Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, July 22, 2009

KENYATAAN AL JUBURI

Kenyataan-Kenyataan Palsu Di Dalam Affidavit Pendakwaan

By Anwar Ibrahim

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
21 Julai 2009

1. Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara

2. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

2.1 Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

2.2 Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

2.3 Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

2.4 Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

2.5 Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

3. Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

3.1 Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

3.2 Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

3.3 Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

3.4 Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

3.5 Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

3.6 Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.

3.7 Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.

ANWAR IBRAHIM

English Version

21st July 2009
PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE


1. I have today lodged two separate police reports at Balai Polis Damansara.

2. The first report is in relation to my trial proceedings where I have applied to strike the charge against me on the ground, amongst others, that the prosecution is a result of a mala fide political conspiracy against me.

2.1 In my affidavit in support of my application to strike out the charge, I described in paragraphs 53 to 63 how Tan Sri Gani Patail ( “Gani” ) and Tan Sri Musa Hassan (‘Musa” ) were involved first in the making a false police report by ACP Koh Hong Sun in relation to my arrest under the ISA on 20/21 September 1998, and also how Gani and Musa were involved in fabricating false evidence in the investigation in the assault on me by Tan Sri Rahim Noor. These instances were given amongst other examples to show their role in the political conspiracy then, their active fabrication of false evidence against me and which they are now continuing to do.

2.2 Affidavits in reply dated 30.6.09 have been filed by Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) and Hanafiah bin Hj Zakariah ( Deputy Public Prosecutor in the prosecution team.

2.3 I have found that their affidavits contain blatant false statements which they must know to be false and yet have been put in affidavits with the intent of being used in judicial proceedings. Their actions are not just a criminal offence, but further strengthen my contention that I am facing a prosecution team that is also part and parcel of the political conspiracy as was the case in the cases brought against me in 1998.

2.4 Razak is deliberately misleading the High Court by saying on oath that a panel of three retired judges ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad and Datuk Mohama Noor bin Abdullah ) had cleared Tan Sri Gani Patail of any criminal wrongdoing. Razak must know as a Head of Department of SPRM which investigated my report of 1.7.08, that at least one of the three judges found that Gani had committed criminal offences.

2.5 Hanafiah who as a senior DPP must be taken to have investigated and verified the facts before affirming his affidavit has adopted Razak’s affidavit which contains these false statements as his reply.

3. The second report I have filed is in relation to the failure of the police to investigate the report that I lodged on 20.2.09 against Gani and Musa in their role in fabricating the false police report filed by ACP Koh Hong Sun in relation to my arrest on 20.9.98.

3.1 My solicitors wrote on 23.4.09 to the OCS Balai Damansara for a status report but regrettably there was no response.
3.2 In a answer to a question in Parliament on 22.6.09 to YB Sivarasa, Datuk Hishamuddin Hussein said that my report had been referred to SPRM by the police the next day on 21.2.09 for their action.

3.3 My lawyers then wrote on 26.6.09 to SPRM to ask for the status of the investigation as we had heard nothing from them all this while.

3.4 We had a shock when we received a written reply from SPRM dated 10.7.09 stating that after they had received the report, they had studied it and having found that the offence alleged was outside their jurisdiction, they returned it to PDRM for their action. It is reasonable to assume that SPRM having made that conclusion would have returned the report soon thereafter.

3.5 This means firstly that the PDRM and officials of the Home Ministry have caused Minister Hishamuddin to mislead Parliament by saying to Parliament on 22.6.09 that the report was since 21.2.09 with SPRM for their further action

3.6 Secondly, the police having received the report back from SPRM ( who received it end of February 2009 ) have done nothing about it. I conclude that there is now a concerted plan in PDRM to ensure that nothing is done and the crime I have alleged remains covered up. As my report implicates Gani and Hassan ( the current IGP ) in the making of a false report, this cover-up must be directed from the top itself.

3.7 With SPRM saying they have no jurisdiction to investigate and with the police now taking no action, it is clear to me that Gani and Musa are being protected politically for their role in 1998 and their continuing role in framing false and politically motivated charges against me.

ANWAR IBRAHIM
12 Responses to “Kenyataan-Kenyataan Palsu Di Dalam Affidavit Pendakwaan”
Feed for this Entry Trackback Address View blog reactions

1. 1 4RAKYAT Jul 21st, 2009 at 4:07 pm

i kesian sama dsai…
he seems to be alone in his fight for justice. apart from a handful of lawyers, most of us can’t do anything it seems.

i plead that good samaritans who are lawyers can at least help anonymously in points of law or to point out any possible angle(s) that might have missed dsai’s eyes…

dsai is fighting evil both for himself and for the betterment of malaysia as a whole. our future generations’ welfare rest quite tangibly on the outcome of this evil persecution.

** but please offer your helpful points and comments privately to dsai, so that it wont be used by evil-umno’s panel of cybertroopers to alert their evil-bosses **

i thank u in advance.

4RAKYAT
[Reply]
2. 2 amy Jul 21st, 2009 at 5:12 pm

biasala tu dsai, depa nie buat kot mana pun takpa. tapi kalau kita buat silap sikit ja, terus kalut pi siasat.Nama pun Polis Raja Di Malaysia…
[Reply]
3. 3 Sabri Jul 21st, 2009 at 5:40 pm

Antara orang yang berasa gentar jika anwar menjadi perdana menteri ialah Ghani Patail dan Musa Hassan.Mereka gusar kerana bukan sahaja akan hilang jawatan dan pangkat,tetapi bakal berdepan dengan pembongkaran segala kepincangan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini.

Oleh itu,mereka berkerja keras untuk menggagalkan anwar dengan pelbagai helah dan tipudaya.Jika berjaya menyekat kemaraan anwar,maka berjayalah mereka menyelamatkan pangkat dan kedudukan mereka kelak.
[Reply]
4. 4 Pak Su Jul 21st, 2009 at 5:45 pm

Bersungguh benar mereka mahu memerangkap Datuk Sri nampaknya. Mungkin dulu mereka berjaya,tapi tidak untuk kali ini.Rakyat sudah faham dan kenal cara umno menipu,al maklumlah bukan sekali tapi dah banyak kali mereka menipu rakyat.Dari apa yang terkandung dalam laporan polis itu,jelaslah konspirasi 98 belum berakhir.
[Reply]
5. 5 Saladdin Jul 21st, 2009 at 5:50 pm

mahadet paling marah kat pak lah dulu bukan kes jambatan bengkok tu sangat.tapi pasal pak lah g bebaskan datuk seri anwar.tu yang mahadet pantang tu…die bukan boleh anwar bebas mampuihla die.
[Reply]
6. 6 alifreyes Jul 21st, 2009 at 5:57 pm

tabahkan dirimu dsai..
[Reply]
7. 7 sayang dsai Jul 21st, 2009 at 6:09 pm

lawan tetap lawan dsai
[Reply]
8. 8 Cleopatra Jul 21st, 2009 at 6:31 pm

Salam DSAI

Berbanyak banyak lah sembahyang hajat dan mohon petunjuk dariNYA sentiasa. ALLAH kasih pada orang yang banyak sabar. DSAI ta perlu kuatir kalau kita pada pihak yang benar.
Go all out.
[Reply]
9. 9 Kai Hau Jul 21st, 2009 at 7:09 pm

Inikah Bersih, Cekap, Amanah?
[Reply]
10. 10 kluangman Jul 21st, 2009 at 7:57 pm

Namakan apa sahaja, palsu atau konspirasi…adat dunia politik..u pun sama macam depa masa berkuasa, bukankah hidup ini seperti pusingan roda.

Namakan apa sahaja, niat jahat atau zalim – cepat dan beranilah ke mahkamah membuktikannya – cantik atau tidak – tengok di cermin.

Selamat berjaya.
[Reply]
11. 11 anwar junior Jul 21st, 2009 at 8:17 pm

Salam Sejahtera DSAI

Kenyataan yang disiarkan di atas semakin mengukuhkan lagi dakwaan DSAI bahwa ini semuanya adalah konspirasi politik. Namun apakah usaha yang dapat dilakukan untuk menafikan dan pembelaan yang adil dapat di perolehi. Yang terang DSAI telahpun di dapati bersalah dan dihukum penjara pada peristiwa 1998.

Sekarang tahun 2009, apakah DSAI akan sekali lagi di dapati ‘bersalah’. Kalau pada tahun 1998 sudah jelas banyak kesangsian yang diketahui seluruh dunia, kini terbukti sekali lagi kesangsian pasti lebih menyerlah dari ‘pendakwaan terbukti’.

DSAI, sejauh manakah anda dapat bertahan?
[Reply]
12. 1 AnTIalJUBuRI Jul 22nd, 2009 at 12:10 pm

Udah lah tu al juburi…tak habis habis dengan teori konspirasi kau dari dulu. Kes Musa dan Ghani tu apa ada kena mengena dengan kes kau dengan Saiful??

Hang pi masuk mahkamah dan berdepan dengan Saiful dulu. Dah lah bermubahalah pun takut, nak pi mahkamah pun takut juga???

Hang dah yakin hang tak buat apa apa pada Saiful, tunggu apa lagi, cepat cepatlah pergi mahkamah dan minta bukti mereka. Apa yang nak ditakutkan, kau tak salahkan?? Lepas tu, kau hujahkan dalam mahkamah betapa bukti dan saksi mereka itu bohong. Lepas tu hang samanlah Saiful, Peguam Negara dan sapa yang kau agak terlibat dengan konspirasi kedua ini … itu pun kalau ada…ada kah atau hanya helah untuk melepaskan diri dari Penjara Sungai Buluh???

Semoga engkau dikembalikan segera ke Sungai Buluh dan damai di sana sehingga akhir hayat…AMIN ya Rabil Alamin!!

1 comment:

Anonymous said...

dah kata x percaya pada polis dan mahkamah msia... tapi masih mengadu kat polis dan mahkamah msia...
aparaa punya bingai...

Followers