. Pastikan rakyat dapat gambaran yang sebenarnya setiap masa.

Saya ingin cadangkan Dr letakkan 'caption dari pengulongan kes ANWAR' ini disatu sudut blog Dr 'permanently' sebagai ingatan pada pengunjung ke blog Dr. Kempen ini dilihat sebagai berterusan untuk memaklumkan rakyat jelata tentang ANWAR. Ini bukan fitnah tetapi memaklumkan apa sebenarnya yang pernah terjadi. Rakyat perlukannya.

ketuananrakyat said...

Dr Novandri Hasan Basri, kalau saya khatam baca blog ni, walau seinci pendirian saya tidak akan berubah. Kerana penulisan ditulis oleh seorang ahli UMNO yang pengampu.

Saya baca sampai habis artikel ini, jangan main tuduh-tuduh saya tak baca sampai habis pulak. Setakat sebut 'pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO', jangan berlagak jantan la.
Sebut nama,atau sekurang2nya sebut jawatan. Kenapa takut? Bacul? Ya, ahli UMNO bacul, takut pemimpin sendiri.

Jangan la buat2 tak tahu sistem kehakiman Malaysia ni tak telus dan dipergunakan. Sebab tu lah hakim cakap perbuatan liwat DSAI itu memang berlaku di Tivoli. Sebab kebanyakan hakim diperalat. Jangan buat2 tidak tahu. Video Linggam sebagai bukti terbaik. Dr Novandri Hasan Basri berani nafikan sistem kehakiman Malaysia ini tidak telus? Dr Novandri Hasan Basri berani cakap sistem kehakiman Malaysia TELUS DAN SUCI IBARAT BAYI YANG BARU LAHIR. Berani? Saya cabar.

Abdullah said...

Dr Novandri ni nampak cerdik tapi hati nya busuk dan suka membusukkan orang. Dia rasa saat ajalnya masih jauh. Nasihat saya, carilah seberapa banyak bekal untuk ke akhirat sementara masih belum terlambat. Agama itu adalah nasihat menasihati kepada kebaikan.

Kalaupun berpolitik, propogate lah perkara perkara dasar yang boleh memberi kabaikan kepada manusia. Kalau dah cukup ilmu perubatan, belajar lah pula ilmu agama sebagai benteng diri dari api neraka.

JANJI ALLAH ITU BENAR.

Tak kanlah matlamat hidup DR,hanya untuk menghapuskan Anwar.

Afdzal Mokhtar said...

SALAM DOC,JIKALAU ANWAR MAHU MEMBUKTIKAN YANG BELIAU TIDAK BERSALAH,SUDAH LAMA BELIAU MENGANGKAT SUMPAH SEPERTI APA YG SAIFUL BUAT,BUKAN DENGAN MEMPERLEKEH SUMPAH LAKNAT YANG SAIFUL BUAT ITU,LAGI SATU KALAU BELIAU MMG BETUL2 TAK BERSALAH,MESTI BELIAU BERANI MENERUSKAN PERBICARAAN KES PADA 1 JULAI NNT TAPI BELUM SEMPAT TARIKH 1 JULAI ITU,BELIAU SUDAH PUN MAHU MEMBATALKAN KES PERBICARAAN ITU SEKALIGUS MAHU MENGUGURKAN KES KE ATAS BELIAU..WAHAI RAKYAT MALAYSIA,TIDAK KAH ANDA SEMUA LIHAT YANG ANWAR IBRAHIM INI BENAR2BERSALAH,BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH..JGN BERI ALASAN YANG NNT BUKTI KES BELIAU AKAN DI MANIPULASI SEPERTI TAHUN 1998..


anakmelayu30.blogspot.com

support doc n bro2 semua..

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Ketuananrakyat,

Saudara membuat kenyataan bahawa :-

"Jangan la buat2 tak tahu sistem kehakiman Malaysia ni tak telus dan dipergunakan."

Kenyataan saudara jelas seperti dakwaan orang2 yg tiada bukti dan hanya pandai serkap jarang.

Dan jika saudara berfikiran begitu, sistem manakah yg saudara fikirkan lebih telus dan tidak mungkin dipergunakan?

Tentunya agama Islam itu sendirikan.

Jika saudara berdiri kepada prinsip bahawa sistem kehakiman tidak telus, saya mencabar saudara menggesa AI bersumpah secepat yg mungkin.

Itu pun kalau saudara berani. Tapi tak mungkin. Saudara akan hanya berdolak dalih dan memberikan pelbagai alasan asalkan AI tidak perlu bersumpah.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Abdullah,

Terima kasih di atas komentar saudara.

Saya juga berharap agar saudara masuk ke dalam blog Anwar Ibrahim dan memberi komentar seperti yang saudara tulis di dalam blog saya.

Nasihatilah AI seperti yg saudara tulis "Kalaupun berpolitik, propogate lah perkara perkara dasar yang boleh memberi kabaikan kepada manusia."

Janganlah saudara memilih-milih orang pula dan tidak berani utk menasihati AI.

Abdullah,

Saudara juga seperti sesetengah org lain yg sebenarnya tidak meneliti blog ini sebelum membuat komentar.

Jika saudara benar-benar faham, saudara tidak mungkin akan mengatakan bahawa :-

"Tak kanlah matlamat hidup DR,hanya untuk menghapuskan Anwar."

Kenyataan saudara itu tidak benar.

Ada banyak lagi matlamat hidup yg lebih bermanafaat seperti memberi sumbangan kepada mereka yg memerlukan. Read this in my blog.

Terima kasih.

wan zaharizan b wan zan said...

I read this article in Malaysian Insider I commented but never got printed I wonder why? And I wrote again and we'll see. Here's my comment and pls take note The judges never did say it happen all in tivoli villa but Anwar did indulge in homosexual activities. Places were not definite homosexuality yes!!!

My comment which was not publish

Alamak what happen to my comment? As far as I know biarlah Doctor dengan comment dia after all if all for you to understand the summary judgement, in the summary you would have read that all the judges agreed that Anwar conduct in homosexual activities where did it occur does not matter but base on evidence procured Anwar suka main punggong.

Let's look at the evidence and I dare challenge Karpal Singh who was there why when the the Doctor gila nak buat testimony under camera you refuse but later bila dengar doctor gila buat statement you lompat dan mintak dibicarakan dalam kamera? What so important is the statement or evidence given by the psychiatrist's that is damaging to Anwar and never refuted!

For me I am more worried dekat Datin Seri dan who has been anal ed by Anwar takut jadi macam farah Fawcett. Remember total Abstinence is the key no half half! Masuk setengah pun tak boleh! Quote from the news portal

"NBC, never shy about exploiting a celebrity tragedy, overproduced and overpromoted her film in “Farrah’s Story,” but never made the public service point that, besides abstinence, the HPV vaccine is the most promising form of prevention against this type of cancer, which in most cases is sexually acquired."

munjan said...

assalamualaikum.

saya ni orang muda yang berstatus pengundi atas pagar. orang2 umno macam saudara ni macam takut sangat dengan anwar ibrahim. jika betul anwar seorang peliwat sekali pun, ia merupakan kesalahan peribadi beliau. tapi payah nak buktikan yang anwar ni peliwat. bukan sebab anwar bijak memanipulasi. cuba kita fikir, polis semua semua rang dah tau dan maklum (walaupun umno menafikannya) yang badan ini dikuasai oleh umno/bn. sistem kehakiman juga masih dipersoalkan ketelusannya bebas dari cengkaman pemerintah.payah nak manipulasi institusi ni oleh yang dibenci kerajaan macam anwar.

umno kena fokus menaikkan ekonomi negara dan memperkasakan taraf kehidupan rakyat. pemimpin umno macam saudara ni sedaplah, duduk kat puncak bergelumang dengan kemewahan. semua rakyat tau yang umno ni parti rasuah. wealaupun saudara menafikannya, tp itu persepsi rakyat yang tak mungkin hilang. berebut2 nak pegang jawatan tinggi untuk nak mewah, bukan nak jaga rakyat. jika benar rayat dibela, orang2 kat perak yg mintak hak tanah selama bertahun2 pasti dah lama dapat. kadar kemiskinan masih tak dapat diselesaikan selama 51 thn memerintah. ni apa cerita korang semua ni. mcm ni cerita nak bela melayu ke.... anwar dah lepas thn 2004, dan kini kena tuduh lagi sekali, biarkan. biar mahkamah bersidang dan putuskan. selagi umno membusukkan2 anwar sebelum dia diadili, selama itulah umno dibenci dan busuk dari pandangan rakyat.

umna tak paham keadaan rakyat sebenarnya. ramai pemimpinnya syok sendiri yang. jika benar umno kasihkan rakyat, melayu terutamanya, apa yang unmo bagi kepada rakyat??? bangunan tinggi bertingkat? ladang besar berekar? pelabuhan besar malimpah??? memang itu penting, tp rakyat kebanyakkannya hanya mampu melihat tapi tak menikmati.

cukup ke sekadar jumpa rakyat 5 tahun sekali... rakyat nak, mereka tak nak susah pikir mcm mana nak cr duit hantar anak mereka yang cemerlang ke universiti. nak kerajaan prihatin akan masalah nya. takyat pandang tinggi jika masalah mereka didengar dan tak perlu tggu 50 thn untuk selesai masalah meraka. umno tukar biasiswa jd pinjaman.

sedare lah sikit saudara. pikir mcm rakyat kebanyakan berfikir. jangan pikir mcm orang kaya bisnesman berfikir nak majukan negara. hasilnya kelak mcm sekarang ni lah....bangunan tinggi bertinggi bertingkat tp rakyat melarat. kalau umno kekal mcm ni, tggu pilihanraya umum ke 13...saya pasti akan tidak pangkah bn dan ajak semua orang2 kampung pilih pembaharuan dan singkirkan umno/bn.

sekian

kadiology said...

banyak kali dah tindakan anwar kebelakangan ni menimbulkan was was even kepada penyokong dia sendiri.

come on, hari pertama tuduhan tu di buat anwar dah menggelabah tak tentu hala. bila saiful hilang dan anwar tak dapat kontek, dia dah sebar sms kat semua penyokong dia konon2 saiful di tangkap poolis dan di paksa membuat pengakuan. alih alih, saiful sendiri yang rela buat pengakuan tu. anwar terus konar strategi dan attack saiful plak

kemudian lari pi kedutaan turki. lepas tu keluar macam takde apa2. kemudian takut nak bersumpah. apa susah. kalau saya seorang yang di kenali umum dan di tuduh dengan tuduhan begitu buruk, saya akan pi mekah dan sumpah walahi wabilahi watalahi depan kaabah terus. tapi anwar pi sana sini ke washington, ke perth boleh plak.

lepas tu tanggung perbicaraan. yang si saiful macam tak sabar2 nak pi court, tapi anwar tangguh tangguh. dah la sumpah pon takut, tapi perbicaraan yang ni pon dia mintak di gugurkan. ntah apa apa la luu anwar.

penyokong anwar tak nampak ke kepincangan anwar ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum, Dr. and fellow readers.. :)

Actually, politics have never been my favourite subject. But then on one black day at Jln Tuanku Abdul Rahman, in April 1999 I was detained by two policemen on the allegation that I joined in the commotion that happened after the court announced AI to be jailed for 9 years. At that time, I was with two of my friends who were also detained. Later on, we received a letter from our University (I will not mention which one) stating that we should pack up our bags and leave immediately. No appeal shall be issued and we should not question the decision of our Deans. I was frustrated, my family devastated. Imagine two years of studying to get into that renowned educational institution and only to be kicked out because I was "suspected" to have joined the bottle throwing - brick flinging session at Jln TAR.

Until this day, I can not forget the havoc, commotion and panic there. It was really scary. I just happened to be there at the wrong time and day, trapped inside a shopping centre, terrified to my wits. And when everything was calm again, we wanted to escape but got caught and had to face the consequences.

So, until this day I vow to not let my children and theirs too have ANYTHING to do with that filth AI. His supporters created disaster and destruction. Jln TAR was a mob area after that day. And seeing his face, just makes me want to throw the bricks at him, just like his supporters threw bricks at my future.

I wish all the best to our future leaders and hope they don't give way to AI's filth..

Tak Pe lah Dr.. said...

Utk semua org

kalau Betui Anuar adalah Haiwan dua alam camne..

kalau betui dia asyik kena trap camne..

Pemimpin yg cool,berkarisma tinggi..jarang..GELOJOH SGT..
(Tgk 16 sept 08)

Dlm psikology kehendak paling2 dlm/internal adalah sex.. bacalah buku apa2..

cabangan kehendak adalah bermacam..
KEHENDAK NAFSU BERKUASA SGT BESAR melambangkan NAFSU Berahi luar biasa.. dia nak yg paling POWER punya..

anuar org paling GILA KUASA + GELOJOH..

tp aku beralas lg.. segalanya mungkin.. yg aku takut BALASAN TUHAN pd BANGSA ini..so HARAP jugaklah dia REHATlah kat Sg Buluh.. jgn bg kecoh2 mesia lg..

dulu aku gembira dia kuar..skrg biar la dia berehat..naik pening kapala..

1 comment:

Mohd Faidzal said...

Salam Doc/Semua....
pada pendapat sya,perbicaraan tersebut xperlu dilakukn....
kerana,ia akan membuang masa Hakim dn menyusahkan sebilangan besar warga Kuala Lumpur....
yg pasti kompom berlakunya demonstrasi jalanan yg huru hara demi membela DSAI...
jika DSAI menang kes tersebut,mungkin aman ckit kot...
Tetapi,kalo DSAI kalah macam mana???
fkirknla,apa kesannya....
sapa yg jd mangsa......
bg aku,cukup la dgn bersumpah laknat.....
sama ada saiful/DSAI berani buat atau tidak......
aku xder berpihak mana2 parti politik,tetapi,aku berpihak pada Saiful,coz dia berani bersumpah laknat.....
DSAI bila lagi????

Followers