Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Friday, September 11, 2009

WAJAH SEBENAR SEEKOR MANTAN PERDANA MENTERI

Surat pertama yang dihantar oleh Ummi Hafilda kepada Dr M bertarikh 5hb Ogos 1997 telah saya siarkan sebelum ini. Ekoran dari surat itu Anu War Al Juburi telah memperalatkan pihak Cawangan Khas PDRM untuk mengesan dan menangkap Ummi Hafilda dan Azizan.

Ianya bermula apabila Al Juburi mula membincangkan isi kandung surat pertama Ummi Hafilda itu dengan Pengarah Cawangan Khas Dato' Mohd Said pada 11hb Ogos 1997. Anu War Al Juburi kemudian telah mengaraHkan pihak Cawangan Khas 'menangkap' Ummi Hafilda dan Azizan dan 'mengempar/menakutkan' mereka supaya mengubah pengakuan yang telah dibuat.

Pada 17hb Ogos 1997 Ummi dan Azizan berjaya dikesan di kawasan Bangsar dan pada malamnya mereka berdua telah ditahan. Anu War Al Juburi mengarahkan pihak Cawangan Khas supaya menentukan Ummi dan Azizan menarik balik serta menafikan isi kandungan surat pertama mereka kepada Dr M. Al Juburi mahukan pengakuan bertulis mereka itu dialamatkan kepada Dr M.

Untuk makluman, pada 15 hb Ogos, 1997, Al Juburi telah bersetuju untuk membuat lapuran polis setelah dinasihatkan dan dipujuk oleh Ketua Cawangan Khas. Pada mulanya Al Juburi enggan membuat lapuran polis kerana dia tidak mahu kes itu diketahui oleh pihak Siasatan Jenayah sehingga cerita tohaman itu diketahui umum. Al Juburi menyuruh ADC nya ASP Zull Aznam untuk membuat lapuran berkaitan surat "Talkin Terbuka' yang isi kandungannya hampir sama dengan surat 'Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri' yang dikemukakan oleh Ummi Hafilda dan Azizan. Lapuran itu disiasat oleh SAC 1 Musa Hassan yang pada masa itu menjadi Penolong Pengarah Bahagian Undang Undang dan Pendakwaan Cawangan Siasatan Jenayah.

Setelah Ummi Hafilda dan Azizan ditangkap, mereka telah disoal siasat oleh pihak Cawangan Khas sepanjang malam dan akhirnya setelah 'bergelut' dengan berbagai tekanan dan ugutan, Ummi Halfida bersetuju membuat satu surat penafian dan penarikan tuduhan dalam surat asalnya. Di bawah adalah surat penafian yang dipaksakan ke atas Ummi Hafilda atas kehendak Al Juburi.

Akan menyusul juga surat penafian Azizan Abu Bakar selepas ditekan oleh pihak Cawangan Khas atas arahan Anu War Al Juburi.

Seterusnya akan disiarkan dua lagi surat yang mengantikan surat ini dan surat Azizan. Surat kedua Azizan dan Ummi Hafilda tidak disukai oleh Al Juburi kerana tidak menampakkan secara jelas bahawa Al Juburi bersih dari tomahan dan tuduhan surat pertama Ummi Hafilda.

Begitulah wajah sebenar Anu War Al Juburi, menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Polis Cawangan Khas untuk menutup kes salah laku sex songsangnya yang kian terdedah. Tekanan, paksaan dan ugutan telah dikenakan ke atas Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar!!

Sekali pun Anu War Al Juburi merancang, namun Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Perencana, maka Musa Hassan dilibatkan dalam siasatan ini. Walaupun Pengarah Cawangan Khas dan Timbalannya berjaya ditundukkan oleh Anu War Al Juburi untuk menutup kes ini, namun atas kehendak Allah, Musa Hassan terus menjalankan siasatan sehingga terbukti surat penafian Ummi Hafilda dan Azizan ada palsu hasil dari ugutan, tekanan dan penyalahgunaan kuasa seorang manusia songsang bernama Sheikh Anu War Berahi Al Juburi!!!


"18th Ogos 1997

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

Pengakuan oleh UMMI HAFILDA BT. ALI berkaitan

Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya dengan ini ingin mengemukakan penjelasan maklumat mengenai laporan sulit yang telah dihantar kepada YAB Perdana Menteri pada 5hb Ogos 1997.

Untuk makluman YAB, tujuan saya mengemukakan laporan berkenaan adalah semata-mata untuk mendapatkan pertimbangan dan perhatian dari YAB terhadap salahlaku Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang saya percayai mempunyai hubungan sulit dengan Puan Shamsidar bt. Taharin iaitu isteri kpad (sic) Mohd Azmin Ali yang merupakan abang kandung saya. Selain daripada itu, saya juga percaya bahawa YB Anwar Ibrahim pernah mengadakan hubungan homoseksual dengan bekas pemandunya bernama Azizan Abu Bakar.

Pendirian dan pandangan saya pada ketika itu banyak berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang saya perolehi melalui perbuatan Shamsidar yang sering menjawab telefon secara berahsia dalam tempoh jangkamasa panjang, setiap kali saya mengunjungi rumahnya. Pandangan ini diperkukuhkan dengan maklumat yang didedahkan oleh orang gaji Shamsidar iaitu Aton bahawa sememangnya beliau disyaki mempunyai hubungan sulit dengan orang kenamaan.

Melalui penyiasatan ringkas yang saya lakukan sendiri, saya berasa yakin bahawa pemanggil itu adalah YB Anwar bin Ibrahim. Selain daripada itu saya juga difahamkan oleh pemandu kepada Shamsidar iaitu Azizan bahawa beliau sering dikehendaki menghantar Shamsidar ke Bangsar sebelum dijemput dengan sebuah kereta lain ke Tivolli Villa Bangsar.

Ke arah ini saya telah menjalankan penyiasatan sendiri pada 30hb June 1997 yang membuktikan bahawa Shamsidar telah dibawa dengan menaiki sebuah kereta mewah Daimler dengan nombor pendaftaran WBV 37 ke kawasan Tivolli Villa berkenaan, bagi menemui seorang kenamaan iaitu YB Anwar bin Ibrahim. Inilah perkara yang menyebabkan saya percaya mereka mengadakan hubungan sulit.

Ekoran itu saya telah merujuk perkara ini pada kenalan baik saya iaitu Puan Ziela Jalil dan Dr. Ristina Majid, untuk mendapatkan pandangan bagi membetulkan keadaan melalui kewibawaan Perdana Menteri sebagai orang yang paling dihormati oleh kedua-dua pihak. Untuk menjayakan ini Puan Ziela telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Dato’ Seri Megat Junid dan seterusnya meminta saya membuat laporan dalam bentuk hitam putih agar dirinya tidak disalahertikan sebagai punca yang berlaku.

Ekoran ini Dato’ Megat Junid telah merujuk perkara ini kepada Tun Daim Zainuddin selaku orang paling rapat dengan Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu berlaku pertemuan di antara saya, Ziela dan Tun Daim pada awal Ogos 1997 bertempat di pejabat Tun Daim Zainuddin. Di dalam pertemuan itu beliau telah menasihatkan agar laporan yang akan dibuat dalam bentuk hitam putih sebelum diajukan kepada Perdana Menteri. Pada masa yang sama perkara ini telah dirujuk kepada Dr. Ristina Majid yang kemudiannya telah menguruskan pertemuan dengan rakannya iaitu Dato’ Aziz Shamsudin yang memegang jawatan selaku Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri pada awal Ogos 1997.

Sehubungan dengan itu Dato Aziz Shamsudin telah mengaturkan menemukan saya dengan 2 orang pegawai yang mendakwa mereka dari unit cawangan khas JPM iaitu En. Taib yang telah dibuang kerja pada 1993 dan En. Tan yang tidak diketahui identitinya yang sebenar. Dalam pertemuan itu percakapan saya telah dirakamkan menggunakan rakaman percakapan suara.

Di waktu itu saya difahamkan ianya akan diserahkan kepada Perdana Menteri secepat mungkin. Dalam perjumpaan ini saya juga menyatakan kerisauan kerana khuatir keselamatan diri saya terancam.

Sehubungan itu mereka menjanjikan perlindungan keselamatan terhadap diri saya dan juga diri Azizan. Sebelum dari itu En Taib yang kononnya dari cawangan khas menasihatkan kami agar mengatakan kami di luar negara sekiranya mendapat panggilan telefon.

Walau bagaimanapun semasa dalam siasatan polis ekoran dari laporan yang diajukan serta melalui sessi perbincangan yang diadakan saya mendapati bahawa segala perkara yang berbangkit itu banyak bergantung kepada fakta-fakta yang tidak lengkap di mana kebanyakan pandangan tersebut hanya berdasarkan anggapan dan andaian yang tidak dapat dibawa ke tengah bagi membuktikan kesasihan (sic) pandangan saya ketika itu.

Cara penghantaran surat mungkin salah di mana telah melalui beberapa proses orang tengah yang kini diragui kejujurannya. Mungkin ini berdasarkan kepentingan peribadi atau politik oleh seseorang.

Bukti yang nyata di mana 2 orang yang tidak dikenali telah menyamar sebagai unit cawangan khas dari pihak Perdana Menteri.

YAB mengenai dakwaan yang dikemukakan oleh Azizan adalah sebagai pihak yang tolong menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri dan terpulanglah oleh pihak berkuasa meneruskan penyiasatan.

YAB saya juga berniat menjernihkan suasana yang keruh dan tegang ketika ini dengan cuba mendapatkan semula salinan-salinan yang masih ada di dalam simpanan rakan-rakan dalam usaha untuk menamatkan penyebaran dari terus berleluasa.

YAB sebagai salah seorang dari ahli keluarga yang terlibat dalam kemelut masalah ini ingin meminta jasa baik dan budi bicara YAB bagi menjernihkan suasana kekeruhan kerana di pihak yang satu lagi menganggap ianya sebagai satu motif penganiayaan sedangkan ianya lebih kepada perasaan ingin membetulkan keadaan.

YAB, saya bagi pihak keluarga ingin memohon maaf sekiranya laporan sulit ini telah menimbulkan pelbagai kekeliruan yang berbangkit.

Segala pertimbangan dan kerjasama yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, Terima Kasih

Yang benar,

( signature illegible )

UMMI HAFILDA BT. ALI

I/C A 0793275 "


BERSAMBUNG....

....

1 comment:

Anonymous said...

Apa cerita dengan Ummi hafilda skarang ye.. Bagaimana dengan kehidupannya sekarang ni ..Teringat zaman reformasi98 anuar turun naik mahkamah dulu .. Statement yang paling bangang dari abangnya sapa ntah dalam akhbar tabloid harian 'Ummi masih Dara'.. Ko tau ker dara adik ko bila pecah..

Followers