Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, September 7, 2009

DISALIN DARI BLOG AZLI SHUKRI

TERMASUK KOMEN ANTI AL JUBURI

Anwar Ibrahim 2009
Berakhirnya Kepastian

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran. Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.

“Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat.

“Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.

“Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

“Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya.

Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal?

‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes. Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”.

Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan. Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.

‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang. Boleh saya kata begitu?

‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul. Ini tak logik, mengarut,” katanya.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.

‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar?

‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.


Ulasan saya : Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan di sini. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim tidak takut untuk berhadapan dengan mahkamah dan kebenaran. Pada hari ini, tiada apa-apa pun yang menakutkan Anwar Ibrahim. Sama ada betul atau tidak beliau meliwat Saiful, itu bukanlah pokok isunya- malah, isu ini juga tidak berupaya lagi untuk menjejaskan kredibiliti Anwar. Isu ini, menurut para penyokong Anwar, merupakan isu kitar semula, malah jika sekali pun Anwar terbukti bersalah, Anwar akan tetap menjadi hero dan akan mendakwa bahawa beliau sudah dianiaya, dan para penyokongnya akan tetap percaya. Pada hemat saya, untuk menewaskan Anwar, para pemimpin UMNO tidak lagi boleh bergantung harap terhadap isu liwat ini bagi menumbangkan politiknya. Jauh sekali untuk menjatuhkan maruahnya. Silap hari bulan, isu ini akan diputar belitkan oleh Anwar sehingga pihak kerajaan pula yang seolah-olah bersalah.

Isu liwat ini sudah dicongak oleh Anwar secara detail, tujuan Anwar menangguh-nangguhkan isu ini bukanlah bertujuan untuk mengelak daripada dijatuhkan hukuman, sebaliknya Anwar mahu isu ini berjalan terlalu lama, sehingga "panas"nya isu ini akan menjadi suam dan akhirnya tidak lagi dipedulikan oleh masyarakat. Anwar tahu rakyat cepat berasa bosan, lantaran itu, jika Anwar berjaya menjadikan isu liwatnya ini sebagai isu yang membosankan rakyat, maka itu sudah dikira sebagai kemenangan untuk Anwar. Kedua, Anwar sememangnya mahu agar mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya, hanya dengan cara ini sahajalah rakyat akan disogok dengan cerita kononnya kerajaan dan UMNO menggunakan skrip lama bagi menghalang kebangkitan Anwar untuk menjadi PM Malaysia.

Anwar sudah merancang semua ini, malah saya juga mengesyaki, bahawa Anwar (jika benar) meliwat Saiful merupakan sebuah agenda peribadi Anwar yang sudah lama dirancangan , tanpa pengetahuan Saiful. Dan apabila saiful menjadi mangsa liwat, sudah pasti Saiful akan menuntut keadilan. Anwar tahu bahawa Saiful akan membocorkan isu ini kepada umum. Maka dengan cara itu, nama Anwar akan sentiasa dijulang-julang dan beliau akan segera didakwa sebagai mangsa kepada para pemimpim UMNO yang masih dengki dengan pengaruhnya. Hakikatnya, apabila beliau meliwat Saiful (jika benar), Anwar mahu cerita itu tersebar, kerana beliau tahu , beliau boleh memanipulasikan isu tersebut sehingga beliau akan dianggap sebagai mangsa yang yang sering dizalimi.

Buktinya, sekali pun Saiful bersumpah, Anwar tetap menang besar di Permatang Pauh! Anwar tahu benar, isu liwat boleh menguntungkan agenda politinya. Jadi, kerajaan dan pempimpin UMNO jangan terpedaya berhubung isu ini. Kita jangan terbawa-bawa untuk menjatuhkan Anwar, maka kita menunggu kes ini selesai di mahkamah. Dan rakyat akan hilang kepercayaan kepada Anwar. Ia tidak akan berhasil. Anwar sememangnya mahu, isu ini deperbesar-besarkan, Anwar mahu isu ini sentiasa mendapat liputan dunia - lantaran itu beliau akan melakukan apa-apa sahaja agar isu ini terus segar, sekali gus meningkatkan simpati dunia dan masyarat Malaysia. Kita sudah kena tipu dengan Anwar selama ini. Anwar mahu isu ini terus dimainkan oleh media massa sehingga PRU-13. Anwar menangguhkan isu ini berkali-kali bukan kerana beliau takut, sebaliknya mahu dijadikan modal politiknya - agar apabila sampai masanya yang sesuai, Anwar akan menggunakannya semaksima mungkin isu untuk menekan kerajaan dan meraihl simpati rakyat, kononnya beliau telah dizalimi. Inilah sikap Anwar.

Anwar tidak bimbang sama ada beliau didapati bersalah, atau pun tidak oleh mahkamah dalam isu ini - yang penting beliau tetap akan menang juga - khususnya dalam bentuk persepsi. Pada hemat saya, Anwar sememangnya sudah merancang lebih awal untuk meliwat Saiful, agar isu ini terus dimainkan sehingga PRU-13. Anwar mahu pihak kerajaan dan UMNO terus-menerus menuduhnya sebagai peliwat, kerana beliau percaya hanya dengan isu ini sahaja beliau boleh menang dan mengambil simpati rakyat.

Sebab itu, jika kita perhatikan rakyat sudah tidak peduli dengan isu ini lagi. Sekali pun Anwar didapati bersalah, rakyat yang menyokongnya tetap tidak akan berubah dengan menyokong UMNO kembali. Percayalah, isu liwat ini tidak akan berjaya menghancurkan Anwar. Anwar akan hancur dengan satu cara sahaja, iaitu - melalui Nurul Izzah dan Wan Azizah! carilah klu di situ! Saya percaya mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan teori saya ini - namun demikian, saya yakin Anwar sudah merancangnya, kerana adalah mustahil bagi seorang ahli politik yang licik seperti Anwar ini sanggup mengambil risiko setelah dibebaskan daripada penjara dengan melakukan kembali perbuatan lamanya, tanpa membuat perhitungan dan congakkan untung rugi politiknya! Pasti ada maksud tersirat mangapa Anwar sanggup melakukan perkara tersebut terhadap Saiful!
Wallahualam.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 5:59 PM
Label:

6 Ulasan:
Anonymous said...
Sebuah telahan yang bagus... Teruskan usaha menentang si Pengkhianat!- MS -
September 7, 2009 6:24 PM

Amir said...
1998 cam tak sabar nak ke mahkamah.tapi tahun ni mau tangguh pulak.cepat bicara,cepat settle .cepat settle maka cepatlah boleh teruskan hidup yandah tak berama lama ni.
September 7, 2009 7:00 PM

Bayan said...
Salam Bro,Kalau kepala keretapi tergelincir pasti gerabaknya akan tersekat juga.Aljuburi ni tempat yg baik untuknya adalah dUniversiti Sungai Buloh.Kalau dnegara seberang tambak dah lama bangkrap atau penghuni Changi.Tetapi dnegara kita ini boleh dbagi peluang utk Aljuburi membuat rally pulak.Justeru itu mohon pemerintah gunakan kuasa2 yg dberikan oleh parlimen utk selesaikan segera kes pengkhianat negara ini.
September 7, 2009 7:04 PM

FATHI IKRAM said...
Satu telahan yang ekstrim, seolah-olah Anwar tiada agama langsung.

Apa yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguamnya masih lagi dalam kebenaran perlembagaan.

Teringa PRK Permatang Pauh. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menganjurkan solat hajat besar-besaran untuk memohon petunjuka Allah siapa yang benar dalam kes anwar vs saiful. Solat hajat tersebut turut diklankan didalam akhbar. Tetapi ternyata Allah beri kemenangan kepada Anwar. Tidak pula berani PPIM mengistiharkan Anwar benar.

Anwar dituduh dengan perbagai bagai. Tapi tiga PRK dikawasan Anwar membuktikan majroti besar pengundi yang dekat dan lebih kenal Anwar memberi kepercayaan sehingga UMNO tersungkur di PP.
September 7, 2009 9:39 PM

AnTi AljUbuRi said...
Mohon sembah derhaka ... kah kah kah..

Saya kurang bersetuju dengan rumusan tuan empunya blog.Saya sangat berkeyakinan perkara liwat ini bukan satu perancangan anu war al juburi, tetapi adalah perancanaan Allah.

Perbuatan liwat seolah oleh sudah dipandang enteng dan mudah, sedangkan kesalahannya sama seperti kesalahan zina satu kesalahan yang sangat berat di sisi Allah - satu kecelaruan presepsi yang berjaya disemaikan oleh musuh Allah!!

Itulah tabiat anjing yang biasa makan tahi, jerat tidak pernah melupakan pelanduk dan akhirnya tupai akan jatuh ke tanah juga!!Dari apa yang terdedah dari Sukma, Meor, Khairany, Azizan dan Saiful telah menunjukkan perbuatan itu berlaku, tetapi membuktikannya adalah terlalu sukar dan hampir mustahil, namun kegagalan pembuktian di mahkamah tidak bermakna kesalahan itu tidak berlaku ...Tetapi oleh kerana keangkuhan dan kesombongan, tidak bersyukur malah mengulanginya, maka Allah membuka kesalahan itu sebagai pengaiban kepada pelaku!

Angkuh dan sombong dengan menonjolkan diri begitu bersih dari rasuah, kezaliman, kronisma, politik wang dan pilih kasih - sedangkah semasa 18 tahun bersama umno dialah juara dalam hal hal sedemikian.

Kali pertama terkantol, dibebaskan oleh kelemahan teknikal pendakwaan, sepatutnya dia merubah cara hidup dan wajib bertaubat dari melakukan perbuatan yang sangat keji dan aib itu, tetapi terlalu yakin kononnya dia berjaya membersihkan dirinya dengan tuduhan konspirasi, lalu Allah mendedahkan aibnya kali kedua ..

Cubalah baca tentang biology, psikoloji dan kencenderungan manusia yang mengalami komplikasi identiti yang terdiri dari gay, nyah, pondan, bapok, tomboy, penkid, biseksual, homoseksual dan hetroseksual.
September 7, 2009 9:44 PM
AnTi AljUbuRi said...
Dia sekarang tersepit di antara kebenaran yang diucapkan dengan kekejian perbuatan hasil dari dorongan nalurinya yang menyalahi tabiie.

Justeru dia sekarang telah berputus asa namun masih tidak mahu menerima hakikat kelemahannya dan kesalahannya, lantas bertindak secara desperado mengharungi penghinaan yang Allah campakkan ke atasnya di muka bumi ini, sedangkan di akhirat Allah lebih halus/teliti/telus dalam penghitungannya, sekali pun sekecil zarrah sekali pun!!!

Dia sekarang menggunakan segala lompong kosong yang ada dalam kelemahan sistem ciptaan manusia .. akhirnya setelah semua kelemahan itu diperalatkan, dia terpaksa juga berhadapan dengan mangsa kesongsangan nalurinya.

Kenyataan/Keterangan Saiful sebagai mangsa dan saksi utama dalam perbicaran utama kelak adalah sesuatu yang tidak sanggup dihadapinya. Saiful akan hanya memberitahu apa yang dilakukan ke atas dirinya dan dia akan diseligi kiri dan kanan oleh pihak pembelaan, tika itu aku pun sudah tidak peduli lagi apakah akan kesudahannya, sama ada bukti yang terkumpul cukup atau tidak untuk mensabitkan kesalahannya. Apa yang perlu mangsa melapurkan 'pengalamannya' dan kesahihan dakwaannya itu akan ditentukan apabila pembelaan selesai menyoal balas.

Di sana mungkin tidak ada saksi untuk melihat 'alu' dimasukan ke dalam 'lesungnya', tetapi di sana mungkin ada bukti bukti saintifik/DNA untuk menyokong, namun dalam hal ini 'qarinah' memainkan peranan yang besar dan penting!!!

Ikut hati mati, ikut nafsu lesu!! Dihadapannya hanyalah usia tua, di belakangnya penuh dengan noda dan dosa ... namun pintu taubat masih terngangga!!! Demi ego dan kerakusan serta ketamakan untuk berkuasa dia masih gagah menerpa sekali pun menyedari dirinya hanyalah seekor ayam jantan tua yang kokoknya masih berderai derai, tapi sayang ekornya yang berjurai jurai, bergelumang dengan tahi !!!

Bertaubatlah wahai Anwar, semoga kehidupan akhirat mu sejahtera sekali pun kamu dipandang hina di mata dunia.Sebaliknya sekiranya kau rasa kau masih mampu menipu semua manusia dengan kelicikan helah dan kepetahan lidah mu, kau bakal dihina oleh manusia dan bakal binasa bila berhadapan dengan Pengadilan Rabul Jalil!!!!

Sekiranya engkau menyahut seruan untuk bermubahalah, niscaya aku mengharamkan diri ku dari mempersoalkan kejujuran kamu !!!!

"Ha tu burnahakum inkun tum sodiqin" - bawalah bukti kamu, sekiranya kamu orang yang benar ..
September 7, 2009 9:45 PM

..

No comments:

Followers