Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, September 9, 2009

PERLUKAH SATU DEMO UNTUK CEPATKAN KES?

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Seorang peguam hari ini mencadangkan supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengeluarkan arahan supaya perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercepatkan.

Hasnal Rezua Merican berkata, Abdul Gani mempunyai kuasa berbuat demikian seperti yang telah dilakukan pejabat Peguam Negara sebelum ini bagi mempercepatkan kes perbicaraan membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kumpulan Al-Maunah.

''Saya harap ini dapat dilakukan kerana kes Anwar adalah berkepentingan awam yang perlu dipercepatkan sama seperti kes Altantuya dan Al-Maunah," katanya yang berpengalaman sebagai peguam bela bagi pihak tertuduh dalam kedua-dua kes itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan mangsa dalam kes liwat tersebut, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat dimulakan sehingga hari ini.

Saiful menerusi laman blognya juga berkata, permohonan demi permohonan yang difailkan oleh Anwar menyebabkan perbicaraan yang sepatutnya bermula 1 Julai lalu telah berkali-kali dijadualkan semula.

Terbaru pada 11 Ogos lalu, Anwar mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar pasukan pendakwa raya sedia ada mengecualikan diri daripada terlibat mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes tersebut.

Anwar, 62, didakwa atas tuduhan meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Menurut Hasnal, antara sebab yang membolehkan kes itu boleh dianggap berkepentingan awam adalah kerana kedudukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

''Faktor lain ialah kerana kes ini juga menarik minat pihak asing termasuk wartawan dari luar, sama seperti kes Altantuya," ujarnya.

Selain Abdul Gani, katanya, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan daripada segi pengurusan kepada hakim yang mendengar kes Anwar supaya mempercepatkan perbicaraan.

''Saya mencadangkan langkah ini dilakukan supaya kes Anwar tidak berlarutan terlalu lama dan bagi memberi keadilan kepada Mohd. Saiful," ujarnya.

No comments:

Followers