Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Saturday, July 18, 2009

BACA BOLEH PERCAYA JANGAN, YG PENTING KOMEN AKU DIBAWAH TU

Saturday, July 18, 2009

Eksklusif: Kerana Suara Anwar, Rejim UMNO Dan Barisan Nasional Akan Lakukan Apa Sahaja Demi Menghalang Ketuanan Rakyat Daripada Berkuasa

Situasi yang tidak menentu berlaku dalam negara sekarang ini adalah kerana ketakutan yang amat sangat UMNO dan Barisan Nasional terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Justeru itulah kini, pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak beriya-iya benar mahu "memati" Anwar dan seterusnya menghancurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Bagi Najib, dengan mematikan Anwar dari kancah politik negara, maka usaha ke arah itu lebih mudah lagi. Ini kerana, gara-gara suara Anwar itu menyebabkan rakyat secara keseluruhannya mula sedar dan bangkit menentang kerajaan BN hari ini. Malah Anwar juga dilihat berjaya memainkan peranan untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum untuk berjuang bermati-matian bagi mengembalikan "ketuanan rakyat" di negara ini. Selepas lebih 50 tahun BN berkuasa, nampaknya segala tindakan dan gerak geri mereka kini semakin dibenci malah dikritik oleh rakyat. Banyak tindakan kasar dan biadap dilakukan, semata-mata untuk menghalang suara rakyat terus berkumandang. Namun, kini segalanya bagai sudar tersurat kerana kebangkitan rakyat memang sukar untuk dibendung lagi. Di merata ceruk negara orang sibuk memperkatakan tentang zaman kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional kini mula merundum. Malah, Najib Razak juga dilihat adalah Perdana Menteri yang terakhir "Rejim UMNO dan Barisan Nasional" di negara ini.

Kes Liwat Si Saiful Dijadikan Batu Loncatan

Biarpun mereka tahu bahawa Anwar telah berjaya mempertahankan dirinya ketika kes liwat pertama 1998 dulu, namun puak-puak ini tidak akan berputus asa serta sanggup melakukan apa sahaja bagi menghalang Anwar menuju ke Putrajaya. Hasilnya, satu lagi "konspirasi liwat" terpaksa dilakukan, selepas tidak ada lagi cara lain yang lebih berkesan. Lantaran itulah kini kes liwat terbaru yang melibatkan anak muda "Saiful Bukhari Azlan" dilihat semakin timpang dan bercelaru. Biarpun pada awalnya, ramai yang meramalkan bahawa kes terbaru itu bakal menyaksikan Anwar tewas mudah dirakusan politik pihak terbabit. Namun kini, satu persatu kebobrokan yang berlaku dalam kes itu dibongkarkan. Selepas laporan perubatan daripada empat orang doktor termasuk tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur didedahkan, kini kes yang bakal dibicarakan dalam satu perbicaraan itu sekali lagi menimbulkan persoalan. Ia berkaitan kenyataan "panas" Pendakwaraya yang jelas tidak masuk akal sama sekali. Di mana pendakwaraya memaklumkan bahawa kes itu akan terus dibicarakan berdasarkan kepada spesimen DNA semata-mata. Ini bermakna, biarpun Saiful sebenarnya tidak diliwat oleh sesiapa berdasarkan kepada laporan perubatan HKL, namun mereka tetap mahukan ia diteruskan kerana terdapat bukti DNA perlakuan itu terjadi. Bukankah pelik dan aneh bunyinya. Ini bermakna apa yang berlaku terhadap perbicaraa liwat kali ini lebih teruk dari perbicaraan terdahulu. Semua ini berpunca daripada keinginan untuk mereka melihat Anwar "dimatikan" dari terus bersuara. Bukti DNA dijadikan asas perbicaraan kerana itu sahajalah caranya untuk mereka mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini.

DNA Mahu Digunakan Sebagai Asas Pendakwaan

Bagi melengkapkan konspirasi ini, patutlah kita ada mendengar baru-baru ini kerajaan BN beriya-iya benar mahu meminda akta DNA tersebut. Malah, lebih mengejutkan klausa yang dipinda ialah membabitkan pihak tertuduh tiada hak untuk mempertikaikan DNA yang sudah diperolehi dan disiasat oleh ahli kimi. Malah, bukti tersebut boleh dijadikan alasan kukuh untuk pendakwaan dan tertuduh tidak berhak untuk mempertikaikan semua itu. Ini bermakna, Anwar bakal terjerat dalam kes ini bilamana DNAnya telah dicuri oleh pihak polis. Biarpun "dubur Saiful masih suci dan teruna", namun ada kemungkinan DAN Anwar akan dipercikkan ke dubur beliau atau pun diletakkan di lokasi kejadian sebagai bukti. Ini amatlah tidak wajar dan jahat !! Mana mungkin asas DNA dijadikan sebagai bukti pendakwaan terhadap seseorang. Ini kerana DNA boleh diperolehi dengan mudah melalui rambut, bulu, air liur, peluh dan sebagainya. Jika ini berlaku, sudah pasti Anwar akan didapati salah atas satu kesalahan yang tidak berlaku. Asas kes liwat ialah kejadian liwat itu mesti berlaku dan terdapat bukti laporan perubatan serta pengesahan oleh doktor pakar. Kemudian barulah DNA boleh digunakan untuk tujuan siasatan. Namun, jika tiada asas mangsa diliwat, maka kenapakah bukti spesimen DNA mahu digunakan terhadap Anwar?. Ini adalah tindakan yang amat zalim !!.

Teknik DNA Anwar Diperolehi Secara Tidak Sah


Sudah dinyatakan DNA boleh diperolehi dengan berbagai cara dan kaedah. Asas untuk membicarakan kes liwat kali ini hanya berpandukan kepada DNA. Besar kemungkinan ia akan digunakan dan diletakkan pada tubuh Saiful atau tempat kejadian. Ini untuk membolehkan mereka mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan itu, biarpun agak hambar. Penguambela Anwar sudah pasti sukar untuk membuat pembelaan, tambahan pula contoh spesimen DNA berkenan tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk diperiksa serta diteliti oleh pakar DNA yang dilantik oleh Anwar sendiri. Ini berlaku di mahkamah baru-baru ini. Lantara itulah ada asa yang kukuh bahawa Anwar bakal disabitkan kesalahan ini dan akan dipenjarakan semula selepas ini. Inilah saja cara terbaik bagi mereka "mematikan suara" Anwar. Soalnya, bagaimanakah caranya DNA Anwar dicuri?. Terdapat laporan mengatakan kecurian berlaku ketika siaran langsung debat antara Anwar dengan Shabery Chik dulu. Difahamkan cahaya lampu yang terang dan panas telah dihalakan kepada Anwar menyebabkan beliau berpeluh dengan banyaknya. Ketiak siaran direhatkan untuk iklan, terdapat seorang krew yang datang kepada Anwar dan mengelap peluh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dipercayai bahawa krew terbabit adalah salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mendapatkan DNA Anwar. Jika maklumat ini benar, maka ia sesuatu yang amat merungsingkan kita. Tambahan pula peluh tersebut bakal dijadikan asas dan bukti kukuh untuk mensabitkan DNA Anwar bearada pada tubuh Saiful dalam kes ini. Bukankah ini sesuatu yang amat mendukacitakan kita sebenarnya. Maka seharusnya rakyat bangkit dan menghalang ia berlaku !!

[Rentetan daripada ketakutan terhadap Anwar inilah yang menyebabkan mereka sanggup lakukan apa saja. Apakah kita harus berdiam diri dalam hal ini. Kerana Anwar telah berjaya menyatu padukan rakyat berbilang kaum. Malah, banyak krisis politik yang melibatkan PAS, DAP dan PKR berjaya selesai selepas Anwar turun dan bersemuka dengan pemimpin terbabit. Ini bermakna Anwar punyai Aura untuk mengembalikan ketuanan rakyat di negara ini. Itulah yang amat ditakutkan sangat oleh puak-puak UMNO dan BN sebenarnya].

4 Komen Artikel Di Atas:

Anonymous said...

piraHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH ,siapa anuar ,pemempecah orang melayu yalah,mahathir dah angkat satu langkah lagi,allah tak izin,tu yang jadi gila babi sekarang,dari allah dinaikan ,dari allah diturunkan,maka tersungkurlal sinuar

cakap benar said...

dimanik urai suara nuar tengelam.melayu atas pagar tolak

Mrkolumpo said...

anwar bukan pemecah belah org melayu...anwar pemecah belah UMNO...mana ada org melayu pas,pkr t\yang berpecah??yg berpecah melayu um,no jer..p[ergi jahanam lah dgn melayu umno

AnTi AljUbuRi said...

Aku tak tahulah apa orang lain rasa..

Tapi pada aku barang siapa yang berani mengucapkan..Waulahi, Wabillahi dan Wataullahi...
aku tak ada pilihanan, bukan kerana aku percaya kepada pelafaz tetapi aku percaya kepada Allah yang menjadi sandaran si pelafaz, aku yakin dan beriman bahawa Allah Maha Berkuasa dan dia pasti mendengar dan melihat serta mengetahui kebenaran mubahalah hambanya dan pasti tidak ada apa pun yang boleh menghalang Allah untuk melaknat pelafaz secara serta merta!!! Boleh buat main ker mubahalah ini??? Apa Allah tak tahu? tak dengar? tak mampu melaknat?

Mengapa al juburi tak berani bermubahalah?? kepada siapa lagi kita mengadukan hal dan menyandarkan harapan serta memohon petunjuk dan balasan kalau bukan kepada Allah?? Kepada Sulaiman Abdullah?? atau kepada Sakaran Nair .. aduhai al juburi- harap Allah sudi mengampunkan kau kerana memesongkan kebanyakan manusia dari mengetahui kebenaran !!!

No comments:

Followers