Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Tuesday, September 8, 2009

ANU WAR ARAH CUNGKIL RAHSIA

KUALA LUMPUR, Selasa - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Cawangan Khas (SB) untuk mengesan serta mencungkil maklumat daripada Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar kerana menulis surat mengandungi dakwaan salah laku seksualnya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus berkata, arahan itu dikeluarkan pada pertemuan pertama dengan Anwar pada jam 10 malam 12 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri.

Ketika itu, katanya, beliau bersama bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang menemui Anwar di rumahnya selepas menerima panggilan telefon daripada pegawai pengiring Timbalan Perdana Menteri, Asisten Superintendan Zull Aznam Haron.

Amir, saksi ke-11 pendakwa, ketika ditanya oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail mengenai apa yang berlaku dalam pertemuan dengan Anwar malam itu, berkata:

"Semasa dalam bilik bacaan rumah Anwar, tertuduh telah pun memaklumkan kepada kami mengenai ID14 (surat Ummi Hafilda dan pengakuan Azizan). Anwar juga bertanya kepada kami adakah kami juga mendapat ID14 ini. Selain itu, tertuduh telahpun menyatakan bahawa surat ini (ID14) ditulis oleh Ummi Hafilda. Tertuduh telah menceritakan tentang masalah Ummi Hafilda dengan keluarganya".

Abdul Gani: Ketika itu apakah jawatan yang dipegang tertuduh?

Amir: Ketika itu, tertuduh adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Abdul Gani: Sewaktu di bilik bacaan, adakah kamu memaklumkan apa-apa kepada tertuduh?

Amir: Kami telah memaklumkan kepada tertuduh bahawa ID14 ini, kami telah perolehi salinannya daripada IGP (Ketua Polis Negara).

Abdul Gani: Seterusnya apa berlaku?

Amir: Seterusnya tertuduh telah mengarahkan kami mengesan Ummi Hafilda dan Azizan serta mencungkil segala maklumat daripada mereka kenapa kedua-duanya membuat dakwaan seperti dalam ID14.

Abdul Gani: Adakah kamu menyatakan apa-apa pada tertuduh selepas beliau memberi arahan itu?

Amir: Saya mendengar SP1 (Mohd Said) berkata; "We Will look into the matter".

Menjawab soalan Abdul Gani, Amir memberitahu mahkamah, keesokannya beliau mengadakan perbincangan dengan Mohd Said untuk memantau Ummi Hafilda dan Azizan secara lebih berkesan.

Katanya, selepas perbicangan itu, Mohd Said mengarahkan Asisten Komisioner Mazlan Mohd Din mengenal pasti Ummi Hafilda dan Azizan serta memperluaskan siasatan berkenaan.

Menurut Amir, pada malam itu, beliau menerima panggilan telefon daripada Zull Aznam untuk datang ke rumah Anwar pada jam 10 malam.

Ditanya siapa yang mengarahkan beliau datang ke rumah Anwar, beliau berkata Zull Aznam memberitahunya, Anwar yang mengarahkan beliau dan Mohd Said datang ke rumahnya.

Abdul Gani: Apa yang berlaku ketika kamu bertemu Anwar dalam bilik bacaan?

Amir: Dalam bilik bacaan itu kami berbincang mengenai ID14 dan kami juga menyatakan bahawa kami belum dapat mengesan Ummi Hafilda dan Azizan.

Abdul Gani: Apa-apa lagi dimaklumkan kepada tertuduh?

Amir: Saya telah memaklumkan bahawa ID14 yang kami perolehi ialah diberi kepada IGP oleh Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.

Abdul Gani: Selepas itu apa berlaku?

Amir: Selepas itu, tertuduh telah mengarahkan kami untuk mengesan Ummi Hafilda dan Azizan dengan secepat mungkin dan menemuduga mereka serta "gempar" mereka.

Abdul Gani: Apabila tertuduh katakan "gempar" Ummi Hafilda dan Azizan, apa yang datuk faham mengenai perkataan itu?

Amir: Daripada air muka; nada dan suara, saya yang berasal daripada Pulau Pinang, perkataan "gempar" yang dimaksudkan itu adalah untuk "menakutkan".

Abdul Gani: Adakah kamu tahu tertuduh minta datuk "gempar" Ummi Hafilda dan Azizan?

Amir: Daripada permintaan itu, untuk mengempar Ummi Hafilda dan Azizan supaya mereka tidak menyebarkan dakwaan yang terkandung dalam ID14.

Pendakwa kemudian mengemukakan nota fail yang ditulis oleh Amir mengenai pertemuannya dengan Anwar pada 12 dan 13 Ogos 1997. Nota itu kemudian diterima sebagai barang kes pendakwa (P42).

Amir memberitahu mahkamah, dalam pertemuannya dengan Mohd Said di pejabatnya pada 15 Ogos 1997, Mazlan memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan siasatan ke atas ID14 serta terdapat satu surat layang bertajuk "Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim" telah tersebar.

Katanya, beliau kemudian menerima panggilan daripada Zull Aznam yang Anwar mengarahkan mereka ke rumahnya pada jam 2 petang hari yang sama.

Sebelum itu, Amir memberitahu mahkamah, pada 8 Ogos 1997, KPN telah memberitahunya mengenai surat perihal salah laku timbalan perdana menteri dan arahannya kepada beliau.

Menurutnya, dalam pertemuan itu Mazlan juga memaklumkan kepada KPN mengenai "Ops Solid Grip".

Amir berkata, pada 11 Ogos 1997, beliau bersama Mazlan pergi ke pejabat KPN untuk memberi taklimat mengenai risikan dan maklumat surat berkenaan serta taklimat mendalam berhubung "Ops Solid Grip".

Kepada satu soalan, Amir berkata KPN kemudian menyerahkan satu salinan surat perihal salah laku timbalan perdana menteri; laporan khas dan pengakuan bersumpah Azizan.

Menurutnya, KPN juga mengarahkan mereka membuat siasatan penyebaran surat itu dan mengawasi keadaannya.

Amir berkata, dalam pertemuan seterusnya dengan KPN, mereka memberitahu, ID14 tidak tersebar luas dan penulisnya, Ummi Hafilda berusaha untuk menyampaikan surat itu kepada Perdana Menteri.

Berita Harian 24 November 1998

No comments:

Followers