Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Wednesday, September 23, 2009

UMMI TETAP BERTEGAS

KUALA LUMPUR, Selasa - Ummi Hafilda Ali, penulis surat 'Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri' dikatakan begitu tegas dengan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah seorang homoseksual dan mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya sehingga sukar bagi Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia menukar pendiriannya.

Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin dari Cawangan Khas (SB) Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Ummi Hafilda ketika dalam tahanan SB pada 17 Ogos 1997 untuk diubah pendiriannya (neutralisasi) bagi menarik dakwaan terhadap Anwar, kelihatan bertegas dengan pandangan asalnya itu.

"Pendirian asal Ummi Hafilda yang saya maksudkan adalah dia percaya dengan sesungguh hati bahawa segala yang terkandung dalam ID14 (laporan Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri) sebagai benar," katanya.

Laporan Ummi Hafilda bertarikh 5 Ogos 1997 dan dialamatkan kepada Perdana Menteri itu menyatakan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan isteri abangnya, Mohd Azmin Ali iaitu setiausaha sulit bekas Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya, maklumat-maklumat yang didedahkan Ummi Hafilda kelihatan begitu rasional, konsisten dan boleh diterima.

Abdul Aziz, yang memberi keterangan dalam bahasa Melayu, kemudian diarah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Said Awang (ketika itu) supaya meneruskan proses turning over (menukar pendirian) Ummi Hafilda.

Semalam mahkamah diberitahu, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ditahan di rumah milik Dr Ristina di Bangsar pada 17 Ogos 1997 dan dibawa ke pejabat SB untuk disoal siasat berhubung laporan ID14 yang dibuat Ummi Hafilda dan dialamatkan kepada Perdana Menteri.

Abdul Aziz, saksi pendakwa kedua berkata, selepas berusaha, akhirnya kira-kira jam 7 malam 18 Ogos 1997, Ummi Hafilda menarik balik segala dakwaannya terhadap Anwar. Sebelum itu, katanya, proses mengubah pendirian wanita berkenaan dijalankan sejak jam 11 malam 17 Ogos 1997.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya Azahar Mohamed kemudian meminta Abdul Aziz memberitahu mahkamah bagaimana dia menjalankan proses turning over itu.

Abdul Aziz: Pendekatan yang kami gunakan berteraskan pendekatan psikologi. Dalam konteks ini, kami menimbulkan ketakutan dalam diri Ummi dengan cara menggemparkannya dari sudut undang-undang berkaitan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan. Ummi juga ditakutkan dengan kemungkinan tindak balas daripada orang yang ditohmahnya iaitu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Azahar: Ada lagi pendekatan lain.

Abdul Aziz: Ada dua lagi pendekatan. Pertama, soal siasat yang berterusan dengan soalan bertalu-talu tanpa henti bagi menimbulkan suasana seolah-olah akan berlaku ancaman fizikal. Kedua, pendekatan memujuk dan nasihat bagi mengelirukan sasaran.

Menurut Abdul Aziz, ketiga-tiga pendekatan itu menimbulkan tekanan mental yang tinggi sehingga Ummi hilang daya melawan dan menyerah pada pasukan soal siasat.

Beliau juga memberitahu mahkamah, dia ada menyoal siasat Azizan bagi menukar pendirian bekas pemandu Anwar itu.

Abdul Aziz: Pada sekitar jam 5 pagi 18 Ogos 1997, saya memasuki bilik di mana Azizan disoal siasat dan saya dapati Azizan masih lagi belum berjaya di 'turn over', maka saya memainkan peranan menggemparkannya dengan mempertikaikan segala dakwaan yang dia diliwat oleh Timbalan Perdana Menteri. Saya memainkan peranan ini lebih kurang satu jam.

Menurutnya, Mohd Said kemudian mengarahkannya menyuruh Ummi Hafilda menulis sepucuk surat penafian atas segala dakwaan yang terkandung dalam ID14.

"Saya kemudian pergi berjumpa Ummi Hafilda untuk berbincang berhubung arahan berkenaan. Walaupun ketika itu Ummi telah berjaya di 'turn over', dia tidak sanggup menurunkan pendirian barunya itu dalam bentuk tulisan dengan alasan begitu sukar untuk menunjukkan penukaran pendirian dalam tempoh kurang 24 jam.

"Saya meneruskan pujukan dan nasihat bagi menyakinkan Ummi untuk menulis surat berkenaan yang mana akhirnya dia hanya bersetuju menulis surat memohon maaf," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Said tidak berpuas hati dengan surat itu kerana surat itu terlalu mendatar.

Abdul Aziz berkata, satu lagi surat yang lebih tegas dihasilkan oleh Ummi Hafilda kira-kira jam 8 malam 18 Ogos 1997.

Abdul Aziz: Surat kedua ini iaitu ID18 menceritakan bahawa segala dakwaannya adalah berdasarkan fakta-fakta longgar dan tidak disokong, yang mana beliau mengaku kesilapan melakukan dakwaan itu yang boleh membawa kepada fitnah dan sehubungan itu dia memohon maaf atas keterlanjurannya itu.

11 November 1998.

1 comment:

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Followers