Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, July 29, 2009

CANTIK SUNGGUH NUKILAN PENA INI

Tuesday, July 28, 2009

Insan Yang Budiman


Bijak pandai ada berpesan;

"Manusia yang budiman akan dapat mengambil manfa'at dari musuh-musuhnya".

Demikianlah juga pepatah melayu pernah bermadah;

"Hendak tahu baiknya orang, tanyakan kepada kawannya,
Hendak tahu buruknya orang, tanyakan kepada musuhnya".

Berbagai tomahan dan ejekan dihamburkan oleh orang yang bencinya terhadap sesuatu itu meluap-luap. Yang perlu ditanya ialah, benci kerana apa? Selalunya tiada jawapan, tetapi yang pasti ialah nafsu amarah yang tidak terkata. Akhirnya apabila hilang segala hujah, bosan asyik ditanya, keluarlah dari mulut tanpa mampu ditapis lagi, "UMNO boleh pergi jahanam!" terjemahan Inggerisnya "UMNO can go to hell!".

Orang kata, apa yang keluar dimulut, datangnya dari hati!. Kalau kotor yang keluar, kotorlah hatinya! Itu adalah kuasa Allah SWT yang Maha Pencipta. Sebab itulah agaknya manusia dibezakan dari haiwan dengan dianugerah otak, supaya boleh berfikir dan iman supaya boleh bertakwa.

Kadangkala sebagai ubat untuk hati, elok juga terkeluar apa yang terbuku didalamnya, supaya tidak dipendam, bengkak boleh bawa mati!

Bagi yang dikasihiNya, iman dan takwa jadi penawar, mampu mengawal nafsu. Namun Allah jua yang Maha Berkuasa, walau pandai mana pun manusia menahan dan menyembunyi, hakikat diri akan terpancar tanpa dapat dielak mahupun dikawal, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi! Manusia boleh menopengkan diri tetapi kehendak Allah bukan sahaja yang dzahir, apa yang ada dalam hati juga boleh diketahui dan ditontoni orang, dengan kuasaNya. Maka itulah kita kena berawas, kerana kata-kata ialah refleksi diri!

Seperkara yang membuatkan perasaan jadi bongkak dan sombong ialah kerana percaya dengan dakyah sendiri yang mengatakan musuh, iaitu, UMNO sudah kalah! Benarkah UMNO kalah? Tidak, bukan sahaja statistik dan sudut pandang politik menafikan apa yang cuba digambarkan oleh PAS, tetapi sebenarnya PAS bukan sahaja tewas menangani ujian Allah, tetapi semakin ditunjukkan siapakah dirinya sebenar. Semua ini berlaku dengan kehendak Allah SWT, dan PAS tidak berkuasa menopengkan dirinya lagi! Maka itu sebenarnya PAS adalah pihak yang tewas dengan ujian Allah, dan sedang lemas dengan perasaan yang bongkak dan gila dalam kemaruk hendakkan menang!

Kerendahan diri dan sikap keterbukaan yang berlapang dada, yang ada pada pemimpin UMNO, kita sanjung. Ini adalah sikap mulia ajaran Islam. UMNO menghadapi PAS dengan keyakinan orang yang berada dipihak yang benar. UMNO sentiasa bersikap redha dan berusaha membaiki diri, kerana perjuangannya berasaskan untuk Agama, Bangsa dan Negara. UMNO bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dengan slogan baru "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan". Bukankah kita diajar untuk membenarkan benda yang benar? Mengapa perlu dinafikan usaha orang lain, hanya kerana kita sendiri tidak mampu?

"UMNO in denial"? Itu cakap-cakap orang yang bermain dengan kata-kata dengan niat untuk menyesatkan dan mengelirukan orang agar dia dilihat benar!

Hakikatnya, lendir-lendir dari kotoran yang meliputi tubuh badan komplot "sehati tidak sejiwa" itu sedang meleleh laju menunggu masa untuk meninggalkan jasad,meninggalkan episod hitam didalam sejarah negara bangsa yang bertuah ini.

Mereka sedang bergelut, untuk menegakkan benang yang basah. Guna mengguna dengan rakus dan gelabah kerana satu perkara yang pasti ialah, perjuangan bagi tuduhan meliwat sedang merimaskan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, dan tenggelam bersamanya nanti, ialah PKR, kedalam kegelapan lubang yang hitam itu?

Masa itu tetap akan tiba, apa akan jadi, tidak dapat hendak diduga.
Benar atau salah, hanya siampunya akhlak yang boleh kata. Bab ini membuat PAS huru-hara. Kalau tidak sekarang, bila? UMNO mesti dijahanamkan segera, jika tidak, habislah kita! Tanpa sidia nanti, siapa nak bagi kita muka? Walau kelakunya curiga, demi kuasa yang hendak dikira, kita harus terus guna dia. Asal tak haram, kita kira harus, boleh sahaja. DAP? Nanyalah kita? Semua orang dah tahu apa dia kata tentang kita! UMNO celaka ini pula, masih bertenaga dan semakin membara. Nak kita rujuk, jadi pekasamlah kita. Tidak boleh kita berundur, jadi apa lagi nak kata? Pergi Jahanamlah UMNO! Habis cerita! Alang-alang menggenggam bara,biar sahaja jadi abu!

Begitulah, agaknya, yang bermain dikepala Nik Aziz, Tuan Guru kepada pengikutnya. Kata apa pun terhadap dia ini, akan disanggah oleh pengikut-pengikutnya. Taksubnya sesetengah mereka itu, sampai tengok gambar dia pun, sudah mendapat pahala! Apa kurangnya pengikut-pengikut kepada orang lain yang juga bergelar Tuan Guru seperti Ayah Pin, Penguasa Kerajaan DiLangit dan Kahar "Rasul Melayu"yang hilang setelah meletakkan jawatan sebagai "Rasul Melayu" apabila ditangkap, kononnya kerana Al Quran sudah lengkap jadi dia boleh letak jawatan. Kini Ayah Pin dan Kahar lari menghilangkan diri, takut menghadapi bicara oleh penguasa. Agaknya dulu, sebelum ditangkap, dialah orang yang paling hebat sampai air kaki pun diminum orang!

Nik Aziz suka dipanggil Tuan Guru, diberikan pangkat "Mursyidul Am" oleh pengikut dan ahli-ahli parti PAS. Kita diluar ini pun, sebagai orang berbudaya, panggillah dia sepertimana dia mahu dipanggil dan dikenali. Namun jangan lantas kita keliru dengan nama mahupun gelaran, kerana yang bermakna ialah apa yang dihati. Oleh kerana itu tidak mungkin kita ketahui, hanya amal dan perbuatan yang boleh kita nilai dan selebihnya ialah, kata-kata dari mulut yang tersembur dari hati!

2 comments:

Anonymous said...

http://antialjuburikotependek.blogspot.com/

jibab jibur said...

Gua bg amaran keras pada lu AnTi AljubuRi.
berhentikan segala perbuatan lakhanat lu sebelum lu dapat nahas.
Gua tau siapa lu, kt mana lu ada, rumah lu, anak lu,
lu bt silap, nahas lu.....
gua tak penah lepaskan musuh gua mcm tu je.
lu dah start bikin gua panas, and lu akan trima akibatnya.!!!!!!!!!

Followers