Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Sunday, August 30, 2009

SEPTEMBER DATANG LAGI -IMBASAN

Anwar liwat dua lelaki

KUALA LUMPUR: Adik angkat dan rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masing-masing dihukum penjara enam bulan semalam, selepas mengaku salah membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu meliwat mereka.

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Munawar Ahmad Anees, mengaku bersalah secara berasingan di dua mahkamah sesyen di sini, atas tuduhan membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur mereka.

Sukma, 37, dan masih bujang, dituduh melakukan hubungan seks seks di luar aturan tabii itu di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara di sini, pada satu malam bulan April tahun ini.

Dr Munawar, 51, sudah beristeri dan mempunyai dua anak, pula didakwa melakukan perbuatan yang serupa di rumah persendirian Anwar, di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, pada satu malam bulan Mac 1993.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum itu, peguambela Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memohon supaya mahkamah membenarkannya menjadi peguam pemerhati untuk kes Dr Munawar, tetapi ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Lim Yee Lan.

Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September lalu atas alasan salah laku seksual. Beliau dipecat daripada Umno sehari selepas itu.

Mengikut fakta kes, Sukma, yang ditahan pada 6 September lalu ialah pengusaha butik dan mempunyai rumah sendiri di unit nombor 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medan Tanduk, Bangsar, di sini.

Bagaimanapun, dia diberikan bilik khas di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan di situlah perbuatan itu dilakukan.

Pada April lalu, Sukma pergi ke kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri untuk bermalam di biliknya.

Pada sebelah malamnya, ketika keluarga Anwar tidur, Anwar masuk ke bilik itu dan mengajak Sukma mengadakan hubungan seks di luar aturan tabii (meliwat). Sukma kemudian membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur beliau.

Sukma mengakui fakta kes itu benar di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Hasnah Mohd Hashim, selepas dikemukakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail.

Sebelum itu, peguam Mohamed Noor Don, memohon mahkamah memasukkan laporan pengakuan Sukma kepada majistret sebagai barang kes. Permohonan Mohamed Noor itu dibenarkan oleh hakim.

Fakta kes Dr Munawar pula menyebut, rakyat Pakistan yang menjadi pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat itu ditahan pada 18 September lalu.

Dr Munawar ialah perunding syarikat Real Mild Sdn Bhd dan rakan perbincangan intelektual Anwar.

Pada 1989, dia menjadi pensyarah pelawat dalam jurusan Falsafah Sains Islam di Institut Teknolgi Mara (ITM) dan berkenalan dengan Anwar yang menjadi Menteri Pendidikan ketika itu.

Dari semasa ke semasa, Anwar menjemput Dr Munawar ke rumahnya di Nombor 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara untuk berbincang atau menunjukkan artikel serta buku terbaru yang dimilikinya.

Pada satu malam di bulan Mac 1993, Anwar menjemput Dr Munawar ke rumahnya dan ketika berada di rumah berkenaan, Anwar memuaskan nafsu dengan sahabatnya itu.

Dalam perlakuan mereka, yang berlaku di bilik kecil berdekatan perpustakaan tingkat atas rumah itu, Dr Munawar membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam duburnya (Dr Munawar).

Dr Munawar yang kelihatan kurang sihat, mengaku fakta kes itu benar di depan Lim selepas dikemukakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamed. Dia diwakili oleh peguam, Mohd Yaacob Karim.

Kedua-dua tertuduh dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman, berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap. Dr Munawar dibawa pada jam 12.30 tengah hari, manakala Sukma pada 1.30 petang.

Bapa angkat Sukma, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan anak saudaranya yang baru tiba dari Jakarta, Doni Teguh Peribadi serta isteri Munawar, Fatima Beladi, hadir di mahkamah.

No comments:

Followers