Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.

Blog Archive

Monday, August 31, 2009

WAJAH SEBENAR ANU WAR AL JUBURI SEMAKIN MENYERLAH

Apabila Anwar mahu gugurkan saman Nalla..

Oleh NTanwar,
AIDCclub

Sesuatu yang pelik apabila Peguam Anwar, SN Nair "mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi meminta bekas ahli PKR, Datuk K S Nallakarupan mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau bahawa Anwar menerima 60 juta dari Magnum Corporation Bhd, jika Nalla gagal mengemukakan bukti dalam tempoh 14 hari, maka pihak Anwar akan mendesak untuk menggugurkan kes"
Mahkamah Tinggi, 29 Ogos telah menerima permintaan Anwar dan meminta Dato Nalla mengemukakan bukti dalam masa 14 hari, jika tidak dapat mengemukakan bukti bermakna kes itu akan digugurkan. Klik di sini
Di mana peliknya ?
Kes ini membabitkan Anwar saman bekas rakan baiknya, Dato Nalla, bukannya Dato Nalla saman rakan baiknya Anwar. Sepatutnya, jika Anwar saman Nalla, maka Anwar perlu menerusnya prosiding ini serta menuntut ganti rugi malu, bukannya menuntut agar kes ini digugurkan. Nampak seperti Anwar mahu mengertak Nalla di mahkamah, setelah proses mahkamah berjalan, ada usaha Anwar untuk menggunakan mahkamah semula untuk menggugurkan kes yang dibuatnya sendiri.
Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap di belakang tabir, Anwar sentiasa menelefon Nalla untuk berunding di luar mahkamah agar kes ini ditutup. Anwar dikatakan berusaha mendekati semula Nalla dan berunding agar kes ini tidak diperbesarkan. Anwar akui kesilapannya menyaman Nalla dan bersedia menarik balik kes ini bila-bila masa jika Nalla bersedia berunding.
Sebenarnya cerita Anwar mahu menarik balik saman ke atas Nalla sudah berlegar di kalangan inner circle PKR sejak Januari 2009. Mereka menyebut, Anwar bakal menarik diri daripada kes saman itu, jika diteruskan tidak menguntungkan Anwar kerana banyak perkara negatif yang akan merosakkan reputasi Anwar sebagai ahli politik akan terbongkar.
Adakah permohonan peguam Anwar dan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah sebahagian daripada konpirasi Anwar ?
Latar belakang kes
Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Nala mendakwa bekas sahabat baiknya,Anwar Ibrahim, pernah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.
Kata Nalla, "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu,"
Nalla yang merupakan Pengarah Perhubungan Awam Magnum turut memaklumkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.
"Saya sudah buat salah dulu, saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu. Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut" katanya. Klik di sini
Dalam ceramah itu, bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dan bekas sahabat baik Anwar, Nalla membuat dakwaan bahawa Anwar pernah melakukan penyelewengan serius semasa menjadi Menteri Kewangan. Ezam mendakwa Anwar pernah memberikan projek bernilai RM15 bilion kepada 15 rakannya dengan setiap seorang menerima RM1 bilion manakala Nallakarupan pula mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd.
Dakwaan daripada kedua-dua bekas orang kuat Anwar ini mengejutkan ramai pihak. Ibrahim Ali, bekas kawan baik Anwar turut terkejut dengan dakwaan itu dan mencadangkan agar mereka berdua membuat laporan polis dan BPR untuk mengesahkan tuduhan itu benar. Klik di sini
Difahamkan ekoran pendedahan itu, BPR telah mengambil keterangan daripada Nalla. Klik di sini
Nalla menyambut baik saman saman daripada Anwar itu. Bahkan dia sangat gembira kerana dapat bertemu Anwar di mahkamah.
“Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu, kata Nalla.
“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”, katanya lagi. Klik di sini
Menurut pendedahan orang yang pernah rapat dengan Anwar, ketika menjadi Menteri kewangan, Anwar memang rapat dengan taukeh-taukeh judi. Antaranya Datuk T.K. Lim, pemilik Magnum Berhad. Melalui perantara Nalla, T.K Lim melantik Nalla sebagai Pengarah Magnum Berhad, supaya hubungannya sentiasa rapat dengan Anwar.
Menurut sumber Magnum Berhad ketika itu, Anwar dianggap RAJA atau dipanggil KING di Magnum. Beliau boleh meminta atau mengarah apa saja di Magnum, kemahuannya pasti dipenuhi!
Semasa menjadi Menteri Kewangan juga, Anwar amat rapat dengan Raja Judi Genting bernama TS Lim Goh Tong (mendiang). Anwar akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh pihak Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat Anwar.
Sekarang Anwar giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara.
Anwar juga amat rapat dengan pemilik kasino di luar negara, TS Vincent Tan. Setiap kunjungan AnWAR ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menghantar wakil khasnya mengiringi rombongan Anwar bagi menjaga 'kebajikan' AnWAR. Hingga sekarang Anwar masih punya hubungan dengan kumpulan TS Vincent.
Ibu pejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' AnWAR dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent). Klik di sini
Siapa Nalla ?Nallakarupan merupakan 'rakan sepermainan tenis' Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1990-an hingga Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Dia merupakan bekas pengarah syarikat judi, Magnum Corporation.
Ketika Anwar dipecat, Nalla merupakan salah seorang yang ditahan polis. Ketika ditahan, polis mendapati Nalla menyimpan beberapa dokumen 'rahsia' daripada Menteri Kewangan yang tidak sepatutnya disimpan oleh orang awam. Hal ini tidak mengejutkan, kerana Anwar ketika itu Menteri Kewangan dan Nalla merupakan kawan baik Anwar.
Selain itu Nalla juga menyimpan beberapa butir peluru tanpa lesen.Nalla dikatakan sebagai 'kawan baik' yang membekalkan lelaki dan perempuan kepada Anwar untuk aktiviti seks haram. Ketika diminta polis untuk membuat pengakuan tentang kegiatannya, Nalla menolaknya kerana mahu menjaga 'persahabatan' dengan kawannya Anwar.
Namun 10 tahun kemudian, pada tahun 2008, Nalla mengakui kesilapannya tidak memberi kerjasama kepada polis dan mengakui semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar dahulunya adalah benar.
Jadi inilah imej sebenar Anwar Ibrahim, tokoh yang dijoloki sebagai bakal Presiden PAS satu ketika dahulu.

SETAHUN KEMUDIAN

Nalla kena kemuka bukti Anwar terima RM60 juta wang Magnum


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bekas ahli PKR, Datuk K S Nallakarupan mengemukakan bukti yang jelas berhubung dakwaan beliau bahawa Anwar menerima 60 juta dari Magnum Corporation Bhd.
Peguam Anwar Sankara Nair berkata, keputusan dibuat kelmarin turut memohon pihak pendakwaan mengemukakan butiran yang lebih terperinci dan jelas dalam tempoh 14 hari.
Sekiranya pihak pendakwa tidak berjaya menyediakan butiran tersebut dalam masa 14 hari pihak pembelaan akan menggunakan peluang tersebut untuk menggugurkan kes,” katanya pada satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Nalla membuat dakwaan itu ketika berucap pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.sumber - sinar harian

SETAHUN TELAH BERLAKU

Posted on 25 Ogos 2008 by mujahidin

AGENDA DAILY
Dalam pada hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan surat saman kepada rakan sepermainan tenisnya, Datuk S Nallakarupan kerana mendedahkan beliau menerima RM60 juta wang dari syarikat judi Magnum Corporation.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Nallakarupan bahawa beliau telah menerima surat saman itu yang menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak RM50 juta.
Sekali imbas, surat saman itu akan memberikan persepsi bahawa Anwar berani menyaman orang kerana merasakan pendedahan itu tidak benar dan satu pembohongan.

Namun apabila ditanya kepada Nallakarupan mengenai perkara itu, beliau memberikan jawapan yang agak menarik “Ini adalah hari paling gembira buat saya kerana pada akhirnya saya akan dapat jumpa Anwar di mahkamah. Nanti di mahkamah saya akan dedah dan buktikan semuanya mengenai wang RM60 juta itu.

“Saya juga akan dedahkan mengenai lima pita rakaman yang saya simpan di luar negara mengenai Anwar”.

Nallakarupan pada satu cermahnya di Permatang Pasir hari Jumaat mendedahkan Anwar telah mengambil wang sebanyak RM60 juta dari syarikat perjudian 4-nombor ekor, Magnum Corporation.

Pendedahan itu dibuat olehnya kerana beliau merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau berkuasa hingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik.

Sementara itu Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pendedahan yang dilakukan oleh bekas pengikut dan orang kanannya.

Katanya Anwar perlu memperjelaskan dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dan juga kawan rapatnya Datuk S. Nallakurappan.

Ezam pernah dipenjarakan demi mempertahankan Anwar tetapi sekarang beliau sendiri mendedahkan siapakah sebenarnya bekas pemimpinnya itu, katanya pada majlis jamuan makan malam MCA di Dewan Moral Uplifting.

“Begitulah juga dengan Datuk S. Nallakaruppan yang pernah dipenjarakan kerana Anwar tetapi hari ini Nallakaruppan sendiri mendedahkan bahawa Anwar pernah mengambil wang Magnum sebanyak RM60 juta.

“Ketiganya, Anwar masih perlu menjawab sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan (kes liwat) dan janganlah memutar-belitkan laporan perubatan (Pusrawi Mohd Saiful Bukhari),” katanya.

Sunday, August 30, 2009

FORUM GERAK REFORMASI

Lebah Kota
Karpal Singh Sedang Sakit Tenat?
Sun Aug 30, 2009 8:40pm
60.53.195.55


Lebah Kota menerima maklumat bahawa Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh kini sedang tenat.

Karpal kini dikatakan sedang berada di rumahnya di Pulau Pinang.

Untuk mengesahkan hal ini agar sukar kerana sumber-sumber DAP tidak mahu membuka mulut mengenai hal ini.

Maklumat ini Lebah Kota terima daripada satu sumber yang boleh dipercayai.Kisah mengenai tahap kesihatan Karpal Singh bagaimanpun menjaid bualan

Karpal sememangnya diketahui mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Kemalangan pada awal tahun 2005 dikatakan menjadi punca utama kepada kejatuhan tahap kesihatan ahli politik veteran itu.

Latar belakang Karpal:

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.

Beliau yang dilahirkan di Kedah, mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution,Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966). Ada pendapat mengatakan beliau telah 10 kali gagal dalam ujian undang-undang.

Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah. Beliau pernah menerima jolokan sebagai "Harimau Jelutong" kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.

Karpal Singh terlibat dalam kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.

Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main' selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Beliau berkahwin dengan Puan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya, Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.


*** Satu persoalan, kalau sesuatu berlaku pada Karpal Singh, apakah DAP boleh tergugat?

Respond aku yang mungkin akan didelete oleh webmaster penjilat tegar al juburi

Sakit tenat??

Tak apalah, dia pun dah tua, Gobind Sing Deo kan ada ..sama jer terrornya

Kalau ajalnya sampai kenalah orang yang nak laksanakan hukum Islam di Malaysia ini pergi langkah mayatnya, kalau tak langkah nanti tak boleh pulak nak laksanakan Islam kerana dia pernah kata, kalau nak laksana hukum Islam kena langkah mayat dia dulu.

Harap Tok Guru yang sebaya dengan dia tu dapat mengetuai upacara melangkah mayat kapal sink, dan kenalah kita ikut adat pegang lilin, adat tak apakan??..yang sembah berhala tu pun ikut adatlah tu ...adat datok nenek mereka yang tak pernah kenal Allah kerana tak mahu dengar dakwah Rasul!!

Alamak, apa macam kes 3 septrmber ni?? tak sempatlah dia nak menolong al juburi untuk lepas kali ke dua.. atau kena postpone kes gak kalau Karpal sink padam??? Jenuhlah kalau macam tu, yang 3 all-star lagi tu pun semua dah tak lama gak tu, tiap kali padam, tiap kali postpone - tu pasal dia pilih yang kerepot kot, supaya boleh lengah lengahkan kes!!!

Jadi kalau sah kapal sink (tengelam) kenalah buat piliharaya ... tak apalah kerana situ memang totok pembangkang, kita bagilah mereka menang jadi 8-1. Nampaknya bergandalah kemenangan mereka kerana selian dari memang kerusi parlimen, mereka akan dapat kerusi roda - tentu kerusi roda itu sangat perlu untuk al juburi meneruskan sandiwara dan lawak jenakanya .....dan kalau al juburi tak mampu nak beli, aku nak sedekahkan neck-brace dan bengkong perut nenek aku pun dah tak pakai lagi .. bolehlah aku mencari pahala sedekah bulan Ramahdan ni ...

Ada siapa yang tak bersetuju?????

TUDUHAN AWAL SEBELUM DITOLAK ANSUR

Peguam Negara mempunyai cukup bukti

KUALA LUMPUR, Selasa - Peguam Negara mempunyai cukup bukti prima facie untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas 10 tuduhan - lima kerana kesalahan rasuah dan lima lagi melakukan persetubuhan di luar tabii.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara hari ini, keputusan untuk mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan polis, tanpa dipengaruhi pernyataan pelbagai pihak berhubung kes berkenaan sebelum ini.

"Jabatan Peguam Negara telah mengkaji dan meneliti semua keterangan yang terkini hasil siasatan polis ke atas Anwar susulan daripada aduan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 19 Jun lalu berhubung penulisan buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

"Peguam Negara selaku Pendakwa Raya berpuas hati terdapatnya cukup bukti prima facie untuk mendakwa Anwar," kata kenyataan jabatan itu yang ditandatangani Pegawai Khas kepada Peguam Negara, Shamsuddin Hassan.

Menurut kenyataan itu, Anwar didakwa atas lima tuduhan mengikut Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 kerana melakukan perbuatan rasuah ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar juga menghadapi lima tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Sembilan daripada pertuduhan itu disebut di Mahkamah Sesyen hari ini dan Anwar tidak mengaku salah terhadap semua tuduhan itu. Satu pertuduhan lagi mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaan akan disebut di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok.

Menurut kenyataan itu, keputusan mendakwa Anwar juga diambil selaras dasar Jabatan Peguam Negara mengenai pendakwaan.

"Pendakwa raya komited untuk menjalankan pendakwaan dalam mana-mana kes yang mencukupi keterangannya.

Dalam kenyataan itu, jabatan berkenaan juga menjelaskan pendakwa raya telah membuat keputusan untuk mendakwa Anwar di mahkamah pada 22 September lalu, tetapi menangguhkannya berikutan penahanan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengikut Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) dua hari sebelum itu.

"Dalam keadaan demikian, pendakwa raya menangguhkan sebutan kes itu hinggalah keadaan keselamatan reda seperti sediakala," katanya.

Menurut kenyataan itu, penahanan mengikut ISA 1960 (Akta 82) adalah isu yang berbeza daripada kes jenayah yang biasa dihadapkan di mahkamah.

"Dalam keadaan kes tertentu seperti ini, pendakwa raya tidak akan teragak-agak memberi izin mendakwa sesiapa saja sungguhpun mereka ditahan di bawah ISA," katanya.

Selain itu, polis juga memaklumkan jabatan berkenaan bahawa terdapat siasatan lain yang belum selesai.

Dalam hubungan ini, jabatan berkenaan akan membuat keputusan muktamad berhubung siasatan itu setelah polis selesai menjalankan siasatan lengkap dan sepenuhnya.


Tuduhan terhadap Anwar

5 tuduhan liwat terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan:

1. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1994 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairanybin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

2. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di Unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

3. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di Kediaman Rasmi Timbalan Menteri di No. 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

4. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mac 1993 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

5. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara jam 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758, di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

5 tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan no 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970:

1. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan."

2. Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran iaitu, menjawat iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Ummi Hafilda supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda telah memberi kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997 seperti yang diarahkan.

3. Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:-

- mengarahkan Mohd Said dan Amir memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti yang diarahkan.

4. Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997 di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbir, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Mohd Said dan Amir menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan telah memberi kenyataan umum bertulis seperti yang diarahkan.

5. Bahawa kamu pada 24 Mei 1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Mohd Azmin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a) campur tangan dalam siasatan itu, dan

b) mempengaruhi Datuk Shafee Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes itu bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

dan dengan perbuatan kamu itu Mohd Azmin telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah.


Hukuman

1. Tuduhan rasuah dibuat mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

2. Tuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sumber: Berita Harian, Rabu 30 September 1998 dan 6 Oktober 1998.

SEPTEMBER INGATKAN MEREKA YANG MUDAH LUPA

Anwar takut dibicara: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, Rabu - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan kekacauan sehingga terpaksa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana beliau takut untuk dibicarakan di mahkamah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata Anwar bimbang jika beliau dibicarakan di mahkamah, segala kebenaran berhubung salah laku seksualnya akan didedahkan.

Sehubungan itu, katanya, Anwar mencetuskan kekacauan di negara ini dengan menggunakan pelajar bagi mengelakkan beliau dibicarakan di mahkamah.

"Saya yakin beliau akan terbukti bersalah jika dibicarakan di mahkamah kerana buktinya amat kukuh," katanya ketika memberi taklimat mengenai soal ekonomi dan politik negara kepada lebih 30 pemimpin masyarakat Cina yang diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik, di sini, hari ini.

Sebelum itu, kumpulan pemimpin berkenaan menyerahkan kira-kira 100,000 kad ucapan merdeka yang ditulis masyarakat Cina di negara ini kepada Dr Mahathir bagi melahirkan sokongan kepemimpinan beliau, di samping mengucapkan selamat Hari Merdeka.

Perdana Menteri juga berkata, Anwar berharap kerajaan negara ini akan tumbang menerusi kekacauan yang dicetuskannya, seperti yang berlaku kepada Presiden Suharto di Indonesia bagi membolehkan dirinya sendiri dipilih sebagai pemimpin.

Dr Mahathir berkata, Anwar juga mahu beliau ditangkap di bawah ISA supaya dunia akan menganggap Kerajaan Malaysia memang jahat.

Justeru, katanya, Anwar turut juga menggunakan anak dan isterinya untuk menarik simpati dunia.

Katanya, ini termasuk tidak melantik penyokongnya sebagai pemimpin selepas beliau ditangkap, sebaliknya menjadikan Dr Wan Azizah sebagai pemimpin.

Sambil mengatakan beliau memahami keadaan Dr Wan Azizah yang setia kepada suami, Dr Mahathir berkata, Dr Wan Azizah juga berusaha membuatkan dirinya ditangkap serta turut membabitkan anak-anak mereka supaya masyarakat terus bersimpati kepadanya.

Perdana Menteri kesal perkara itu berlaku dan berharap seluruh lapisan rakyat tidak akan mempercayai helah yang dilakukan Anwar.

"Kita adalah negara aman yang mana rakyat pelbagai kaum sering bekerjasama untuk membangunkan negara ini dan kita tidak harus membiarkan mana-mana pihak untuk merosakkannya," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir yakin beliau cukup kuat untuk menghadapi sebarang cabaran daripada Anwar, jika Anwar hendak mencabarnya dalam Umno.

"Beliau boleh mencabar saya dalam politik. Itu tidak menjadi soal kerana saya berpendapat saya cukup kuat dalam Umno. Orang lain pernah mencabar saya dahulu dan anda tahu di mana mereka sekarang," katanya.

Dr Mahathir yang juga Presiden Umno turut yakin beliau mendapat sokongan daripada anggota-anggota Umno, walaupun jika Anwar menggunakan wang dalam politik.

Menurutnya, dengan membangkitkan isu seperti kronisme, Anwar menaruh harapan beliau (Dr Mahathir) akan menjadi tidak popular dan menjangka ahli parti pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini akan mengejeknya, tetapi tidak berbuat demikian.

"Justeru, politik ialah sesuatu yang saya dapat menguruskan, ekonomi pun saya boleh kendali. Walaupun jika beliau (Anwar) berada di kedudukan itu," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, cara yang digunakan Anwar untuk menyingkir Ghafar Baba ketika pemilihan Umno 1993 bukanlah cara yang sesuai.

Source: Berita Harian, 24 September 1998.

MENJELANG SEPTEMBER - SUARA DARI GENTING HIGHLAND

PATUTLAH DIA SELALU SEBUT GENTING - DENDAM KE HANIFF!

(MASA GOH TONG AMBIL GENTING DULU TEMPAT ITU TEMPAT JIN BERONGGENG, BILA DAH DIMAJUKAN OLEH APEK ITU SEMPAT JUGA AL JUBURI REMBAT PULUHAN JUTA(TANYA SAMA NALAKARUPPAN). HARI INI DIA MACAM CEMBURU DAN UNGKIT DALAM CERAMAH MENGAPA BAGI TANAH TU PADA APEK - MASA BERKUASA DULU LU BUAT APA?? TERLALU SIBUK MENJUBOR??

Homoseks: Haniff pernah nasihat Anwar

KUALA LUMPUR, Rabu - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Haniff Omar tidak meragui bahawa dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terbabit dalam kegiatan homoseksual, ada kebenarannya.

Malah, beliau pernah memberitahu Anwar supaya berhenti daripada perbuatannya.

Ketika menjadi KPN, Haniff menjelaskan beliau pernah menerima laporan daripada pegawainya mengenai salah laku seks bekas Menteri Kewangan itu.

"Selepas menerima laporan pegawainya, beliau mengarahkan beberapa siasatan lanjut dilakukan sehingga beliau yakin mengenainya.

"Daripada pengalaman lalu, saya tidak meragui mengatakan bahawa tuduhan ke atas Anwar ada kebenarannya.

"Bagi fikiran saya, kes lama yang pernah saya kendalikan ditimbulkan semula dan kini menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita di pejabatnya petang ini.

Sambil mengesahkan beliau pernah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu pada 9 Oktober 1993, Haniff berkata pegawainya melaporkan mereka mempunyai bukti menunjukkan kemungkinan besar Anwar terbabit dalam homoseksual.

Berdasarkan laporan pegawai itu, beliau diberitahu Anwar mempunyai hubungan dengan dua individu - seorang pondan dan seorang lagi warga asing, yang beliau percaya sebagai 'tali barut' Anwar.

Menurutnya, memang agak sukar bagi ramai orang mempercayai dakwaan itu tetapi bagi beliau, suatu hari ini nanti perkara yang menyalahi undang-undang itu akan menjadi kenyataan.

"Kes ini membuatkan setiap warga Malaysia berasa sedih kerana ia merosakkan imej negara. Melihat kepada perwatakan Datuk Seri Anwar yang kelihatan segak dan kemas, mempunyai kredibiliti, rangkaian kerja yang terbaik, agak sukar orang ramai percaya tuduhan ke atas beliau," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mendedahkan, beliau pernah dimaklumkan mengenai kegiatan homoseksual Anwar beberapa tahun lalu oleh Haniff yang ketika itu masih Ketua Polis Negara.

Menurut Perdana Menteri, Haniff memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu sebelum bersara. Bagaimanapun beliau menolaknya kerana menganggap ia dakwaan palsu.

Haniff menjelaskan, setelah yakin dengan maklumat yang diterima daripada pegawainya, beliau maklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri supaya beliau berjaga-jaga kerana menterinya (Anwar) kemungkinan berada dalam keadaan yang mudah untuk diperas ugut.

"Sebab itu saya laporkan,; katanya.

"Bagaimanapun ketika itu Perdana Menteri tidak percaya. Perdana Menteri tak cakap banyak, jadi saya tahu sangat, apabila Perdana Menteri tak cakap banyak, saya tahulah dia tak percaya.

"Oleh kerana dia tak percaya, jadi saya tak mahu tekankan lagi. Bagaimanapun, saya minta pegawai polis terus memerhatikan perkara itu. Jika kegiatan itu berkembang lagi, mungkin ia boleh ditaklimatkan lagi kepada Perdana Menteri untuk yakinkan dia.

"Ketika itu, saya menyediakan diri untuk bersara. Memandangkan saya mahu bersara, saya minta pegawai saya memaklumkannya kepada pegawai kanan polis supaya perkara itu terus diawasi," katanya.

Menurut Haniff, dua tiga hari selepas memberitahu Perdana Menteri, beberapa orang Anwar ke pejabatnya untuk memberitahu bahawa Anwar mahu berjumpa dengannya.

"Saya tanya sebab apa? Mereka memberitahu saya sebab yang sensitif inilah. Saya menjangka ketika itu beliau (Anwar) dimaklumkan oleh Perdana Menteri. Saya kata bolehlah.

"Saya bertanya di manakah pertemuan itu dan diberitahu di rumah Anwar selepas Subuh. Saya pergi," katanya tetapi enggan menceritakan dengan lanjut mengenai pertemuan itu.

Yang jelas, kata Haniff, Anwar tahu apa yang beliau tahu.

"Bagaimanapun dia (Anwar) tidak tanya bagaimana saya tahu dan laporkan perkara itu. Dia hanya nak tahu adakah pegawai saya akan peras ugut dia. Saya kata kita bukan berada dalam 'blackmail business' (kegiatan peras ugut).

"Saya ada memberitahu Anwar supaya berhenti daripada kegiatan itu. Anwar (ketika itu) tidak memberikan apa-apa penafian," katanya.

Ditanya adakah satu kebiasaan polis mengawasi menteri atau orang kenamaan, Haniff menegaskan, perkara itu tidak berlaku kerana polis tidak mempunyai tenaga untuk mengawasi mereka.

"Kita mana ada tugas macam itu. Tapi kadang kala ketika bertugas menjaga keselamatan negara atau menyiasat kes jenayah, kita mendapat maklumat sampingan atau bertembung dengan sesuatu yang menimbulkan syak wasangka.

"Jika bertembung dengan keadaan itu, kita akan siasat lebih mendalam," katanya.

Haniff turut mengesahkan, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemuinya jam 3 petang ini untuk merakamkan kenyataan beliau berikutan Perdana Menteri menyebut namanya mengenai perkara itu semalam.

"Hanya pada hari ini saya memberi kenyataan kepada polis. Sebabnya kerana Perdana Menteri sebut nama saya sebagai orang yang memberitahu beliau. Polis kena ambil kenyataan saya," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa polis tidak bersikap adil dalam siasatan terhadap Anwar, beliau berpendapat polis mempunyai banyak maklumat sejak dahulu lagi.

Menurutnya, polis negara ini adalah pasukan yang mementingkan profesionalisme dan dalam kes Anwar, mereka perlu menyiasat.

"Mereka tidak terus membuat penghakiman. Mereka menyiasat dan kemudian hantar kepada Peguam Negara. Lazimnya, beliau (peguam negara) akan meneliti maklumat itu dan memastikan ada bukti pertuduhan yang kuat.

"Pada masa saya, peguam negara ialah Tan Sri Abu Talib Othman. Tiada perkara yang tidak kukuh berkisar di sekeliling. Kita juga melihat kepada kepentingan awam.

"Kita ada membuat perbincangan. Kalau boleh mungkin meneruskan siasatan. Ia bukan saja membabitkan ahli politik tetapi pihak lain yang membabitkan kepentingan negara," katanya.

Source: Berita Harian, 24 September 1998.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Mahkamah jadi penentu kes Anwar

Minda Pengarang

BEKAS Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar kelmarin membuat kenyataan berhubung pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kegiatan homoseks. Haniff berbuat demikian kerana namanya disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang yang pernah mengadu kepadanya berhubung perilaku Anwar. Haniff yang sudah agak lama bersara dan tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam kerajaan, tidak dapat lagi menyembunyikan maklumat yang diperolehi hasil siasatan pegawai-pegawainya ketika masih berkhidmat, kerana ia menjadi tuntutan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, sebagaimana moto perjuangannya dalam perkhidmatan. Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali dan tidak menyimpan sebarang motif politik terhadap Anwar. Beliau mambangkitkan perkara itu kerana kes yang pernah disiasatnya dahulu timbul semula dan menjadi tanggungjawabnya untuk membantu pihak berkuasa.

Ketika mula-mula menerima laporan mengenai perilaku Anwar, Haniff tidak menerima bulat-bulat maklumat yang diterimanya. Disebabkan ia adalah sebahagian daripada amalan tugasnya, beliau mengarahkan siasatan rapi dijalankan walaupun ia membabitkan seorang menteri kanan. Ketika itu Anwar ialah Menteri Kewangan. Haniff tentunya mengambil risiko yang tinggi untuk menjalankan siasatan terhadap seorang menteri yang menjadi harapan Perdana Menteri. Memaklumkan perbuatan Anwar kepada Dr Mahathir juga adalah satu tugas yang berat kerana beliau pastinya sedar jika maklumat yang disampaikannya tidak benar atau meragukan, Dr Mahathir mungkin boleh mengenakan tindakan ke atasnya. Apakah kita yakin seorang Ketua Polis Negara sanggup membuat fitnah?

Haniff, sebagai seorang tokoh yang dihormati dan mempunyai kewibawaan diri yang tinggi, tentulah membuat kenyataan mengenai Anwar dengan rasa penuh tanggungjawab. Beliau tidak boleh mengada-adakan cerita tanpa asas yang kukuh kerana sedar beliau pada bila-bila masa akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Mampukah Haniff menafikan di mahkamah kelak yang Anwar pernah memanggilnya pada suatu hari selepas waktu subuh untuk bertanyakan sesuatu perkara yang sensitif, jika pertemuan itu sebenarnya tidak wujud?

Beberapa hari sebelum itu, iaitu pada 9 Oktober 1993, Haniff memberitahu Dr Mahathir mengenai kegiatan homoseksual Anwar. Sanggupkah Haniff menafikan bahawa beliau pernah menasihati Anwar supaya memberhentikan perbuatannya. Haniff nampaknya begitu berani mempertahankan hujahnya kerana pertemuannya dengan Anwar memang wujud dan beliau sendiri memang pernah menasihati Anwar. Haniff tentunya tidak mereka-reka hasil siasatannya kerana ia boleh dibuktikan dengan memanggil pegawai-pegawai yang terbabit dalam tugas menyiasat Anwar.

Mampukah pula Anwar menafikan bahawa beliau pernah bertanya kepada Haniff sama ada pegawai polis akan memeras ugutnya? Nampaknya persoalan utama kepada Anwar ketika itu bukan menafikan tuduhan tetapi kemungkinan maklumat itu digunakan polis untuk memeras ugutnya. Persoalannya kenapakah Anwar bersikap demikian?

Atas kedudukannya yang tidak lagi memegang jawatan penting dalam kerajaan, Haniff bolehlah dianggap sebagai orang yang berkecuali berhubung isu perilaku seks Anwar. Namun, sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan yang membabitkan tugas keamanan dan ketenteraman awam, beliau pastinya bimbang dengan keselamatan negara. Atas alasan ini jugalah beliau menolak kemungkinan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Polis bertindak berdasarkan bukti, bukan berasaskan andaian. Sebagaimana yang dinyatakannya, beliau terpaksa memberitahu Dr Mahathir perlakuan Anwar itu kerana bimbang Anwar boleh terdedah kepada kemungkinan ia diperas ugut dan boleh pula membawa negara kepada keadaan yang mencurigakan.

Seandainya rahsia perbuatan Anwar diketahui oleh pihak yang berniat jahat, mereka akan menggunakan maklumat dan bukti yang ada untuk membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah sama ada dari dalam atau luar negara. Tuntutan dari dalam mungkin bersangkutan soal politik dan perniagaan dan sudah tentu membabitkan rakyat.

Tuntutan dari luar pula mungkin menyebabkan beliau tidak boleh lagi 'bersuara' dan tidak bermaya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negara. Orang yang berada dalam keadaan 'dicucuk hidung' biasanya akan mengikut apa saja yang diarahkan kepadanya. Jika cuba membantah, rahsianya akan terbongkar. Dari segi keselamatan, perkara inilah yang paling ditakuti.

Apa pun, Anwar akan diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. Sudah tentulah banyak persoalan yang perlu dijawabnya.

Source: Berita Harian, 25 September 1998.

CELOTEH SANUSI SEPTEMBER 1998

Sanusi dedah strategi Anwar

MELAKA, Ahad - Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini dikatakan berusaha memperkuatkan orang yang menentang penyokong Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tan Sri Sanusi Junid ketika mendedahkan pendekatan politik Anwar, mendakwa Anwar pernah berbaik-baik dengan Datuk Lee Kim Sai supaya menentang Datuk Seri Dr Liong Sik kerana Presiden MCA itu menyokong kuat kepemimpinan Dr Mahathir.

"Begitu juga dalam Gerakan, Anwar berbaik-baik dengan Datuk Joseph Chong manakala dalam MIC beliau berbaik-baik dengan Datuk S Nallakaruppan.

"Ini kerana Anwar menyedari Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Lim Keng Yaik juga menyokong kuat kepemimpinan Dr Mahathir," katanya di majlis taklimat isu semasa anjuran Biro Penerangan Umno bahagian Batu Berendam di Ayer Keroh dekat sini, petang ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam, yang juga Ketua Umno bahagian Batu Berendam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Sanusi berkata, Anwar mempunyai wajah dari segi agama dan nasionalis yang berbeza dengan wajah politik, korporat serta kehidupan peribadi.

Katanya, dalam agama, Anwar mengeluarkan ayat al-Quran manakala dari segi nasionalisme pula memilih perkataan dari kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan dalam Perhimpungan Agung Umno dan bahagian.

"Imej agamanya pula tidak serasi dengan imej korporatnya dengan orang seperti Nallakaruppan," katanya.

Mengenai tindakan Anwar mempertikaikan cara pengakuan Dr Munawar Ahmad Anees dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang disifatkan sebagai gaya Gestapo ala-Mahathir, Sanusi berkata, Anwar akan mengatakan bermacam-macam.

Katanya, kedua-dua yang mengaku itu membuat pengakuan yang memalukan diri sendiri kerana insaf dengan sanggup menerima hukuman.

"Semua kata-kata yang menunjukkan dia bersalah, dia akan katakan pemalsuan, gestapo dan macam-macam.

"Saya rasa dia sudah hilang sopan dan sudah sakit. Mungkin dia perlu jumpa doktor jiwa," katanya.

Menurutnya, semakin lama serta jauh berjalan dan banyak bercakap, banyak percanggahan yang didapati sebagaimana pengakuannya menyuruh Ketua Pemuda Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamid menimbulkan isu nepotisme dan kronisme berbanding sebelum ini menegur Zahid.

(Nota: Petikan dari buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.
Dari keluarga yang tidak mewah, bapa Anwar, Ibrahim Abd. Rahman sekarang boleh kahwin satu lagi. Rani, abang Anwar dulu muflis tapi sekarang bukan main kaya lagi. Wan Ismail, mertua Anwar, pun dapat habuan yang besar dengan 30 juta saham bernilai RM90 juta.)

"Zahid pula kalau disuruh-suruh orang tidak layak menjadi Ketua Pemuda Umno," katanya.

SEPTEMBER DATANG LAGI -IMBASAN

Anwar liwat dua lelaki

KUALA LUMPUR: Adik angkat dan rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masing-masing dihukum penjara enam bulan semalam, selepas mengaku salah membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu meliwat mereka.

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Munawar Ahmad Anees, mengaku bersalah secara berasingan di dua mahkamah sesyen di sini, atas tuduhan membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur mereka.

Sukma, 37, dan masih bujang, dituduh melakukan hubungan seks seks di luar aturan tabii itu di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara di sini, pada satu malam bulan April tahun ini.

Dr Munawar, 51, sudah beristeri dan mempunyai dua anak, pula didakwa melakukan perbuatan yang serupa di rumah persendirian Anwar, di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, pada satu malam bulan Mac 1993.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum itu, peguambela Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memohon supaya mahkamah membenarkannya menjadi peguam pemerhati untuk kes Dr Munawar, tetapi ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Lim Yee Lan.

Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September lalu atas alasan salah laku seksual. Beliau dipecat daripada Umno sehari selepas itu.

Mengikut fakta kes, Sukma, yang ditahan pada 6 September lalu ialah pengusaha butik dan mempunyai rumah sendiri di unit nombor 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medan Tanduk, Bangsar, di sini.

Bagaimanapun, dia diberikan bilik khas di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan di situlah perbuatan itu dilakukan.

Pada April lalu, Sukma pergi ke kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri untuk bermalam di biliknya.

Pada sebelah malamnya, ketika keluarga Anwar tidur, Anwar masuk ke bilik itu dan mengajak Sukma mengadakan hubungan seks di luar aturan tabii (meliwat). Sukma kemudian membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur beliau.

Sukma mengakui fakta kes itu benar di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Hasnah Mohd Hashim, selepas dikemukakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail.

Sebelum itu, peguam Mohamed Noor Don, memohon mahkamah memasukkan laporan pengakuan Sukma kepada majistret sebagai barang kes. Permohonan Mohamed Noor itu dibenarkan oleh hakim.

Fakta kes Dr Munawar pula menyebut, rakyat Pakistan yang menjadi pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat itu ditahan pada 18 September lalu.

Dr Munawar ialah perunding syarikat Real Mild Sdn Bhd dan rakan perbincangan intelektual Anwar.

Pada 1989, dia menjadi pensyarah pelawat dalam jurusan Falsafah Sains Islam di Institut Teknolgi Mara (ITM) dan berkenalan dengan Anwar yang menjadi Menteri Pendidikan ketika itu.

Dari semasa ke semasa, Anwar menjemput Dr Munawar ke rumahnya di Nombor 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara untuk berbincang atau menunjukkan artikel serta buku terbaru yang dimilikinya.

Pada satu malam di bulan Mac 1993, Anwar menjemput Dr Munawar ke rumahnya dan ketika berada di rumah berkenaan, Anwar memuaskan nafsu dengan sahabatnya itu.

Dalam perlakuan mereka, yang berlaku di bilik kecil berdekatan perpustakaan tingkat atas rumah itu, Dr Munawar membenarkan Anwar memasukkan zakarnya ke dalam duburnya (Dr Munawar).

Dr Munawar yang kelihatan kurang sihat, mengaku fakta kes itu benar di depan Lim selepas dikemukakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamed. Dia diwakili oleh peguam, Mohd Yaacob Karim.

Kedua-dua tertuduh dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman, berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap. Dr Munawar dibawa pada jam 12.30 tengah hari, manakala Sukma pada 1.30 petang.

Bapa angkat Sukma, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan anak saudaranya yang baru tiba dari Jakarta, Doni Teguh Peribadi serta isteri Munawar, Fatima Beladi, hadir di mahkamah.

MENJELANG SEPTEMBER...11 TAHUN DAHULU

Oleh A Kadir Jasin

Sudah dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ayam didik dan orang kanan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selama 16 tahun, disingkirkan daripada Kerajaan dan Umno.

Sudah dua minggu juga orang muda politik Malaysia, 'the Renaissance Man' (orang pembaharuan), 'the voice of moderation' (suara kesederhanaan), rakan akrab Michel Camdessus dan penyokong kuat dasar faedah tinggi Tabung Wang Antarabangsa (IMF) berkempen memperjuangkan 'reformasi'.

Sumpah-sumpah (chameleon) politik yang mutakhir ini sudah menukar warnanya daripada warna 'establishment', daripada Georgio Armani dan The Phantom of the Opera kepada warna rakyat dengan mengisytiharkan dirinya pemimpin mereka.

Soalnya, kalau baru sekarang beliau 'pemimpin rakyat', jadi siapakah sebenarnya beliau pimpin selama 16 tahun dalam Umno dan Kerajaan? Bukankah dia juga pemimpin rakyat seperti pemimpin lain?

Kalau baru sekarang dia pemimpin rakyat, siapakah yang dipimpinnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Apakah yang dipimpinnya selama ini hanyalah pencinta Bach (Johann Sebastian) dan Mozart (Johann Chrysostom Wolfgang Amadeus), ahli korporat muda yang mentah tetapi berselera besar, pengarang akhbar yang makan di tangan dan cendiakawan pura-pura yang tidak putus-putus memetik Huntington dan Schumpeter?

Kita tidak ada masalah kalau mereka memetik Schumpeter dan sekali gus memahami teori ekonomi beliau.

Boleh jadi juga kalau Anwar dan penasihatnya memberi perhatian lebih mendalam kepada Schumpeter daripada sekadar untuk menunjuk pandai kepada khalayak yang menghadiri ceramah 'The Council on Foreign Relations' di New York, beliau tidak akan terlalu taksub dengan pasaran bebas dan kapitalisme Barat.

Atau beliau tidak akan ikut telunjuk IMF semata-mata kerana Camdessus, Pengarah Urusannya, kerap menelefonnya dari Washington atau kerana dipuji oleh Robert Rubin, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Bukankah Joseph A Schumpeter (1883-1950) yang berhujah bahawa kapitalisme akhirnya akan mati disebabkan 'kejayaannya' sendiri dan digantikan oleh sistem yang lebih terkawal?

Kita sedang melihat bagaimana kapitalisme dan dasar pasaran bebas membawa kemusnahan kepada semakin banyak negara dan kini berada dipintu gerbang syurga kapitalisme sendiri iaitu Amerika Syarikat.

Sekarang, Amerika yang begitu gah dengan kuasa politik dan ekonomi dunia sudah mula takut apabila kesan penguncupan ekonomi Asia mula mengancam pasaran sahamnya.

Presiden Clinton yang sampai beberapa minggu dulu masih yakin bahawa dasar kadar faedah tinggi IMF adalah ubat terbaik bagi negara-negara Asia yang dilanda krisis ekonomi kini berkata, dia lebih mirip kepada kadar faedah yang lebih rendah.

Ini tidak menghairankan langsung. Kalau Clinton boleh berbohong kepada isterinya dan rakyat jelata Amerika mengenai perhubungan seksnya dengan pelatih Rumah Putih, Monica Lewinsky, apakah yang akan menghalang beliau daripada berdolak-dalik mengenai pengurusan ekonomi antarabangsa.

Kita sudah dapat melihat bagaimana dalam masa beberapa minggu ratusan juta manusia menjadi miskin dan menderita kerana dasar pasaran bebas mendedahkan ekonomi mereka kepada serangan 'kapitalis baru' ke atas mata wang dan pasaran saham mereka.

Kalau hari ini Anwar begitu lantang bercakap mengenai pembelaan terhadap rakyat miskin, kita ingin bertanya siapakah yang bertanggungjawab memiskinkan negara dan rakyat sejak mata wang dan pasaran saham kita diserang setahun lalu?

Anwar menuduh bekas ketua dan rakannya dalam Kabinet sambil mendabik dada mengatakan dialah pembela nasib rakyat miskin.

Hakikatnya, dasar faedah tinggi dan kawalan pinjaman yang diajarkan oleh IMF kepada Anwarlah yang memburukkan keadaan ekonomi sehingga membawa kepada penguncupannya.

Ini tidak menghalang Anwar mencemuh bekas ketua dan rakan-rakannya dalam Kabinet - orang yang dulu memberi laluan kepadanya - kerana, seperti pemidato lain, Anwar percaya kepada suaranya sendiri.

Dalam dua minggu ini juga umum sudah dengar dan baca mengenai reformasi. Umum sudah dengar dan baca mengenai polis yang kononnya berkelakuan macam Mossad, agensi perisik Israel yang kejam itu. Umum sudah dengar pemidato berapi-api membela Datuk S. Nallakaruppan dan mencaci-cerca mahkamah.

Siapa sebenarnya memerlukan pembelaan dan siapa sebenarnya yang dibela - rakyat jelata yang dikatakan tertindas, Nalla yang sedang menghadapi tuduhan mahkamah atau yang empunya diri?

Anwar mendakwa dialah juara pembinaan rumah murah, juara rakyat miskin, juara petani. Tetapi apakah Dr Mahathir, Tun Ghafar Baba dan pemimpin sebelum mereka tidak pedulikan rakyat miskin?

Siapa yang mengasaskan Dasar Ekonomi Baru dan siapa pula yang memberikannya semangat?

Biar Anwar lupa tetapi umum tidak harus lupa sumbangan besar Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn.

Tun Razak, Bapa Pembangunan Negara, mengasaskan DEB dan Dr mahathir memberikannya jiwa reformasi seperti terkandung dalam bukunya Dilema Melayu - buku yang dikarangnya sendiri pada 1969.

Siapakah yang memperjuangkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang membolehkan orang Melayu masuk universiti dengan mudah, dapat kerja dengan mudah dan panjat tangga politik dengan mudah?

Dan siapa pula dengan lantang memberitahuIMF dan media massa asing biarkan orang korporat, tidak kira Melayu, Cina atau India, muflis kerana mereka tidak pandai berniaga, boros dan rasuah?

Siapakah pada November dan Disember lalu menyekat pengaliran pinjaman dan menaikan kadar faedah sehingga syarikat yang kuat menjadi lemah dan yang lemah tersungkur mencium bumi?

Siapakah yang melaksanakandasar bolos sehingga ekonomi negara tergelincir, rakyat hilang kerja, peniaga tutup kedai dan remaja tidak dapat masuk universiti?

Kita dari awal lagi memberi amaran kepada pengikutIMF ini bahawa memang mudah bercakap mengatakan biar ahli perniagaan muflis. Tapi siapa hendak beri kerja kepada pekerja yang tersingkir kerana taukenya muflis? Siapa akan beri makan anak dan isteri mereka?

Orang yang bercakap mengenai muflis itu pun nampaknya tidak faham kesan dasar seperti itu. Tidak terbayangkah di fikirannya bahawa syarikat mungkin muflis, kilang ditutup dan pekerja dibuang tetapi tuan punya syarikat belum tentu muflis?

Mustahil Anwar tidak mempunyai kroni (konco menurut kamus Dewan) korporat, tidak kira Melayu, Cina dan India, yang akan muflis kalau dasar itu dilaksanakan.

Yang sukar muflis ialah syarikat judi, minuman keras dan rokok kerana semakin susah manusia, semakin mudah pula mereka menenggelamkan diri dalam tabiat yang mengkhayalkan.

Syarikat mungkin muflis, tetapi banyak pemilik syarikat sudah mengumpul kekayaan peribadi yang besar bagi membolehkan mereka hidup senang lenang di dalam dan luar negara.

Jadi apakah yang kita belum dengar? Apa yang baru? Yang pokok?

Yang belum kita dengar, atau kalau sudah dengar tetapi belum menyakinkan, ialah Anwar membersihkan dirinya daripada kecurigaan dan keraguan yang tercetus akibat dakwaan dia terbabit dalam kelakuan sumbang.

Atau apakah sebagai moralis Timur yang ulung, yang berdiri atas mimbar dan hebat berpidato mengenai ketelusan akan menyerahkan pembersihan diri semata-mata kepada peguamnya? Atau apakah kita terlalu tergesa-gesa mahukan jawapan sedangkan Anwar sendiri sedang menunggu peluang terbaik berbuat demikian apabila dihadapkan ke mahkamah?

Atau apakah dia sudah berasa tidak ada harapan lagi mempertahankan diri maka dia menuduh semua orang dan pihak berpakat mengkhianatinya?

Tiba-tiba semuanya mungkar kepada Anwar. Semuanya tidak betul dan semuanya hambar. Kenapa?

Source: Berita Harian, 19 September 1998.

Saturday, August 29, 2009

MAHKAMAH TERUS DILIWAT SUPAYA TERUS LEWAT

Kes liwat Anwar disambung 3 September

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan 3 September untuk menyambung hujahan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonannya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujah permulaan peguam Anwar, R Sivarasa.

Bercakap kepada pemberita, Sivarasa berkata hujah yang dikemukakan lebih bersifat teknikal dan merit berhubung permohonan itu.

"Kami juga memberikan alasan kenapa pihak pembelaan meminta seluruh pasukan pendakwaan dilucutkan kelayakan mereka," kata Sivarasa.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun berkata beliau akan memaklumkan Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tersebut.

Pada 11 Ogos lalu, Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya, menyatakan "wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah" sebagai satu daripada alasannya.

Beliau menamakan Peguam Cara I, Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan "main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya."

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.


Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 September bagi sebutan perbicaraan kes liwat itu. - Bernama

Thursday, August 27, 2009

SEKADAR MENYEGARKAN MINDA

Berikut adalah kata-kata Anwar Ibrahim semasa berkuasa dulu.Renung dan fikirkan akan siapakah sebenar Anwar, dan bolehkah kita sebagai bangsa melayu dan beragama Islam terus mempercayai beliau?

“Para Pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkes yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedangkan mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah sedia diperalat oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan Bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan”

(Ucapan Anwar Ibrahim semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Parit di perak pada 22 Mac 1987)

“Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang Melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum.”

(ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Gombak, Kuala Lumpur pada 21 April 1995)

“Saya mencabar kepimpinan PAS supaya menyebut kitab,hadis,ijmak atau ulama mana yang menyuruh orang-orang Islam bermusuhan sesama manusia serta mengkafirkan orang lain seperti yang diamalkan oleh pemimpin PAS.”

(Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Ceramah di Mesjid Lama Kg Seberang Marang, Terengganu, Pada 14 Mac 1986)

“Pemimpin-pemimpin PAS sanggup bertindak sesuka hati membelakangkan ajaran Islam sehingga pemimpin yang berkhalawat dengan isteri orang terus dianggap sebagai pejuang Islam.”

(ucapan Anwar Ibrahim ketika berucap dalam perhimpunan rakyat di padang Bandaran Teluk Intan 24 Mac 1995)

“Kenapa dengan nama PAS sebagai sebuah parti islam , mereka boleh menuduh, mencerca dan menghina kerajaan pusat. Apakah Islam membenar mereka berbuat demikian? Saya tidak akan berkecil hati jika perkarasemikian dibuat oleh ahli-ahli DAP, tetapi ini dari PAS yang konon mendakwa merekalah ulama.”

(ucapan Anwar Ibrahim semasa menggulung perbahasa Rang Undang-Undang Perbekalan 1993 di Dewan Rakyat pada 17 Nov 1992)

Wednesday, August 26, 2009

MENGIMBAS WAJAH SEORANG TOK GURU YANG DIRASUK AL JUBURI

HAMPIR SETAHUN SUDAH BERLALU NAMUN PENYAKIT TOK GURU BERTAMBAH CELARU

Sunday, September 14, 2008


YAB Tuan Guru Mursyidul Am Beri Amaran Kepada Dato' Mustafa Ali


1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.


3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

ANTARA PARTI DAN SETIAKAWAN

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengisytiharan oleh YB ADUN Lunas keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Pelbagai komen dan tohmahan kedengaran baik di media massa ataupun di internet, ada yang puji ada yang keji.

Tindakan beliau adalah berdasarkan prinsip dan semangat setiakawan, “You go I go” begitulah lebih kurang apa yang dimaksudkan oleh beliau. Bagi beliau semangat setiakawan adalah lebih penting daripada segala-galanya di dalam politik. Wang ringgit boleh dicari tetapi kawan dan sahabat di masa susah adalah sukar dicari. AJK PKR Padang Serai yang mengisytiharkan keluar parti baru-baru ini merupakan mereka yang telah banyak membantu dan menyokong YB Radzhi Salleh semasa dan selepas PRU 12 yang lepas.

AJK Padang Serai yang meletakkan jawatan merupakan mereka yang tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Badan Perhubungan PKR Kedah. PKR Padang Serai yang tidak mempunyai masalah serius berbanding PKR Baling secara tiba-tiba telah digantung oleh Badan Perhubungan PKR Kedah. Itu yang menimbulkan persoalan kepada mereka. Apa salah mereka?. Kenapa mereka di anak tirikan oleh PKR Kedah?. Kenapa rayuan mereka selama ini agar Padang Serai tidak digantung tidak dipedulikan oleh PKR Kedah?. Adakah PKR Kedah sedang dalam proses PengABIMan dan PenJIMan?

Atas dasar prinsip dan semangat setiakawan itu YB Radzhi Salleh telah bersama-sama keluar PKR dengan AJK PKR Padang Serai.

Pemimpin dan penyokong PKR yang fanatik dan berfikiran katak bawah tempurung telah melancarkan serangan peribadi dan fitnah yang bertali arus yang bertujuan untuk memburukkan YB Radzhi Salleh. Namun masih ada pemimpin PKR yang berfikiran terbuka dan rasional seperti YB Zulkifli Nordin yang memahami apa yang berlaku dan tidak berprasangka buruk. Rata-rata kepimpinan PKR yang lain minda mereka telah beku dan hati mereka mungkin telah bersarang dengan iblis dan syaitan.

Kepada Allah SWT kita berserah. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya Allah SWT yang layak menghukum siapa yang benar dan siapa yang salah. Manakala yang terbaik untuk kita hamba yang lemah ini adalah memaafkan dan bertawakkal, “Ikut rasa binasa, ikut hati mati”.

RADHZI KHIANAT KEPADA PENGKHIANAT

Kata mantan ADUN PKR Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh, dia sanggup keluar dari PKR sebab tak percaya lagi kepada kepimpinan PKR yang mengutamakan agenda peribadi seseorang bukanya berkhidmat untuk rakyat.

Anwar al-Juburi pula memberitahu, tindakan Radzhi hanya mengkhianati amanah rakyat kerana pengundi mengundinya sebelum ini. Anwar al-Juburi juga mahu dia lepaskan jawatan sebagai ADUN sebagaimana dilakukan oleh Fairuz dahulu.

Tetapi Abe hendak tanya Anwar al-Juburi kenapa Anwar mahu mewujudkan kerajaan 16 September dengan menggalakkan YB Parlimen BN lompat parti ke Pakatan. Adakah itu tidak dikatakan mengkhianati rakyat!!!

Sama juga dengan bekas ADUN Bota, Nasaruddin apabila lompat ke PKR dikatakan lebih demokrasi dan apabila mereka lompat ke BN semula dikataka n mengkhianati amanah rakyat!! Hujah Anwar al-Juburi sama dengan 'fatwa' Nik Aziz yang mengatakan lompat ke BN tidak elok, haram tetapi lompat ke Pakatan balik, dapat pahala. Sah lah Nik Aziz pun dah jadi 'pejuang' kepada pengkhianat.

Kata Radzhi, kekecohan yang berlaku di Permatang Pasir juga angkara perbuatan Anwar al-Juburi yang mahu mewujudkan ketegangan di sana apabila 'Go-Bala' melaungkan 'reformasi'. Apa yang hendak hairan, rusuhan dan demonstrasi di KL baru-baru ini juga angkara Anwar al-Juburi. Apabila TPM, Muhyiddin kata Anwar sebagai pengkhianat, merandam gila pula jadinya pula Anwar al-Juburi. Mengaku aje lah.

Jangan kerana slogan anak melayu, anak aku, anak cina dan india anak aku -membuktikan Anwar Ibrahim seorang 'bapa' yang penyayang. Yang disayang adalah kuasa. Bahkan Azmin Ali juga disayangi sebab 'bini Azmi Ali, bini aku (Anwar al-Juburi). Sampai bila tidak boleh selesai dengan perjuangan dan propaganda Anwar al-Juburi hinggakan Presiden PAS, Abdul Hadi pun sanggup menjadi ulama penipu dan Nik Aziz menjadi ulama pencarut abad ke-22.

Bagi Abe, Radzhi bukannya penakut macam Hassan Ali yang memperjuangkan haknya mengenai isu arak di Selangor. Kena 'jelir lidah' pun dah tarik balik isu itu. Itu belum kena tendang macam Timb Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa sudah dua tiga kali masuk pembedahan sebab takut kerana menyokong Kerajaan Perpaduan.

Radzhi lebih berani kerana sanggup menjadi ahli bebas. Hassan Ali, penakut beruk. Nak berjuang dan berjihad konon, kena 'romen' kat Liu pun dah takut teramat sangat. Bayangkan kalau PAS Selangor kata, Hassan Ali kau ditendang dari PAS dan EXCO. Agaknya Hassan Ali mencium tangan seluruh ahli PAS Selangor sebagaimana dilakukan oleh Nasaruddin Mat Isa. Hassan Ali hendak Berjihad hendak dapatkan tander projek boleh lah.

Radzhi tidak kisah kehilangan kuasa sebagai EXCO Kedah kerana dia seorang yang berani dan sanggup mengkhianati Anwar Ibrahim- yang sememangnya seorang pengkhianat. Kini MB Kedah, Azizan tak semena-mena berjumpa dengan Sultan Kedah untuk mengosongkan kerusi EXCO yang disandangnya. Bandingkan sekali lagi dengan Hassan Ali, ibarat langit dengan lubang bumi. Berani dengan pengecut.


Kata Anwar al-Juburi

Kata Anwar Ibrahim dalam blognya, Radzhi mungkin diberi rasuah berjuta-juta ringgit. Anwar tetap menyalahkan SPRM kerana tidak menyiasat perkara ini sedangkan tidak ada laporan dibuat. Alasan Anwar al-Juburi, ADUN Kulim, Sdr Lim Soo Nee pernah ditawarkan RM4-5juta untuk lompat parti menyokong BN.

Abe hairan kenapa Anwar sanggup menuduh begitu sedangkan Radzhi bukan menyertai BN sebagaimana berlaku di Perak, 2 DUN PKR dan seorang DUN DAP menjadi DUN bebas bukannya menyertai mana-mana parti kompenan BN.

Kemudian Anwar Ibrahim memberitahu, "Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)"

Bagi Abe, kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Radhzi terkeluar dari tajuk kenapa dia 'blah' dari PKR. Anwar al-Juburi cuba mewayangkan dengan isu tertentu sebagaimana ceramahnya di Permatang Pasir.

Apa kena mengena antara Radzhi keluar PKR dengan isu Toeh Beng Hock yang kini dalam proses di mahkamah!!!

Sepatutnya Anwar Ibrahim memberitahu apa yang hendak dibawa di Permatang Pasir sekiranya Pakatan menerajuinya lagi. Adakah lebih ramai orang Melayu dan India akan dihalau oleh Cina DAP?

Dari Sok Sek-sok sek, Abe mendapati terdapat 2 sebab utama kenapa Radzhi keluar PKR.
  1. Tidak mendapat projek dari Pakatan di Kedah kerana semuanya dibalun oleh PAS dan DAP. Radhzi hanya tercorot sedangkan di EXCO yang perlu diberi 'sedikit' habuan.
  2. Pakatan Rakyat diterajui PAS sebenarnya dipimpin oleh DAP.
Perbezaan kerusi antara DUN PAS dengan BN di Kedah hanya 2 kerusi sahaja, iaitu BN-14, PAS-16. Yang menentukan pemerintahan PAS ialah ANWAR dan DAP.

Abe- ada isu panas lagi. Dengar khabar India yang buat kecoh semasa hari penamaan calon di Permatang Pasir, 'Go-balan' akan disaman oleh pihak polis yang dikasarinya dan dia juga dikatakan diperguna oleh Anwar Ibrahim untuk menimbulkan provokasi pada hari berkenaan. Bertambah panas ...

Abe- agaknya berapa majoriti yang akan dimenangi oleh PAS di Permatang Pasir? Dari 5000 undi ada tahun 2008, setahun kemudian (2009), adakah PAS akan kekurangan sokongan di kawasan Big Bossnya!!! Kita tunggu jam malam nanti.

ESOK MASIH ADA MENTARI

Jangan takabur ...

Mereka sudah 52 tahun memerintah...

awak baru tak sampai pun 2 tahun ...

Apakah awak sudah lupa sekian lama dikalahkan ..

henya dengan diberi beberapa kemenangan??

Semuanya pun memang kerusi sendiri balik kepada parti sendiri..

kerusi yang kosong oleh wakil yang mati/atau mengundur diri ..

menang itu amanah ..

orang dulu risau apabila menanggung amanah

tetapi orang sekarang bongkak dan takabbur bila diberi amanah ..

benda yang dilambung selalunya jatuh berkecai ..

sekali pun sudah 7-0 .. sebuah negeri telah pun kecundang

sedangkan yang lain sedang berantakan..

masing masing berebut...rakyat menjadi mangsa!!

Ayam menang kampung tergadai .. Orang kafir bagaikan cacing naik ke mata!!!!! Akibat Kaduk naik ke junjong!! Namun Pak Pandir masih berangan bagaikan Mat Jenin!!!

"u won the battle, but yet your lost the war!!!!"

Tuesday, August 25, 2009

YB RADZI - KENYATAAN YB ZULKUFLI NORDIN

Salam 2 all.

Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".

Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.

Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!

Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.

Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.

Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi.

Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.

Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.

Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008.

Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).

Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.

Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.

Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia.

Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.

Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade".

Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, Insyallah!

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009

Followers