Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Friday, July 24, 2009

OFF TOPIC - CARA BASMI ISA!!! LIHAT DI BAWAH SEKALI

DI AMBIL DARI BLOG PEMUDA WILAYAH - LIHAT POSTING SAYA DI BAWAH SEKALI

3 Tindakan Pelik Pewaris Sokong ISA

Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.

Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.

Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.

Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.

Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.

Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!

  1. Apa nak di pelikan kan meereka tu bukan ada perjuangan hakiki melainkan jadi bonika orang umNO tu saja mereka memang bodoh dan beebak macam lembu cucuk hidung

  2. salam…

    biasalah…. melayu kuno…. macam ni ler perangainya…

  3. Kalau nak cakap pasal Islam janganlah sekerat sekerat- macam ketam tumpul. Mengapa tumpu pada ISA? ISA zalim? Undang Undang yang diguna pakai sekarang tidak zalim?? Penal Code, Criminal Procedur Code, Evident Act sekarang tidak zalim?? Sek 376 yang membenarkan zina kepada mereka yang melebihi 18 tahun tidak zalim?? Hukum mahkamah syariah yang hanya boleh menjatuhkan hukum tak lebih dari 3 tahun penjara, tak lebih RM5,000 denda dan 6 sebatan tak zalim?? Perlembagaan lord reid yang meletakkan Perundangan Allah dalam Al Quran, kerana bertentangan dengannya, sebagai batal tidak zalim???

    Perjuangkan Islam itu secara syumul dan syamil.. bukan mengikut nafsu dan selera penyokong!!! Takutlah kepada Allah, bukan takut kepada kalah!!

    Seribu satu macam kemungkaran yang ada di depan mata, mengapa ISA dijadikan sasaran??

    Berapa ribu orang yang kena ISA?? Tahukah anda apa sebenarnya Internal Security Acts itu?? Sudahkah anda membaca dan memahami semangat ISA itu atau hanya terikut ikut dengan mereka yang takut menjadi mangsa ISA akibat dari salah laku mereka sendiri.

    Sebagai rakyat Malaysia..tahukah anda bagaimana akta dan undang undang digubah??? Bukankah akta itu berpunca dari parlimen, diusul, dibahas dan diluluskan di parlimen.. tetapi bagaimana anda mahu memansuhkannya dengan cara menunjuk perasaan dan berarak serta berhimpun semata mata untuk menghantar satu memorandum. Apakah jadahnya wakil parlimen yang kamu pilih selama ini?? Mengapa mereka tidak mengunakan medan dan ruang yang ada untuk memansuhkannya?? Kamu mahu pihak majoriti akur dengan tuntutan 5,000,000 pengikut parti kamu tetapi kamu mahu menafikan hak 20,000,000 rakyat yang lain?

    Saya cadangkan kamu bergiat dalam pertubuhan kongsi gelap. Selepas itu baru kamu tahu betapa susah dan sukarnya pihak penguat kuasa undang undang untuk memerangkap dan mendakwa kau di mahkamah..di situlah ISA memainkan peranannya.

    Tanya diri sendiri..apa yang kamu takutkan dengan ISA?? Apakah anda bergiat dalam kegiatan haram seperti judi, pelacuran, dadah dan penyeludupan?? Atau terlibat dengan grombolan bersenjata untuk melakukan pemberontakan??

    Alangkah mudahnya kalau anda mahu memansuhkan ISA iaitu dengan hanya tidak melibatkan diri dengan aktiviti aktiviti yang boleh menganggu gugat keselamatan awam atau negara!!!

    Terdapat seribu satu macam hujjah tetapi semuanya tidak akan berguna kepada mereka yang tidak mengetahui!!!

1 comment:

Gedung Akal said...

Baguslah ISA ini. Kalau DS ?Najib tak berkenan kat Hishamuddin kerana joint kongsi gelap, maka boleh ISA kan Hishamuddin begitukan?

Kalau ada penasihat menteri Cina yang baik dengan kongsi gelap (ermm macam micahel apa tu...?kita tangkap dan ISA kan dia ok.

Dulu Ezam Mat Noor pun kena sebab buat persediaan untuk merampas kuasa secara kekerasan dan kita tangkap shaja dia ok..

ermmm.baguslah ISA...Melayu akan selamat dengan ISA.

Followers