Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Thursday, July 23, 2009

SIAPA RASHID OTHMAN???


Analisis Kumbang..

Perkara yang paling menarik di dalam kes liwat Anwar yang terbaru ialah apabila dikatakan terdapat tujuh saksi utama di pihak pendakwaraya. Selain Saiful yang menjadi saksi utama, saksi lain pegawai penyiasat Jude pereira, Hasanuddin, Rahimi, Rashid Othman dan Abd Hamid.

Kumbang tertarik dengan nama Rashid Othman sebagai saksi di dalam kes ini kerana Kumbang pernah mengulas mengenai beliau di dalam blog Kumbang. Klik sini untuk melihat artikel tersebut.

Kumbang juga pernah menyatakan persoalan "adakah Rashid akan terlibat di dalam perbicaran kes liwat Anwar Ibrahim?".
Ternyata persoalan Kumbang ada asasnya apabila Rashid akan dipanggil oleh pihak pendakwaan sebagai saksi di dalam kes ini.

Siapa Rashid bin Othman dan apa yang menarik tentang beliau?

Seperti yang diceritakan blogger-blogger anti Anwar pada Kumbang. Ceritanya lebih kurang begini. Samada Anwar keluar daripada penjara dulu atau Rashid keluar dulu. Rashid dikatakan diambil berkerja oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi pembantunya dan Rashid dikatakan turut tinggal di rumah Anwar. Apa 'portfolio' Rashid di rumah Anwar tidak diketahui secara jelas, mungkin tukang urut atau orang gaji. Tapi GAP menyebut Rashid berkerja sebagai Tukang Urut.

Perkhidmatan Rashid di rumah Anwar ditamatkan Wan Azizah oleh kerana mungkin Wan Azizah tidak berpuas hati dengan 'perkhidmatan' Rashid.Rashid diberhentikan. Peristiwa pemecatan Rashid ini dikatakan berlaku selepas pergaduhan besar antara Anwar dan Wan Azizah yang disebabkan mungkin masalah Rashid ini. Sebab-sebab pemecatan ini masih menjadi misteri. Pelik apabila difikirkan, lelaki dipecat kerana menjadi tukang urut lelaki.
Kenapa Rashid dipecat Wan Azizah?
Adakah Wan Azizah cemburu pada Rashid?

Seperti yang diceritakan rakan Kumbang,Wan Azizah dikatakan sering memberi pesanan kepada pegawai-pegawai Anwar untuk tidak membenarkan sesiapa berada di sekeliling Anwar secara bersendirian. Samada lelaki atau perempuan. Wan Azizah tidak membenarkannya.
Mungkin secara positifnya, langkah Wan Azizah ini adalah untuk mengelakkan sebarang fitnah berlaku terhadap suami beliau. Tetapi pelik apabila difikirkan , Wan Azizah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa tiada 'lelaki' berada bersama Anwar.
Pada Kumbang langkah ini tidak menghairankan kerana mungkin Wan Azizah lebih mengenali siapa suami beliau sebenarnya.

Cerita Rashid tidak habis selepas pemecatan beliau oleh Wan Azizah. Rashid dikatakan bekerja pula untuk Anwar di pejabat lama PKR di Seksyen 16 Petaling Jaya. Selepas beberapa lama, Rashid dikatakan menghilang diri tanpa tujuan dan sebab yang munasabah.
Kemana Rashid menghilang diri?
Kenapa Rashid menghilangkan diri?

Apa kaitan Rashid bin Othman dengan kes liwat Anwar Ibrahim?

Kumbang mengetahui tentang Rashid sebagai saksi di dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini adalah pada januari lalu. Tetapi maklumat yang Kumbang ketahui ini tidak dapat dipastikan kerana masih lagi menjadi tanda tanya. Tanda tanya ini terjawab apabila pengumuman mengenai senarai saksi ini dibuat minggu lepas.Klik sini untuk laporan Tom Yam mengenai perkara ini.

Mengulas peranan Rashid di dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Rashid dikatakan berperanan seperti Sukma Darmawan di dalam kes liwat tahun 1998. Klik sini untuk mengetahui apakah peranan Sukma melalui pengakuan Sukma sendiri.

Rashid dikatakan berperanan seperti Sukma apabila :

1.Menjadi penjaga pintu dan mengawasi supaya sesiapa pun tidak menyedari kehadiran Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari dan beliau di dalam 1 bilik.
2.Mengatur pertemuan Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim (sebagai pemandu).
3.Tinggal bersama Saiful Bukhari di tempat kejadian (kondominium Damansara).
4.Tukang Urut kepada Anwar Ibrahim.

Jika melihat kepada peranan yang dipegang Rashid ini maka layaklah Rashid digelarkan sebagai "SAKSI PANAS' di dalam kes ini. Samada maklumat yang Kumbang terima ini benar atau tidak, Rashid juga mampu untuk menceritakan 'sejarah perkhidmatan' beliau yang penuh berliku ini di perbicaraan nanti.

Antaranya :
1)Apa peranan dan kerja beliau di tempat kejadian?
2)Adakah beliau turut hadir di tempat kejadian?
3)Apa hubungan beliau dengan Saiful Bukhari?
4)Apa hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim

Persoalan ini akan terjawab di mahkamah nanti dan apa yang pasti Anwar Ibrahim pasti semakin resah dengan kehadiran Rashid sebagai saksi di mahkamah kerana Kumbang yakin Rashid tahu apa yang kita tidak tahu mengenai Anwar Ibrahim

Kumbang harap janganlah ada penangguhan dan permohonan pembatalan kes lagi kerana ramai daripada kita ingin tahu apakah 'rahsia-rahsia' Anwar Ibrahim bersama Rashid'.

Pembatalan kes hanya akan menyebabkan kita semua tidak dapat mengetahui siapakah Rashid sebenarnya pada Anwar dan apa peranan beliau di dalam kes ini.
Sama-sama kita nantikan jawapan kepada segala persoalan ini.

"Penantian satu penyeksaan"

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

Sumber Analisis Kumbang!

ParpuKari: Inilah bahayanya main belakang, dah kena sekali pasti nak lagi! Mmmmmm, lazatnya sehingga menjilat kunyit di jari!


ANTI AL JUBURI: DARI REKOD PEJABAT INI AKU ADA 2 NAMA RASHID OTHMAN, SATU DI SUNGAI BUAYA RAWANG, BEKAS TUDM PERNAH MENJADI PENGIRING PADA WAN AZIZAH.. ADIK KEPADA SABTU OTHMAN...

YANG SATU LAGI BERALAMT DI TAMAN JASMIN SEREMBAN, BEKAS PEKERJA PENJARA, DIBERHENTIKAN KERANA 'MEMBANTU' ANWAR DALAM PENJARA SUNGAI BULUH, AHLI PKR YG AKTIF DI SEREMBAN ...

RUPANYA ANTI AL JUBURI NI ORANG DALAM ....DALAM MANA YEK???

No comments:

Followers