Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, September 2, 2009

AL JUBURI TERCIRIT DI LUAR MAHKAMAH

Oleh Cyber1trooper, AIDCclub

Tindak tanduk Anwar tidak mencerminkan perbuatan. Dia bersungguh-sungguh mengatakan tiada kes, dan mahu kes digugurkan dengan segera, tetapi dalam masa yang sama memfailkan permohonan agar semua barisan pendakwaan dilucutkan kelayakan. Kalau berjaya melucutkan semua barisan pendakwa kes liwat, siapa lagi yang mahu membela Saiful. Dari permohonan mendapatkan dokumen, permohonan gugurkan kes hingga permohonan lucutkan kelayakan pihak pendakwa. Klik di sini

Kes menggugurkan barisan pendakwa ini bukan perkara baru. Pada Julai 2009, Anwar telah membuat cubaan pertama, tetapi menarik balik cubaan itu setelah menyedari dakwaannya tidak berasas.

Pada Julai lalu, Sankaran Nair mengemukakan notis usul bagi permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mengecualikan pasukan pendakwaan daripada terlibat dan mengendalikan kes pendakwaan kes liwat. Alasan Anwar antara lain mendakwa pasukan pendakwaan tersebut mendapat arahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pertuduhan terhadapnya dibuat dengan niat jahat (mala fide).Klik di sini

Setelah gagal dalam percubaan pertama, Ogos lalu, Anwar mengulangi skrip lama, dengan memfailkan satu lagi usul untuk menggugurkan semua barisan pendakwaan dengan alasan yang sama iaitu menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dalam perbicaraan kes liwat. Klik di sini

Takut benar, Anwar dengan Abdul Ghani Patail. Kenapa terlalu takut ? Dendam dengan Ghani Patail yang berjaya membuktikan pertuduhan Anwar melakukan penyelewengan pada tahun 1998, hingga terpaksa merengkok 6 tahun dalam penjara ?

Tetapi memang kronik tindakan Anwar, dia juga yang berkempen tiada kes, desak gugurkan kes, dia juga mahu gugurkan pasukan pendakwaan, tetapi dalam masa yang sama dia juga menambah lagi 4 orang peguam bela menjadikan kesemuanya berjumlah 12 orang.

Aduhai, kata tidak kes, tetapi bersiap sedia dengan barisan peguam yang handal-handal sampai 12 orang itu, apa pasal? Ada kes ke tak ada kes ni ? Kalau tak ada kes, cukuplah dengan barisan penguam bela yang sedia ada berjumlah 8 orang, ditambah 4 peguam lagi buat apa?

Ini betul-betul dalam ketakutan ni. Kerana tidak percaya dengan barisan pasukan yang sedia ada, terpaksa diimport, barisan luar untuk mempertahankan diri. Penguambela Anwar seramai 12 orang, nak lawan hanya dengan 7 orang pihak pendakwaan. Sepatutnya pihak pendakwaan yang perlu tambah peguam lagi nak membuktikan Anwar adalah peliwat, tetapi pendakwa tidak tambah ahli pasukan, yang kononnya kata tiada kes pula beriya-iya menambah pasukan barisan pertahanan.


Tujuh orang pasukan pendakwaan : Datuk Idrus Harun, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden,Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin.

Manakala 12 orang pasukan penguambela Anwar : Raja Aziz Addruse, 73, Karpal Singh,69, Datuk Param Cumaraswamy, 68, dan Datuk CV Prabakharan 65, R. Sivarasa, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Leela J. Jesuthasan, Latheefa Koya, Mohd. Razlan Jalaludin, Saiful Izham Ramli dan SN Nair.

Melihat dari segi umur peguam-peguam yang baru ditambah itu, kesemuanya berstatus veteran. Paling kurang boleh minta tangguh lagi, jika salah seorang peguam sakit.

Khabarnya Karpal Singh salah seorang yang boleh isi borang cuti sakit. Khabarnya Karpal dilanda penyakit misteri hingga terpaksa berkurung di rumah. Cerita ini mula bertiup di internet sejak dua minggu lepas. Kalau benar apakah penyakit Karpal dan bolehkah dia menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar yang bermula esok (2 September) ?Klik di sini


4 comments:

Jeffry said...

SLM BRO...BKN 12 TP 11!..DGR CITER SI KARPAL TGH TENAT

Anonymous said...

Semuga Allah swt mempercepatkan dan mempermudahkan urusan kes tersebut demi keadilan Saiful. Sehingga kini Saiful menanggung kesabaran kerana sikap Anwar yang cuba menegak benang basah. Allah swt mengetahui siapa Anwar sebenar.

Anonymous said...

Baguslah Kapal tu nak karam ... lepas ini, epmbangkang boleh dapatu 2 lagi kerusi.

Satu kerusi Parlimen dan yang satu lagi KERUSI RODA.

Kerusi Parlimen untuk DAP, kerusi roda untuk al juburi pergi ke mahkamah nanti

Anonymous said...

meh bukak site nie pulak kenakalan politik

Followers