Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, September 23, 2009

AL JUBURI ARAHKAN POLIS GEMPAR

KUALA LUMPUR, Rabu - Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd Said Awang memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar yang dalam tahanan polis menarik balik tohmahan bahawa beliau melakukan salah laku seks.

Mohd Said berkata, Anwar mengarahkannya mendapatkan Ummi dan Azizan supaya menarik balik tohmahan terhadapnya selepas diberitahu mengenai tangkapan kedua-dua mereka.

Menjawab pertanyaan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Abdul Gani Patail, Mohd Said berkata, Anwar tidak mahu Ummi dan Azizan yang ditangkap pada 17 Ogos tahun lalu, ditahan terlalu lama tetapi meminta kedua-dua mereka menarik balik tohmahan berkenaan.

Ummi dikatakan membuat tohmahan ke atas Anwar melalui surat bertajuk 'Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri' dan pengakuan bersumpah Azizan berhubung perkara yang sama.

Mohd Said ialah saksi pertama yang memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan Anwar, 51, yang menghadapi empat tuduhan rasuah berhubung campur tangan dalam siasatan polis.

Beliau kini bercuti sebelum bersara pada 17 November ini.

Mohd Said yang memberi keterangan dalam bahasa Inggeris berkata, Anwar sebelum itu menyuruhnya mencari Ummi dan Azizan secepat mungkin untuk disoal dan 'gempar mereka'.

Perkataan gempar itu menyebabkan suasana dalam mahkamah agak riuh kerana Hakim S Augustine Paul dan peguam-peguam tidak memahami maksud perkataan itu.

Paul: Apa itu gempar... bagaimana ejaannya.

Abdul Gani: Saksi boleh menjelaskan perkara ini.

Mohd Said: G E M P A R... Apa yang saya faham adalah untuk mengejutkan mereka (Ummi dan Azizan) serta meletakkan sedikit ketakutan kepada mereka.

Abdul Gani: Untuk tujuan apa?

Mohd Said: Berhubung dengan surat itu.

Ketika ditanya oleh Abdul Gani bagaimana cara Ummi dan Azizan perlu menarik balik tohmahan itu, Mohd Said berkata, Anwar memberitahunya mereka perlu membuat pengakuan menarik balik tohmahan itu secara bertulis.

Anwar dikatakan mahu Ummi dan Azizan membuat surat memohon maaf yang dialamatkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, Anwar mahu beliau mencari Ummi dan Azizan bagi mengetahui dengan lanjut berhubung surat dakwaan salah laku seks itu serta sebab-sebab ia ditulis.

Menurutnya, dalam pertemuan yang lain pada 13 Ogos 1997, kira-kira jam 10 malam, beliau dan Datuk Amir Junus (Timbalan Ketua Cawangan Khas II) berbincang dengan Anwar di perpustakaan rumah bekas Timbalan Perdana Menteri di Jalan Damansara.

Mohd Said: Kami mengadakan perbincangan berhubungan perkembangan terbaru surat berkenaan.

Abdul Gani: Apa yang awak beritahu tertuduh?

Mohd Said: Saya memberitahunya yang kami menerima beberapa maklumat yang Datuk Megat Junid (Megat Ayob) kemungkinan memperolehi surat Ummi daripada isterinya dan menyerahkannya kepada KPN.

Mahkamah kemudian diberitahu bahawa Megat Junid ketika itu berjawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Selain surat daripada Ummi dan Azizan, Mohd Said memberitahu mahkamah, beliau mendapat tahu ada satu lagi surat layang bertajuk 'Talkin terbuka untuk Anwar Ibrahim'.

"Surat itu dikatakan ditulis oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersama lima pertubuhan lain. Apabila saya menunjuk surat ini kepada Anwar, beliau tidak mempercayai surat ini ditulis oleh Abim kerana isi kandungannya sama dengan surat Ummi.

"Kami percaya surat itu ditulis oleh kumpulan yang sama dengan Ummi dan Azizan," kata Mohd Said.

Menurutnya, selepas Ummi dan Azizan ditahan, beliau mengarahkan Asisten Superintendan Mazlan Mansor untuk menyoal Azizan dan Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin menyoal Ummi.

"Proses menyoal kedua-dua tahanan itu dipanggil 'Turning Over Operation' iaitu untuk menukar pengakuan serta 'neutralize' mereka (Ummi dan Azizan) kepada normal," katanya.

Abdul Gani: Bagaimana 'Turning Over Operation' ini dilakukan.

Mohd Said: Ini adalah rahsia SB (cawangan khas).

Beliau kemudian memberitahu mahkamah, pegawainya memaklumkan kepadanya bahawa agak sukar menukar pendirian Ummi kerana dia mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap dakwaannya itu tetapi Azizan agak mudah berbuat demikian.

"Aziz dan Mazlan, selepas menyoal siasat Azizan dan Ummi, membuat kesimpulan ada asas berhubung tohmahan terhadap Anwar," katanya.

Ketika ditanya Gani, mengapa dia masih mahu 'neutralize' Ummi dan Azizan sedangkan ada asas terhadap tohmahan terhadap Anwar, Mohd Said berkata, ini kerana beliau menerima arahan daripada seorang Timbalan Perdana Menteri.

Mohd Said berkata, pada 17 Ogos 1997, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Rahim Noor memberitahunya, Dr Ristina Majid mengadu rumahnya digeledah oleh polis.

Menurutnya, beliau menjelaskan kepada KPN yang mereka melakukan itu kerana Ummi dan Azizan berada di rumah Dr Ristina.

Selain itu, katanya, beliau ada meminta Anwar membuat laporan polis berhubung surat-surat berkenaan tetapi Anwar tidak mahu membuat laporan polis.

Menurutnya, Anwar berkata, beliau tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu kesnya disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Selepas meyakinkan Anwar supaya membuat laporan polis, Mohd Said berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu walaupun kes itu disiasat CID, dia tidak mahu ia dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, Mohd Said tidak ingat sama ada Anwar ada menerangkan sebab-sebab mengapa beliau tidak mahu kes itu disiasat atau dibawa ke mahkamah.

Perbicaraan bersambung esok.

4 November 1998

1 comment:

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Followers