Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Sunday, September 13, 2009

BLOG "SEBETULNYA" PUN NAMPAK MACAM TAK BETUL

Sabtu, 2009 September 12

SURAT TERBUKA UNTUK BERSIH DAN MARFEL

SURAT TERBUKA KEPADA:

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH),

Dan

Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia( MARFEL).

Assalamualaikum WM WB. dan salam sejahtera ,

Tuan dan Puan yang amat dihotmati

PERBETULKAN KERAGUAN DALAM SISTEM UNDI POS

Dengan penuh hormat dan perasaan rendah diri penulis amat menghargai perjuangan BERSIH dan MARFEL memperjuangankan sebuah pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia.Matlamat tersebut adalah selari dengan hasrat semua rakyat malaysia .Namun penulis merasa terkilan melihat BERSIH yang dianggotai oleh 67 buah pertubuhan yang terdiri daripada NGO dan parti politik seakan-akan membisu seribu bahasa sejak kebelakangan ini.Manakala MARFEL yang diberi perhormatan oleh SPR sebagai permehati bebas pula bagaikan lena diulit mimpi disiang hari.Apakah pihak BERSIH dan MARFEL telah merasakan perjuangan menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan bebas telah selesai sehingga begitu lena tidur disiang hari.Disini penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk membuka mata pihak BERSIH dan MARFEL melihat beberapa perkara:

1.Undi pos tidak mempunyai aspek KERAHSIAN

Berdasarkan peraturan 8 Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, pihak SPR akan menghantar kepada pengundi pos (istilah yang lebih tepat pengundi tidak hadir (absent voters) kertas undi, Borang 2, Sampul Surat A dan Sampul Surat B. Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos tersebut perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi.
Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka.
Untuk pengetahuan pihak BERSIH dan MARFEL Bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara atau didenda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

2.Wujudnya PENGUNDI HANTU dalam sistem undi pos?

Terdapat dakwaan dikalangan bekas anggota tentera yang bersara mendakwa senarai nama mereka masih belum dipadamkan dari senarai undi pos.Persoalan yang sering dibangkitkan ialah siapa yang mengundi untuk mereka?.Malah ada juga dakwaan bahawa mereka tidak mengundi sebaliknya diundi oleh pihak lain.
Terdapat juga dakwaan yang mengatakan ramai anggota tentera yang berpindah dan tidak menukar alamat serta melaporkan kepada SPR.Lantaran itu,terdapat banyak surat yang tidak dituntut.Persoalannya ke mana surat tersebut pergi dan siapa mengambilnya serta siapa yang membuka serta memangkah bagi pihak tuan punya surat tersebut.
Selain itu,terdapat juga dakwaan yang mengatakan nama tentera yang bersara tidak dipadamkan daripada senarai pengundi pos.oleh demikian penulis amat berharap pihak BERSIH dan MAFREL mengambil berat hal tersebut.

3.Wujud UNSUR UGUTAN dalam proses undi pos?.

Sebelum proses undian pos bermula,dikatakan pihak atasan menjalankan tugas bagi pihak parti-parti tertentu dengan membuat arahan supaya mengundi parti politik yang diarahkan oleh pihak atasan.Malah kemungkinan besar para tentera diperingkat bawahan diugut akan ditukar tempat kerja di pendalaman dan tiada sokongan kenaikan pangkat akan diberikan.Walaupun hal tersebut sukar dibuktikan,namun keberangkalian besar perkara tersebut boleh berlaku.Seandainya hal ini benar,ertinya rakyat Malaysia khususnya tentera tiada kebebasan untuk memilih sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan Negara.

4.Lihatlah PENGAKUAN BEKAS-BEKAS TENTERA diblog-blog

Di sini..penulis ingin menjemput pihak BERSIH dan MARFEL menjelajah dan melihat apa kata bekas tentera berkaitan undi pos di blog-blog yang berani mendedahkan penyelewangan dalam proses undi pos.Penulis tidak akan menyebut disini tapi berharap BERSIH dan MARFEL melihatnya dengan sendiri. BERSIH dan MARFEL boleh mengunjungi blogblogberikut
:http://bagindareformasi.blogspot.com/,http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/ , http://edyesdotcom.blogspot.com/ dan juga lain-lain blog.

Dengan perasaan yang amat berharap,penulis memohon agar Pihak BERSIH dan MARFEL dengan kadar segera mengambil inisiatif seperti berikut:

1.MENGADAKAN SIDANG AKBAR DENGAN SEGERA

Diharap pihak BERSIH dan MARFEL segera mengadakan sidang akhbar dan memberitahu rakyat apakah perkembangan terkini berkaitan tuntutan BERSIH terhadap undi pos yang dihantar dalam bentuk memorendum kepada Yang Di Pertuan Agong sebelum ini.Manakala MARFEL pula laporkanlah kepada rakyat hasil permerhatian MARFEL dalam piliharaya sebelum ini berkaitan dengan undi pos dan apakah candangan Pihak MARFEL kepada SPR berhubung undi pos.

2.MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN SPR DAN MENDESAK SPR MENGGUGURKAN BORANG IDENTITI PENGUNDI POS.

Tahukan pihak BERSIH dan MARFEL bahawa piliharaya kecil di Bagan pinang akan diadakan dalam masa terdekat.Dimana kawasan tersebut mempunyai hampir 5000 pengundi pos.Sebagaimana yang disebut tadi terdapat banyak keraguan dalam sistem undi pos.Bagi mewujudkan piliharaya yang adil dan bebas ,maka penulis menyarankan agar pihak BERSIH dan MARFEL mendesak SPR gugurkan borang indentiti pengundi pos.

Oleh demikian,dengan ikhlas penulis berharap agar BERSIH dan MARFEL bertindak segera,demi mewujudkan pilihanraya yang bebas dan adil.Segala jasa dan usaha pihak BERSIH dan MARFEL untuk menjadikan piliharaya yang bebas dan adil satu realiti di negara ini,amat dikagumi dan dihargai.Ingatlah usaha menjadikan piliharaya malaysia sebagai adil dan bebas bukan hanya untuk PAS dan UMNO semata-mata tetapi untuk kami rakyat Malaysia.


Sekian terima kasih..



http://blogsebetulnya.blogspot.com/








1 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Blog sebetulnya pun nampak macam tak betul juga!
Siapa Mafrel dan Gabungan Bersih itu?? Bukankah mereka itu jenis minum kencing dan jilat bontot al juburi???

Antara lain sebelum ini orang paling aktif ialah Malik Husin, orang yang murtad pada parti PAS apabila 'dibeli' oleh Anu War bebarapa jam sebelum pilihanraya. Si Malik ini tinggalkan Pas semasa menjadi calon mereka di Bandar Tun Razak - sejak dari itu Malik diharamkan oleh PAS menjejakkan kaki ke Markas PAS Melewar. Barua ini sangat intim dengan al juburi. Tetapi dia tidak boleh bergiat sepentas dengan PAS kerana dia ni jenis munafik - siapa orang PAS tak kenal suaranya yang boleh beretorik dengan ucapan berapi rapi !!

Dailah yang menubuhkan Mafrel dengan suku sakat mereka yang 'terbiar' dari Universiti Bangsa Utama yang dicenselorkan oleh Hisamuddin Rais seorang free thinker, berfahaman Marksis dan pengiat sex bebas!

Kalau waktu ada pilihanraya, anada di tahu mana pejabatnya?? Markas Parti Keadilan ialah pejabatnya! Dan dia akan hadir untuk taklimat setiap malam, membongkar strategi lawan dan membekalkan maklumat hasil dari pergerakan bebas yang diberikan kepadanya oleh entah siapa!! Dia akan pergi ke tempat lawan kononnya sebagai 'badan pemantau' .. pemantau untuk anu war al juburi!!

Undi POS? Pengundi yg tidak hadir terdiri dari Polis/Tentera dan mereka yang berada diluar negara sama ada sebagai pelajar atau lain lain urusan sedangkan mereka berdafatar sebagai pengundi di tempat diadakan pilihanraya.

Kerana sebagai satu cara mengelakan penipuan, butir butir mereka dicatitkan untuk mengesahkan mereka menerima kertas undi dan membuang undi. Butiran mereka adalah rahsia SPR yang tidak boleh disiarkan melainkan adanya bukti kukuh untuk menyemaknya kerana disyaki ada penyelewengan. Kertas undi biasa pun ada nombor siri kerana mahu mengelakkan penipuan dan untuk menentukan bilangan sebenar, kalau tak ada nombor siri macam mana nak tahu berapa kertas undi yang dihantar, telah digunakan dan berapa pula yang tidak digunakan kerana pengundi tidak datang dan sebagainya. Itulah sistem yang telah lama diguna pakai sehingga pembangkang boleh dpat 5 negeri .. apa masalahnya??

Pengundi Tentera/Polis?? mereka itu bukan orang awam yang boleh ikut sesuka hati. Mereka itu benteng negara, sebahagian alat kerajaan mempertahankan negara, suka tak suka mereka kena pertahankan negara sedangkan negara ditadbir oleh orang politik yg menubuhkan kerajaan. Tidak ada istilah tidak menyokong kerajaan, sepatutnya mereka solid menyokong kerajaan, sebarang masalah mereka diuruskan oleh Pegawai Pemerintah mereka. Mereka ada sumpah taat setia dan mereka tertakluk di bawah Agung sebagai Field Marshall mereka!!! Tidak wajar ada tentera menentang kerajaan yang telah diperkenankan oleh Agong - sekiranya ada, dan dikenal pasti..wajar mereka itu didakwa kerana menentang keputusan Field Marshall mereka .. kah kah kah .. Otak polis/tentera tak sama dengan orang awam !!! Mereka dilatih untuk taat setia dan menurut perintah .. yang tak taat dan tak tahu menurut perintah ialah lembu lembu yang digembalakan oleh al juburi dan kuncu kuncunya!!!

Kalau aku jadi Kommander mereka, sudah tentu mereka yang engkar menerima akibatnya .. tak diperlukan sebagai anggota polis/tentera - baliklah ke kampung dengan sijil drj 6 dan PMR mereka itu- with due respect!!!

Jangan buat tentera macam orang awam ... nanti buruk padahnya - kelak senjata makan tuan !!!

1 comment:

sebetulnya said...

salam..terlebih dahulu sebetulnya mengucap terima kasih atas kesudian saudara mengunjung dan memberi komen terhadap tulisan sebtul dalam blog sebtulnya.berkaiatn dghn hujah saudara,yang baik sebtulnya jagikan hujah bagi pihak yg setuju dgn sistem undi pos sekarang.apa2 pun sekali lagi sebtulnya ucapkan terima kasih atas pandnagan saudara.terima kasih.salam

Followers