Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Wednesday, May 14, 2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Teks Ucapan Ahli Parlimen Kota Belud : Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah SPB YDP Agong 13 Mei, 2008; Dewan Rakyat.

Saya cuma nukilkan semula bahagian akhir ucapan beliau...

Politik

TYDP,

Pada saya soal lompat ini adalah simptom atau kesan daripada hal yang lain. Melompat ini bukan perkara pokok. Ianya terjadi kerana faktor lain yang berlaku iaitu jika rakyat Sabah dan Sarawak masih berfikiran Kerjaan Pusat meminggirkan mereka.

Maka untuk semua pihak memfokuskan perhatian mereka kepada soal lompat mungkin agak kurang tepat kerana perkara pokok ialah perasaan rakyat Sabah yang memerlukan kasih sayang dan manja dari kerajaan pusat. Itu saja…

Pembangkang jangan terlalu ghairah dan gembira dengan ucapan ucapan YB YB dari Sabah kerana itu adalah luahan hati akar umbi rakyat Malaysia di Sabah. Jika keluhan ini dapat diatasi, saya percaya soal lompat tidak akan berlaku. Dan sememangnya semua permasalahan ini telah diberitahu kepada PM dan beliau akan mengusahakannya. Takkanlah semua yang diminta boleh terjadi dalam sekelip mata.

Walau bagaimana pun. Saya berharap kunjungan YAB Perdana Menteri ke Sabah hujung bulan ini akan membawa khabar gembir untuk rakyat Sabah. Insyaallah.

TYDP,

Pihak pembangkang selalu menuntut supaya kerajaan Malaysia mesti mempunyai minda dan etika kerja kelas pertama. Ada pula yang mengatakan keputusan PRU12 ini menjanjikan suasana politik yang lebih robust, lebih terbuka dan berwibawa.

Ada yang mengatakan sistem dua parti dengan sistem check and balance dan shadow cabinetnya akhirnya berjaya ditubuhkan di Malaysia. Maka dengan fenomena baru ini, delivery sytem (sistem penyampaian) kerajaan dan rasuah akan dapat dihapuskan.

Saya secara peribadi setuju tentang apa yang diajukan oleh parti pembangkang. Peluang yang muncul daripada keputusan PRU12 ini perlu di pergunakan sebaik mungkin.

Tidak kira kita dari parti kerajaan atau parti pembangkang kita bersama sepatutnya membina tamadun dan kemajuan Malaysia yang lebih bermakna dan model politik baru yang berlandaskan minda kelas pertama.

Tetapi malangnya TYDP, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita ambil contoh kerajaan Pulau Pinang. Mereka menjanjikan kerajaan kelas pertama tetapi nyata itu hanya retorik apabila Exco-Exco Kerajaan Pulau Pinang yang dilantik tidak melambangkan kelas pertama.

Ada yang terpaksa dihantar untuk berkursus tetang cara cara bagaimana untuk mentadbir kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan malah tidak pernah mengurus apa apa perniagaan. Sungguh tertipu rakyat Pulau Pinang kerana mereka dijanjikan kerajaan kelas pertama tetapi yang mereka dapat adalah kerajaan kelas ketiga.

Fakta ini bukannya datang dari saya tapi datangnya dari YB Jelutong, Wakil rakyat DAP sendiri dalam interviewnya dengan MalaysisKini (http://www.malaysiakini.com/news/82084).

Parti pembangkang juga selalu menuduh kononnya UMNO dan BN adalah rasuah dan tidak layak untuk menjadi kerajaan kelas pertama.

Pakatan Rakyat sekali lagi cuba untuk mengabui mata rakyat. Sementara mereka mahu supaya BN bermindakan kelas pertama, mereka menunjukkan minda kelas ketiga. Mahu mengajar orang tetapi dia sendiri umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mereka minta BN jangan rasuah tetapi mereka juga mengamalkan rasuah.

Saya ingin bertanya TYDP, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada ahli-ahli parlimen untuk melompat itu bukan rasuah namanya?

Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya?

Selepas itu mereka menawarkan jawatan kabinet pula kepada saya. Bukankah itu rasuah namanya? Siapa makan lada dialah terasa pedasnya. Saya tahu TYDP, trend merasuah ini pernah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding Timbalan Presiden menentang Allahyarham Tun Ghaffar dulu.

Duit berbakul bakul, projek dan pink form menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sejarah tidak boleh diubah. Kami di Sabah masih ingat bagaiman perwakilan dibeli dan diugut. Terima kasih kepada pemimpin agung PKR kerana memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam parti UMNO Sabah.

TYDP,

Saya ingin mengalihkan ucapan saya kepada peralihan kuasa parti yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ramai yang memikirkannya tetapi tidak ramai yang membincangkannya secara terbuka. Iya ahli-ahli Yang Berhormat, tepat sekali tanggapan AYB sekalian, saya bercakap tentang isu peralihan kuasa parti Keadilan rakyat atau PKR. (Ini penting kerana perancangan susunan kepimpinan PKR perlu kita teliti kerana mereka mahu menjadi Perdana Menteri.

Jadi rakyat Malaysia mahu tahu susunan ini agar tidak menjadikan negara tidak stabil apabila Datuk Seri Anwar tidak lagi menjadi Perdana Menteri). Di merata pelusuk negara kita, ramai pemimpin-pemipin Rakatan Rakyat mencanangkan bahawa DSAI akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam sebelum tanggal Hari Malaysia pada 16hb September 2008.

Saya berdoa semoga Ybhg DSAI panjang umur dan sihat tubuh badan untuk menjadi Perdana Menteri sehingga hari kiamat. Tetapi sebagai salah seorang ahli parlimen dari Sabah yang diwar warkan untuk melompat ke PKR, saya dihujani banyak soalan dari orang ramai di kawasan saya yang bertanya siapakah yang akan menjaga rakyat dan negara ini jika DSAI tidak lagi mejadi Perdana Menteri.

Adakah YB Permatang Pauh (Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail – isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang selama ini takut untuk keluar dari bayang bayang Ketua Partinya kerana selama ini pun beliau hanya menjadi puppet dan memanaskan kerusi untuk DSAI?

Adakah Timbalan Presiden PKR (Dr Syed Husin Ali) akan diangkat menjadi senator dan dipilih menjadi PM? DAP marah pulak sebab Dap tidak suka menteri dari kalangan senator.

Atau apakah YB Gombak (Azmin Ali), Naib Presiden PKR yang dari dulu sehingga kini masih dilihat terlalu taksub kepada seseoarang pemimpin idolanya sehingga apa pun yang dicakap oleh Ketua Partinya semuanya ok ok boss! Dan mahu meniru stail DSAI dari cara berpakaian dan intonasi ucapannya?

Apakah YB dari Gopeng (Dr Lee Boon Chye) atau YB dari Subang (Sivarasa Rasiah)?

Atau apakah saya patut mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada Ybhg Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR ke lima kerana bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas DSAI tetapi mungkin itupun tidak kesampaian kerana Datuk Dr Jeffrey Kitingan pernah dikaitkan dengan skandal melesapkan duit Yayasan Sabah berjumlah berbilion bilion ringgit….

Mana mungkin DSAI yang suci bersih itu mahu menjadikan seorang seperti Ybhg Datuk Jeffrey Kitingan yang terpalit dengan dakwaan tuduhan salah laku sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Jadi siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Ketua Parti PKR, DSAI? Rakyat nak tahu!!! Mungkinkah Pakatan Rakyat (PR) akan terus membuat kezutan, meminjam kata kata pengacara Akademi Fantasia, dan menempah sejarah dengan melantik Perdana Menteri yang pertama dari kaum Cina atau India, YB Ipoh Timur (Lim Kit Siang) atau YB Bukit Gelugor (Karpal Singh) dari DAP? Kita tunggu…..

Atau mungkinkah PR akan memberi peluang kepada Presiden PAS, YB Marang (Dato Seri Hadi Awang) untuk menjadi Perdana Menteri?

Tapi dengan cara berpakaian serban dan jubah, YB Marang mungkin akan kempunan, kerana beliau mempunyai masalah dengan imejnya. Dengan berpakaian serban dan jubah ala taliban, beliau dikatakan tidak sesuai memegang jawatan Perdana Menteri kerana akan memberi imej yang salah terhadap Malaysia di mata pelabur antarabangsa.

Malah, dikatakan, rakyat bukan Melayu mungkin akan merasa resah dan gelisah jika beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pelajaran. Ini sekali lagi bukan kenyataan dari saya tetapi dari MalaysiaKini yang menjadi lidah rasmi parti pembangkang (http://www.malaysiakini/news/82576).

Jadi siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri selepas DSAI? Saya tercari cari juga jawapannya sehinggalah seorang kawan memberi sedikit clue atau andaian kepada saya bahawa DSAI sebenarnya sedang membina empayar nepotismanya dengan bakal melantik YB dari Lembah Pantai (NurulIzzah Anwar – anak Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh Malaysia. Tahniah kerajaan anak beranak.

Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.

No comments:

Followers