Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Sunday, August 30, 2009

SEPTEMBER INGATKAN MEREKA YANG MUDAH LUPA

Anwar takut dibicara: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, Rabu - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kekacauan sehingga terpaksa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana beliau takut untuk dibicarakan di mahkamah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata Anwar bimbang jika beliau dibicarakan di mahkamah, segala kebenaran berhubung salah laku seksualnya akan didedahkan.

Sehubungan itu, katanya, Anwar mencetuskan kekacauan di negara ini dengan menggunakan pelajar bagi mengelakkan beliau dibicarakan di mahkamah.

"Saya yakin beliau akan terbukti bersalah jika dibicarakan di mahkamah kerana buktinya amat kukuh," katanya ketika memberi taklimat mengenai soal ekonomi dan politik negara kepada lebih 30 pemimpin masyarakat Cina yang diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, di sini, hari ini.

Sebelum itu, kumpulan pemimpin berkenaan menyerahkan kira-kira 100,000 kad ucapan merdeka yang ditulis masyarakat Cina di negara ini kepada Dr Mahathir bagi melahirkan sokongan kepemimpinan beliau, di samping mengucapkan selamat Hari Merdeka.

Perdana Menteri juga berkata, Anwar berharap kerajaan negara ini akan tumbang menerusi kekacauan yang dicetuskannya, seperti yang berlaku kepada Presiden Suharto di Indonesia bagi membolehkan dirinya sendiri dipilih sebagai pemimpin.

Dr Mahathir berkata, Anwar juga mahu beliau ditangkap di bawah ISA supaya dunia akan menganggap Kerajaan Malaysia memang jahat.

Justeru, katanya, Anwar turut juga menggunakan anak dan isterinya untuk menarik simpati dunia.

Katanya, ini termasuk tidak melantik penyokongnya sebagai pemimpin selepas beliau ditangkap, sebaliknya menjadikan Dr Wan Azizah sebagai pemimpin.

Sambil mengatakan beliau memahami keadaan Dr Wan Azizah yang setia kepada suami, Dr Mahathir berkata, Dr Wan Azizah juga berusaha membuatkan dirinya ditangkap serta turut membabitkan anak-anak mereka supaya masyarakat terus bersimpati kepadanya.

Perdana Menteri kesal perkara itu berlaku dan berharap seluruh lapisan rakyat tidak akan mempercayai helah yang dilakukan Anwar.

"Kita adalah negara aman yang mana rakyat pelbagai kaum sering bekerjasama untuk membangunkan negara ini dan kita tidak harus membiarkan mana-mana pihak untuk merosakkannya," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir yakin beliau cukup kuat untuk menghadapi sebarang cabaran daripada Anwar, jika Anwar hendak mencabarnya dalam Umno.

"Beliau boleh mencabar saya dalam politik. Itu tidak menjadi soal kerana saya berpendapat saya cukup kuat dalam Umno. Orang lain pernah mencabar saya dahulu dan anda tahu di mana mereka sekarang," katanya.

Dr Mahathir yang juga Presiden Umno turut yakin beliau mendapat sokongan daripada anggota-anggota Umno, walaupun jika Anwar menggunakan wang dalam politik.

Menurutnya, dengan membangkitkan isu seperti kronisme, Anwar menaruh harapan beliau (Dr Mahathir) akan menjadi tidak popular dan menjangka ahli parti pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini akan mengejeknya, tetapi tidak berbuat demikian.

"Justeru, politik ialah sesuatu yang saya dapat menguruskan, ekonomi pun saya boleh kendali. Walaupun jika beliau (Anwar) berada di kedudukan itu," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, cara yang digunakan Anwar untuk menyingkir Ghafar Baba ketika pemilihan Umno 1993 bukanlah cara yang sesuai.

Source: Berita Harian, 24 September 1998.

1 comment:

Anonymous said...

bintara muda.
betul apa yang Tun Katakan itu saya sokong 100% kerana orang yang berfikiran terbuka sahaja yang akan faham taktik kotor yang dimainkan anuar. Bagi yang taksub sangat dengan anuar ini berfikirlah sebagai manusia yang bermaruah.

Followers