Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Friday, September 18, 2009

AL JUBURI KEGUGURAN !!!

Masih ada orang yang taksub kepada Anwar Ibrahim biarpun banyak bukti dan fakta di depan mata. Mengapa Anwar begitu bersungguh-sungguh mahu mengelakkan perbicaraan mengenai kes liwatnya?

Jika pada 1998 Anwar mengadakan demontrasi jalanan bagi menutup kes liwatnya, kali ini beliau mahu mengharamkan semua pendakwaraya kanan daripada mengendalikan kesnya. Mengapa Anwar begitu takut?

Khabarnya kali ini bukti dan fakta lebih jelas memandangkan kes baru berlaku apabila dilaporkan dan beliau pula tiada lagi kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu menutup jejak-jejak laknatnya.

Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Ogos lalu, Anwar memohon kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar keseluruhan pasukan pendakwa raya dilucutkan kelayakan mereka daripada mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes liwat tersebut.

Anwar menamakan Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden; dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman serta Noorin Badaruddin, responden pertama hingga ketujuh.

Mengapa Anwar mahu menyingkirkan keseluruhan pasukan Pendakwaan jika bukan untuk melewat-lewatkan perbicaraan kesnya?

Anwar juga tidak berminat dengan keadilan sebab itu beliau turut membantah kesnya dipindahkan ke mahkamah tinggi dari mahkamah sesyen.

Ini satu lagi taktik Anwar untuk melengah-lengahkan kes sedangakan semua orang tahu untuk kes seperti yang beliau hadapi, mahkamah Sesyen lazimnya hanya untuk sebutan kes sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar akan menggunakan apa sahaja saluran untuk mengangguhkan kesnya sehingga pilihan raya akan datang.

Beliau berharap Pakatan akan menang pilihan raya akan datang bagi membolehkan beliau menyalahguna kuasa sekali lagi bagi menutup kesnya.

..


KUALA LUMPUR 16 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwat terhadap bekas pembantunya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu antara lain telah menyalahgunakan proses mahkamah bertujuan melemahkan prosiding jenayah yang dihadapinya.

Justeru beliau memutuskan untuk menolak permohonan Anwar mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Alizatul menyatakan permohonan Anwar itu tidak menyatakan secara khusus sebarang tindakan tertentu yang salah di sisi undang-undang dilakukan oleh tujuh pendakwa raya tersebut sehingga memerlukan mahkamah menggunakan kuasa melucutkan kelayakan mereka.

Walhal, katanya, mengikut Perintah 53 Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi 1980, seseorang pemohon dibenarkan mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar sesuatu keputusan atau tindakan oleh pihak berkuasa yang dikatakan salah di sisi undang-undang atau berlakunya penyalahgunaan kuasa.

‘‘Dalam kes ini, pemohon tidak mencabar secara spesifik sebarang tindakan salah oleh pendakwa raya yang membolehkan mahkamah ini menggunakan kuasa penyeliaannya,’’ katanya.

Justeru pada hemat Hakim Alizatul, permohonan tersebut sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Tinggi Jenayah dan bukannya di mahkamah beliau.

Beliau turut menegaskan, melalui permohonan itu, Anwar bukan sahaja cuba berusaha melucutkan kelayakan tujuh pendakwa raya terbabit tetapi juga kesemua pendakwa raya dari Jabatan Peguam Negara dan Peguam Cara Negara daripada mengendalikan pendakwaan kes liwatnya.

‘‘Ia adalah sama seperti untuk melemah dan menghentikan prosiding (jenayah) walaupun Sivarasa (peguam Anwar, R. Sivarasa) menyatakan pemohon tidak bermaksud untuk menghentikan keseluruhan pasukan pendakwaan,’’ tegas beliau.

Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Ogos lalu, Anwar memohon kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar keseluruhan pasukan pendakwa raya dilucutkan kelayakan mereka daripada mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes liwat tersebut.

Anwar menamakan Peguam Cara Negara I, Datuk Idrus Harun; Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden; dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman serta Noorin Badaruddin, responden pertama hingga ketujuh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menamakan Pendakwa Raya dan kerajaan Malaysia sebagai responden kelapan dan kesembilan.

Permohonan tersebut dikemukakan dengan alasan wujudnya berat sebelah atau wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah, konflik kepentingan dan salah laku pendakwaan oleh responden pertama hingga ketujuh.

Anwar mendakwa pasukan pendakwaan itu mendapat arahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, pertuduhan dibuat dengan niat jahat (mala fide) serta ia adalah kesinambungan daripada kes yang dihadapinya pada 1998.

Dakwanya lagi, Abdul Gani bertindak secara berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kes itu apatah lagi terdapat laporan polis terhadap Peguam Negara itu berhubung konspirasi politik dalam kes tahun 1998 dan insiden ‘mata lebam’.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan kes liwat itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah), Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 3 November ini.

Anwar diwakili barisan tujuh peguam diketuai oleh Sivarasa manakala responden diwakili tiga Peguam Kanan Persekutuan diketuai oleh See Mee Chun.

Sivarasa ketika ditemui pemberita memberitahu pihaknya akan menasihatkan Anwar berhubung tindakan selanjutnya yang perlu diambil sama ada memfailkan permohonan baru di Mahkamah Tinggi Jenayah atau mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.


..

6 comments:

Junah said...

Salam,

hmmm full of facts susah wong pencen nak konar ni.

Anonymous said...

Semalam saya ada baca Paper Keadilan terbaru ada 2 isu yang haprak bangang. Tajuk utama ditulis dari Rusnizam otak mandul.Ada ke dia cakap BN yang sengaja liwat-liwat kan kes nuar aljuburi.Langsung tak tulis pasal peguam tunda yang nak minta tunda udah lah nak layan lelebih buang masa jer otak mandul ni
Isu kedua WanAzizah dlm komentar meja presiden Sebelum tu dia pun mula le merapu pasal teori konspirasi basi.Kak Jijah siap pantun laie bunyi pantun nye cam ni
ORANG MUDA PAKAI TANJAK,
LAGI TAMPAN BERAKHLAK LAH IA,
LANGKAH PANGLIMA USAH TERLAJAK,
KELAK PENGLIMA GELAR PADANYA ( 2X )
meh Pok Cik pun nak balas pantun Ajijah ni
pantun 5 kerat yo..
ORANG MUDA SEDANG MEMBAJAK
(nak membajak pun password kena ingat eei!!!!)
SAMBIL MEMBAJAK PAKAI KY JELLY,
LANGKAH PANGLIMA SUDAH TERLAJAK,
KELAK PENGKHINAT BANGSA GELAR DIBERI,
ITULAH DIA ANWAR AL-JUBURI (5X)
alahai jijah mah sape nak berpantun bole kirim kat sinih!!!!

Anonymous said...

Islam amat indah dan menjaga maruah penganutnya. Malah kita diminta menutup aib saudara kita. Itu yang Allah minta. Saudara sendiri tiada bukti melainkan dengar baca dengar baca. Itu saja. Allah mengutuk perbuatan saudara. Kalaulah sikap saudara berterusan begini, tunggulah azab Allah.

Anonymous said...

Bukankah Tun Mahathir sendiri dah buat pengakuan di depan khalayak ramai sebelum PRU12 bahawa Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Saya yakin, itu pengakuan jujur Tun Mahathir.

Anonymous said...

AKU AMAT YAKIN...SEANDAINYA APA-APA YANG BURUK BERLAKU KE ATAS ANWAR KERANA PERBUATAN UMNO....PASTI PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG MUDAH DALAM PRU 13.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Followers