Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Tuesday, July 21, 2009

OFF TOPIC

20 July 2009

Kekhusyukan Nizar Jamaluddin bertafakur Menggunakan Lilin...

Dr Novandri Hasan Basri

'Segak' pula DS Mohd Nizar Jamaluddin di foto ini bersama abang bersongkok di sebelah beliau. Nizar tampak begitu khusyuk serta mengetap bibir mulut mungkin tanda begitu sedih dan sayu apabila melihat api lilin yang beliau pegang itu.

Atau pun Nizar mungkin sedang menahan kesakitan kerana cecair lilin yang panas meleleh ke tangan beliau!


Apa pun, foto di atas menimbulkan pelbagai persoalan kepada Nizar dan 'abang yang bersongkok'.

Apa perlukah orang Islam meniru cara berkabung agama lain dengan memegang lilin?

Apakah Nizar tidak memakai kopiah yang biasa menutup kepala beliau kerana upacaranya tidak islamik atau untuk menunjukkan keliberalan beliau sebagai pemimpin PAS?

Apakah parti PAS tidak memandang tingkah laku Nizar ini sebagai menjatuhkan maruah parti tersebut dan Islam secara keseluruhannya?

Kita semua bersimpati kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan mahukan kes tersebut diselesaikan dengan telus dan adil (klik di sini).

Akan tetapi upacara memperingati kematian seseorang tidak boleh dituruti walau pun ianya berkonsep universal dan liberal.

Kita pun perlu tahu bahawa Nizar tidak disenangi oleh parti DAP suatu ketika dahulu. Pemimpin DAP membangkang perlantikan beliau dan memperlecehkan pemimpin PAS itu. Ianya samalah seperti memperleceh dan memperkotak-katikkan parti PAS dan setiap ahlinya!

Pada bulan Mac 2009 :-

........Bantahan ini ditegaskan oleh tokoh besar DAP Lim Kit Siang kerana jawatankuasa eksekutif pusat parti itu tidak merestui pemilihan Adun PAS di Pasir Panjang, Mohamad Nizar Jamaludin, sebagai menteri besar Perak.

Sebaliknya, kata Lim, parti itu bersedia untuk menerima pelantikan pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (Adun Setiakawan) atau Jamaluddin Mohd Radzi (Adun PKR Behrang) sebagai menteri besar Perak.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Lim berkata jawatankuasa pusat DAP telah merestui penubuhan kerajaan campuran di Perak yang diketuai oleh DAP atau PKR dan bukannya PAS....

..... Sementara itu, Lim berkata, keputusan untuk melantik Mohamad Nizar dari PAS sebagai menteri besar Perak "telah mengejutkan dan membingungkan pemimpin, ahli dan penyokong DAP."

Katanya, dalam mesyuarat tergemparnya di Pulau Pinang pada Ahad lalu, jawatankuasa pusat DAP merestui penubuhan kerajaan campuran Perak yang terdiri daripada 18 Adun DAP, tujuh PKR dan enam PAS.

Selain nama Nizar, PAS, DAP dan PKR semalam mengemukakan nama Ngeh, 47 dan Jamaluddin yang juga bendahari PKR Perak. - MalaysiaKini


Artikel seterusnya :- (Klik di sini)

1 komentar:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Perkara yang menarik mengenai pakatan pembangkang mereka berani mengkritik secara berdepan jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Kritikan secara terbuka dilihat oleh kita seolah-olah gabungan mereka tidak mantap dan akan berpecah dalam jangka waktu yang singkat.

2. Satu lagi perkara menarik yang patut kita kaji mengenai PR ialah kemampuan mereka mencapai kata sepakat walaupun pada zahirnya mereka dilihat seperti anjing dengan kucing.

3. Berbeza dengan pakatan kita, tiada siapa yang berani menyatakan kritikan secara terbuka.

4. Menariknya walaupun tiada kritikan secara terbuka, kita lihat berlaku tikaman daripada belakang bagi mempertahankan kuasa politik.

5. tingkah laku Nizar sebegitu..apa hukumnya..berdosa, murtad atau yang lain2.

Semoga kita di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

No comments:

Followers