Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Sunday, August 30, 2009

MENJELANG SEPTEMBER - SUARA DARI GENTING HIGHLAND

PATUTLAH DIA SELALU SEBUT GENTING - DENDAM KE HANIFF!

(MASA GOH TONG AMBIL GENTING DULU TEMPAT ITU TEMPAT JIN BERONGGENG, BILA DAH DIMAJUKAN OLEH APEK ITU SEMPAT JUGA AL JUBURI REMBAT PULUHAN JUTA(TANYA SAMA NALAKARUPPAN). HARI INI DIA MACAM CEMBURU DAN UNGKIT DALAM CERAMAH MENGAPA BAGI TANAH TU PADA APEK - MASA BERKUASA DULU LU BUAT APA?? TERLALU SIBUK MENJUBOR??

Homoseks: Haniff pernah nasihat Anwar

KUALA LUMPUR, Rabu - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Haniff Omar tidak meragui bahawa dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terbabit dalam kegiatan homoseksual, ada kebenarannya.

Malah, beliau pernah memberitahu Anwar supaya berhenti daripada perbuatannya.

Ketika menjadi KPN, Haniff menjelaskan beliau pernah menerima laporan daripada pegawainya mengenai salah laku seks bekas Menteri Kewangan itu.

"Selepas menerima laporan pegawainya, beliau mengarahkan beberapa siasatan lanjut dilakukan sehingga beliau yakin mengenainya.

"Daripada pengalaman lalu, saya tidak meragui mengatakan bahawa tuduhan ke atas Anwar ada kebenarannya.

"Bagi fikiran saya, kes lama yang pernah saya kendalikan ditimbulkan semula dan kini menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita di pejabatnya petang ini.

Sambil mengesahkan beliau pernah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu pada 9 Oktober 1993, Haniff berkata pegawainya melaporkan mereka mempunyai bukti menunjukkan kemungkinan besar Anwar terbabit dalam homoseksual.

Berdasarkan laporan pegawai itu, beliau diberitahu Anwar mempunyai hubungan dengan dua individu - seorang pondan dan seorang lagi warga asing, yang beliau percaya sebagai 'tali barut' Anwar.

Menurutnya, memang agak sukar bagi ramai orang mempercayai dakwaan itu tetapi bagi beliau, suatu hari ini nanti perkara yang menyalahi undang-undang itu akan menjadi kenyataan.

"Kes ini membuatkan setiap warga Malaysia berasa sedih kerana ia merosakkan imej negara. Melihat kepada perwatakan Datuk Seri Anwar yang kelihatan segak dan kemas, mempunyai kredibiliti, rangkaian kerja yang terbaik, agak sukar orang ramai percaya tuduhan ke atas beliau," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mendedahkan, beliau pernah dimaklumkan mengenai kegiatan homoseksual Anwar beberapa tahun lalu oleh Haniff yang ketika itu masih Ketua Polis Negara.

Menurut Perdana Menteri, Haniff memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu sebelum bersara. Bagaimanapun beliau menolaknya kerana menganggap ia dakwaan palsu.

Haniff menjelaskan, setelah yakin dengan maklumat yang diterima daripada pegawainya, beliau maklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri supaya beliau berjaga-jaga kerana menterinya (Anwar) kemungkinan berada dalam keadaan yang mudah untuk diperas ugut.

"Sebab itu saya laporkan,; katanya.

"Bagaimanapun ketika itu Perdana Menteri tidak percaya. Perdana Menteri tak cakap banyak, jadi saya tahu sangat, apabila Perdana Menteri tak cakap banyak, saya tahulah dia tak percaya.

"Oleh kerana dia tak percaya, jadi saya tak mahu tekankan lagi. Bagaimanapun, saya minta pegawai polis terus memerhatikan perkara itu. Jika kegiatan itu berkembang lagi, mungkin ia boleh ditaklimatkan lagi kepada Perdana Menteri untuk yakinkan dia.

"Ketika itu, saya menyediakan diri untuk bersara. Memandangkan saya mahu bersara, saya minta pegawai saya memaklumkannya kepada pegawai kanan polis supaya perkara itu terus diawasi," katanya.

Menurut Haniff, dua tiga hari selepas memberitahu Perdana Menteri, beberapa orang Anwar ke pejabatnya untuk memberitahu bahawa Anwar mahu berjumpa dengannya.

"Saya tanya sebab apa? Mereka memberitahu saya sebab yang sensitif inilah. Saya menjangka ketika itu beliau (Anwar) dimaklumkan oleh Perdana Menteri. Saya kata bolehlah.

"Saya bertanya di manakah pertemuan itu dan diberitahu di rumah Anwar selepas Subuh. Saya pergi," katanya tetapi enggan menceritakan dengan lanjut mengenai pertemuan itu.

Yang jelas, kata Haniff, Anwar tahu apa yang beliau tahu.

"Bagaimanapun dia (Anwar) tidak tanya bagaimana saya tahu dan laporkan perkara itu. Dia hanya nak tahu adakah pegawai saya akan peras ugut dia. Saya kata kita bukan berada dalam 'blackmail business' (kegiatan peras ugut).

"Saya ada memberitahu Anwar supaya berhenti daripada kegiatan itu. Anwar (ketika itu) tidak memberikan apa-apa penafian," katanya.

Ditanya adakah satu kebiasaan polis mengawasi menteri atau orang kenamaan, Haniff menegaskan, perkara itu tidak berlaku kerana polis tidak mempunyai tenaga untuk mengawasi mereka.

"Kita mana ada tugas macam itu. Tapi kadang kala ketika bertugas menjaga keselamatan negara atau menyiasat kes jenayah, kita mendapat maklumat sampingan atau bertembung dengan sesuatu yang menimbulkan syak wasangka.

"Jika bertembung dengan keadaan itu, kita akan siasat lebih mendalam," katanya.

Haniff turut mengesahkan, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemuinya jam 3 petang ini untuk merakamkan kenyataan beliau berikutan Perdana Menteri menyebut namanya mengenai perkara itu semalam.

"Hanya pada hari ini saya memberi kenyataan kepada polis. Sebabnya kerana Perdana Menteri sebut nama saya sebagai orang yang memberitahu beliau. Polis kena ambil kenyataan saya," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa polis tidak bersikap adil dalam siasatan terhadap Anwar, beliau berpendapat polis mempunyai banyak maklumat sejak dahulu lagi.

Menurutnya, polis negara ini adalah pasukan yang mementingkan profesionalisme dan dalam kes Anwar, mereka perlu menyiasat.

"Mereka tidak terus membuat penghakiman. Mereka menyiasat dan kemudian hantar kepada Peguam Negara. Lazimnya, beliau (peguam negara) akan meneliti maklumat itu dan memastikan ada bukti pertuduhan yang kuat.

"Pada masa saya, peguam negara ialah Tan Sri Abu Talib Othman. Tiada perkara yang tidak kukuh berkisar di sekeliling. Kita juga melihat kepada kepentingan awam.

"Kita ada membuat perbincangan. Kalau boleh mungkin meneruskan siasatan. Ia bukan saja membabitkan ahli politik tetapi pihak lain yang membabitkan kepentingan negara," katanya.

Source: Berita Harian, 24 September 1998.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Mahkamah jadi penentu kes Anwar

Minda Pengarang

BEKAS Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kelmarin membuat kenyataan berhubung pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kegiatan homoseks. Haniff berbuat demikian kerana namanya disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang yang pernah mengadu kepadanya berhubung perilaku Anwar. Haniff yang sudah agak lama bersara dan tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam kerajaan, tidak dapat lagi menyembunyikan maklumat yang diperolehi hasil siasatan pegawai-pegawainya ketika masih berkhidmat, kerana ia menjadi tuntutan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, sebagaimana moto perjuangannya dalam perkhidmatan. Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali dan tidak menyimpan sebarang motif politik terhadap Anwar. Beliau mambangkitkan perkara itu kerana kes yang pernah disiasatnya dahulu timbul semula dan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu pihak berkuasa.

Ketika mula-mula menerima laporan mengenai perilaku Anwar, Haniff tidak menerima bulat-bulat maklumat yang diterimanya. Disebabkan ia adalah sebahagian daripada amalan tugasnya, beliau mengarahkan siasatan rapi dijalankan walaupun ia membabitkan seorang menteri kanan. Ketika itu Anwar ialah Menteri Kewangan. Haniff tentunya mengambil risiko yang tinggi untuk menjalankan siasatan terhadap seorang menteri yang menjadi harapan Perdana Menteri. Memaklumkan perbuatan Anwar kepada Dr Mahathir juga adalah satu tugas yang berat kerana beliau pastinya sedar jika maklumat yang disampaikannya tidak benar atau meragukan, Dr Mahathir mungkin boleh mengenakan tindakan ke atasnya. Apakah kita yakin seorang Ketua Polis Negara sanggup membuat fitnah?

Haniff, sebagai seorang tokoh yang dihormati dan mempunyai kewibawaan diri yang tinggi, tentulah membuat kenyataan mengenai Anwar dengan rasa penuh tanggungjawab. Beliau tidak boleh mengada-adakan cerita tanpa asas yang kukuh kerana sedar beliau pada bila-bila masa akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Mampukah Haniff menafikan di mahkamah kelak yang Anwar pernah memanggilnya pada suatu hari selepas waktu subuh untuk bertanyakan sesuatu perkara yang sensitif, jika pertemuan itu sebenarnya tidak wujud?

Beberapa hari sebelum itu, iaitu pada 9 Oktober 1993, Haniff memberitahu Dr Mahathir mengenai kegiatan homoseksual Anwar. Sanggupkah Haniff menafikan bahawa beliau pernah menasihati Anwar supaya memberhentikan perbuatannya. Haniff nampaknya begitu berani mempertahankan hujahnya kerana pertemuannya dengan Anwar memang wujud dan beliau sendiri memang pernah menasihati Anwar. Haniff tentunya tidak mereka-reka hasil siasatannya kerana ia boleh dibuktikan dengan memanggil pegawai-pegawai yang terbabit dalam tugas menyiasat Anwar.

Mampukah pula Anwar menafikan bahawa beliau pernah bertanya kepada Haniff sama ada pegawai polis akan memeras ugutnya? Nampaknya persoalan utama kepada Anwar ketika itu bukan menafikan tuduhan tetapi kemungkinan maklumat itu digunakan polis untuk memeras ugutnya. Persoalannya kenapakah Anwar bersikap demikian?

Atas kedudukannya yang tidak lagi memegang jawatan penting dalam kerajaan, Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali berhubung isu perilaku seks Anwar. Namun, sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan yang membabitkan tugas keamanan dan ketenteraman awam, beliau pastinya bimbang dengan keselamatan negara. Atas alasan ini jugalah beliau menolak kemungkinan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Polis bertindak berdasarkan bukti, bukan berasaskan andaian. Sebagaimana yang dinyatakannya, beliau terpaksa memberitahu Dr Mahathir perlakuan Anwar itu kerana bimbang Anwar boleh terdedah kepada kemungkinan ia diperas ugut dan boleh pula membawa negara kepada keadaan yang mencurigakan.

Seandainya rahsia perbuatan Anwar diketahui oleh pihak yang berniat jahat, mereka akan menggunakan maklumat dan bukti yang ada untuk membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah sama ada dari dalam atau luar negara. Tuntutan dari dalam mungkin bersangkutan soal politik dan perniagaan dan sudah tentu membabitkan rakyat.

Tuntutan dari luar pula mungkin menyebabkan beliau tidak boleh lagi 'bersuara' dan tidak bermaya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negara. Orang yang berada dalam keadaan 'dicucuk hidung' biasanya akan mengikut apa saja yang diarahkan kepadanya. Jika cuba membantah, rahsianya akan terbongkar. Dari segi keselamatan, perkara inilah yang paling ditakuti.

Apa pun, Anwar akan diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. Sudah tentulah banyak persoalan yang perlu dijawabnya.

Source: Berita Harian, 25 September 1998.

No comments:

Followers