Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Sunday, September 6, 2009

APAKAH RAHSIA DI SEBALIK SURAT INI

    Tarikh: 20 OGOS 97

    Y.A.B. DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

    PERDANA MENTERI MALASYIA,

    PEJABAT PERDANA MENTERI,

    JALAN DATO ONN,

    50502 KUALA LUMPUR

    YAB Dato’ Seri.

    TOHMAHAN TERHADAP Y.A.B. DATO’ SERI

    ANWAR IBRAHIM

    Izinkan saya dengan segala hormat dan takzimnya memajukan bersama-sama ini pengakuan bertulis daripada UMMI HAFILDA ALI dan AZIZAN ABU BAKAR bertarikh 18 OGOS 97 yang telah dibuat secara sukarela untuk disampaikan kepada Y.A.B. Dato’ Seri.

  1. Pengakuan bertulis mereka ini diperolehi berikutan penyiasatan berhubung surat layang bertajuk "Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim". Berasaskan surat layang tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh ASP ZULL AZNAM Hj HARUN, pengiring Y.A.B. Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM pada 15 OGOS 97. Sebelum itu, pihak polis telah juga menerima salinan laporan 19 mukasurat mengenai "Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 OGOS 97 yang dialamatkan kepada Y.A.B. Dato’ Seri sendiri. Laporan itu ditandatangani oleh UMMI HAFILDA ALI.
  2. Berdasarkan kepada laporan ASP ZULL AZNAM, pihak polis telah menahan UMMI HAFILDA ALI dan AZIZAN ABU BAKAR pada 17 OGOS 97 di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Setelah keterangan diambil, mereka dibebaskan pada 18 OGOS 97 dengan jaminan polis. Keterangan mereka menunjukkan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan lebih bergantung kepada andaian serta prasangka. Faktor utama yang mendorong UMMI HAFILDA ALI mengemukakan laporan "Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri" adalah berdasarkan kepada syak wasangka terhadap kakak iparnya, SHAMSIDAR TAHARIN mempunyai hubungan sulit dengan Y.A.B. Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM. SHAMSIDAR TAHARIN merupakan isteri kepada MOHAMED AZMIN ALI, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri. AZIZAN ABU BAKAR pula membuat tuduhan kerana terpengaruh dengan pujukan UMMI HAFILDA ALI dan sebagai pemandu kepada keluarga MOHAMED AZMIN ALI, beliau tidak menggemari sikap angkuh SHAMSIDAR TAHARIN.
  3. Saya juga ingin memaklumkan bahawa siasatan menerusi sumber-sumber lain turut menunjukkan tuduhan-tuduhan yang dilempar itu tidak mempunyai bukti dan urutan peristiwa seolah-olah sengaja direka. Di samping itu, terdapat pula tanda-tanda bahawa wujud golongan tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri dan memain peranan di belakang tabir menggalakkan UMMI HAFILDA ALI dan AZIZAN ABU BAKAR untuk memburuk-burukkan Y.A.B. Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM. Salah seorang daripadanya ialah MUHAMAD TAIB yang dikatakan mendakwa dirinya sebagai pegawai SB kepada Y.A.B. Perdana Menteri. MUHAMAD TAIB dikenalpasti sebagai MOHD TAIB SALAMON, bekas Inspektor Polis yang sebenarnya telah dibuang kerja.
  4. Berdasarkan hasil siasatan setakat ini, pihak saya tidak bercadang untuk terus menghalusi kes ini.

      Sekian, terima kasih

    Saya Yang Menurut Perintah

    T.T.

    ( DATO’ MOHD. SAID BIN AWANG ) CP

    PENGARAH CAWANGAN KHAS

    b.p. KETUA POLIS NEGARA

    POLIS DIRAJA MALAYSIA

    RAHSIA PERSENDIRIAN


  5. 5/8/1997 UMMI HAFILDA MENGHANTAR SURATNYA KEPADA DR M

    17/8/1997 UMMI HAFILDA DITANGKAP ATAS KEHENDAK ANU WAR AL JUBURI

    18/8/1997 UMMMI DAN AZIZAN MENUKAR PENGAKUAN !!

    TUNGGU PAPARAN SURAT UMMI HAFILDA DAN AZIZAN YANG DIPAKSAKAN KE ATAS MEREKA MENGIKUT KEHENDAK AN WAR AL JUBURI

    No comments:

    Followers