Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, July 20, 2009

MENGAPA HANG TAK SANGGUP JADI PEGUAMBELANYA?

Anwar mungkin merengkok 12 tahun di penjara - Zulkifli Noordin


Anwar mungkin akan terpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, mungkin 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama, kata Zulkifli Noordin ketika berceramah di Berserah, Kuantan Pahang pada malam sabtu yang lepas.

Turut senada dengan Zulkifli Noordin ialah pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir di majlis ceramah umum tersebut iaitu Fuziah Salleh, Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid.

Mereka juga bersepakat didalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.

"DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, jenayah mesti dibuktikan berlaku.

Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang. Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.

Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku"! kata Zulkifli Noordin.

Menurut Zulkifli Noordin lagi, "sampel DNA Anwar boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful".

Kita boleh nilaikan sendiri betapa kuatnya putar belit dari "balaci2 HAPRAK" Anwar ini. Mereka akan tetap mengatakan bahawa Anwar itu "suci" lagi "maksum" biar apa pun yang telah Anwar lakukan. Mereka telah mendahului mahkamah didalam membuat keputusan dan pastinya jika keputusan tidak menyebelahi mereka, mereka akan menyalahkan Kerajaan.

Pencacai2 HAPRAK inilah yang akan sanggup bermati2an mempertahankan Anwar dengan apa cara sekalipun. Tidak kira samaada cara mereka bertentangan dengan undang2 di negara ini atau pun tidak.

Sikap Anwar dan gerombolan peguamnya yang sering berdolak dalik serta cuba untuk menangguhkan kesnya di mahkamah, membayangkan bahawa Anwar amat takut dengan perbicaraan kali ini.

Dan sikap2 pencacai2 Anwar yang sering membayangkan Anwar akan kembali ke Sg Buloh juga dapat kita tafsirkan bahawa mereka kini tidak senang duduk dengan keadaan semasa. Perbicaraan kes liwat Anwar kali ini di khabarkan begitu dinantikan kerana bukti2 kukuh yang disertakan Saiful dan para pendakwaraya sukar untuk dinafikan oleh Anwar.

Anwar dilihat sebagai "cacing kepanasan" sekarang ini dan dia serta para "balaci"nya akan sedaya upaya akan menyeret rakyat Malaysia untuk menyokongnya. Maka sentimen kerajaan zalim, konspirasi, hakim tidak adil, dan pelbagai isu lagi akan cuba digembar gemburkan untuk mengabui rakyat negara terhadap isu liwat dan salah lakunya.

Walau apapun "wayang" yang dimainkan oleh Anwar dan "barisan balacinya", kebenaran pasti akan terserlah. Yang salah akan tetap dibuktikan dan yang benar pasti akan beroleh kemenangan.

Mungkin tidak terlalu awal untuk aku ucapkan...., Selamat kembali ke Sg Buloh wahai Anwar !

1 comment:

Anonymous said...

biarkan mereka yg bersubahat ngan juburi tu tanggung dosa sama2..

Followers