Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, August 17, 2009

MERAKYATKAN ISU PERIBADI??

BN for Permatang Pasir.

I have criticised some of the things that UMNO has done. I have not spared its top leadership from criticisms either. That doesn't mean that I support what PKR and PR do. I will now tell you why the people of Permatang Pasir must now vote for UMNO and BN. Especially the 15,000 Malays and 5000 non Malays.

This election is between UMNO and PAS. PAS is but a pawn in the bigger scheme of things which is the salvation of Anwar Ibrahim and legitimacy of DAP in Penang. PAS and DAP will be trying hard to convince the people that UMNO is here in Permatang Pasir as part of the bigger plan to persecute Anwar and PKR. Indeed, the issues that will be raised by the soon to be formalised coalition of opposition will be centred on this: - that the PR opposes the persecution of the people by UMNO. It therefore claims it speaks for the people.

Accordingly PR will exploit the issues which the current administration is tackling- issues concerning judiciary, issues related to law enforcement, economic injustice, racial harmony and so forth.

Nothing is further from the truth. The real issue however is your interest- the people of Permatang Pasir. Pakatan Rakyat raises their issues as a diversionary strategy to conceal the startling FACT that it is utterly incapable of looking after the people's interests.

Don't allow your future be held ransom by Anwar Ibrahim.

The member of parliament of Permatang Pauh of which Permatang Pasir is part of, is Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim is facing a host of problems. He may wail here, there and everywhere accusing the whole world of turning its back on him, in the end he will have to answer the charges in court. Those charges are proffered against him in his personal capacity. What he has done and does so cunningly is to make it appear that his personal problems are also that of the people. We have nothing to do with what he does behind locked doors.

What has that trickery led to? It has led to stagnation. The world in Permatang Pauh and Permatang Pasir come to a halt on account of Anwar Ibrahim. We must recognise this situation as it truly is- the future of the people in Permatang Pasir and Permatang Pauh are held at ransom. This is tyranny disguised behind a list of accusations against the ruling government. Anwar Ibrahim is as much a tyrant as those he accuses of by manipulating his personal problems to incarcerate the minds of the people in Permatang Pauh and Permatang Pasir.

Hence Anwar Ibrahim insists his problems are the result of a grand conspiracy between the government, the judiciary, the law enforcers and indeed the whole world. He has accused the ruling government of not playing fair while he himself does not know what is fair to the people anymore. He must do so to stay relevant. Justice exists in so far as Anwar Ibrahim is acquitted from all charges.

He can't forever lead us on a wild goose chase, disputing everything in sight even before they appear before the courts. The whole story about a conspiracy that has never died down since 1998 is always stirred up to divert attention.

We don't know what the outcome of his on coming trial is. Let us not place the future of Permatang Pasir on the outcome of Anwar's trial. To do so would be to hold the future of Permatang Pasir at ransom. Why should the future of Permatang Pasir be made to depend on Anwar Ibrahim's leading us on to believe he is a victim of a grand conspiracy?

I am always ready to give him the benefit of doubt as far as all the accusations of sexual preferences are concerned. But the future and the welfare of the people in Pernatang Pasir and Permatang Pauh shouldn't be held ransom by his personal problem.

This is the fundamental reason why the voters in Permatang Pasir must now vote for UMNO candidate.

Just think about these things.

TERJEMAHAN.

Saya telah mengkritik sebahagian perkara yang di lakukan oleh UMNO dan pemerintah hari ini. Saya telah tidak mengecualikan pimpinan tertinggi UMNO dari di belasah. Tujuan nya adalah untuk membetulkan keadaan. Ia nya tidak bermakna saya menyokong politik PR yang hanya menawarkan ribut tapi hujan nya masih lagi belum turun. Sekarang saya akan memberi hujjah mengapa rakyat Permatang Pasir mesti menyokong dan mengundi UMNO. Mesej ini ialah untuk 15000 penduduk Melayu dan lebih 5 ribu bukan Melayu.

Pilihanraya kecil ini adalah pertembungan antara PAS dan UMNO. kedua dua nya parti orang Melayu yang terbesar di Malaysia. Sungguhpun demikian, kebenaran nya ialah: PAS hanya umpan diatas papan catur yang lebih besar iaitu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan mengekalkan kesahihan DAP di Pulau Pinang.

Cara untuk mencapai kedua dua matlamat ini ialah dengan menggambarkan UMNO sebuah parti yang zalim yang masuk ke Permatang Pasir dalam usaha besar mereka untuk menganiayai Anwar Ibrahim. UMNO dan kerajaan akan di gambarkan sebagai parti yang tidak peka terhadap kepentingan rakyat seperti integrity system kehakiman, system kepolisian, keadilan ekonomi dan sebagainya. Sebetulnya, kerajaan pimpinan Dato Sri Najib sedang menangani isiu isiu ini dan inilah yang sebenarnya menggerunkan parti pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Kepentingan penduduk Permatang Pasir tidak ada kena mengena dengan isiu yang menjadi bahan pertelagahan antara UMNO dan PR. Isiu yang sebenarnya ialah kepentingan rakyat Permatang Pasir dan ianya tidak ada kaitan dengan perkara2 yang di gemburkan oleh PRakyat.

Jangan biarkan masa depan kita menjadi tebusan Anwar Ibrahim.

Cuba fikirkan perkara ini. Anwar Ibrahim akan hanya releven kepada Permatang Pasir dan Permatang Pauh selagi dia berjaya menggambarkan diri nya adalah mangsa penganiayaan dan kezaliman. Ini lah pendustaan Anwar Ibrahim yang terbesar kepada kita semua.

Ahli Parlimen Permatang Pauh di mana Permatang Pasir merupakan suatu DUN didalam nya ialah Anwar Ibrahim. Satu dunia mengetahui bahawa Anwar Ibrahim berdepan dengan 1001 masaalah perundangan. Dia akan melolong sana dan sini, ke seantero dunia menuduh bahawa satu dunia telah membelakangi dia serta menganiayai nya. Anwar Ibrahim tidak dapat melarikan diri dan akan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah undang undang. Dia mesti lakukan tanggung jawab ini sebagai seorang laki laki. Masaalah peribadi bukan untuk di rakyatkan.

Sebagai negara dan rakyat yang mendaulatkan keluhuran undang undang, keputusan mahkamah sahaja yang terpenting dan mengatasi segala keputusan lain. Ini termasuklah keputusan dari 'mahkamah rakyat' yang di metoskan dan mahkamah perasaan kita yang sabjektif. Mahkamah rakyat hanya lah suatu ciptaan mereka yang di dapati bersalah di mahkamah undang undang tapi enggan menerima keputusan tersebut. Mustahil, keseluruhan institusi kehakiman dan perundangan kita tidak berguna. Tapi inilah yang mahu di fitnahkan oleh Anwar Ibrahim.

Semua masaalah dan pertuduhan di halakan kepada Anwar Ibrahim dalam kapasiti peribadi nya. Apa yang telah Anwar Ibrahim lakukan dengan licik serta lihai nya ialah memanipulasi masalah yang bersifat peribadi supaya menjadi masaalah yang mesti di bebani bersama. Tindakan Anwar Ibrahim serupa seperti memperibadikan faedah tapi merakyatkan masaalah.

Yang betul lagi benar ialah kita tidak ada kena mengena dengan apa Anwar Ibrahim lakukan dengan siapa, cara mana, di sebalik pintu yang tertutup. Jika kita tidak ada kena mengena dengan sandiwara dan cengkerama yang berlaku, mengapa pula kita harus menanggung beban keatas masaalah peribadi yang timbul? Sifat permasaalahan yang di hadapi oleh Anwar Ibrahim bukan lah masaalah yang sifat nya boleh dan wajib di bebani bersama.

Apakah yang kita dapati dari silap mata yang Anwar lakukan? Ia nya telah membawa kepada kebekuan dan stagnasi. Dunia rakyat Permatang Pauh dan rakyat Permatang Pasir di berhentikan oleh masaalah peribadi Abwar Ibrahim. Masa depan rakyat Permatang Pauh dan Permatang Pasir tidak henti henti di papancaturkan. Kita mesti menyedari apa yang sebenar nya sedang berlaku. Yang sedang berlaku ialah masa depan rakyat Permatang Pauh dan Permatang Pasir menjadi tebusan Anwar Ibrahim.

Ini juga suatu kezaliman keatas rakyat yang tidak kurang getir dan menjengkilkan seperti juga kezaliman yang selalu di laungkan oleh Anwar Ibrahim di lakukan keatas diri nya. Yang sebenarnya di lakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco konco nya ialah menzalimi rakyat dengan memanipulasikan masaalah peribadi supaya memenjarai fikiran merdeka rakyat.

Kerana itulah, untuk menghidupkan kerelevenan nya, Anwar Ibrahim akan terus bersandiwara mendakwa bahawa masaalah yang di hadapi nya adalah hasil konspirasi atau subahat antara kerajaan, insitusi kehakiman dan insitusi pelaksana undang undang bahkan konspirasi satu dunia! Anwar Ibrahim menuduh kerajaan tidak adil walhal dia senditri sudah tidak tahu apa makna keadilan keatas rakyat Permatang Pasir dan Permatang Pauh. Keadilan kepada Anwar Ibrahim hanya ujud selagi ianya memihak kepada nya sahaja.

Anwar Ibrahim tidak boleh menyeru kita mengejar pelangi dan menghambat angsa liar, mempertikaikan semua yang di lihat nya sebelum ianya di adili di mahkamah. Semua cerita mengenai ujudnya satu konspirasi sejak tahun 1998 yang bertujuan menganiayai nya, adalah cerita rekaan untuk mengalih pandangan.

Kita tidak tahu apakah outcome perbicaraan Anwar nanti. Yang kita tahu, ialah jangan kita letakkan masa depan rakyat Permatang Pasir sebagai bergantung kepada keputusan perbicaraan Anwar. Melakukan demikian samalah seperti memperlakukan masa depan Permatang Pasir sebagai tebusan. Mengapa harus kita membenarkan masa depan kawasan kita bergantung diatas kelicikan Anwar Ibrahim menyeru kita percaya bahawa dia adalah mangsa kezaliman konspirasi yang besar?

Saya secara peribadi sentiasa bersedia untuk memberi Anwar Ibrahim the benefit of doubt dalam hal pertuduhan seksual yang ia hadapi. Namun saya fikir, adalah tidak adil menjadikan masa depan dan kebajikan rakyat Permatang Pasir sebagai tebusan kepada perjuangan peribadi yang dia sendiri mesti lalui. Kita mengucapkan selamat maju jaya kepada nya. Tapi biarkan masa depan rakyat Permatang Pasir dalam pilihan mereka sendiri.

Inilah kepada saya, alasan fundamental dan asas mengapa pengundi Permatang Pasir, kali ini mesti mengundi calun UMNO. fikirkan. .

4 comments:

Sharps Shooters said...

Saya setuju sekali!

Sharps Shooters said...

Saya setuju sekali!

Junah said...

Salam,

You're right, you're right.

Anonymous said...

Kawan aku kata,dia akan masuk syurga sebab dia sokong PAS.

Aku kata ,"dalam dunia tak ada syurga.Bila mati baru masuk syurga."

"Kalau nak masuk syurga cepat, mesti mati cepat."

Dia takut bila aku suruh dia mati.
Dia suruh aku masuk syurga dulu.

MasyaAllah.

Ahlil kubur.

Followers