Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Saturday, September 26, 2009

PENGANUGERAHAN bintang kebesaran OLEH MOHD SABU

ABANG MAT DAN 'PAK SHEIKH'

Semua orang kenal Mat Sabu, dia seorang fighter dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, Mat Sabu bertanding kerusi timbalan presiden tetapi dia tewas. dia mendapat tempat ketiga dibelakang Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa. Mat Sabu bukan dari team Erdogan dan juga bukan dari team presiden. Mat Sabu adalah Mat Sabu dia tak perlu ada team. Orang yang kenal Mat Sabu tahulah siapa Mat Sabu dan bagaimana Mat Sabu. Anwar dan Mat Sabu mempunyai sejarah politik yang tersendiri. Mat Sabu dan Anwar tidak boleh menjadi geng politik yang baik walaupun mereka berada dalam satu kolong. Anwar cukup menyampah dan meluat dengan Mat Sabu dan Mat Sabu pula tidak pernah ambil pusiang sama ada Anwar cukup menyampah dan meluat dengan dirinya, hanya yang Mat Sabu tahu, Anwar adalah seorang kaki penipu, pernah sewaktu Mat Sabu di interview oleh Portal web Malaysiakini mengenai projek Anwar 16 Sept, Mat Sabu gelak besar tentang projek Anwar itu.Pada Mat Sabu kalau tak betul dia belasah. Betul dia akan sokong. Itulah trademark Mat Sabu.

Dalam banyak-banyak pemimpin PAS Mat Sabu adalah pemimpin PAS yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ketika Anwar dalam UMNO. Sewaktu berberapa bulan sebelum Anwar di pecat dari UMNO, dalam satu ceramah, Mat Sabu pernah menggelarkan Anwar Al-Juburi dan gelaran itu tidak pernah Mat Sabu tarik balik dan ia melekat sehingga ke hari ini, mungkin dulu ada orang yang menganggap mungkin Mat Sabu ni gila kerana menggelarkan seorang TPM dengan gelaran semacam tu, tapi selepas Anwar di pecat dari UMNO kerana salah laku sex, ramai yang mempercayai apa yang Mat Sabu katakan tu.adakah Mat Sabu tahu mengenai perilaku luar tabie Anwar? hanya Mat Sabu sahaja yang boleh memberikan jawapannya, Mat Sabu bukan calang-calang orang politik dia pernah ditahan dua kali dibawah ISA dan pernah menjalani perintah buang daerah di Kuala Pilah dengan akta kediaman terhad. Apa kesalahannya? Mat Sabu dituduh menghasut dengan melabel Anwar Ibrahim sebagai “eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan umat Melayu Malaysia”. apa yang Mat Sabu katakan tu sekarang ini sudah semakin nampak kejelasannya.

Pada tahun 1982 bila mana Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terperanjat beruk. hampir semua tidak percaya termasuklah Allahyarham Ust Fadzil Nor yang bergitu mengharapkan sangat Anwar menyertai PAS ada cerita yang mengatakan Allahyarham Ust Fadzil sanggup memberi laluan kepada Anwar untuk Jawatan Presiden PAS kepada Anwar serkiranya Anwar menyertai PAS, tetapi keputusan Anwar untuk menyertai Dr Mahathir dan UMNO amat memeningkan kepala Ust Fadzil dan PAS. kerana sebagai Presiden ABIM, Anwar kelihatan sangat condong kepada perjuangan PAS. tetapi Anwar telah tercium bau kuasa dan kekayaan. Anwar melihat “kuasa dan kekayaan” dalam UMNO dan Anwar bijak mempengaruhi Dr Mahathir. Untuk sampai kejawatan kedua tertinggi dalam kerajaan dan parti banyak kepala orang telah dipijak Anwar.Pernah sewaktu pilihanraya umum, ketika Anwar bertanding melawan Mat Sabu di parlimen permatang pauh, dek kerana ingin memalukan Mat Sabu supaya Mat Sabu kalah dan hilang wang pertaruhan, Anwar dalam ceremah kampennya mengaku yang Dr. Mahathir adalah bapa angkatnya dan dia adalah anak angkat Dr. Mahathir dan taktik itu hampir-hampir berjaya menghilangkan deposit Mat Sabu.

Anwar banyak mencipta musuh dalam dan luar UMNO. Tetapi Anwar bijak menggunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Anwar mencipta rangkaian (networks) bukan sahaja didalam negara malah juga di luar negara. Amerika, Britian, Israel, Indonesia, Iran, Turki dan berberapa negara blok eropah dan negara bekas blok komunis Russia adalah negara sahabat sejati Anwar. Anwar juga berjaya mencipta kekayaan yang luar biasa melalui berberapa proxi-proxinya nama-nama seperti Azmin Ali, Kamaruddn Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Rashid Hussain, Tajuddin Ramli, Kamarulbahrin Abbas dan ramai lagi. Rashid Hussain adalah manusia berwarga negara Singapura yang telah berjaya dikayakan oleh Anwar, dia yang memiliki firma saham sekuriti dan dengan bantuan Anwar dia berjaya mengambil alih D&C Bank di Malaysia sebaik sahaja Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kecoh sekejap cerita itu tapi Anwar bijak menutupnya. Untuk menutup mulut pesaing-pesaingnya Anwar menggunakan Taktik ugutan dengan menggunakan Polis dan BPR yang berpihak kepada dia dan sekarang ini dua agensi itu bergitu teruk di hantam balik oleh dia.

Mat Sabu pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah dia lebih ganas dari Dr Mahathir (Temuramah dengan majalah Tamadun pada 14 Jun 1998). pidato-pidato Anwar yang mengecam, mengutuk dan memperlekehkan kepimpinan ulama PAS ketika dia dalam UMNO masih terngiang-ngiang ditelinga Mohamad Sabu. Namun satu perkara yang terpaksa diakui beliau ialah Anwar Ibrahim mempunyai PR dan gaya temberang yang amat baik ketika berdepan dengan lawan atau kawan, PR dan temberang Anwar cukup bagus. Anwar bijak bermain dengan kata-kata sehingga musuh malah isteri dan ahli keluarganya tidak sedar mereka telah ditipu hidup-hidup oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim...

..

4 comments:

ninja said...

sebut anwar aljuburi nie memang semua owg kenal tapi aku lebih selesa panggil dia anwar enjin belakang...hilangnya perjuangan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS kerana anwar.,PAS jadi bacul nak sebut soal hudud.,hak keistimewaan org melayu akan dihapuskan oleh anwar.,raja melayu ditentang oleh anwar tapi kominis dibela oleh anwar.,fitrah seorang lelaki dan manusia normal dah x da kat anwar enjin belakang...lagi sekali aku minta semua blogger yang cintakan Islam dan Ketuanan Melayu kita lawan habis-habisan anwar dan pakatan rakyat supaya PRU 13 dapat kita melihat indahnya Islam di Malaysia melalui Ketuanan Melayu. Sebagai pengundi asal Parlimen Pmtg Pauh aku akan pastikan anwar enjin belakang jatuh pada PRU 13...InsyaAllah...salam perjuangan...

Anonymous said...

yusoff said

manusia seperti biawak bertukar kulit ni sekarang diAmerika Syarikat dengan kawan2 Yahudi nya, bangga dan taksub sungguh nampaknya berlagak sebagai pemimpin Islam dunia..wah wah..aku kata pemimpin pembohong Dunia..pekaki main belakang..Wahai orang Melayu Malaysia sedarlah anda di tipu habis2 cengan manusia jahat ini...termasuklah si Nikky Ajis tu..( yang boleh janji anda masuk syurga???itu orang gila...)

Anonymous said...

saya setuju dengan cadangan ninja. Anwar Al Juburi wajib ditentang habis habisan. Jangan terpengaruh dengan isu sampingan yang dimanikan oleh Anwar Al Juburi, tumpukan sahaja pada kes liwat yang sedang dihadapinya.

Benda lain dia boleh mengelak dan cekap menangkis, tapi kes dia dengan Saiful menyebabkan dia senak perut tak berkesudahan.

Terus tumpukan kepada kes liwatnya - itulah sebesar besar kecelakaan Anwar Al Juburi ...

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Followers